Langkah kerajaan khusus Kementerian Pelajaran untuk mengekalkan bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik merupakan, Langkah ke belakang dan satu pemikiran yang dangkal,” tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Y.B. Salahuddin Ayub kepada Suara Keadilan Online hari ini.
“Kita mahu wujudkan satu pemikiran yang ‘world-class’, yang bertaraf dunia, yang bertaraf antarabangsa.
“Lihat sahaja orang-orang Jepun, Korea yang maju, khusus di dalam teknologi, contohnya; mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris malah menggunakan bahasa ibunda masing-masing,” sambung beliau seterusnya.
“Orang Vietnam guna bahasa Vietnamnya. Orang Sepanyol guna bahasa Sepanyolnya. Orang Perancis guna bahasa Perancisnya. Apapun, negara tersebut terus-menerus membangun dan maju ke hadapan. Sesebuah negara tidak akan mundur, semata-mata kerana menggunakan bahasa ibunda mereka. - Suarakeadilan
Oct 26, 2008
Sains, Matematik dalam bahasa inggeris, satu langkah undur ke belakang
Labels: Sains dan matematik
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Malaysia to cut out the EC725 military helicopter contract?
Deputy Prime Minister and Finance Minister Datuk Seri NajibAbdul Razak decided to cut out the EC725 military helicopter contract over the weekend when the government reviewed its expenses in light of falling revenues from crude oil and palm oil and slowing economic growth for the next few years. - malaysiainsiderhahaha ... masa membahas Bajet 2009 oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ada meminta kerajaan untuk mempertimbangkang semua bajet negara merujuk kepada keadaan ekonomi semasa. Dalam Kerajaan BN menghina tindakan Anwar ... sekarang Najib tunduk akur akhirnya ... Dia 'HOLD' sekejap.
Menurut berita lagi ...
Opposition leaders and critics had savaged the purchase of the dozen EC725 helicopters, saying its RM193 million price tag per aircraft was more than double of Brazil's contract for 50 EC725 helicopters, which came tom RM84 million per aircraft. The Public Accounts Committee (PAC) said it will investigate the deal.'KIV' kerana bimbang KETAHUAN atau kerana kejatuhan minyak dan kelapa sawit?
Wakakakkaka ... PAC cepat siasat !!!
Labels: Belit Najib, eurocopter
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Benarkah Shahrir di ugut?
Budak bodoh yang berpura pura lemas akhirnya akan mati lemas sekiranya dia benar benar lemas. Orang dah tak mahu tolong kerana bimbang di perbodohkan oleh budak bodoh tadi.
Itu yang aku belajar masa sekolah dulu dan hari ini, Shahrir kata di ugut ...Shahrir, who is Johor Baru Umno division chief, explained that the sender told him to nominate two so-called running mates for the party’s top posts or face the consequences.
.... tak der ugut pun. SMS cuma "told him to nominate two so-called running mates"
“The message told me to support the so-called running mates.
Labels: Belit Shahrir
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ubah sebelum Parah !!!
melalui email
Kenyataan berikutnya adalah merujuk kepada artikel di dalam HArakah,
baca di bawah ini,
Kerajaan negeri Selangor perlu bijak apabila mahu peneraju-peneraju anak syarikat negeri (GLC) terhadap penyelewengan yang telah dilakukan ketika menjalankan projek perumahan.....Untuk mendapatkan kenyataan penuh, sila rujuk link Harakah yang di sediakan.
Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya peneraju syarikat GLC itu akan menjadi tangan-tangan ghaib BN yang akan mengagalkan perancangan kerajaan Pakatan Rakyat.....
Beliau berkata, jika peneraju GLC masih dimiliki oleh mereka yang pernah terlibat dengan penyelewengan yang lalu beliau yakin perancangan membantu rakyat akan menghadapi kegagalan.
"Jika ini berlaku bukan GLC akan disalahkan tetapi exco kerajaan negeri,"tegasnya.
Iskandar meningatkan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat ada tiga atau empat tahun untuk membuktikan kemampuan dan dalam tempoh itu tidak ada masa untuk sebarang kesilapan.
Berikut adalah kenyataan yang aku perolehi dari soal selidik yang di lakukan melalui perbualan bersama pemimpin pemimpin pakatan rakyat di Selangor.
Realitinya yang berlaku sekarang adalah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor dah sedar tentang fenomena ini.
Namun mereka gagal melakukan perubahan kerana sikap acuh tak acuh Menteri besar sendiri. Jangan salahkan orang bawahan sedangkan yang di ataspun masih berpeluk tubuh.
Jika kenyataan tentang keujudan kroni kroni BN di dalam kerajaan negeri dan GLC (Anak syarikat kerajaan Negeri), ia adalah BENAR. Tiada perubahan TOTAL yang di lakukan kecuali senarai Ahli Majlis. Mereka mereka yang masih bersama adalah mereka mereka yang bergelumang dengan Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika zaman pemerintahan UMNO dahulu.
Sebagai contoh yang jelas, peluang tender dan kontrak yang di keluarkan oleh PBT dan Majlis Tempatan, masih di monopoli oleh kontraktor UMNO. Keadaan ini semakin bertambah parah apabila Ahli Majlis yang di lantik dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat sendiri di tegah untuk campur tangan di dalam urusan tender. Nama nama mereka sememangnya tiada di dalam senarai AHLI JAWATAN KUASA TENDER.
Halangan ini menyebabkan, pengagihan projek dan tender tidak dapat di pantau dan ditangani untuk menjadikannya lebih telus. Aku tidak tahu kenapa kerajaan Negeri melalui menteri besar dan EXCOnya masih berdiam diri tentang keadaan ini.
Menurut sumber yang di perolehi, di dalam 10 kontrak yang ditawarkan, 7 daripadanya masih milik syarikat kroni UMNO dan sementara 3 lagi diagih agihkan kepada rakyat. Secara logiknya, wang keuntungan dari projek itu nanti akan di jadikan tabungan yang akan digunakan untuk membeli jiwa dan norani rakyat ketika PRU ke 13 nanti. Pada rakyat cukup mudah, siapa yang memberi, dia lah yang berjasa.
Setelah memerintah hampir 8 bulan, Pakatan Rakyat Selangor masih sukar untuk menyalurkan bantuan. Wang perbelanjaan untuk sebarang anjuran majlis bersama rakyat adalah peruntukan yang di perolehi oleh Para EXCO. Itu pun masih berkurangan dan sebahagian lagi dikutip dari ahli perniagaan yang hidup segan mati tak mau. Kerana bimbang akan kegagalan, maka penyokong Pakatan Rakyat bersusah payah mencari dana. Keadaan mereka sendiri umpama, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lihat sendiri di sekeliling anda, siapa antara pemimpin Pakatan Rakyat yang mampu membatu di dalam masalah kewangan? Tidak seperti yang berlaku di zaman UMNO dahulu. Tabur tabur dan tabur dengan wang dan itu lah budaya yang diajar UMNO sejak zaman berzaman.
Adalah melucukan apabila seorang dari Ketua Ahli Majlis Pakatan Rakyat yang aku temui meneceritakan masalah yang sama dan beliau TIDAK MALU untuk mengaku bahawa ada ketikanya, di dalam sakunya hanya ada RM0.40. Dan di dalam masa yang sama, penduduk setempat meminta untuk dibantu. Sementara kelompok masyarakat di satu kawasan pendudukan mahukan bantuan lembu untuk meraikan anak anak yatim. Mana wang untuk di cekau?
Keadaan ini tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan UMNO dahulu. Dimana kuota kuota kontrak di berikan kepada Ahli majlis yang terdiri dari ketua pemuda cawangan dan bahagian. Tanpa ada halangan mereka menyerahkan bantuan kerana mereka sendiri sudah mencipta kemewahan bermulanya jawatan di pegang. Kemewahan mereka mereka ini di terjemah dengan berdirinya banglo banglo mewah bernilai jutaan ringgit walaupun mereka hanya bergelar KETUA CAWANGAN.
10 untuk aku dan 1 untuk rakyat. Begitulah keadaan yang berlaku dulu, namun 1 kepada rakyat pun sudah cukup mewah. Bayangkan mewahnya kuota 10 untuk pemimpin. Malangnya, kerana terlalu yakin pada parti mereka, pemimpin UMNO berubah menjadi bongkak, tamak, rakus dan ego sehingga memonopoli semua kontrak yang ada. Maka bermula dari itu lah timbulnya ketidak seimbangan di dalam kekayaan dan peluang. Ahli UMNO terlalu kaya, sementara rakyat biasa menderita. Keadaan ini telah meyebabkan UMNO kecundang di Selangor pada Pilihanraya UMUM yang lepas.
Bila kerajaan sudah berubah kuasa kepada Pakatan Rakyat, Selangor tidak melakukan rombakan seperti yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang. Di negeri kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain, mereka menggantikan semua jawatan penting di dalam kerajaan dan anak syarikat negeri kepada penyokong Pakatan Rakyat. Sebaliknya yang berlaku di Selangor, Menteri Besar Selangor terus mengekalkan orang lama yang memang mahir di dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Sebagai rakyat yang tidak tahu tentang pergolakan dan masalah di atas, mereka tidak berminat untuk mencungkil semua masalah. Apa yang mereka mahu adalah bantuan kepada orang miskin, ibu tunggal, kanak kanak cacat dan anak yatim dapat terus diberikan. Perkembangan politik yang jelas pada pandangan mereka adalah kehadiran Pemimpin di kampung kampung dan Majlis Pemimpin bersama rakyat. Itu sudah cukup memadai. Namun sebanyak mana ianya boleh di adakan dengan peruntukan yang sedikit dan kini semakin berkurang?
Merujuk kepada pengalaman Di Hari Raya baru baru ini. Kawasan dan BAhagian yang di pegang oleh UMNO dan BN, telah memberikan bantuan yang lumayan kepada rakyat di kawasan mereka. Ada antara mereka yang menerima sehingga 3 kali bantuan di dalam hanya bulan Syawal. Ada juga yang memberitahu bahawa sebelum ketibaan bulan Ramadhan, sudah ada berkontena kontena bantuan tiba yang sedia untuk di agihkan.
Penduduk Tanjung Karang membawa ke Sabak Bernam cukup mewah. Antara rumah yang aku lawati menunjukkan bahawa masih ada bantuan yang diserahkan, masih tidak dibuka untuk digunakan kerana terlalu banyak yang diterima.
Tidak tahu kenapa, MB Selangor, Tan Sri Khalid masih mendiam kan diri akan keadaan seperti ini. Aku adalah penyokong kuat pembangkang perbezaan keadaan ini menyebabkan aku berasa sedih dengan KELEMBAPAN yang di tunjukkan oleh Menteri Besar Selangor ini. Sikap nya yang murni, untuk menjadi telus telah diambil kesempatan oleh UMNO untuk terus mengugguli pengaliran keuntungan dari projek dan peruntukan kerajaan negeri. MB mungkin tidak sedar kerana mungkin beliau sendiri sudah cukup mewah bergelar jutawan atau beliau tidak tahu apa yang berlaku di bawah. Maklumlah ... beliau meletakkan EXCO dan orang bawahannya untuk membuat kerja dan dia sibuk di atas untuk buat entah apa apa.
Sejauh mana Khalid Ibrahim serius di dalam perkara ini?
INI berita yang baru aku terima. Tempoh pertukaran Datuk Bandar Di PBT sudah tiba. Sehingga kini aku masih gagal untuk meninjau Sejauh mana kerajaan Selangor mahu menukar barua ini kepada wakil wakil mereka.
Aku ulang apa yang tercatit di atas ...
"Iskandar meningatkan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat ada tiga atau empat tahun untuk membuktikan kemampuan dan dalam tempoh itu tidak ada masa untuk sebarang kesilapan."Benar ... Pakatan Rakyat cuma ada baki 3 ke 4 tahun untuk memerintah. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil kepercayaan rakyat Selangor yang semakin berkurangan akan menyebabkan Pakatan Rakyat di Selangor akan tumbang menyembah bumi.
Ada pihak yang mahu kita bersabar, "Kerajaan PR baru 8 bulan memerintah". Tapi soalnya...bila lagi?
Berlawan dengan UMNO yang cukup berpengalaman menentang musuh politik, bukan lah satu perkara yang mudah. PKR menang kerana UMNO berpaling tadah. Bukan kerana prestasi. Itu harus ingat dan untuk terus menjadi kerajaan, PR mesti lebih hebat dari UMNO.
Sedarkah kita bahawa, kalau dahulu, walaupun Menteri Besar UMNO bertukar sesama mereka, rombakan bersar akan berlaku? Kenapa tidak kita?
Tapi kita masih beranggapan, kononnya menjadi TELUS sudah cukup untuk menawan hati rakyat. Sedangkan dunia sekarang, wang memainkan peranan yang penting untuk membeli jiwa. Siapa tidak mahu wang? Adakah masih rakyat yang hanya mahu Kerajaan menjadi telus sudah cukup untuk mereka terus sokong? Berapa ramai kah rakyat yang bersikap begini?
Sekarang tanya pada rakyat....Apa bezanya UMNO dan PR?
Semakin telus dan semakin meyusahkan. Keadaan ekonomi dunia dan kelemahan Pemimpin Kerajaan Negeri akan merosakkan lagi nama Pakatan Rakyat. Lembab dalam segala hal. 20 meter padu air tidak cukup untuk membeli undi rakyat. Rakyat yang sukar berhadapan dengan kehidupan akan kembali menuding jari kepada kerajaan yang lemah. Itu adalah realiti kehidupan.
Dan waktunya akan tiba, kalau Kerajaan Selangor masih dibuai mimpi dan syok sendiri, PR akan menggigit jari.
Kesimpulannya ........ Ubah sebelum parah.
Labels: MB Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Tuhan berkaraoke?
"Ketika itu saya lihat kira-kira 60 lelaki berpakaian serba hitam mengiringi seorang lelaki yang memakai topi berjalan sambil tunduk.Korang biar betul .... wakakaka. Nanti Tuhan langit sumpah wartawan ni tak masuk syurga.
"Mereka dilihat memasuki tiga buah bilik di sebuah premis karaoke di ibu negara dan tidak membenarkan sesiapa masuk serta menampal kata-kata aluan meraikan kedatangan pemimpin 'Kerajaan Langit'.
Demikian cerita seorang lelaki yang mendakwa menyaksikan sendiri kemunculan semula seorang lelaki ala Ayah Pin berdekatan tempat kerjanya di ibu negara kira-kira sebulan lalu. ....
Menurut Shah, antara kata-kata itu termasuk 'Selamat ulang tahun God Grandfather yang ke-4... Selamat sejahtera dan gilang gemilang dari Kawalan Bumi dan Kerajaan Langit'.- Kosmo
Pihak berkuasa ... tak buat apa apa ke?
Labels: ayah pin
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Keutamaan untuk Rakyat Selangor
melalui email
Angkatan Muda Keadilan Selangor
22 Oktober 2008
Peluang pekerjaan harus diutamakan kepada rakyat negeri Selangor
Melihat kepada senario ekonomi negara yang agak merudum kebelakangan ini, pentadbiran kerajaan negeri Selangor didesak agar memberikan peluang-peluang yang ujud dan akan ujud dari anak-anak syarikat
kerajaan negeri Selangor diutamakan kepada rakyat negeri Selangor yang berkelayakan.
Difahamkan oleh sebahagian kakitangan yang berkhidmat di dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri, terdapat beberapa individu yang dikenal pasti bukannya rakyat negeri selangor atau permastautin negeri
Selangor telah mendapat peluang pekerjaan di organisasi terlibat. Ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan mereka.
Kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di seru agar memantau dengan serius keadaan yang kurang menyenangkan perasaan rakyat negeri ini. Kenapa harus diberikan peluang kepada orang luar jika rakyat sendiri ramai yang masih menganggur ? Mengambil pepatah Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!
AMK Selangor bertegas agar penomena ini disedari oleh kepimpinan negeri Selangor samada kepada barisan Exco kerajaan yang ada sebahagiannya bukan anak jati Selangor mahupun Menteri Besar. Memang
kita akui, di negeri Selangor ini peluang kerjaya banyak untuk di isi tetapi berikanlah keutamaan kepada rakyat negeri ini yang mempunyai kelayakan.
Bukan bermaksud untuk menyemai semangat kenegerian tetapi adalah menjadi satu obligasi yang utama memastikan rakyat negeri Selangor diberikan peluang yang seadil-adilnya.
Keadilan untuk rakyat negeri Selangor.
Vasu Yaranian
Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor
Labels: AMK Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Kah kah kah ... bodohnya polis ni
A policeman and two of his friends who claimed to be Bukit Aman policemen were arrested after one of them allegedly punched and threatened a manager at a karaoke lounge in Senawang....Ramai kot yang sama cam ni .... tapi nasib mamat ni tak baik ...wwakakakaakaa.
“One of the men stood up and said the karaoke owners did not give him face although they were all from Bukit Aman and that he would make life miserable for them,” said state MCA deputy youth chief Siow Koi Voon yesterday....
The policeman then took out several RM50 notes and threw it on the floor. However, the supervisor took just RM90 and returned the rest to the policeman, said Siow.
“The policeman had repeatedly told the workers that the entire group was from Bukit Aman and that he would act against the lounge if it operated after 1am. He even told the workers to have a good look at his face as he would be back with a vengeance.” - Star
Korang baca berita tu sampai .. habis. Kelakar giler ....
Labels: Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
UMNO pun tak sukar LEBAR !!!
Patutlah bersungguh sungguh Hamid Lebar ni bercakap kat TV semalam.
Tak pernah, dia tojah tangan ke kanan dan kiri macam orang bersilat.
Isterinya yang duduk di sebelah pun ... dok menung tengok laki. Agaknya dalam hati ... "Laki aku ni betul ke?"
Temubual di buat ketika Sambutan Hari Raya untuk kementeriannya. Dia komen tentang Hindraf, tapi rupanya marah pada perkara lain.
Baca ni .... berita hari ini,Semalam seramai 60 orang ketua dan ahli jawatankuasa Umno cawangan dalam bahagian Kota Tinggi yang merupakan perwakilan ke mesyuarat bahagian Isnin ini menghantar bantahan kepada Perhubungan Negeri dengan mendakwa Syed Hamid mengamalkan politik wang dan telah melakukan perkara yang ditegah Perlembagaan UMNO iaitu memegang jawatan Umno dalam dua cawangan berbeza pada tahun yang sama, tahun lepas.
Wakakaka .... UMNO pun tak suka si Botak !!!
Tapi yang menarik ... bila hamid pakai songkok ... macam natural je.
Labels: Belit Hamid Lebar
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments