KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 26, 2008

Parlimen tolak usul bincang kekejaman Zionis

harakah | PAS amat dukacita apabila Parlimen Malaysia hari ini menolak untuk dibincangkan usul mengenai tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata usul menentang kezaliman adalah isu sejagat yang disepati oleh semua parti politik di Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, PAS beserta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari KeADILan dan DAP turut sama menyokong usul berkenaan walaupun ianya dibawa oleh wakil Barisan Nasional.

Usul menangguhkan mesyuarat Parlimen dikemukakan oleh Dato' Dr Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Paha), tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato' Ronald Kiandee.

"PAS amat dukacita kerana usul ini ditolak, kita (PAS) pernah bersama (menyokong) dengan kerajaan dalam isu Bosnia, Palestin (sebelum ini) dan isu pengharaman nuklear.... more.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive