APA TUNGGU LAGI?
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Tegas Dr Lo' Lo', tiga hari sebelum penamaan calon, beliau dipanggil oleh SPR berhubung peraturan baru yang mewajibkan mematikan setem pada borang Akuan Bersumpah calon.Dan rujuk berita berikut,
Bagaimanapun, pagi tadi, Dr Lo' Lo' sekali lagi menyuarakan kepada SPR berhubung peraturan tersebut apabila mendapati calon BN, Dato' Aziz Jamaluddin tidak berbuat demikian (mematikan setem). Namun, calon PAS berasa terkejut kerana pihak SPR memaklumkan mereka menerima arahan 'terbaru' bahawa syarat mematikan setem tidak lagi menjadi syarat wajib dalam borang Akuan Bersumpah calon.
"Semasa perjumpaan dengan kita pada 21 Februari lalu, SPR kata wajib matikan setem pada borang tersebut, kita jadi kelam kabut kerana tinggal tiga hari lagi penamaan calon, malah SPR mensyaratkan cop yang original, tetapi hari ini, sama ada matikan setem atau tidak, kedua-dua boleh. Bila saya tanya SPR, mereka jawab 'Ini arahan lisan terbaru'," ujar Dr Lo'Lo' ketika berucap sebaik sahaja keluar dari pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Aminuddin Baki.
Malaysiakini 25/2/2008 - Dihubungi di ibu pejabat SPR di Putrajaya, Kamaruzaman mengeluarkan kenyataan berbeza.
"Setahu saya, peraturan itu kekal. Saya tidak mengeluarkan arahan pemansuhan kerana saya tidaak diberi kuasa (berbuat demikian). Menurut peraturan 7 Peraturan-peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981, akuan bersumpah mesti ada pada borang pencalonan," jelasnya.
Apabila kenyataan Abdul Rashid disampaikan kepadanya, Kamaruzaman berkata, "itu (kenyataan) suruhanjaya. Saya hanya menjalankan arahan suruhanjaya. Mereka yang membuat peraturan.
Ditanya sama ada ketiadaan duti setem di akuan bersumpah calon boleh membatalkan kertas pencalonan, Kamaruzaman hanya diam.
"Tetapi jika suruhanjaya menerimanya, kami (urusetia) tidak boleh buat apa-apa."
SAH ! Memang SPR cuba untuk memperdayakan Barisan Pembangkang untuk entah berapa kali. Sekejap ada, sekejap tiada. "Kalau Suruhanjaya menerima, kami tidak boleh buat apa apa." Undang undang apa ini? Kalau dah SPR pun pembohong, jangan harap pilihanraya menjadi telus. Kalau bukan barua, sudah lama SPR terhapus. Siapa SPR? Sah barua sepanjang penguasaan Barisan Nasional. Apa tunggu lagi. Aku dah jemu dengan semua dolak dalik. Masih kah pemimpin pembangkang mahu terus diperdayakan dengan semua tipu helah SPR?
Angkat kaki. Buat kenyataan akhbar. Pulaukan pilihanraya. Habis cerita. Biar kecoh seluruh dunia tentang gila kuasa kepimpinan negara yang sanggup menggunakan SPR dan SPR sendiri sanggup dipergunakan untuk menipu rakyat. Nasihat No2umnO - BOIKOT PILIHANRAYA
0 comments:
Post a Comment