KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 25, 2008

BOSAN DENGAN JANJI BN, ORANG ASLI SOKONG BA

Image Orang asli turut sokong calon BA di Pahang
Basiron Abdul Wahab
harakahdaily.net

TEMERLOH, 25 Feb (Hrkh) – Masyarakat orang asli turut berarak memberi sokongan moral kepada calon-calon Barisan Alternatif (BA) pada hari penamaan calon pilihan raya umum ke-12 kali ini.

ImageHarakahdaily sempat menemui On Long,37, yang mengetuai masyarakat Orang Asli dalam perarakan itu.

On berkata, antara sebab beliau dan rakan-rakannya mengubah sokongan dari Barisan Nasional (BN) kepada BA kali ini kerana mereka sudah lama diabaikan dan dipermainkan dengan pelbagai janji, antaranya ialah isu pemilikan tanah.

"Pemimpin BN berjanji untuk memberi geran tanah kepada kami tetapi janji tersebut tidak pernah ditunaikan, bila dekat pilihan raya mereka datang dan berjanji selepas itu hilang begitu sahaja," katanya.

Katanya, begitu jugalah dengan isu ladang kelapa sawit yang dibangunkan berhampiran dengan penempatan mereka.

"Dulu dia orang kata ladang itu akan menjadi milik kami, tiba-tiba ia ditukar kepada sistem saham, ertinya kami tidak akan diberi hak milik, kami tidak mendapat manfaat daripada kewujudan ladang tersebut hatta sebagai buruh sekalipun, kami tidak diterima bekerja di ladang itu.

"Pekerja ladang tersebut diimport dari Indonesia, kami hanya dapat melihatnya sahaja," ujarnya.

Beliau berkata, mereka menyokong BA ini dengan harapan perubahan akan berlaku selepas ini.

"Kami generasi muda kaum Orang Asli mahukan jaminan masa depan juga, bukan hanya janji-janji sahaja," tegasnya. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive