KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label MB Selangor. Show all posts
Showing posts with label MB Selangor. Show all posts

Nov 23, 2008

Kenapa Ahli Majlis Khoo letak jawatan

marhaendaily

PERLETAKAN JAWATAN KHOO CHIN MIN
SEBAGAI AHLI MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Setelah Pilihanraya umum ke 12, kita sedia maklum bahawa Negeri Selangor dan 4 lagi kerajaan negeri telah bertukar tampuk pemerintahannya daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Negeri Selangor dipimpin oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar merangkap Ketua Perhubungan PKR Selangor.

  • Harapan rakyat adalah tinggi agar satu perubahan secara menyeluruh di semua peringkat pentadbiran berlaku demi kesejahteraan rakyat dan penduduk Selangor.
  • Malangnya, tidak semuanya berlaku seperti yang diharapkan.
  • Walaupun Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan di peringkat kerajaan negeri, ia tidak berlaku diperingkat Kerajaan tempatan sebagai satu organ pemerintahan sesebuah negeri dalam sistem yang sedia ada.
  • Di peringkat Kerjaan Tempatan atau Majlis Daerah, adalah amat pelik bahawa Ahli Majlis tidak langsung mempunyai kuasa menentukan halatuju sesebuah PBT sebaliknya berpusat kepada Yang DiPertua Majlis Daerah (YDP)
  • Keadaan ini menjadikan Ahli-ahli Majlis "Rubber Stamp, ceremonial" dan tidak lebih sebagai pelengkap kepada PBT.
  • Ahli Majlis secara umumnya merupakan wakil kepada kerajaan negeri di peringkat PBT untuk mempastikan dasar-dasar kerajaan negeri laksanakan.
  • Ahli Majlis kehilangan maruah kerana dasar kerajaan negeri tidak diikuti oleh Yang Di Pertua yang masih terikut-ikut budaya lama yang Rasuah, Kronisma dan Nepotisma.
  • Yang Di Pertua MDKS sering mengadakan mesyuarat tanpa mengikut agenda. Ahli-ahli Majlis tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit.
  • Dalam mesyuarat penuh pada 30 Oktober 2008, YDP MDKS tidak mengikut susulan membincangkan pembentangan Anggaran Belanjawan 2008/2009, laporan Ketua Audit Negara bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 dan lain-lain hal berbangkit. Beliau terus sahaja membuat ucapan penangguhan.
  • Apakah Ahli Majlis tidak berhak membincangkan bajet 2008/2009 MDKS? Apakah Ahli Majlis tidak berhak membincangkan perkara yang amat penting bagi pembayar cukai Daerah Kuala Selangor?
  • Aduan dan masalah rakyat yang dibuat oleh ahli majlis tidak dihiraukan oleh MDKS sebaliknya apabila aduan dibuat oleh pihak Barisan Nasional begitu segera diberi perhatian dengan menurunkan pasukan besar. Ini berlaku dalam kes Pasar Awam di Pasir Penambang. Mengapa ada double standard? Atau YDP MDKS bermain politik?
  • Banyak lagi aduan-aduan yang tidak dilayan dan tidak diambil tindakan di kawasan lain seperti Puncak Alam, Sungai Buluh, Pasar Awam Taman-taman Perumahan di Daerah Kuala Selangor.
  • Di MDKS terbukti penyalahgunaan kuasa oleh YDP MDKS begitu berleluasa dalam pengagihan kerja-kerja hanya tertumpu kepada sekumpulan orang tertentu tertentu tanpa mengikut prosedur yang telus. Terdapat beberapa orang yang mengusai terlalu banyak projek-projek MDKS.
  • Perbelanjaan yang tidak terancang meruncingkan kewangan Majlis sehinggakan kepentingan yang perlu didahulukan atau diberi keutamaan, dipinggirkan. Sebaliknya perkara yang tidak penting didahulukan seperti lawatan ke luar negara.
  • Baru-baru ini seorang Pegawai MDKS membuat lawatan ke luar negeri atas alasan promosi pelancungan Kuala Selangor.
  • Lawatan seperti ini seperti menjadi keseronokan sedangkan jika dilihat peningkatan pelancungan masih ditahap lama.
  • Pegawai Perhubungan Awam dan Pelancungan MDKS membazirkan wang rakyat melalui lawatan sedangkan kebajikan pengayuh sampan dipusat pelancungan kelip-kelip tidak dipelihara.
  • Penubuhan Pusat Khidmat Ahli Majlis sepertimana diumumkan oleh kerajaan negeri tidak dilaksanakan dengan alasan kekurangan peruntukan.
  • Namun projek pemeliharaan ikan air tawar dan reptilia yang membazir terus dilaksanakan dengan peruntukan yang banyak.
  • Saya yakin, banyak penyelewengan akan berlaku dalam urus tadbir kewangan MDKS 2009 ini. Inilah kemungkinan mengapa YDP MDKS enggan menyentuh belanjawan 2008/2009 untuk dibincangkan. Kemungkinan ada agenda tersembunyi berbaur politik oleh YDP MDKS.
  • Sejak kebelakangan ini beberapa berita berkaitan disiplin segelintir penjawat di MDKS amat rendah. Berlakunya beberapa skandal yang amat memalukan melibatkan pekerja MDKS. Ini menunjukkan YDP MDKS gagal membentuk warga kerja Majlis yang berdisiplin serta berhemah tinggi dan bebas rasuah.
  • Justeru, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco PBT YB. Ronnie Liu supaya mengkaji semula dasar kerajaan negeri dalam PBT.
  • Satu proses "penjanaan semula" perlu diusahakan segera, jika tidak segala manifesto kerajaan Pakatan Rakyat yang diwar-warkan semasa PRU 12 akan hanya menjadi igaun ngeri kepada rakyat dan pembayar cukai serta pendokong-pendokong kerajaan PR Selangor di Pilihanraya akan datang.
  • Saya juga amat yakin melalui perhubungan dengan rakan sejawat di PBT-PBT lain seluruh Selangor, keadaan yang sama berlaku dimana sebilangan besar YDP-YDP bermaharajalela dan membelakangkan hasrat kerajaan negeri dan masih terikat dengan mentaliti jumud kerajaan lama.
  • Kepada YDP MDKS, saya ingin memberi ingatan tegas bahawa rakyat sentiasa memerhati tingkah laku anda. Saya juga meminta kepada YDP MDKS, jika mahu bermain politik sila letak jawatan.
Komen wak
MB kena buka mata sikit. Cukup la tidur tu. Jangan di biarkan terlepas mangkuk mangkuk YDP dan DAtuk Bandar yang teruskan budaya UMNO.

Nov 15, 2008

Sapa yang nak bogel lak ni?

Selangor police chief, Datuk Khalid Abu Bakar, today warned firm action will be taken on anyone or any non-governmental organisation (NGO) who stage illegal assemblies.

“We will take firm action against any NGO that holds a gathering without a permit, what more with nude persons,” he said when contacted here today. Khalid was commenting on the threat by ’Gerakan Reformis Rakyat Malaysia’ (Reformis) that its members would strip in front of Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, which houses the offices of the Menteri Besar and the state executive councillors, to press the state government not to do things that did not benefit the people as reported in the ’Sinar Harian’ newspaper today.

Among matters that Reformis is not happy about is the move to raise the rental of low cost houses under the People’s Housing Project from RM124 a month to RM250.

Reformis’ president, Ramlan Abu Bakar, was quoted by the newspaper as saying: “As the public, we feel we do not have a chance to change under the administration of Khalid (Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim).... NST

Nov 6, 2008

Unisel: Ini kata MB Selangor

Bhairan
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menukar atau menamatkan pelantikan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Beliau berkata, sebarang keputusan pelantikan atau penamatan adalah hak kuasa penuh Ahli Lembaga Pengarah Unisel.

Katanya, beliau menerima bantahan dikemukakan wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK), DAP dan Dewan Pemuda Pas Selangor tetapi keputusan hanya boleh dibuat Ahli Lembaga Pengarah Unisel.

"Kita terima bantahan ini tetapi setakat ini kita tidak ada rancangan menukar (Canselor). Bagaimanapun, sebarang perubahan kita akan maklumkan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco mingguan di sini, semalam.


Tiga wakil dalam Pakatan Rakyat itu semalam menghantar memorandum kepada kerajaan negeri membantah kedudukan Rosmah sebagai Canselor universiti swasta milik Kerajaan Selangor itu.

Nov 5, 2008

Keluar Dewan: Khalid pun nak tumpang sekaki…

Agendaselangor | BURU GLAMOUR…Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiada di Dewan Rakyat ketika ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli pembangkang lain keluar dewan sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung Bajet 2009 di parlimen, Selasa.

Beliau tiba kira-kira jam 6.15 petang, selepas Anwar meninggalkan parlimen sebaik sahaja selesai mengadakan sidang media mengenai tindakan pembangkang keluar Dewan.

Khalid dilihat tergesa-gesa naik tangga menuju lobi dan kemudian berbincang dengan ahli parlimen Batu, Tian Chua yang diarah Yang Dipertua Dewan Rakyat, keluar dewan kira-kira jam 5.25 petang kerana tidak memperdulikan arahan Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya jangan menganggu Najib berhujah.

Tidak lama selepas itu dengan ditemani Tian Chua, Khalid menuju ke sudut Sidang Media Parlimen untuk mengadakan sidang media mengulas tindakan pembangkang keluar dewan.


Sebelum panjang lebar beliau mengulas, Agendadaily bertanya Khalid, kenapa beliau hendak mengulas kejadian itu sedangkan beliau tiada di Dewan Rakyat ketika kekecohan berlaku.

Air mukanya jelas berubah tetapi akhirnya mengakui beliau memang tiada ketika itu dan baru sampai.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari rakan-rakan lain mengenai perkara tersebut dan ingin mengulasnya.

“Seronok tengok Khalid telan air liur dua tiga kali sebelum jawab soalan you,” kata seorang wartawan sebuah stesen TV kepada AgendaSdaily yang turut pelik melihat Khalid buat PC sedangkan beliau tiada di parlimen ketika itu.

Bagi mereka yang mengenali Tian Chua pula, perkara ini memang tidak pelik bagi Ketua Penerangan PKR itu kerana beliau sebelum inipun ada kalanya lebih banyak bercakap daripada Anwar.

Nov 3, 2008

MB Report Card

tindakmalaysia.com | In any administration, the head is the most important element. So, in Selangor, the MB is the most important person in the State Government. And in assessing the performance of the State Govt, we can assess the performance of the MB himself.

Tan Sri Khalid brings with him strong corporate background as the CEO of Guthrie Bhd. This is probably the first time that Selangor has a person of such a calibre. Therefore, the public has high expectations of him. However, as he has admitted on several occasions, he has no political experience.

Has this been a hindrance to his performance?

Let us look at a few incidents and discuss how it could have been handled differently.

1. Free water for first 20m3:
This is a populist move and went down well with the people.

Is this a wise move? ... selanjutnya.

Khalid .... no comment please [update]

Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said more than 20 people have applied to fill the vacant general manager’s post at the Selangor State Development Corporation (PKNS).
He said the applications came from Bumiputera professionals, PKNS senior officers and those from subsidiary companies.

“It is time the Malays choose the best to manage PKNS to ensure good returns while helping Bumiputeras to progress in construction and commerce,” he said at the 3rd convocation of Universiti Industri Selangor (UNISEL) in Bestari Jaya near here today.

“Seventy percent of all the contracts directly or indirectly go to non-Bumiputeras when they (the Malays) are managing things and shouting we need to fight for Bumiputeras.
“The end result was that they (Bumiputeras) never get them. This is an embarrassing story but there are a lot of comedians inside there.” Abdul Khalid said he would make the Malays especially PKNS staff wake up from their slumber and meet the big task of helping their race.... selanjutnya.
Khalid ... politik dan koperat dunia yang berbeza. Mungkin ada sangkut paut, tapi sikit sangat.
Jangan buang masa dengan isu bodoh cam ni.
Kalau dah serahkan pada Dr Hassan Ali .. biar dia selesaikan.
PKNS bukan setakat nak tukar pengurus, tapi nak siasat isu kehilangan billion ringgit juga.

Ingat dah selesai .. pembahagian tugas dah di buat. Rupanya masih ada dendam.
Masih berdecit bila wartawan tanya. Cakap tu biar pendek pendek. Kalau panjang panjang, jadi melalut lagi.
Macam nak ajak rakyat berdebat pulak. Cerita lagi pasal perkauman.
Orang dah tunjuk perasaan sana sini.
UMNO pantang ada peluang ... diorang seronok nak gunakan.

Kalau betul betul terror .....
Hujah TV9 !!! Panggil MB Selangor ni untuk berdebat dengan UMNO. Ntah melalut apa la pulak.
Lepas tu baru tau siapa MB Selangor.
Cakap depan depan. Tapi PR kena bergadai masa depan politik.

PR bukan berdepan dengan rakyat, tapi dengan UMNO.
Resepinya bila berdepan dengan UMNO .. kena buat cara UMNO dulu.
Kuku besi ... ikut sedap tekak dan tak ambil kira pendapat orang lain.
Aku pegang kuasa, nko diam diam.
Kalau nak tunjuk tak puas hati, tunggu PRU 13.

Tindakan silap satu hal, tapi jangan di perbesarkan lagi.
Media ni memang cari peluang untuk panjangkan cerita. Biar terdedah kebangangan pemerintahan PR.

Komen yang sepatutnya, "Saya dah serahkan pada EXCO untuk buat keputusan, mereka perlu cari pengganti di dalam tempoh singkat yang diberi. Yang lain saya tak perlu komen. Noktah. Fullstop !!!"

Apa nak cerita lagi? Sekarang time buat kerja. Tunjukkan result.
Jangan cari pasal kalau kail setakat panjang sejengkal.

Nak mudah, sengkat dan padat ... status PKNS adalah .... Jawatankuasa khas ditubuh bagi pilih pengganti Low

Oct 28, 2008

Khalid Ibrahim punca PR gagal



Baca komen menarik dari blog Charleshector tentang MB selangor ...

Selangor MB behaves like an UMNO-led BN person yet again...

It is so sad when we still hear Selangor's Pakatan Rakyat Menteri Besar still talk about Bumiputra and non-Bumiputra when it comes to appointing persons to the various entities owned and controlled by the Selangor government.

We cannot find a suitable Bumiputra -- so for the time being we will have a non-Bumiputra head PKNS - while we look for a suitable Bumiputra.

I would have expected better from Pakatan Rakyat - like we will look for the best person ...the best Human Being for the job...

Hypocrites they are .... no different really from the UMNO-led BN after all...or are they different?... selanjutnya.
dan artikel berkaitan dengannya di umnomore ...
Hari ini .. satu keputusan pelik yang dibuat oleh Menteri besar selangor melahirkan banyak pertanyaan. Ada percanggahan kenyataan yang di buat berbanding tindakan yang diambil. Antaranya adalah,
The Selangor Government today disclosed several "irregularities" in the accounts and management of its property development arm, the Selangor Development Corporation (PKNS). - The Sun
Irregulaties in the Accounts, tapi beliau bertindak, mengekalkan Accounting Manager sebagai Pengganti sementara Pengurus Besar PKNS untuk tempoh satu tahun, rujuk keratan berikut,
Ikut suka kau lah Khalid ... Pisau tangan kau, timun pun di tangan kau. Kalau nak cincang rapat rapat, itu kau punya suka. Tapi ingat .... kita julang, jatuh terlentang. Kalau PKR gagal di dalam PRU 13 nanti .... punca nya adalah KAU !!!

Kekadang terasa betapa sia sianya sebuah perjuangan.

Oct 26, 2008

Ubah sebelum Parah !!!

melalui email

Kenyataan berikutnya adalah merujuk kepada artikel di dalam HArakah,
baca di bawah ini,

Kerajaan negeri Selangor perlu bijak apabila mahu peneraju-peneraju anak syarikat negeri (GLC) terhadap penyelewengan yang telah dilakukan ketika menjalankan projek perumahan.....

Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya peneraju syarikat GLC itu akan menjadi tangan-tangan ghaib BN yang akan mengagalkan perancangan kerajaan Pakatan Rakyat.....

Beliau berkata, jika peneraju GLC masih dimiliki oleh mereka yang pernah terlibat dengan penyelewengan yang lalu beliau yakin perancangan membantu rakyat akan menghadapi kegagalan.

"Jika ini berlaku bukan GLC akan disalahkan tetapi exco kerajaan negeri,"tegasnya.

Iskandar meningatkan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat ada tiga atau empat tahun untuk membuktikan kemampuan dan dalam tempoh itu tidak ada masa untuk sebarang kesilapan.
Untuk mendapatkan kenyataan penuh, sila rujuk link Harakah yang di sediakan.

Berikut adalah kenyataan yang aku perolehi dari soal selidik yang di lakukan melalui perbualan bersama pemimpin pemimpin pakatan rakyat di Selangor.

Realitinya yang berlaku sekarang adalah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor dah sedar tentang fenomena ini.
Namun mereka gagal melakukan perubahan kerana sikap acuh tak acuh Menteri besar sendiri. Jangan salahkan orang bawahan sedangkan yang di ataspun masih berpeluk tubuh.

Jika kenyataan tentang keujudan kroni kroni BN di dalam kerajaan negeri dan GLC (Anak syarikat kerajaan Negeri), ia adalah BENAR. Tiada perubahan TOTAL yang di lakukan kecuali senarai Ahli Majlis. Mereka mereka yang masih bersama adalah mereka mereka yang bergelumang dengan Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika zaman pemerintahan UMNO dahulu.

Sebagai contoh yang jelas, peluang tender dan kontrak yang di keluarkan oleh PBT dan Majlis Tempatan, masih di monopoli oleh kontraktor UMNO. Keadaan ini semakin bertambah parah apabila Ahli Majlis yang di lantik dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat sendiri di tegah untuk campur tangan di dalam urusan tender. Nama nama mereka sememangnya tiada di dalam senarai AHLI JAWATAN KUASA TENDER.

Halangan ini menyebabkan, pengagihan projek dan tender tidak dapat di pantau dan ditangani untuk menjadikannya lebih telus. Aku tidak tahu kenapa kerajaan Negeri melalui menteri besar dan EXCOnya masih berdiam diri tentang keadaan ini.

Menurut sumber yang di perolehi, di dalam 10 kontrak yang ditawarkan, 7 daripadanya masih milik syarikat kroni UMNO dan sementara 3 lagi diagih agihkan kepada rakyat. Secara logiknya, wang keuntungan dari projek itu nanti akan di jadikan tabungan yang akan digunakan untuk membeli jiwa dan norani rakyat ketika PRU ke 13 nanti. Pada rakyat cukup mudah, siapa yang memberi, dia lah yang berjasa.

Setelah memerintah hampir 8 bulan, Pakatan Rakyat Selangor masih sukar untuk menyalurkan bantuan. Wang perbelanjaan untuk sebarang anjuran majlis bersama rakyat adalah peruntukan yang di perolehi oleh Para EXCO. Itu pun masih berkurangan dan sebahagian lagi dikutip dari ahli perniagaan yang hidup segan mati tak mau. Kerana bimbang akan kegagalan, maka penyokong Pakatan Rakyat bersusah payah mencari dana. Keadaan mereka sendiri umpama, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lihat sendiri di sekeliling anda, siapa antara pemimpin Pakatan Rakyat yang mampu membatu di dalam masalah kewangan? Tidak seperti yang berlaku di zaman UMNO dahulu. Tabur tabur dan tabur dengan wang dan itu lah budaya yang diajar UMNO sejak zaman berzaman.

Adalah melucukan apabila seorang dari Ketua Ahli Majlis Pakatan Rakyat yang aku temui meneceritakan masalah yang sama dan beliau TIDAK MALU untuk mengaku bahawa ada ketikanya, di dalam sakunya hanya ada RM0.40. Dan di dalam masa yang sama, penduduk setempat meminta untuk dibantu. Sementara kelompok masyarakat di satu kawasan pendudukan mahukan bantuan lembu untuk meraikan anak anak yatim. Mana wang untuk di cekau?

Keadaan ini tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan UMNO dahulu. Dimana kuota kuota kontrak di berikan kepada Ahli majlis yang terdiri dari ketua pemuda cawangan dan bahagian. Tanpa ada halangan mereka menyerahkan bantuan kerana mereka sendiri sudah mencipta kemewahan bermulanya jawatan di pegang. Kemewahan mereka mereka ini di terjemah dengan berdirinya banglo banglo mewah bernilai jutaan ringgit walaupun mereka hanya bergelar KETUA CAWANGAN.

10 untuk aku dan 1 untuk rakyat. Begitulah keadaan yang berlaku dulu, namun 1 kepada rakyat pun sudah cukup mewah. Bayangkan mewahnya kuota 10 untuk pemimpin. Malangnya, kerana terlalu yakin pada parti mereka, pemimpin UMNO berubah menjadi bongkak, tamak, rakus dan ego sehingga memonopoli semua kontrak yang ada. Maka bermula dari itu lah timbulnya ketidak seimbangan di dalam kekayaan dan peluang. Ahli UMNO terlalu kaya, sementara rakyat biasa menderita. Keadaan ini telah meyebabkan UMNO kecundang di Selangor pada Pilihanraya UMUM yang lepas.

Bila kerajaan sudah berubah kuasa kepada Pakatan Rakyat, Selangor tidak melakukan rombakan seperti yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang. Di negeri kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain, mereka menggantikan semua jawatan penting di dalam kerajaan dan anak syarikat negeri kepada penyokong Pakatan Rakyat. Sebaliknya yang berlaku di Selangor, Menteri Besar Selangor terus mengekalkan orang lama yang memang mahir di dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Sebagai rakyat yang tidak tahu tentang pergolakan dan masalah di atas, mereka tidak berminat untuk mencungkil semua masalah. Apa yang mereka mahu adalah bantuan kepada orang miskin, ibu tunggal, kanak kanak cacat dan anak yatim dapat terus diberikan. Perkembangan politik yang jelas pada pandangan mereka adalah kehadiran Pemimpin di kampung kampung dan Majlis Pemimpin bersama rakyat. Itu sudah cukup memadai. Namun sebanyak mana ianya boleh di adakan dengan peruntukan yang sedikit dan kini semakin berkurang?

Merujuk kepada pengalaman Di Hari Raya baru baru ini. Kawasan dan BAhagian yang di pegang oleh UMNO dan BN, telah memberikan bantuan yang lumayan kepada rakyat di kawasan mereka. Ada antara mereka yang menerima sehingga 3 kali bantuan di dalam hanya bulan Syawal. Ada juga yang memberitahu bahawa sebelum ketibaan bulan Ramadhan, sudah ada berkontena kontena bantuan tiba yang sedia untuk di agihkan.

Penduduk Tanjung Karang membawa ke Sabak Bernam cukup mewah. Antara rumah yang aku lawati menunjukkan bahawa masih ada bantuan yang diserahkan, masih tidak dibuka untuk digunakan kerana terlalu banyak yang diterima.

Tidak tahu kenapa, MB Selangor, Tan Sri Khalid masih mendiam kan diri akan keadaan seperti ini. Aku adalah penyokong kuat pembangkang perbezaan keadaan ini menyebabkan aku berasa sedih dengan KELEMBAPAN yang di tunjukkan oleh Menteri Besar Selangor ini. Sikap nya yang murni, untuk menjadi telus telah diambil kesempatan oleh UMNO untuk terus mengugguli pengaliran keuntungan dari projek dan peruntukan kerajaan negeri. MB mungkin tidak sedar kerana mungkin beliau sendiri sudah cukup mewah bergelar jutawan atau beliau tidak tahu apa yang berlaku di bawah. Maklumlah ... beliau meletakkan EXCO dan orang bawahannya untuk membuat kerja dan dia sibuk di atas untuk buat entah apa apa.

Sejauh mana Khalid Ibrahim serius di dalam perkara ini?

INI berita yang baru aku terima. Tempoh pertukaran Datuk Bandar Di PBT sudah tiba. Sehingga kini aku masih gagal untuk meninjau Sejauh mana kerajaan Selangor mahu menukar barua ini kepada wakil wakil mereka.

Aku ulang apa yang tercatit di atas ...
"Iskandar meningatkan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat ada tiga atau empat tahun untuk membuktikan kemampuan dan dalam tempoh itu tidak ada masa untuk sebarang kesilapan."
Benar ... Pakatan Rakyat cuma ada baki 3 ke 4 tahun untuk memerintah. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil kepercayaan rakyat Selangor yang semakin berkurangan akan menyebabkan Pakatan Rakyat di Selangor akan tumbang menyembah bumi.

Ada pihak yang mahu kita bersabar, "Kerajaan PR baru 8 bulan memerintah". Tapi soalnya...bila lagi?

Berlawan dengan UMNO yang cukup berpengalaman menentang musuh politik, bukan lah satu perkara yang mudah. PKR menang kerana UMNO berpaling tadah. Bukan kerana prestasi. Itu harus ingat dan untuk terus menjadi kerajaan, PR mesti lebih hebat dari UMNO.

Sedarkah kita bahawa, kalau dahulu, walaupun Menteri Besar UMNO bertukar sesama mereka, rombakan bersar akan berlaku? Kenapa tidak kita?

Tapi kita masih beranggapan, kononnya menjadi TELUS sudah cukup untuk menawan hati rakyat. Sedangkan dunia sekarang, wang memainkan peranan yang penting untuk membeli jiwa. Siapa tidak mahu wang? Adakah masih rakyat yang hanya mahu Kerajaan menjadi telus sudah cukup untuk mereka terus sokong? Berapa ramai kah rakyat yang bersikap begini?

Sekarang tanya pada rakyat....Apa bezanya UMNO dan PR?

Semakin telus dan semakin meyusahkan. Keadaan ekonomi dunia dan kelemahan Pemimpin Kerajaan Negeri akan merosakkan lagi nama Pakatan Rakyat. Lembab dalam segala hal. 20 meter padu air tidak cukup untuk membeli undi rakyat. Rakyat yang sukar berhadapan dengan kehidupan akan kembali menuding jari kepada kerajaan yang lemah. Itu adalah realiti kehidupan.

Dan waktunya akan tiba, kalau Kerajaan Selangor masih dibuai mimpi dan syok sendiri, PR akan menggigit jari.
Kesimpulannya ........ Ubah sebelum parah.

Sep 8, 2008

Siapa kata MB tak turun padang?

... selanjutnya DISINI.

Khalid .. Diam aje la



erisar |

Terperanjat aku membaca berita dimuka depan Utusan Malaysia hari ini. Aku tidak pasti itu adalah benar kata-kata yang keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, atau satu sandiwara akhbar media arus perdana untuk mengalih perhatian dari isu Bukit Bendera.

Khalid didakwa berkata lawatan beliau ke tempat dilanda musibah membuang masa dan membuang kewangan sahaja. Beliau ada wakil rakyat dan orang yang boleh pergi melawat, yang boleh pergi memberi sumbangan kewangan. Guess what Khalid, rakyat suka nak tengok pemimpin mereka datang melawat, mendengar sendiri rintihan rakyat dikala kesusahan. Mendengar dan melihat sendiri sudah pasti berbeza dari mendengar dari pihak perantara.

Rakyat suka dengan pemimpin yang prihatin, yang dalam keadaan super busy sekalipun boleh meluangkan masa melihat keadaan kawasan bencana. Aku melihat PAS, PKR, dan lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat sebagai berbeza dari UMNO. Takkan nak upgrade sama paras dengan Paklah, dikala banjir di Johor, beliau ke Australia makan nasi kandar?

Aku nasihatkan kepada Khalid, lainkali kalau nak menentang arus, diamkan sahaja. Jangan bersuara. Somethings better left unspoken.

imej - Pinkturtle2

Aug 18, 2008

MB Selangor alu-alukan UiTM ambil tindakan mahkamah

Mstar | Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau mengalualukan jika Universiti Teknologi MARA (UiTM) membawa isu mengenai kenyataannya supaya 10 peratus kuota diperuntukkan kepada penuntut bukan Bumiputera di institusi itu, ke mahkamah.

Beliau berkata masyarakat Bumiputera, Melayu dan Malasyia sudah matang dalam perkara ini dan mereka tahu jika cadangan ini dilaksanakan, ia dapat membimbing komuniti tersebut ke arah globalisasi.

"Maknanya negara Malaysia akan dapat bersaing secara berkesan dengan masyarakat luar negara dan dunia akan datang memerlukan perkhidmatan yang mahir. Oleh sebab itu setiap gunatenaga dalam negara mesti dipertingkatkan kemahiran mereka, saya rasa cadangan untuk keterbukaan daripada segi pendidikan adalah perlu," katanya.... selanjutnya.

Jun 27, 2008

Muafakat Dicapai, Kepimpinan Khalid Terus Didukung

anwaribrahimblog

Malam tadi saya, Syed Husin Ali, Azmin bersama dengan Tan Sri Khalid, ketua bahagian dan ahli perhubungan, Ahli Parlimen dan DUN Selangor mengadakan mesyuarat khas.

Alhamdulillah mesyuarat berakhir dengan muafakat menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid di Selangor, menghargai jasa dan khidmat Sdr Yahya.

Sementara difaham keperluan Yahya membersihkan namanya, sumbangan beliau kepada KeADILan khususnya di Selangor masih diperlukan.

Saya kagum dengan semangat dan komitmen rakan-rakan di Selangor. InshaAllah segalanya akan lebih lancar kelak.

ANWAR IBRAHIM

Jun 26, 2008

Gantung Yahya bukan konspirasi - MB

mohd yahya mat sahri pc ceramah 230608 01malaysiakini - [...] "Saya tidak tahu ada konspirasi tapi kalau konspirasi maknanya tak adalah fakta yang boleh dinyatakan. Ini adalah satu fakta yang jelas.

"Kalau macam tu BPR (Badan Pencegah Rasuah) termasuk dalam konspirasi ini," katanya mengulas dakwaan berhubung penggantungan Mohd Yahya selama dua bulan mulai Isnin lalu.

Pemimpin PKR itu, yang digantung tugasnya sebagai pegawai tugas-tugas khas Abdul Khalid susulan siasatan dakwaan salah guna kuasa, telah meletakkan jawatan pentingnya itu.

Beliau juga melepaskan jawatan sebagai setiausaha badan perhubungan PKR negeri.

Menurut laporan Bernama semalam, Abdul Khalid berkata pegawai itu digantung tugas bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan dalaman secara tertib dan teliti.... selanjutnya.

Jun 25, 2008

Ribut PKR dah reda

Anwar nampaknya berjaya menyejukkan suhu yang panas di dalam PKR. Pada wak ini semua kerja budak budak kecil. Otak ada kalu .... kena pakai..

kanyataan dari DS Anwar ...

anwaribrahimblog
KeADILan Selangor Tidak Tergugat Dengan Dakyah Media Umno-BN

Maka bertebaranlah desas desus kononnya KeADILan Selangor dilanda kemelut. Media Umno-BN terus memainkan peranan mereka.

Alhamdulillah saya dapat segera menghubungi Tan Sri Khalid sebaik kembali dari Madinah al Munawwarah. Kemudian saya turut ngobrol panjang dengan Sdr Yahya Sahri sambil menikmati mee mamak tanpa teh tarik.

Isu yang digembar-gemburkan dalam media Umno-BN tidak menggugat seperti yang dipaparkan. Penyelesaian baik dicapai. InshaAllah saya akan turut hadir dalam mesyuarat KeADILan Negeri Selangor malam nanti.

ANWAR IBRAHIM
berita lain
Sekilas Isu Yahya Shaari [becok]
Anwar Usah Layan Yahya Shaari [msomelayu]
Lanjutan Isu Pegawai MB Selangor Mungkin Digantung Tugas [mindakembara]
Remy Iskandar ahli PKR? [lagiberita]
News of thrills and confusions. [ramlidap]

Jun 24, 2008

Yahya Saari "Calar" Imej PKR.

atranungkite - [...] Saya tidak mengatakan bahawa Yahya bersalah dalam hal ini.saya juga tidak mengatakan bahawa Yahya telah terlibat dengan rasuah bila saya bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh MB Khalid.tetapi jika saya berada ditempat MB Khalid,saya juga akan mengambil tindakan yang serupa.mana-mana penjawat yang disiasat WAJIB digantung dahulu dari menjalankan tugasan.

Langkah ini bagi saya ialah semata-mata untuk memudahkan siasatan & mengelakkan dari "tertuduh" dituduh cuba menghilangkan dokumen atau mengubah dokumen semasa menjalankan tugasan.ini juga dapat mengelakkan dari "tertuduh" dituduh mengganggu tugasan penjawat awam.tinggalkan dahulu pejabat & kerja-kerja rasmi & biarkan BPR melakukan siasatan tanpa gangguan.berani kerana benar,takut kerana salah.

Saya percaya jika langkah ini tidak diambil,pembangkang Selangor akan menimbulkan berbagai spekulasi yang akan memburukkan lagi suasana & nama baik kerajaan pimpinan PKR.musuh tidak pernah lupa pada kita & mereka sentiasa menunggu kita membuat kesilapan & kadang-kadang kita lupa musuh sentiasa memerhatikan kita & menunggu kita membuat kesilapan.

Pada Yahya & para penyokongnya,suka saya nasihatkan supaya bersabar & bersikap matang.tidak ada gunanya anda mengambil keputusan yang gopoh begini.ingat pada perjuangan anda.anda berjuang untuk rakyat,bukan untuk perut anda.apa ada pada kedudukan,jawatan & pangkat seandainya kepercayaan dari rakyat hilang?

Perbuatan yang tergopoh-gapah & tergesa-gesa begini tak lebih sebagai mencalar imej PKR.waktu berkempen pilihanraya kita bercakap soal "ketuanan rakyat" tetapi bila jadi begini anda lupa pada perjuangan "ketuanan rakyat" yang anda bawa.rakyat melihat keputusan yang anda ambil hari ini bukan kerana membela rakyat,tetapi kerana jawatan anda.

Kalau benar Yahya tak bersalah,terima sahaja penggantungan tersebut & biarkan BPR melakukan siasatan mereka supaya cepat selesai.lebih cepat penyiasatan selesai,lebih cepat nama anda dapat dibersihkan.ini bukan soal jawatan,kepentingan,jasa anda pada parti atau balasan terhadap jasa anda pada parti...ini soal intergriti,soal kepercayaan rakyat,soal tanggungjawab.perlu berfikir secara rasional bukan emosional.... selanjutnya.

no2umno - wa ingat Hassan Ali kena tarbiah diorang ni satu persatu. Biar senyap sikit, pikir guna otak, bukan guna parti.

Jun 23, 2008

Duit S'gor masuk akaun PKR

malaysiakini - "Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas dakwaan Mohamad Ezam Mohd Nor.

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa bahawa kutipan wang derma bagi penganjuran majlis sambutan itu telah didepositkan ke dalam akaun PKR.

Menurut laporan Bernama, Abdul Khalid berkata wang kutipan itu yang menurut kiraan beliau "tidak seberapa jumlahnya" akan dibekukan.

Tambahnya, ahli-ahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada kerajaan negeri.

"Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan. ... selanjutnya.

Desakan MB Selangor letak jawatan!

nnora75reform - [...] Ini SMS yang Nora terima.

Semua AJK, Ahli AMK, penyokong parti dan aktivis reformasi , sila berkumpul di DIAMOND SQUARE GOMBAK jam 5pm hari ini, kita akan luahkan perasaan pada Yahya Saari, semua bahagian seluruh Selangor sila ambil tindakan/sebarkan segera dan bawa sepanduk.

Ini nyata berlainan. Ini perhimpunan yang mendesak MB Selangor untuk meletak jawatan. MB Selangor dikatakan bertindak untuk kroni baru sahaja dan mereka yang berjuang lama tidak diendahkan seolah-olah perjuangan hanya perlu ikhlas bagi mereka yang tercakar dan tercalar kehidupan menuntut reformasi sebelum ini tetapi tidak perlu ikhlas untuk mereka yang selama ini berpeluk tubuh tetapi penuh hipokrasi untuk mencelah dan mendapat habuan hasil dari pengorbanan orang lain. Adil ke macam itu. Kita bercerita mengenai keadilan bukan mempersoalkan apa yang kita dapat dan apa yang orang lain dapat. Kita selalu bercakap mengenai keadilan tetapi kita lupa mereka yang berkorban pun perlu menikmati keadilan yang mereka perjuangkan.

Amat terkejut sekali apabila ada yang berani bersumpah mengenai kenyataan MB Selangor yang berbunyi :

Kalau tidak kukuh kewangan jangan berjuang, minyak tak de, kereta rosak dan macam-macam lagi. Kalau kewangan tidak kukuh – kukuhkan dahulu lepas itu berjuang
Amat berbeza sewaktu kita mula-mula terpanggil untuk reformasi. Anwar Ibrahim dalam laungannya menjemput semua rakyat Malaysia, tidak kira siapa – pemandu teksi dan bas, nelayan dan penoreh getah, petani dan buruh termasuk mereka dari golongan profesional untuk sama-sama memperjuangkan keadilan dan memperjuangkan hak rakyat. Laungan suara rakyat suara keramat adalah laungan. Namun hari ini, MB Selangor didakwa mengatakan – orang miskin jangan berjuang. Tidak ke kurang ajar namanya! Namun ini bukan pertama kali Nora dengar MB Selangor ini dikritik. Banyak lagi suara lain seperti “ kalau nak duit pergi jual t-shirt dan topi keadilan dan mereka yang ada wang sahaja ada kuasa. Tuhan saja yang tahu mengenai kenyataan TS Khalid.
... selanjutnya.
no2umno - korang check berita ni klpos dan korang check pulak berita ini .... malaysiakini.
Wak di beritahu, Yahaya Shaari ni cukup baik dengan bekas Ketua AMK Selangor, Halimey. Pada awal dulu, bila jawatan Halimey [Ketua AMK Selangor] di ambil alih oleh Khairul [Jonah], keadaan kecoh yang serupa berlaku. Kini Yahaya Shaari diberitakan menerima penggantungan jawatan selama 2 bulan dan masalah serta kaedah yang sama pun berlaku. Huhuhu .. satu kapal, satu cara nampaknya. Disebabkan ini semua ... habis diungkit semua cerita. Aduhhhhh....... Wak tengok je.

Pegawai Khalid digantung 2 bulan

yahya sahrimalaysiakini - [...] Menurut seorang pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pegawai kanan itu digantung mulai hari ini.

"Surat rasmi (penggantungan) dikeluarkan hari ini.

"Semalam Tan Sri telah mengirim SMS memberitahunya supaya beliau tidak terkejut apabila menerima surat," katanya kepada Malaysiakini.

Dihubungi hari ini, pegawai tugas-tugas khas Khalid, Yahya Shaari, mengesahkan penggantungannya.

Pada 10 Jun lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memanggil pegawai kanan berkenaan selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya.... selanjutnya.

Jun 17, 2008

MB Selangor sudah bersemangat

TERKINI - Sekembali nya MB selangor bersama Anwar Ibrahim dari Dubai, telah mengubah sikap TS Khalid Ibrahim. Beliau kelihatan lebih berani mengutuk sinis terhadap kerajaan pusat dan berani menjawab soalan wartawan dengan cara kelakar serta tajam. Kelakar jugak. Korang tengok di dalam artikel yang lepas .... di dalam Harakah

"Jika negeri Pakatan Rakyat diserahkan semua hasil Petronas, saya sendiri boleh buat kira-kira itu," tegas beliau. - Harakahdaily
Kemudian tentang JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Pusat dan seterusnya Pemecatan Pengarah Muzium Selangor.

Dan hari ini beliau cerita tentang minyak pula ....

first 100 days khalid ibrahim interview 160608 04'Minyak naik RM1, potong elaun 5sen'
malaysiakini - [...] “Kalau (kerajaan pusat) naik RM1, potong (elaun) 5 sen, maknanya rakyat tidak berapa pandailah. Ataupun kerajaan tidak berapa pandailah,” kata menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyifatkan pemotongan elaun keraian dan perbelanjaan berhemah sebagai kesan “malu alah” kerajaan pusat kepada rakyat kerana menaikkan harga minyak.

“Sekarang kerajaan naikkan (harga) minyak dan malu alah, (kemudian) baru putuskan agar pegawai dan menteri-menteri potong gaji.

"Potong gaji, sedikit. Habis potong (semua) gaji bagi pada rakyat pun, rakyat kena potong RM7 hingga 8 bilion. Potong gaji semua menteri-menteri itu tidak sampai RM200 juta,” katanya dalam wawancara khas di kediaman rasminya di Shah Alam, Sabtu lalu.

Menurut wakil rakyat Ijok lagi, kerajaan persekutuan sepatutnya mengambil kira pelbagai pilihan yang ada sebelum membuat keputusan.... selanjutnya.
Gua suka tengok gelagat baru MB selangor sekarang. Kalau tak bercakap, UMNO ambil kesempatan. Rasa macam ada suntikan semangat dari DS Anwar Ibrahim. Apakah suntikan itu sehingga menjadikan beliau bertambah berani? ..... Nampak menyakinkan. Wak suka tengok je.

Jun 16, 2008

MB minta PM serah hasil Petronas kepada negeri Pakatan Rakyat

harakahdaily - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya menyerahkan hasil Petronas kepada lima negeri Pakatan Rakyat jika mahu negeri-negeri tersebut mendahului menurunkan harga minyak.

Beliau memberi jaminan jika hasil Petronas dapat diserahkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tidak akan berlaku kenaikan harga petrol dan diesel.

Katanya, lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memang tidak boleh menurunkan harga minyak kecuali jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Persekutuan.

"Kita boleh memanggil pihak Petronas dan agensi lain dan berbincang bagaimana duit yang ada sekarang disalurkan," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaaan Negeri Selangor di Dataran SUK, Shah Alam, pagi tadi.

Berhubung kenaikan harga minyak, PM sebelum ini mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu.

"Jika negeri Pakatan Rakyat diserahkan semua hasil Petronas, saya sendiri boleh buat kira-kira itu," tegas beliau.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive