Berita ini gua cilok dari Agendaily. Biasa la .... kalau nak cilok 100%, tentu beritanya pro kerajaan. Bodek tak abis abis. SO...blog kita ni yang tak der sponsor oleh sesiapa ni, maka kita tukang cilok sedikit berita yang menarik untuk di paparkan kepada pembaca. bukan semua.
Dalam temubual bersama wartawan ... berikut adalah kenyataan yang DS Anwar buat. Memang menghentam, tapi biasa la .. ada wartawan yang pro kerajaan tu tanya soalan yang sikit k
“Mereka (media) ini buta kira-kira. Kalau duduk atas pentas macam kami, nampak sampai jumlah yang ikut UMNO atau BN tak sampai satu perlima (berbanding penyokong PKR),”kalau nak baca apa yang ditulis oleh agendadaily .. klik sini. Kita tak kisah, bersikap terbuka tapi kesimpulannya, korang pikir sendiri.
Merujuk kepada berita jurugambar yang dibelasah oleh kononnya penyokong PKR, beliau menjawab, "T-‘shirt atau banner PKR boleh dibeli di mana-mana dan sesiapa sahaja ." dan seterusnya "Biar kami siasat sama ada mereka daripada Pakatan Rakyat atau tidak.tetapi akhbar terus kata yang buat," katanya.
“Ini budaya Berita Harian yang mesti dibetulkan. Bila Khairy (Jamaluddin) dan kumpulan baling botol itu tak salah. Budaya ini budaya khianat dan dengki yang mesti dibetulkan,”
‘Saya kata kalau ada daripada akhbar atau kerja politik parti Keadilan atau PAS, DAP yang salah mesti dihukum tetapi negara ini mesti berlandaskan hukum bukan hukum rimba yang disokong media mereka,’ katanya lagi.
Yang menarik ... walaupun Anwar kononnya di kutuk oleh wartawan di dalam lapuran tersebut, mereka tetap mencari di mana Anwar berada. Tunggu ... selepas 26hb nanti.