KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 4, 2008

Samy Vellu Ingin Pertahan Jawatan


Bernama - Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan hari ini beliau akan mempertahankan jawatan itu bagi kali terakhir pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Bekas Menteri Kerja Raya itu bagaimanapun berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya pasti akan bertanding pada pemilihan presiden. Saya dah kata sebelum ini saya akan bersara selepas 2012.

"Tapi, saya tak akan bertanding lagi pada pilihan raya umum. Cukuplah tu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan buku ulang kaji UPSR kepada pelajar sekolah Tamil di sini.

Samy Vellu, yang kalah pada pilihan raya umum lepas bagi kerusi Parlimen kawasan Sungai Siput, berkata beliau mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin mencabar beliau bagi merebut jawatan yang telah beliau sandang selama 27 tahun itu.

"Sesiapapun boleh bertanding, saya tak mahu kata siapakah yang akan bertanding dan sebagainya. Saya akan rasa amat gembira kerana boleh melihat kekuatan mereka," katanya.

Pada pemilihan Presiden MIC 2006, Samy Vellu menang tanpa ditandingi bagi kali kesepuluh berturut-turut dan menjadikan beliau orang paling lama menyandang jawatan presiden parti itu.

Samy Vellu berkata sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum atau pada 2012, beliaulah yang akan memilih calon bagi mewakili parti itu. Bagaimanapun, pemimpin MIC itu berkata kini, beliau akan menumpukan usaha ke arah membaik pulih parti itu di semua peringkat dan memulakan siri pertemuan dengan pemimpin peringkat akar umbi bulan depan.

Kata Samy Vellu, mesyuarat agung tahunan MIC dijangka diadakan pada Julai dan selepas itu, beliau akan mengambil langkah bagi menyusun semula jawatankuasa di peringkat negeri.

Beliau berkata MIC menetapkan sasaran untuk mempunyai sekurang-kurangnya 200,000 anggota muda dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membolehkan parti itu meneruskan perjuangannya dan kekal relevan, setelah mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum bulan lepas.

"Kami mahu membaik pulih parti ini dan melihat perubahan dalam barisan kepimpinannnya," kata beliau.

Samy Vellu, 72, berkata kini beliau lebih gembira kerana dapat melakukan lebih banyak kerja dan memberi sumbangan kepada MIC.

Rujuk juga: Samy bersara lepas 2012

SURAT KONTROVERSI TAHUN 1999


Forum Tranungkite

Barisan Nasional Batu Pahat scholarship

vangardx
Salam & hello to all my dearest, looking for scholarship to further your study? Why not you try to submit your application to Pemuda BN Batu Pahat office. Maybe you are the lucky one. Make sure show your prove that you are BN supporter not the opposition one.



Shh.. please remain silent, one fully sponsored student tengah belajar

Surat Mufti Perlis

dipetik: Isuhangat
Mufti Perlis yang semakin meningkat namanya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengutus surat kepada stesen TV3 dan menggesa ia melaporkan secara adil sesuatu perkembangan politik.

Dalam suratnya bertarikh 27 Mac kepada stesen itu, mufti muda itu menegaskan semua media, termasuk akhbar dan internet, harus membuat liputan yang adil di tengah-tengah senario baru politik selepas pilihanraya umum 8 Mac.



more...

YB Ke Parlimen naik motor

zul4kulim
A'kum dear all.

Hari ni hari pertama taklimat untuk ahli-ahli Parlimen. Saya pagi-pagi dah sampai. Ingatkan saya paling awal pukul 8pg (sesi mula pukul 8.30pg). Rupa-rupanya ramai dah sampai dulu dari saya. Si Gobala pukul 2 pagi dah sampai. Almaklumlah MP baru. Semua dok gabrah lagi, tak sabor nak masuk Parlimen. Saya pagi-pagi lagi dah kena sebijik. Saya pi dengan motor..elok nak parking mamat sekuriti parking suroh saya parking kat belakang sebab "ni tempat untuk VIP je..'. Saya tanya mamat tu siapa VIPnya. Dia kate untuk Ahli Parlimen sahaja. Saya pun habaq saya Ahli Parlimen lah. Dia punya tengok saya atas bawah..dia kata dah berbelas tahun dia jage sekuriti Parlimen..ni first time dia tengok YB mai dengan motor. Saya kate kita YB Rakyat lah..terus jadi kamcing mamat tu dengan saya.it pays to be humble..

Hangpa tau nak masuk Parlimen ni (tempat Dewan Persidangan tu) punyalah ketat. Macam nak masuk kapalterbang. Kena lalu metal detector & scanner..(kalu lie detector, BN punye YB banyak tak lepas dar... Polis punye pakaian dah macam komando nak pegi perang..Rambo tengok pun jeles..

Btw..lepas isi borang dll (termasuk ambil gambar untuk Kad Ahli Parlimen) kami pekena sarapan yang disediakan oleh Putrade Management..boleh tahan syeh makanan dia. Tapi berapa kontrak depa dapat saya tak tau lah.

Masa tengah dok relax sarapan..saya jumpa Mat Maslan..room mate saya mase kat Wellington dulu. Rupanya dia pun dah jadi YB..Parlimen Pontian. Peh tu jumpe pulak Khairy Rembau. Saya pun tegur dia "oi omak kaw..menantu pun ado sini..".. terkebil-kebil dia tengok saya. Sikit punye kelat muke dia..hehe..

Sessi mule pukul 10am. TS Ramli Ngah Talib YDP Dewan start off kate ada 99 orang MP baru. Dia kate rekod tahun ni ada mak/anak (DSWA/ Nurul) & anak/bapak (Karpal/Gobind). Dia tak kate pulak ada pakmertua/menantu..ceh..jage periuk nasik jugak orang tua tu.

Tapi yang jadi centre of attraction memang Nurul Izzah. In fact, she's the youngest YB being only 27..hebat..hebat..

Mase taklimat ada satu MP Cine dok sebelah saya. Saya tengok dia ni peramah betoi. baguih punye sembang cara cakap macam bunyi pembangkang. Rupe-rupenya YB Chua Tee Yong dari Parlimen Labis..anak YB Chua Soi Lek.

Well..program habis pukul 12. Tapi nampak mood memang berbeza sekarang. Kakitangan Parlimen pun very friendly. Saya yang syok tu bila ada polis yang mai sembang tanye "bos kite bile bertanding..".."Aik..bos kite???". Rupe-rupenye ramai yang dah tak sabar DSAI join Parlimen. The undercurrent is so strong..tak tidur Pak Lah dibuatnye..hahaha..jangan mare ar menantu..

Lepas taklimat tadi saya & few friends pi ronda kat kawasan Parlimen. Macam-macam ada rupenya. Siap dengan gym, klinik, dewan badminton dll. Zoo pun ada..tapi banyak rusa je saya tengok. Depa kate tu peninggalan arwah Tun Zahir. Kat Tingkat 17 siap ada penthouse. Depa tengah nak renovate buat mini coffee house. nanti kalau hangpa nak mai kami MP boleh guna Tingkat 17 untuk entertain.

Well..that's all for today..looking forward for opening ceremony/swearing in on 28/29 April. Okey dokey..kena chow dulu..dah nak magrib.

Adios


Zulkifli Noordin

Hasrat anak Kedah UKM temu MB di Halang

MStar - HASRAT mahasiswa mahasiswi anak kedah UKM tidak kesampaian apabila niat mereka untuk bertemu Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dalam majlis perasmian Makan Malam Darul Aman 2008 (MDA’08) anjuran Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK) dihalang.

Makan malam yang dikenakan bayaran RM7 satu kepala tersebut diadakan bermula 7.45 malam pada hari Rabu 2 April 2008 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM.

Pada peringkat awal lagi, tiket makan malam tersebut dibeli dengan larisnya oleh mahasiswa mahasiswi Kedah kerana ingin bersua muka dengan Menteri Besar mereka. Tetapi malangnya, perasmi pada malam tersebut bukan Menteri Besar Kedah tetapi Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Dr Abdul Hamid bin Othman, Penasihat Agama Islam YAB Perdana Menteri.


Keputusan yang dibuat ini adalah satu penyalahgunaan kuasa sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM. Alasan yang diberikan adalah parti politik tidak boleh dibawa masuk dalam universiti.

Alasan ini tidak munasabah dan tidak bertepatan dengan beberapa program yang diadakan di UKM sebelum ini. Buktinya, apabila YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dijemput merasmikan beberapa acara di UKM seperti Majlis Perasmian Institut Islam Hadhari, beliau yang juga merangkap Presiden UMNO dibenarkan masuk. Persoalannya, kenapa Pak Lah boleh, tapi Azizan tak boleh?

Selain itu, pada 15 Julai 2007, Puteri UMNO Serdang dibenarkan secara terang-terangan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan di Kompleks Bestari (sekarang di kenali sebagai Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh). Pada 29 Julai 2007 pula UMNO Serdang dibenarkan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Bahkan, tiada siapa yang menghalang mereka menggantung bendera putih merah berkeris dengan megahnya dari luar pintu pagar UKM hingga ke hadapan DECTAR. Alasan tadi tidak pula digunakan oleh pentadbiran UKM.

Persoalannya, kenapa UMNO sahaja yang boleh tetapi parti-parti lain tidak boleh? Inilah yang dikatakan sebagai ‘UMNO dominant’ yang meresap dalam pentadbiran universiti. PMUKM Aspirasi hanya berdiam diri tanda setuju terhadap isu ini.

Secara logiknya, jemputan Azizan Razak adalah bukan atas dasar beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Kedah atau pemimpin BA, tetapi atas dasar beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang diberi kepercayaan oleh rakyat Kedah dan diperkenan oleh Sultan Kedah.

Oleh itu, pendirian yang ditunjukkan seumpama tidak menghormati kerajaan Kedah dan Sultan Kedah. Sebelum ini, UKM telah dikhabarkan terlibat dengan penghantaran 1500 mahasiswa mahasiswi universiti ke Kelantan bagi membantu UMNO.

Di samping itu, dengan sikapnya yang membiarkan program-program hiburan melampau berleluasa di seluruh UKM, maka tidak hairanlah UKM dihujani dengan pelbagai masalah sosial.

Oleh hal demikian, dalam mencapai universiti bertaraf dunia, seseorang pentadbir universiti yang dipilih tidak sepatutnya bersikap double-standard dan tidak menyalahgunakan kuasa semata-mata untuk kepentingan peribadi dan pihak-pihak tertentu.

ANAK KEDAH TERKILAN

Umno serang PAS umpama perang salib di Kelantan

Siasah - GUA MUSANG, 4 April: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan cara serangan yang dibuat Umno terhadap PAS di Kelantan semacam 'perang salib' terhadap PAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung Luar Biasa Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati dekat sini.

"Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di Kuala Lumpur memaki-hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.

"Bahkan seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam," kata Ku Li.


Menurut Ku Li, dalam pilihan raya baru-baru ini, pengundi melihat PAS sebagai parti yang adil kepada semua kaum dan pemimpinnya tidak mengamalkan rasuah - berbeza dengan imej Umno yang dilihat mementingkan Melayu sahaja dan korup.

"Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan," katanya. more...

LULUSAN OXFORD TAK CERDIK BUDAYA - Tengku Razaleigh

Malaysiatoday - "Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya.

"Orang ini tidak layak diangkat oleh Umno untuk menjadi pemimpin mereka.

"Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat," kata Tengku Razaleigh di mesyuarat khas perwakilan bahagiannya Gua Musang pagi ini. more...

Mukhriz tidak mahu berkompromi


Mukhriz tidak mahu berkompromi untuk laluan tanding jawatan Ketua Pemuda Umno

Berita Harian - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan berkompromi dengan sesiapa, termasuk Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bagi memberi laluan kepadanya bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti, Disember ini.

Beliau yang juga Exco Pemuda berharap, pada pemilihan kali ini, Umno dapat membuka ruang lebih luas kepada anggota pergerakan itu untuk menampil dan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda selaras dengan proses penyuburan semula parti.

Semua ahli MT perlu lepaskan jawatan

Utusan - Badan Perhubungan UMNO Pahang meminta semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Khas untuk melantik anggota MT yang baru berikutan prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Setiausahanya, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, langkah itu sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan UMNO bahawa jika semua ahli MT berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau timbalannya perlu mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.

“Perwakilan akan menentukan semula siapa ahli MT yang baru bagi menggalas tanggungjawab menentukan hala tuju parti,” katanya.

Menurutnya, gesaan itu dilakukan berikutan kegagalan pucuk pimpinan parti dan ahli MT mempertahankan empat daripada lima negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya lalu.

Umno pelopori ‘rasuah politik’ di Malaysia

nuraiman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Limbungan, Drs. Zainudin Awang menyifatkan Umno kini semakin tenat dalam arena politik di negara ini.

Katanya, pelbagai masalah timbul selepas parti itu mengalami kemerosotan undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 termasuk kebimbangan terhadap Adun-adun Barisan Nasional (BN) keluar parti.

“Umno sekarang ini sudah tenat kerana hilang banyak majoriti dalam pilihan raya umum lalu dan kebimbangan paling ketara takut wakil rakyat mereka (BN) keluar parti.

“Mereka (BN) ingin buat undang-undang ‘lompat’ (keluar) parti takut dibeli oleh parti pembangkang,”ujarnya ketika berucap pada Ceramah Maulidurrasul di Ma'ahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, semalam.

Katanya, kebimbangan itu menjurus kepada politik wang atau rasuah politik yang oleh mana-mana pihak dalam negara ini.

Menurutnya, Umno dan kerajaan BN adalah juara dalam amalan politik wang atau rasuah politik dalam parti dan kerajaan hari ini. more...

Umno perlu wujud blog saingi lawan: Mohd Ali

Berita Harian - “Saya berpendapat tiba masanya bagi setiap pemimpin BN, tidak kira peringkat tertinggi hingga cawangan mewujudkan blog masing-masing. Saya sendiri sudah lama memiliki blog kerana cara ini dapat menyalurkan maklumat tepat, pantas dan boleh mengelak tumpuan hanya kepada blog anti kerajaan,” katanya selepas menghadiri majlis taklimat ringkas pembangunan jalan raya negeri bersama Menteri Kerjaya, Datuk Mohd Zin Mohamed di Hotel Holiday Inn, di sini, petang semalam. Ketua Menteri Melaka itu berkata, setakat ini Umno sudah mula menggunakan khidmat pakar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menghasilkan laman blog di kalangan pemimpin parti supaya dapat menangkis dakyah pelbagai blog yang rata-rata cenderung menyokong pembangkang.”Keberkesanan blog jelas terbukti apabila ia berjaya mempengaruhi pandangan kelompok tertentu khususnya generasi muda yang lebih celik ICT,” katanya.

Mohd Ali memuji langkah beberapa pemimpin BN termasuk bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Muhamad Khir Toyo mewujudkan blog sendiri.

Khabar dari Pulau Pinang

anuarmanshor.blogspot.

Wakil calon di Balik Pulau berkata, "Orang seperti Anuar lah yang perlu mempertahankan UMNO di Malaysia. Dulu kami berjuang mempertahankan ketuanan Melayu. Saya berpesan kepada anak cucu saya, walau apa-apapun yang terjadi, jangan pangkah yang lain."

Pemandu bas di Balik Pulau, "Saya hampir tiada gaji, dapur mungkin tidak lama lagi tidak akan berasap. Semuanya berlaku sejak Rapid Penang datang ke sini. Bukannya semua orang tidak tahu individu penggerak syarikat itu. Memang patut saya pangkah yang lain. Kami mahu 'mengajar' mereka."

Makcik pengusaha restoran di Balik Pulau, "Sepatutnya ustaz-ustaz jangan terlibat dalam politik. Apabila masuk politik, mereka mula caci mencaci. Bukankah tidak elok?"

Suri rumah di Permatang Pauh, "Walaupun Lim Guan Eng berbangsa Cina, sekurang-kurangnya dia memahami adat budaya Muslim. Semasa perhimpunan, dia menyuruh supaya memendekkan masa supaya dapat dilakukan tugasan hakiki. Katanya, 'Ini selaras dengan cara kerja Khalifah'."

Peniaga di Medan Tun Rahah, Kepala Batas, "Lihatlah banyak kedai yang tutup. Perniagaan di sini terlalu lembab."

Kaki "gebang" di gerai makan, Bayan Baru, "Cuba lihat di kertas pangkah undi. Mengapa gambar calon BN jelas, tetapi tidak gambar calon lain kabur?"

Kesimpulannya, sepanjang saya berada di sana, rata-rata rakyat Pulau Pinang menyokong kerajaan negeri baharu.

Butterworth WAS in bad hands

mybutterworth.blogspot
(...)Sources revealed that at that time, the original proposal by Bandar Perda's developer- Aseania Development Sdn Bhd to the council was to built a twin tower for MPSP. The estimated costs for the twin tower was RM120 million excluding land cost and office fixture and fittings.
Sources also revealed that the original twin tower proposal has received the “blessing" and endorsement from the "highest authority ministerial level" for the developer to proceed and fast track the project by direct negotiation with the Penang state government. However, the proposal to built the twin tower for MPSP has been scaled down and reduced to one single block at the insistence of ex-CM of Penang.The building cost for the single office block for MPSP is about RM65 Million. The new MPSP headquarters (pic) was completed in 2005 and MPSP started moving in from Butterworth in 2006 and only officially hand over to council in late 2007 due to defective air-cond system.

If the original twin tower MPSP headquarters was being built (see the prospective photo in Aseania's website) ,The council COULD HAVE GONE BANKRUPT by now !!!!!!!!!!!!!!!
Land/building cost

The development of the revised single office block for MPSP was awarded to Aseania Development Sdn Bhd, a development company owned by UMNO politicians from Bukit Mertajam through "DIRECT NEGOTIATION". Bandar Perda is a 456 acres privatized housing project by PERDA to Aseania Development Sdn Bhd at land valued less than RM3psf in early 1990's. According to reliable sources, the land costs after taking into account the earth-filling costs of about RM2psf is less than RM5psf. MPSP acquired the land of 10 acres in early 2000's and paid more than RM30psf for the present 10 acre site.Ten times higher than the original acquired land cost. more...

LOW-COST flat residents may get free water too.

Malaymail - A source within the Selangor State government has assured res idents of low-cost flats, who use bulk meters instead of individual meters, that this matter will be looked into.

“The State government has not forgotten that those staying in low-cost flats are using bulk meters, hence won’t be able to enjoy the free-water scheme be cause it only applies to those who use individual meters. We will look into this matter and they will not be disregarded,” said the source.

He said this issue has been raised and the Selangor State gov ernment is fully aware of the mat ter. But, because there are a num ber of things which need to be straightened out, matters on the conversion of the bulk meters will have to be put on hold for a while.

“Since the implementation of the free-water scheme will take place in June 1, we are trying to settle the main issues first and then we will work on other mat ters,” said the source. more...

"Kita jumpa di mahkamah"

Siasah - KUALA LUMPUR, 4 April: Siasah mempertahankan laporannya bertajuk "Rekod Tg Adnan" dan bersedia untuk berjumpa dengan Setiausaha Agung Umno itu di mahkamah jika terpaksa berbuat demikian.

Demikian kata jurucakap Siasah ketika mengulas surat saman yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Tengku Adnan Mansur, Satha & Co kepada Siasah Rabu, 2 April lepas.

"Kami menyifatkan surat itu sebagai usaha untuk menggertak Siasah agar menarik balik laporan kami," kata jurucakap Siasah.

Siasah minggu lalu telah menyiarkan di muka depannya laporan bertajuk "Rekod Tg Adnan" yang melaporkan secara terperinci rekod-rekod perniagaan Setiausaha Agung Umno yang baru dilantik itu.

Ekoran itu, 3 hari selepas disiarkan, Tengku Adnan melalui peguamnya telah menghantar notis kepada Siasah agar menarik balik, memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi tuduhan itu.

Surat itu memberikan masa selama 48 jam kepada Siasah untuk bertindak.

PM arrives in Sarawak to meet State BN leaders


NST - Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi arrived at the Kuching International Airport at 9.20am to attend a meeting with Sarawak Barisan Nasional (BN) leaders.
The Prime Minister was met on arrival by Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Deputy Chief Ministers Tan Sri Dr George Chan and Tan Sri Alfred Jabu, federal ministers and deputy ministers from Sarawak, state cabinet ministers, heads of federal and state departments as well as about 2,000 people from the various strata of society.

In conjunction with his one-day visit to the state, Abdullah would have a meeting with Taib, who is also chairman of the Sarawak BN, before attending a closed-door meeting with BN leaders as well as members of parliament and state assemblymen from Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) and the Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) at a leading hotel here.more...

Penang MCA assistant secretary resigns as party life member

NST - Penang MCA liaison assistant secretary Lim Boo Chang today announced his resignation as a life member of the party.

In his letter to party president Datuk Seri Ong Ka Ting, Lim said he is also relinquishing all his party posts with immediate effect.

He told Ong: "I am very disappointed, fed-up with and tired of the ever unceasing, complex and unhealthy internal squabbles of the MCA."

Lim, who quit Gerakan in December 1999 and joined MCA a month later, said he has no plans to join any other political party at the moment.

"I want to have a good rest now," said Lim, the Datuk Keramat state assemblyman from 1995 to 2004.
Lim did not contest in the last general election. more...

Ahli Umno kecewa permohonan rumah PPRT tidak dilayan

ImageHarakahdaily - Tujuh tahun lalu, Zulkifli Arifin, 42, yang juga ahli Umno di Serkat, dekat sini, memohon untuk mendapatkan rumah PPRT melalui Ketua Umno Cawangan kampung berkenaan, tetapi malang permohonannya terus tidak dilayan sehingga hari ini.

ImageHarapan beliau bersama isteri serta empat anak mereka untuk tinggal di sebuah rumah yang selesa masih tidak kesampaian, berikutan itu beliau sekeluarga terpaksa terus menumpang di rumah orang tua isterinya, sehingga hari ini.

"Sudahlah menumpang rumah orang tua, bekalan elektrik dan air pula terpaksa mengharap ikhsan jiran sebelah," keluhnya yang ditemui semasa kunjungan pimpinan PAS Tanjung Piai, di rumahnya, baru-baru ini.

Kunjungan yang diketuai YDP PAS Tanjung Piai, Ustaz Ahmad Sani Kemat dan Timbalannya, Ghazaly Ayub, turut disertai Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Atan Gombang.

Ustaz Atan telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan keluarga berkenaan. more...

Pengerusi Anak bidas pemimpin Umno

Harakahdaily - Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Se Malaysia (Anak), Mazlan Aliman mempersoalkan dakwaan pemimpin Umno kononnya 'Anak' memperdaya generasi ke-2 Felda dengan borang permohonan tanah.

Menurutnya, tidak timbul isu Anak cuba memperdaya generasi ke-2 sebagaimana didakwa, kerana memangnya menjadi matlamat penubuhan Anak untuk membela golongan itu di samping menjadi jambatan penghubung di antara Felda, peneroka dan generasi ke-2 Felda.

Mazlan menolak dakwaan kononnya Anak mengedar borang permohonan tanah bagi membolehkan golongan itu mendapatkan tanah secara mudah.

Katanya, apa yang diedar Anak adalah borang aduan serta butiran peribadi ahlinya yang ingin memohon tanah lot di dalam penempatan Felda.

Menurutnya beliau difahamkan banyak lot-lot tanah kosong di dalam Felda yang boleh dimohon untuk diusahakan oleh peneroka atau generasi ke-2 Felda tetapi malangnya Felda tidak memberi jawapan sebaliknya lot-lot kosong itu akan diambil dan dimajukan oleh Felda. more...

Battle for Umno Youth top job hots up

3.15pm latest:
themalaysianinsider
Selangor's former Umno supremo Mohd Khir Toyo has thrown his hat into the ring to succeed Hishammuddin Hussein as head of the Youth wing in December. Mukhriz Mahathir, as expected, has also confirmed his candidacy. Full report to come

Delegasi Bekas Ahli Parlimen Akan Desak Abdullah Letak Jawatan?

Kuda Kepang - PRU12 sudah berlalu. Taufan dan gelora yang mengiringi keputusannya kelihatan mula reda. Tetapi, arus bawahnya masih terus menggelegak. Keadaan ini dipercayai tidak akan tenang selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi belum mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri secara berhemah, segera, aman dan sukarela.

Lantaran itulah sentiasa terdapat usaha ke arah perletakan jawatan Abdullah. Hari ini, 2 April 2008, sekumpulan bekas Ahli Parlimen Malaysia, termasuklah sebilangan besar mantan menteri sejak era Tun Razak Hussein, berhimpun di Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, untuk mencapai keputusan mengirimkan satu delegasi menemui Abdullah dalam tempoh terdekat ini.

Delegasi tersebut akan membawa mandat daripada kumpulan berkenaan yang meminta dan mendesak Abdullah mengosongkan jawatan Perdana Menteri dengan seberapa segera demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

Semalam, kira-kira 3,000 rakyat jelata, majoritinya ahli UMNO dari seluruh negara telah berpusu-pusu datang ke Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, untuk mengikuti Forum UMNO Pasca PRU12. more ...

Mukhriz, Dr Mohd Khir rasmi berentap

Mstar
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir akhirnya tidak lagi berselindung tentang niatnya untuk bertanding bagi merebut jawatan ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Disember depan.

"Ya saya akan bertanding jawatan itu," itulah jawapan Mukhriz terus terang melalui telefon Jumaat apabila ditanya jika beliau telah bersedia mengumumkan pendirian tentang isu itu sehari selepas penyandang jawatan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya.

Sebelum ini, Mukhriz hanya berkata beliau berminat tetapi mahu menunggu tahap sokongan daripada peringkat bahagian sebelum membuat keputusan. more...

Umno dalam darurat: Tengku Razaleigh

Berita Harian
GUA MUSANG: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata parti itu kini dalam keadaan ‘darurat’ berikutan sokongan dan keyakinan rakyat terhadapnya terjejas.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, tindakan segera perlu diambil sebelum kerosakan yang berlaku di dalam parti merebak sehingga menjejaskan asas tamadun dan perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang dibina sejak 1946.

"Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, membabitkan perwakilan Umno yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup Umno selama 60 tahun,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Khas Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di sini, hari ini yang dihadiri 2,000 pemimpin, ahli Umno dan pemerhati politik.

Seramai anggota 423 perwakilan daripada 191 cawangan Umno bahagian itu hadir pada mesyuarat itu bagi meluluskan usul untuk mendesak Majlis Tertinggi (MT) Umno supaya mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membincangkan punca prestasi teruk Umno pada pilihan raya umum lalu.more...

Ketua Menteri Melaka ada Blog, MB N.Sembilan bila pula ?

Dari Kacamata Mohd Ali Rustam rembau-hari-ini
Kini Ketua Menteri Melaka pula dah ada laman Blog. Tahniah.

Menteri Besar N.Sembilan bila pula ? YB YB UMNO, DAP, PKR, PAS, MIC dan MCA di N.Sembilan bila pula ?

Berikut link Blog Ketua Menteri Melaka http://www.mohdalirustam.blogspot.com

Toilet is couple's home



ABANDONED TOILET THEIR HOME: In what should be their golden years, poverty has forced an elderly couple to turn an abandoned toilet into their home. Ismail Mat, 70, and his 68-year-old wife Rahimah Jolan have been living in the dilapidated toilet at the Gemas railway station in Negri Sembilan since the end of last month, when Ismail was employed to maintain the new toilets near their 'home'. More.

Pinjaman perumahan pembiayaan kewangan Islam mencekik darah?

Harakahdaily - Diarah membayar RM505,368.54, apabila bank hanya membayar RM10,000. Lebih malang beliau diarah membayar RM505,368.54 (sama dengan keuntungan berserta dengan jumlah yang dibahagikan kepada pemaju) dan lebih daripada itu, kos guaman pula mencecah sehingga RM17,450! Semua ini adalah kepada bayaran sebanyak RM10,000 yang telah dibuat oleh bank kepada pemaju projek yang gagal itu. Ini berlaku kepada peminjam-pinjaman perumahan sebuah perbankan Islam.

Ini adalah kisah benar. Abdul (bukan nama sebenar) memutus untuk memiliki sebuah kondominium pilihan keluarganya pada tahun 1997 melalui pembiayaan kewangan Islam. Abdul ketika itu merupakan seorang eksekutif muda yang berusia 31 tahun dan baru sahaja menaiki tangga kejayaan dalam kariernya selepas menamatkan pengajian daripada Universiti Islam Antarabangsa enam tahun yang lalu.

Abdul yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan berlatar belakang dalam Ekonomi Islam ini, hendak memastikan dapat membeli kondominium untuk didiami oleh keluarganya.

Baginya, pembelian ini hendaklah bebas daripada sebarang riba yang dilarang dalam kepercayaan Islam. Memandangkan pembiayaan rumah cara konvensional ini dikenakan riba, dia memutus untuk membiayai pembelian rumahnya dengan menggunakan prinsip pembiyaan al-bay bithaman ajil (BBA) yang ditawarkan oleh bank terbabit. more...

PENULIS BLOG DI TELEVISYEN

Malaysiakini - Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini mengingatkan kakitangan awam agar memberikan respon kepada suara golongan muda di internet.

Tambahnya, tanggapan bahawa media alternatif dikaitkan dengan "orang muda yang tidak berguna" tidak sesuai lagi kini kerana umur bukanlah faktor.

"Masa sudah berlalu apabila pegawai awam boleh memilih untuk mengabaikan media, aduan, telefon berbunyi atau surat kepada editor," beliau dipetik sebagau berkata pada majlis ucapan makan tengah hari bertajuk "Cabaran Perniagaan Kompetitif Malaysia Dalam Ekonomi Global".

Sementara itu, menurut Bernama lagi, Kementerian Penerangan mewujudkan satu segmen khas berita setiap Ahad bagi membenarkan penulis-penulis blog menyalurkan pendapat mengenai pelbagai isu secara langsung di televisyen.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata program itu akan berlangsung selama 20 minit dan bermula 20 April ini menerusi RTM 1.

Beliau berkata langkah terbaru itu membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif.

TOPIK PANAS PAGI JUMAAT













Scroll ke bawah dan klip video disediakan ..... (Topik berikutnya)
dipetik: alalalan.com

Anda masih mempunyai peluang lagi ....
A Nite With... Anuar Zain yang akan berlangsung 2 Mei ini di Dewan Perdana Felda dibawakan oleh D’Mega Event & Ent Sdn. Bhd. dengan tema glamorous.

Dan jangan terperanjat jika melihat harga-harga tiket yang dijual. Semuanya berharga antara RM300, RM350, RM400 dan RM650. Tiket mahal? Kalau nak enjoy, kenalah melabur sikit kan. Dan inilah masanya kita menyokong pula artis tempatan kita. Dah banyak benar sejak akhir-akhir ini show dan konsert artis luar negara dan artis kita terpaksa berkongsi pentas bersama mereka. - Utusan Meloya

4 saat, 350 kali caj?


ZAINAL ABIDIN menunjukkan senarai bil telefon bimbitnya menerusi rekod yang disimpan dalam komputer di Kuantan semalam.


Kosmo
KUANTAN - Dalam tempoh empat saat sahaja, 350 kali caj dikenakan.

Penyata dalam bil terperinci telefon bimbit sedemikian menyebabkan seorang peniaga, Zainal Abidin Shamsudin, 47, gelabah tidak tentu pasal kerana menanggung tunggakan bil sebanyak RM4,402.61.

Menurutnya, bil tersebut tidak masuk akal kerana dalam tempoh sesingkat empat saat, sebanyak 350 caj dikenakan antara 30 sen hingga RM10.10 dan dalam setiap saat caj dikenakan berpuluh-puluh kali.

"Biasanya saya dikenakan caj RM70 hingga RM130 sebulan sebelum kejadian ini,'' katanya kepada Kosmo! selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuantan semalam.

Beliau berkata, masalah tersebut telah dirujuk kepada pejabat syarikat telekomunikasi itu bagi wilayah Timur tetapi sehingga kini tiada penyelesaian, malah tunggakan terus dimasukkan dalam bilnya sejak empat bulan lalu. more...

Jalil Ngah telah kembali ke Rahmatullah (abg Manan Ngah)



Murai
KUALA LUMPUR, 19 MAC 2008:
Sejak kebelakangan ini, ramai orang-orang seni kita berkarisma pergi menyahut seruan Ilahi. Tidak terkecuali pengarah konsert, pereka set dan krew teknikal yang sangat dikenali di dalam dan luar negara iaitu Abd Jalil Ngah, 51.

Abang kepada komposer Manan Ngah ini menghembuskan nafas terakhirnya di bilik operasi pembedahan Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 6.30 pagi semalam (Selasa) iaitu setengah jam sebelum pembedahan bypass dilakukan. Pembedahan itu perlu dilakukan selepas doktor mengesahkan bahawa arwah mempunyai 3 pembuluh darah yang tersumbat di jantungnya selepas seminggu dimasukkan ke pusat perubatan tersebut. more...

No2umnO - Mungkin agak terlewat, tetapi wak nak mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Terkemudian tapi wak nak seranaikan berita ini didalam blog wak kerana wak pernah kenali beliau satu ketika dulu ....

ANDA NILAIKAN



No2umnO - Aku tak nak komen apa apa tau ......

FILEM AKHIRAT MEMPERSENDA AGAMA

ustaznasrudin-tantawi.
Saat ummat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan melahirkan kemarahan mereka terhadap kebiadaban seorang ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang telah menyiarkan sebuah filem berjudul FITNA , ( dengan maksud menghina dan memfitnah agama Islam dan ummatnya.) , negara kita gempar dengan penayangan filem AKHIRAT yang tidak kurang hebat agenda penghinaan dan persendaan terhadap agama Islam .

Filem Akhirat adalah sebuah filem Malaysia yang bukan sahaja melepasi Lembaga Penapisan Filem Malaysia tetapi juga mendapat tempat selesa di pawagam . Sedang ia adalah sebuah filem yang jijik dan hina berbanding judul filemnya "AKHIRAT" .

Kebelakangan ini , negara kita cenderung menghasilkan filem yang diberi judul berbaur agama. Kononnya untuk melahirkan kesedaran dan keinsafan di akhir cerita buat penontonnya. Namun realiti filem tersebut hanyalah lebih menonjolkan adegan - adegan panas berbanding cerita atau dialog yang boleh menimbulkan keinsafan.

Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengkaji secara lebih mendalam perkara ini dan satu memorundum berkait dengan perkara ini akan dikemukakan kepada Kementerian Penerangan. Harapan kita , melalui Menteri Penerangan baru yang dikatakan mempunyai sedikit latar belakang pengajian agama akan mengambil langkah wajar bagi menangani isu ini.

Perubahan Dasar

Perubahan landskap politik tanahair akibat dilanda gelombang tsunami politik tempohari mestilah dipastikan agar ia turut menjangkau perubahan dasar dan prinsip pentadbiran negara .

Menanti dan menunggu pemimpin UMNO dan BN menginsafi perkara ini , saya rasakan ia terlalu lambat malah masih ada yang kebelakang . Maka Pemuda PAS insyaallah akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan arus perubahan politik negara hari ini turut mendesak berlakunya perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan .

Mesyuarat DPPP akan datang , insyaallah akan turut memikirkan bagaimana tindakan dan langkah yang akan diambil bagi menangani isu seperti ini demi memelihara masa depan ummah agar tidak dicemari pemikiran mereka , tidak dimusnahkan peribadi mereka dan tidak juga diselewengkan aqidah mereka melalui filem dan aktiviti propaganda hiburan yang lain .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Rujuk juga
filem akhirat, sinopsis filem akhirat, ulasan filem akhirat ...
Kementerian Penerangan Malaysia - Filem "Akhirat" Bertemakan Kisah
KOMEN FILEM AKHIRAT

Umno berada dalam 'zon bahaya' - Muhyiddin

(...)Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno kini berada dalam 'zon bahaya' dan perlu dipulihkan segera bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

Beliau juga mahu semua pihak hentikan sebarang spekulasi kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan meletak jawatan kerana ia tidak membawa sebarang faedah kepada negara.

"Sebarang spekulasi berhubung kedudukan kepimpinan negara akan memberikan kesan negatif kepada kemasukan pelabur asing dan situasi itu juga tidak akan menguntungkan rakyat.

Muhyiddin mahu spekulasi sedemikian perlu dihentikan segera kerana ia tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat dan negara.

Menurutnya lagi, spekulasi tersebut secara tidak langsung boleh mengancam kestabilan negara.

“Ketidaktentuan dalam arena politik di mana-mana negara sekalipun yang disebabkan oleh spekulasi seperti ini tidak membawa keuntungan malah merugikan rakyat. Itu yang perlu kita elakkan,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. more...

Mahkamah tolak saman pemula Dun Sanglang

Harakahdaily
(...)Selain itu katanya, mahkamah mengarahkan plaintif memfailkan petisyen pilihan raya dan mahkamah akan menyediakan penghakiman.

"Kami telah berhujah panjang tadi tapi mahkamah tidak mahu mendengar merit tentang kes ini dan sebaliknya kata mereka, menurut perlembagaan negara, kes ini perlu difailkan petisyen pilihan raya,"jelasnya.

Bagaimanapun menurut Mohamed Hanifa, dalam penghujahan yang dibuat, pihak peguam plaintif membangkitkan sekiranya difailkan petisyen pilihan raya, mahkamah akan mengisytiharkan pilihan raya perlu dibuat semula sedangkan yang berlaku hanya kesilapan sahaja.

"Kami beranggapan yang berlaku hanyalah "human error". Hujah kita tadi, keputusan pilihan raya belum digazet dan belum muktamad jadi kes ini boleh dibicarakan. Tapi mahkamah tidak menerimanya.

"Jika difailkan petisyen dan diarahkan mengadakan pilihan raya semula, ini seolah-olah SPR tidak menghormati keputusan rakyat yang memilih Ustaz Hashim sedangkan yang berlaku itu hanyalah satu kesilapan," jelasnya. more...

Musnahkan sistem kerajaan, Mahathir perlu dibicarakan


(...) Ezam, dalam kenyataannya berkata pendedahan UN Special Rapporteur, Dato' Param Cumaraswamy di dalam akhbar The Star, hari ini jelas menunjukkan bagaimana Tun Mahathir terlibat dalam memusnahkan sistem kerajaan di Malaysia.

Katanya, biarpun hampir keseluruhan rakyat sebulat suara bersetuju bahawa sistem kerajaan telah dicemari dengan amalan rasuah, berdasarkan keputusan pilihan raya umum lalu, kesalahan amalan rasuah ini tidak boleh diletakkan ke atas PM, Abdullah Ahmad Badawi semata-mata .

"Ini kerana, kelemahan yang berlaku di bawah pentadbiran beliau (Abdullah) bukan terjadi dalam masa semalaman, tetapi diwarisi dari pentadbir sebelumnya. Sehubungan itu, Tun Mahathir sewajarnya disalahkan ke atas krisis yang berlaku dalam bidang penghakiman, polis dan BPR," tegas beliau.

Malah, tambah Ezam adalah tidak menghairankan badan seperti BPR bertindak tidak relevan sebaliknya menjadi 'kedai dobi' untuk pengamal rasuah membersihkan nama mereka.

Oleh itu, tegas beliau Gerak sebagai badan bukan profit dan NGO anti korupsi yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia menyokong penuh kenyataan Param untuk menyiasat dakwaan terhadap Tun Mahathir. more...

AMANAT DOLLAH AHAD INI


PUTRAJAYA 2 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan amanat kepada kepimpinan bahagian dari seluruh negara pada Majlis Penerangan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad ini.

Ia merupakan pertemuan tertutup pertama Perdana Menteri dengan kepimpinan akar umbi parti selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini mengesahkan program tersebut antara lain akan membincangkan tentang hala tuju parti dalam tempoh lima tahun ini.

‘‘Kita sedang menyusun senarai jemputan, buat masa ini saya tidak dapat mengulas lanjut kerana persediaan sedang diatur untuk menjayakan majlis ini,” katanya di sini.

Seminggu lalu, Abdullah mengadakan pertemuan dengan para perwakilan badan perhubungan UMNO negeri-negeri yang antara lain mahukan mereka berusaha memulihkan kembali sokongan rakyat kepada parti selepas pencapaian merosot Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Abdullah juga pada pertemuan itu mahu wakil rakyat UMNO dan kepimpinan parti meliputi peringkat cawangan dan bahagian turun padang lebih kerap untuk meneliti dan menyelesaikan masalah rakyat.
BN yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-12 menerima tamparan teruk apabila buat pertama kali sejak gabungan yang ditubuhkan pada 1974 dari Perikatan gagal memperoleh majoriti dua pertiga.
Parti pemerintah itu hanya kurang lapan kerusi daripada 148 kerusi Parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan yang selesa.

Selain gagal meraih dua pertiga, BN turun kehilangan Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, gagal merampas kembali Kelantan dari Pas serta hanya memperoleh satu kerusi daripada 11 kerusi Parlimen yang ditandingi di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, sumber parti memberitahu, Abdullah akan ke Sarawak Jumaat ini sebelum menemui kepimpinan BN Sabah pada Isnin. -- utusan.com.my

Dr M sekat BPR bongkar rasuah

param cumaraswamymalaysiakini.com
(...) "Dr Mahathir juga harus dipersalahkan atas krisis yang muncul kini dalam badan kehakiman, polis dan BPR," katanya, "dan jika kita sebagai satu bangsa mahu maju lagi, kita mesti membetulkan kecacatan dalam sistem bernegara dengan membongkar akar umbi permasalahan dan membanterasnya depan-depan."

Menurut Param, seperti kenyataannya yang diedarkan kepada media semalam, sebahagian keterangan yang beliau maksudkan seperti berikut:

Peguam bela: Adakah Datuk menggeledah pejabat ketua pengarah EPU di JPM?
Saksi (Shafee): Ada

Peguam
: Ada sesiapa yang meminta anda menutup kes itu?
Saksi: Ya, perdana menteri (Dr Mahathir).

Peguam: Ceritakan keadaan yang menyebabkan perdana menteri meminta anda menutup siasatan itu.
Saksi: Ya, saya dimarah, "beraninya anda menyerbu pejabat pegawai kanan saya?" Saya terperanjat dan menjawab "ia dibuat berdasarkan satu aduan pihak yang terlibat."

Saya menjalankan tugas seperti diperuntukkan undang-undang. Beliau (Dr Mahathir) menuduh saya cuba memerangkap bekas ketua pengarah EPU.

Saya menjawab, tidak benar sama sekali kerana salah di sisi undang-undang memerangkap seseorang. Sebagai seorang Islam, berdosa besar mengenakan orang lain.

Beliau bertanya saya "apakah Anwar menyuruh anda menggelidah pejabat itu?" Saya jawab "tidak".
More...

Posting terkini

Blog Archive