SPR Nafi Arahan Mengenai Akuan Berkanun Ditarik Balik
bernama.com
PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih mengguna pakai arahan bertulis yang memerlukan semua calon pilihan raya umum mengemukakan Akuan Berkanun dengan duti setem yang dimatikan.
Setiausahanya Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata arahan yang dikeluarkan oleh SRP pada Khamis lalu itu tidak pernah ditarik balik dan tiada juga arahan untuk memansuhkannya.
Semua calon yang bertanding perlu mengemukakan Borang 5 bagi kerusi Parlimen dan 5A bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Keputusan muktamad itu dibuat oleh panel yang terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli SPR," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan parti pembangkang Pas bahawa terdapat arahan baru SPR sehari sebelum hari penamaan calon semalam bahawa syarat duti setem yang dimatikan itu tidak diperlukan lagi.
Perkara itu membangkitkan kemarahan parti PAS yang mendakwa tidak menerima arahan tersebut menyebabkan pencalonan calon Barisan Nasional (BN) di Marang yang mengemukakan borang Akuan Berkanun tanpa duti setem yang dimatikan diterima.
Khamis lalu, SPR mengeluarkan arahan yang buat pertama kalinya calon perlu mengemukakan Akuan Berkanun tersebut seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 4(7) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 juga tidak mengecualikan bayaran duti setem bagi Akuan Berkanun (Borang 5 atau 5A).
Kamaruzaman berkata jika PAS tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka boleh mencabarnya di mahkamah mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
Ditanya adakah calon yang mengemukakan Akuan Berkanun tanpa duti setem yang dimatikan boleh hilang kelayakannya, beliau berkata: "Jika SPR setuju maka ia dibenarkan, ia merupakan keputusan SPR."
Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bertanding, tetapi dari segi alasannya, perlu dirujuk kepada SPR.
Bagaimanapun, katanya tiada laporan diterima oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya berhubung perkara itu pada hari penamaan calon.
Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata tiada calon yang ditolak pencalonan mereka selepas SPR melaksanakan buat pertama kalinya surat akuan berkanun yang perlu dimatikan setem.
No2umnO - Pembatalan mati SETEM di ketahui ketika sessi bantahan dan bukan sehari sebelum Penamaan Calun seperti yang didakwa oleh SPR. Pelawaan untuk mencabar di mahkamah bakal berkesudahan dengan lanjutan tempoh bicara dan ia lebih kepada permainan undang undang. Buang masa ...... BOIKOT PILIHANRAYA !!!
Feb 25, 2008
ISU MATI SETEM: BERNAMA JELAS BERBOHONG
Labels: SPR Bohong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment