KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 25, 2008

Kehadiran ahli dan penyokong PAS melebihi UMNO

buletinonline.net/

Kuala Terengganu, 24 Feb - Proses penamaan calon di semua kawasan Parlimen berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingin berlaku dan menyaksikan kehadiran penyokong PAS melebihi penyokong-penyokong UMNO. The image

Di Kuala Nerus, calon-calon PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) diiringi lebih 5000 ahli serta penyokongnya berbanding dengan parti lawan Barisan Nasional (BN) sekitar 2000 orang. Perarakan calon bermula jam 9.00 pagi sejauh 300 meter dari tempat menamaan calon di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Cawangan Kuala Terengganu Utara di Gong Badak, dekat sini, hari ini.


Sumber Buletin Online memaklumkan ketidakhadiran ahli dan penyokong UMNO/BN dikalangan penyokong bekas wakil rakyat Seberang Takir didalam perarakan kali ini kerana protes menyebabkan jumlah yang menyertai perarakan calon UMNO/BN merosot.

(Foto: Penamaan calon di Kuala Nerus)

Di Setiu, penamaan calon pada kali ini menampilkan tiga muka baru dari PAS dan satu dari PKR. Calon Parimen Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu dan calon DUN Batu Rakit, Hj Shamsudin Wahab, Bendahari Majlis Tindakan DUN Batu Rakit dan Dr Azman Ibrahim adalah Ketua Pemuda PAS bagi DUN Jabi. Wan Rahim Wan Hamzah adalah calon PKR bagi DUN Permaisuri manakala, orang lama PAS yang juga Pngerusi MTD Langkap, Tengku Ahmad Tengku Hussin dicalonkan bagi DUN Langkap

Turut hadir pada penamaan calon yang diadakan di Pejabat Daerah Setiu adalah semua bekas-bekas ahli-ahli Yang Berhormat semasa kerajaan PAS yang lalu, kecuali bekas ADUN Langkap, yang telah kembali ke RahmatuLlah.



Di Marang, rombongan calon PAS diarak kira-kira 5000 penyokong yang berhimpun sejak 7.30 pagi di Markas Besar MTD Rhu Rendang di Kampung Kijing. Calon-calon BN diiringi sekitar 500 orang penyokong sahaja.

Penyokong UMNO/BN merosot begitu ketara kerana Marang adalah Bahagian UMNO yang terjejas teruk akibat permainan politik Idris Jusoh dimana Pengerusi, Man Bakar dan Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Marang, Dr Latiff, kedua-duanya telah digugurkan.



Di Besut, proses penamaan calon mendapat kawalan paling ketat. Penyokong kedua-dua parti dipisahkan sejauh setengah kilometer dengan dihadangi oleh kawat berduri, selain dipagari oleh pagar bangunan dikiri dan kanan yang tidak memberikan ruang langsung untuk pergerakan bebas para penyokong.

Seramai 3000 orang penyokong mengiringin empat calon PAS dan seorang dari PKR, manakala penyokong UMNO hanyalah sekitar 2000 orang. Perbualan dikalangan orang-orang UMNO sendiri mengesahkan bahawa kehadiran penyokong pada kali ini adalah merosot berbanding pada tahun 2004 yang lalu.

Walaupun kawasan Besut adalah kawasan Menteri Besar dan seorang Menteri Pusat, kemerosotan kehadiran penyokong UMNO/BN juga dikaitkan dengan protes kepada sikap peribadi Idris Jusoh dan kerakusannya merampas tanah-tanah rakyat serta Abdullah Md Zin yang dikatakan mula ‘meninggikan’ diri setelah menjadi Menteri Pusat selama sepenggal yang lalu.



Manakala calon UMNO bagi DUN Kota Putera pula adalah paling akhir di umumkan namanya oleh Idris Jusoh oleh kerana sekurang-kurangnya tiga orang tokoh-tokoh UMNO tempat berebut dan bersaing untuk bertanding bagi DUN tersebut, sehingga timbulnya sedikit pergeseran.

Penerimaan penamaan calon bagi calon-calon PAS dan UMNO bagi Parlimen Besut dibuat oleh Pengurus Pilihanraya Daerah pada jam 11.25 pagi. Calon-calon PAS dan PKR terlebih dahulu keluar dari perkarangan pejabat Daerah menuju kepada para penyokong diiringi dengan laungan membesarkan Allah SWT ‘Allahu Akbar’.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive