KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 4, 2008

"Kita jumpa di mahkamah"

Siasah - KUALA LUMPUR, 4 April: Siasah mempertahankan laporannya bertajuk "Rekod Tg Adnan" dan bersedia untuk berjumpa dengan Setiausaha Agung Umno itu di mahkamah jika terpaksa berbuat demikian.

Demikian kata jurucakap Siasah ketika mengulas surat saman yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Tengku Adnan Mansur, Satha & Co kepada Siasah Rabu, 2 April lepas.

"Kami menyifatkan surat itu sebagai usaha untuk menggertak Siasah agar menarik balik laporan kami," kata jurucakap Siasah.

Siasah minggu lalu telah menyiarkan di muka depannya laporan bertajuk "Rekod Tg Adnan" yang melaporkan secara terperinci rekod-rekod perniagaan Setiausaha Agung Umno yang baru dilantik itu.

Ekoran itu, 3 hari selepas disiarkan, Tengku Adnan melalui peguamnya telah menghantar notis kepada Siasah agar menarik balik, memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi tuduhan itu.

Surat itu memberikan masa selama 48 jam kepada Siasah untuk bertindak.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive