KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 25, 2008

N2: Gara gara WARNO DOGOL, pondok BN di bakar.

N.2 Sabak (18,655)
1. Datuk Warno Dogol (BN-Umno)
2. Sallehen Mukhyi (PAS)


Selepas pengistiharan calun oleh Menteri Besar Selangor beberapa hari yang lalu, rombongan penyokong UMNO Sabak Bernam telah berkunjung bertemu Khir Toyo. Mereka berharap agar En. Halim dijadikan calun di sana. Namun mereka hampa apabila diberitahu oleh bekas Menteri Besar Selangor itu bahawa keputusan yang dibuat adalah muktamad.

Merujuk kepada penyokong UMNO yang ditemui. Mereka tidak bersetuju dengan kehadiran Warno Dogol kerana rekod beliau teruk di bandingkan dengan calun yang mereka minta.

Kerana tidak dilayan, pondok urusetia Barisan Nasional di Parit 7, Sungai Besar telah dibakar. Sejauh mana teruknya keadaan pondok tersebut, tidak diketahui kerana ia berdasarkan cerita penduduk disana.

Manakala banyak pondok gerakan yang tidak berpenghuni kerana penyokong BN yang kecewa memboikot keputusan BN pusat itu. Sekarang keputusan memang benar benar muktamad dan penyokong BN bercadang untuk memberikan kemenangan kepada Pembangkang, yakni Ustaz Sallehen Mukhyi yang sudah terbukti jauh lebih bagus dari Warno Dogol.

Selain dari itu, Warno Dogol juga dikhabarkan sebagai pilihan Khairy Jamaluddin dan bukannya Khir Toyo. Akibat terpaksa tunduk dengan menantu Abdullah Badawi, Khir Toyo terpaksa menurut perintah seorang menantu yang luarbiasa kuasanya.

Sabak Bernam bakal menyaksikan satu perlawanan yang berat sebelah. Merujuk kepada lapuran yang diterima, persiapan berkempen sudah dilakukan terlebih dahulu oleh parti pas sementara UMNO masih terkial kial dengan kemelut dalam UMNO sementara bajet berkempen masih belum diterima lagi.

Semuga dengan doa dan usaha, PAS akan mengulangi kemenangannya pada tahun 1999 bersama Ustaz Salehin.

Takbir !!!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive