Radenjowo
Kalau dah tak der duit takan sampai jual maruah. Di pergunakan untuk tujuan politik. Diusung kesana dan kemari untuk mengelirukan rakyat. Berlaku sebelum penamaan calun dan mungkin sehingga tarikh pilihanraya pada 26 hb ini.
Kalau penuntut UiTM ingin sangat turun ke jalan ... baca kenyataan ini dulu.
Pelajar Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang diiktiraf, berhak mendapat biasiswa seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusi Institut Profesional Baitulmal (IPB) Tan Sri Hanafiah Ahmad.Merujuk kepada soal 10% kaum lain di Uitm pula... semalam aku bertemu dengan beberapa orang kakitangan Uitm. Kampus di Seksyen 17, shah alam menempatkan pelajar UiTM yang akan keluar negara. Di sana bukti ujudnya kemasukan bangsa asing di dalam UiTM. Tapi tak pernah di kecohkan. Ia telah di luluskan oleh Uitm Sejak tahun 1995 lagi. Menurut kakitangan Uitm yang ditemui itu, sekira mahukan bukti yang jelas dan nyata ... berkunjunglah ke kampus seksyen 17 manakala asrama mereka pula di seksyen 18.
Beliau berkata pemberian biasiswa pelajaran adalah antara hak keistimewaan bagi orang Melayu.
Pemberian pinjaman di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada pemberian biasiswa, katanya semasa berucap pada majlis konvokesyen ke-6 IPB di sini hari ini.
“Pinjaman PTPTN adalah untuk kemudahan semua rakyat Malaysia. Jika pinjaman ini menggantikan pemberian biasiswa untuk pelajar Melayu Bumiputera, maka hak keistimewaan orang Melayu telah diketepikan.
“Sekiranya ada pelajar Melayu bumiputera yang berjaya ke universiti tetapi tidak memperolehi biasiswa, bermakna perkara ini bertentangan dengan semangat dan hasrat yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu,” katanya.
Pada sidang akhbar kemudiannya, Hanafiah berkata pandangan tersebut merupakan pandangan peribadi beliau semata-mata.
Menurutnya, hanya 30 peratus orang Melayu terlibat di dalam bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan dan perakaunan.
Pemberian biasiswa kepada mereka adalah bertujuan untuk menyeimbangkan bilangan orang Melayu di bidang tersebut, katanya.
“Oleh itu berilah kepada seberapa ramai pelajar Melayu terutama dalam kursus profesional,” katanya. - selanjutnya di iniyangakurasa
Realitinya, Bangsa asing yang terdapat di UITM lebih bersopan dari bangsa bumiputera yang ada. Mereka lebih menghormati undang undang dalam kampus kerana tahu bahawa sebarang isu sensitif akan mencetus masalah lebih besar. Santapan makanan daging BABI juga tidak dibawa masuk ke kawasan asrama. Sampai begitu sekali.
Manakala pelajar bumiputera ada yang membawa minuman keras di dalam asrama dan badan penuh tattoo. Mereka juga kebanyakannya berkumpul di kelompok kenegerian mereka sahaja.
Kerana malas mahu memikirkan tentang larangan dan isu sensitif perkauman maka, ramai pelajar asing lebih berminat untuk menuntut di Universiti lain, biarpun bayaran nya mahal.
Takkan pelajar UITM dan GPMS masih nak berahsia tentang ini semua dan takkan Naib Canselor nya pun macam buat buat tak tau?
Biar pun GPMS dan VC UITM ada muslihat politik mereka tapi takkan lah budak Uitm Bodoh sangat? Lapar sangat ke?
0 comments:
Post a Comment