KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 26, 2008

Kita semua perlukan Anwar Ibrahim

isuduniamelayu | ....Sejak kecil yang menjadi halwa telinga saya dan 12 orang adik beradik saya hanya cerita kehebatan dan perjuangan orang Melayu dalam mazhab UMNO. Hanya sejak 1998, penilaian semula saya lakukan terhadap untuk apa dan untuk siapa harus saya berikan undi saya.

Sejak kecil hinggalah awal 1970an (apabila ayah dipecat daripada UMNO) saya diheret ke hulu ke hilir mengikut ibu yang terpaksa menemani ayah untuk berkempen ‘Kapal Layar’ dan kemudiannya ‘Dacing’.

Tamat episod arwah ayah, disambung pula dengan agenda sepupu dan ayah saudara (abang kepada ayah) yang berkempen, bertanding dan bergelar YB di Tioman dan Rompin, juga dengan logo ‘Dacing’.

Persekitaran siasah Perikatan, UMNO dan Barisan Nasional diera keluarga dan zaman bergelar pelajar bersama beberapa sahabat debate team, Syed Omar Abdullah (bekas press sec.

Muhyiddin Yassin dan Secpol Syed Hamid Albar) dan rakan sebilik- Mohd Zain Ariff (bekas press sec Syed Hamid Albar) begitu menambat sunabari saya.

Haji Asmaon Ismail (bekas secpol. Muhyiddin Yassin dan ADUN Kota Tinggi) adalah rakan bertengkar larut malam yang selalu tidak bersetuju pabila saya mengiakan idea cetusan Anwar Ibrahim. Semua itu cerita dulu yang telah saya ‘period’kan sekitar tahun 1998. ... more.

Politik wang bermula pada zaman Mahathir

peranaksama | ....Dia boleh menafikan tetapi dia tidak mustahil bersubahat dengan gejala kotor ini. Ketika dia kekal berkuasa selama 22 tahun, apakah dia merasakan dia menang dan kekal sebagai Presiden Umno kerana 'keikhlasan perwakilan' mahu memilihnya duduk di situ? Atau, dia mereka-reka sistem pemilihan dan pencalonan yang membolehkan dia terus kekal, walaupun kesan jangka panjang, Umno rosak akibat perbuatannya itu.
Dr. Mahathir boleh terus berucap di mana-mana. Menyampaikan syarahan demi syarahan dan ceramah demi ceramah kerana dia memang ada kebolehan bercakap. Malangnya, dia tidak menggunakan kejujuran hatinya sendiri untuk mengaku dialah yang menyebabkan Umno hari ini hampir-hampir musnah akibat perbuatannya sendiri.Inilah satu kerugian jika Pemuda Umno memikirkan mahu meneruskan legasi Dr. Mahathir dalam Umno. Legasinya akan terus menjadi 'dalang' untuk meneruskan kerosakan demi kerosakan dalam parti yang menjadi pembela bangsa Melayu ini.

Jika dia mengusung keranda 'berani berubah'… dia mahu membuat perubahan dan Umno terus hidup dan kuat kepada Umno yang mati akibat perbuatannya!... more.

Pegawai Kerajaan T'ganu AJK UMNO?

bebasmenulis | ...Penulis dihubungi seorang teman beberapa hari lepas. Beliau mengadu mengapa tidak ada orang yang buat pendedahan betapa ada beberapa pegawai tarbir negeri Terengganu yang menjadi Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian. Apabila disebutkan beberapa nama, penulis memang sudah tahu nama-nama tersebut memang sah totok Umno. Antara yang disebut ialah Encik Razif Abdul Majid dan Zahanapi Sagaf. Encik Razif sekarang ini memegang jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut. Beliau anak kepada bekas Adun Jerteh Cikgu Majid. Penglibatan beliau dalam Jawatankuasa Umno Bahagian sudah lama, bahkan sebelum Pas memerintah Terengganu lagi. Beliau mempunyai hubungan baik dengan Idris Jusoh.

Zahanapi pula pernah menjadi PA kepada Idris Jusoh sebelum diserap ke Pegawai Tadbir Negeri. Beliau juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Besut. Seorang lagi yang penulis ingat ialah Afnida Aini Alwi, merupakan anak Dato' Alwi, Ketua Eksekutif Maidam. Beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Kuala Terengganu. Namanya boleh dilihat di laman Puteri Umno Bahagian KT. Tak tahu lah kot-kot sudah dipadamkan. Penulis dah lama dah tengok senarai tu, tertera nama Afnida Aini Alwi. Itulah kriteria nak jadi Pegawai Tadbir Negeri Terengganu. Kalau tak ahli Jawatankuasa Umno pun, anak ahli jawatankuasa umno pun boleh jadi juga....... more.

Terima kaseh UMNO

jurnalislam | ..... Analogi yang diberikan itu membuatkan staff saya itu tergelak dan ini pula jawapannya, “perompak ek… hrmmm… ni kalo tak ikut hukum la ek… so aku akan pilih jadi perompak kerana terhutang budi dengannya”.

Saya tersenyum sinis mendengar jawapan itu. Dan ini pula respon saya “Since kita orang Islam kan.. thus dalam kehidupan kita tak pernah lari daripada hukum pun.. kita ada 5 jenis hukum kan… harus, haram, sunat, makruh dan wajib… hukum asal sesuatu perkara adalah harus kecuali ada nas-nas yang mengatakan sesuatu perkara itu haram, wajib dan sebagainya… so berbalik pada cerita tadi… abang tidak boleh lari daripada hukum, so abang akan pilih mana?”

Gelakan lagi yang saya terima daripada staff saya ini dan dia menjawab begini “So kau nak kata UMNO ni perompak lah?” kali ini turn saya pula tergelak. “Ya kot… huhu”. Bagi saya beginilah. Perompak itu adalah perkara yang saya specifickan. Secara umumnya, perompak itu merupakan salah satu juzuk-juzuk perangai jahat. So perkataan umumnya adalah berperangai jahat. Maka boleh ditimbulkan persoalan, adakah UMNO jahat? Sehabis mungkin saya meletakkan diri saya seadil-adilnya untuk menjawab perkara ini untuk memungkinkan saya tidak dilihat sebagai pro kepada mana-mana parti politik. Tetapi ada beberapa hujah yang boleh kita fikirkan iaitu adalah menjadi fitrah manusia untuk memilih sesuatu instead of be fair.... more.

Cops don't practise double standards - Botak

Star | He said the individuals, including PAS vice-president Mohamad Sabu and its Youth chief Salahudin Ayub were detained because they took part in an illegal gathering.

“As far as the police are concerned, any gatherings or rallies can only be organised if a police permit has been obtained.

“In this case, there was none, hence action was taken. There was no double standard,” he told reporters Wednesday after opening the ministry’s Quality Day.

Syed Hamid was commenting on claims that police practised double standards when they arrested several Opposition members who took part in an illegal anti-Internal Security Act gathering, but did not take similar action against members of Malay Cultural Organi­sations and Related Bodies Cooperation Net­work (Pewaris) who gathered to urge the Government to act against those who called for the ISA to be abolished.... more.
Bodoh betulllll l!!!!

Fatwahs galore

Image

malaysiatoday | .... Sheikh Imran said that, according to the Prophet Muhammad, there are 80 levels of usury, bribery being just one of them. And the sin of the lowest level of all, said Sheikh Imran, tantamount to the sin of sexual intercourse with your own parent.

Can you imagine yourself having sex with your father or mother? Well, the sin of the lowest level usury is the same as the sin of sex with your own father and mother. And bribery is not the lowest level yet. So the sin of bribery certainly ranks higher than the sin of sex with your own mother or father.

Is there a fatwah on bribery? Do you even need a fatwah from the Fatwah Council or any religious body when God has already issued His ‘fatwah’? A man-made fatwah would be unnecessary and redundant. A fatwah can never make bribery more haram than it already is. And that is probably why no one sees the need for coming out with another fatwah.

But this does not stop Muslims from taking bribes. Considering that more than 90% of Malaysia’s civil servants are Muslims, and bribery is most rampant amongst the civil service, this would mean the Muslims are the most corrupt lot, at least as far as Malaysia is concerned.

Look at Umno. Even Tun Dr Mahathir laments about corruption in Umno. They call it ‘money politics’, of course, but this is just corruption by another name. And are not all Umno members Muslims (expect for maybe some from Sabah)? Umno is actually very concerned about the matter and can’t quite figure out what to do. Even the most corrupted Umno leaders are concerned about it. When the crooks worry about the spiralling crime rate then rest assured the problem is very serious indeed.... more.

Jumpa semua pemimpin PR January depan



suarakeadilan | Satu perjumpaan bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan pemimpin akar umbi akan diadakan pada Januari depan, kata Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua.

Katanya pertemuan berkenaan akan merapatkan lagi hubungan sesama Pakatan Rakyat dan menguatkan lagi jentera dan sokongan kepada Pakatan Rakyat.... more.

Retreat kedua Pakatan Rakyat fokus isu Selangor dan Perak

MStar | Retreat kedua Pakatan Rakyat yang diadakan dua minggu berturut-turut pada malam ini memfokuskan mengenai cabaran yang dihadapi di dua negeri pembangkang iaitu Selangor dan Perak yang dianggap berhadapan dengan masalah yang sama.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pada perjumpaan yang berlangsung selama hampir tiga jam itu memberi peluang kepada Menteri Besar kedua-dua negeri berkenaan membentangkan mengenai pelaksanaan dan prestasi kerajaan negeri masing-masing.

"Di Perak khususnya di mana bilangan ADUN BN (Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional) yang agak seimbang dengan kerajaan negeri iaitu pemerintah.

"Kita juga menghadapi banyak rintangan kuat daripada BN dan kita harus menghadapi banyak isu seperti manipulasi media dan lain-lain lagi," katanya ketika ditemui selepas menghadiri retreat berkenaan.... more.

Hasrat Karpal bawa usul jadi kenyataan

mstar | ..."Di bawah Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan, kami kemukan usul terhadap Ketua Hakim Negara ini, mesti ditandatangani oleh satu perempat daripada ahli Dewan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelas beliau syarat berkenaan telah dipenuhi kerana jumlah keseluruhan ahli Parlimen ialah seramai 222 orang dan beliau sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 56 tandatangan ahli Dewan.

"Yang diperlukan ialah 56, tapi kami dapat 57 iaitu termask seorang ahli Parlimen Bebas," katanya.

Jelas beliau wakil Bebas yang turut menyokong usul berkenaan ialah Datuk Eric Enchin Majimbun (BEBAS-Sepanggar).

Zaki dilaporkan membuat pengakuan di Kuching pada 7 November lalu bahawa beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah semasa beliau masih lagi seorang peguam pada tahun 1987.

Bagaimanapun pada 8 November, Zaki membuat penjelasan bahawa beliau sebenarnya berpengetahuan berkenaan rasuah yang berlaku di bahagian pendaftaran mahkamah pada masa beliau berkhidmat sebagai peguam.

"Yang mana adalah jelas merupakan satu pembohongan yang mengakibatkan keseluruhan badan kehakiman yang diketuai beliau mendapat nama buruk di khalayak umum," katanya.... more.

2,784 MyKad forgery cases

NST | There were 2,784 MyKad forgery cases brought to the courts between 2000 and June this year.
Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said the National Registration Department was always striving to stop this malpractice through the enforcement of the National Registration Act 1959 (Act 78) and National Registration Regulations 1990 (amended 2001 and 2007).

“The penalty under the law for possessing and using a forged MyKad is a jail term of not more than three years or a fine of not more than RM20,000, or both, upon conviction,” he said to a question from Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) in the Dewan Rakyat today.... more.

Larangan jual arak di Shah Alam

malaysiakini | Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.

Ia telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata sumber-sumber majlis itu kepada Malaysiakini hari ini.

Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS - salah sebuah parti komponen Pakatan - untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu.

beer alcohol banSebelum ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.

Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.... more.

Zaki kata dia salah lapor

malaysiakini | ...Beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor sebelum in memberi tempoh seminggu kepada Zaki - mulai 18 November lalu - supaya meletak jawatan kerana didakwanya 'berbohong' apabila memperjelaskan laporan yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times. Tarikh tersebut berakhir semalam.

Dalam laporan tersebut, ketua hakim negara itu menceritakan pengalamannya merasuah kakitangan mahkamah ketika beliau menjadi peguam.

Bagaimanapun, Zaki kemudiannya membuat penjelasan, dengan berkata wartawan yang menulis laporan itu, telah tersalah lapor kenyataannya.

"Saya memberi tempoh kepada ketua hakim negara sehingga semalam untuk meletak jawatan tetapi tidak ada tanda-tanda beliau akan berbuat demikian, (dan) kita tidak mempunyai pilihan kecuali mengambil langkah seterusnya," kata Karpal.... more.

Parlimen tolak usul bincang kekejaman Zionis

harakah | PAS amat dukacita apabila Parlimen Malaysia hari ini menolak untuk dibincangkan usul mengenai tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata usul menentang kezaliman adalah isu sejagat yang disepati oleh semua parti politik di Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, PAS beserta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari KeADILan dan DAP turut sama menyokong usul berkenaan walaupun ianya dibawa oleh wakil Barisan Nasional.

Usul menangguhkan mesyuarat Parlimen dikemukakan oleh Dato' Dr Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Paha), tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato' Ronald Kiandee.

"PAS amat dukacita kerana usul ini ditolak, kita (PAS) pernah bersama (menyokong) dengan kerajaan dalam isu Bosnia, Palestin (sebelum ini) dan isu pengharaman nuklear.... more.

Beranikah Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah?

harakah | Politik wang, "istilah sopan" untuk gejala rasuah dalam pemilihan Umno diakui sudah mencapai tahap paling parah, namun bagi majoriti rakyat Malaysia ia tidak lebih sekadar satu isu basi yang hanya hangat dibincangkan setiap tiga atau empat tahun sekali. Walaupun didedahkan, misalnya hanya untuk menjadi ketua bahagian sahaja ada calon yang menghabiskan puluhan juta ringgit, masyarakat umum tidak lagi terkejut dengan "perangai jelik orang Umno itu".

Malah, ramai yang senyum sinis (menahan muak) mendengar pelbagai penegasan pimpinan tertinggi Umno bagi memerangi politik wang yang sudah mendarah-daging seluruh tubuh parti berkenaan. Terbaru, bakal Presiden Umno, Najib Razak dari Lima, Peru mengakui usaha menangani rasuah dalam Umno tidak mudah dan memakan masa panjang untuk mengatasinya.

"Saya percaya ada beberapa langkah tambahan yang boleh kita lakukan untuk membanteras politik wang dalam politik," tambah Najib selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Apex, 24 Nov lalu. Soalan yang pasti menyusul: Apakah Najib ada kredibiliti untuk bercakap soal korupsi atau salahguna kuasa?... more.

Awas! UMNO sedang lepaskan hantu-hantu raya.

tokpepijat | Nampaknya akhir-akhir ini semangat api perkauman semakin menyala di Malaysia. Bermula demo di Pulau Pinang merebak di Selangor dan terkini di Kuala Lumpur. Yang peliknya semua dilulus dan diberi permit oleh polis. Bahkan semacam dialu-alukan oleh polis. Tiada topi kepala merah. Tiada water cannon. Kalau boleh polis hendak hamparkan permaidani merah buat mereka. Maaf...layanan ini istimewa khas buat UMNO dan "hantu raya" peliharaan mereka seperti PEKIDA, Prowaris, PERKASA dan terbaru Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)pimpinan Dr Maamor Mansor. Semoga Teras Melayu pimpinan Cikgu Azmi Hamid tidak tersesat seperti PPIM !

Sasaran utama golongan ala Klu Klux Klan ini adalah orang Cina dan India. Dengan menggunakan atas nama Melayu, Raja Melayu dan Islam, mereka mengapi-apikan fahaman perkauman. Di ambang UMNO sedang nazak dan sedia ditalqinkan, mereka lepaskan "hantu raya" untuk mengalihkan tumpuan isu nazak UMNO kepada isu perkauman. ... more.

Malaysia is heaven for foreign labour, says BN rep

malaysiainsider | A Barisan Nasional lawmaker described the country as "heaven to foreigners but hell for Malaysians" as wages and fears over potential job cuts dominated Question Time in Parliament today.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) stopped Deputy Human Resources Minister Datuk Noraini Ahmad in her tracks as she was answering a question on minimum wages and foreign workers.

"The people here are suffering. Please protect our people not foreigners," Mohamed told Noraini.

His statement comes as reports of a tightening global job market bring attention to the domestic situation.

Malaysia continues to employ more than a million legal and illegal foreign workers, but the softening global economy has resulted in Malaysia bracing itself for a return to the job market of thousands of Malaysians now working abroad, especially in Singapore.

BN legislators also expressed concerns over the effect of slower growth on wages.

Some are asking the government to now introduce a minimum wage to help Malaysians cope with rising prices.... more.
BN bikiin ... BN buat buat kecoh .... wakakakak
Cukup la ......
Belakun je la ... tak payah merintah

Orang lain salah ... orang lain keluar dewan



Sun2surf | ...Karpal argued that it was unacceptable for Nazri to make his defence outside the House. Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) stopped him, saying the Speaker’s decision was final. Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) said Nazri must apologise in the name of integrity.
Wan Junaidi: “He does not have to apologise. I don’t need him to. I made the decision based on cases in other Commonwealth countries. I don’t want this Parliament to be a mockery if we make decisions different from other countries.”

Karpal: “The Speaker has made a mockery of this House.”
Wan Junaidi asked him to retract his statement but Karpal continued: "You made a mockery of this House. Don’t play around, Mr Speaker. Being a lawyer yourself, how can you make such a decision? The decision does not stand. The minister must apologise.”

Gobind stood up to accuse Wan Junaidi of defending Nazri and was immediately ordered to leave the Dewan. When Gobind refused to budge, Wan Junaidi said he decided to suspend him because he had objected to the chair’s decision.
Gobind: “He made the mistake and I have to leave? Mr Speaker, you are biased. This is coward. And coward number one is there (pointing to Nazri). Stand up! Stand up and apologise like a man!”
He then left the House accompanied by the Sergeant-at-arms. In the lobby, Gobind said he only wanted to know from Wan Junaidi if enough information had been acquired before he made the ruling.... more.
Malaysia .. macam macam ada.
Pro ISA dan Anti ISa ... pun boleh beza beza.
Kerajaan pembangkang memang ada beza beza
Cuti cuti malaysia, manusia boleh jadi gila. Macam macam ada. Orang dah gila
Wakakakakakk .... buat sedap sendiri.
Parlimen kedai kopi ..... Kopi Jantan Satu !!!!!
Telur 3 suku kasi masuk dalam kopi ....

We are not against freedom of speech

sun2surf| Police today defended themselves against accusation of selective persecution, saying that they are not against freedom of speech as enshrined in the Federal Constitution but are concerned about the safety of the public.

Selangor police chief DCP Datuk Khalid Abu Bakar refuted the Bar Council's claim on Monday that they practised double standards as seen in the way they handled two different illegal gatherings on Sunday.

"I will keep it simple. When our orders to disperse fall on deaf ears and are not adhered to, we will move in and act. That is when we may carry out arrests. What then are we expected to do? Stand and watch? We are law enforcers and when we act, it is within the parameters of the law. We will appear silly to the rest of society if we do not act.

"The protesters must remember that not everybody share their emotions, opinions and beliefs and the rights of others must also be respected. The police have a duty to make sure this right of the rest of society is upheld," he said.

He said if the protesters disperse on order, there will be no issues.

He cited the case of the anti-Internal Security Act (ISA) gathering in Petaling Jaya where the group dispersed soon after being told to do so for the first three weekends they got together and none were detained. But in the fourth week, they defied orders and kept regrouping, forcing police to act.... more.
We are not against freedom of speech but .... [tak der alasan]

Penguat kuasa DBKL diserang 20 tonto

bhairan | Dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah sekumpulan 20 lelaki dipercayai tonto dalam satu operasi pemantauan di pasar malam Jalan Lombong, Cheras dekat sini, malam kelmarin.

Kumpulan itu dipercayai turut merempuh pintu pagar Stor Sitaan Direktorat Penguatkuasaan DBKL berhadapan dengan pasar malam berkenaan dalam kejadian jam 9 malam itu.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati selepas 12 penguat kuasa menyita VCD dijual di pasar malam berkenaan.... more.
Suruh DBKL panggil PEWARIS .... wakakakakakak
Mesti hebat ... pendekar melayu terakhir ....wakakakak.
Tanjak siap streka@iron!!!!

ASW beri peluang rakyat melabur?

ASW 2020 tawar satu bilion unit mulai esok
Bharian | Satu bilion unit baru Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) akan ditawarkan mulai esok bagi memberi peluang lebih ramai rakyat melabur dalam saham amanah itu.

Unit baru saham amanah yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia itu, boleh dilanggan mulai jam 8 pagi di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) seluruh negara dan 1,627 cawangan ejennya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata dalam tempoh tawaran sehingga 3 Disember ini, pelaburan maksimum dihadkan 10,000 unit seorang.... more.
Wakakakakak ... cari modal nampak?

Posting terkini

Blog Archive