marhaendaily
PERLETAKAN JAWATAN KHOO CHIN MIN
SEBAGAI AHLI MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
Setelah Pilihanraya umum ke 12, kita sedia maklum bahawa Negeri Selangor dan 4 lagi kerajaan negeri telah bertukar tampuk pemerintahannya daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.
Negeri Selangor dipimpin oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar merangkap Ketua Perhubungan PKR Selangor.
- Harapan rakyat adalah tinggi agar satu perubahan secara menyeluruh di semua peringkat pentadbiran berlaku demi kesejahteraan rakyat dan penduduk Selangor.
- Malangnya, tidak semuanya berlaku seperti yang diharapkan.
- Walaupun Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan di peringkat kerajaan negeri, ia tidak berlaku diperingkat Kerajaan tempatan sebagai satu organ pemerintahan sesebuah negeri dalam sistem yang sedia ada.
- Di peringkat Kerjaan Tempatan atau Majlis Daerah, adalah amat pelik bahawa Ahli Majlis tidak langsung mempunyai kuasa menentukan halatuju sesebuah PBT sebaliknya berpusat kepada Yang DiPertua Majlis Daerah (YDP)
- Keadaan ini menjadikan Ahli-ahli Majlis "Rubber Stamp, ceremonial" dan tidak lebih sebagai pelengkap kepada PBT.
- Ahli Majlis secara umumnya merupakan wakil kepada kerajaan negeri di peringkat PBT untuk mempastikan dasar-dasar kerajaan negeri laksanakan.
- Ahli Majlis kehilangan maruah kerana dasar kerajaan negeri tidak diikuti oleh Yang Di Pertua yang masih terikut-ikut budaya lama yang Rasuah, Kronisma dan Nepotisma.
- Yang Di Pertua MDKS sering mengadakan mesyuarat tanpa mengikut agenda. Ahli-ahli Majlis tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit.
- Dalam mesyuarat penuh pada 30 Oktober 2008, YDP MDKS tidak mengikut susulan membincangkan pembentangan Anggaran Belanjawan 2008/2009, laporan Ketua Audit Negara bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 dan lain-lain hal berbangkit. Beliau terus sahaja membuat ucapan penangguhan.
- Apakah Ahli Majlis tidak berhak membincangkan bajet 2008/2009 MDKS? Apakah Ahli Majlis tidak berhak membincangkan perkara yang amat penting bagi pembayar cukai Daerah Kuala Selangor?
- Aduan dan masalah rakyat yang dibuat oleh ahli majlis tidak dihiraukan oleh MDKS sebaliknya apabila aduan dibuat oleh pihak Barisan Nasional begitu segera diberi perhatian dengan menurunkan pasukan besar. Ini berlaku dalam kes Pasar Awam di Pasir Penambang. Mengapa ada double standard? Atau YDP MDKS bermain politik?
- Banyak lagi aduan-aduan yang tidak dilayan dan tidak diambil tindakan di kawasan lain seperti Puncak Alam, Sungai Buluh, Pasar Awam Taman-taman Perumahan di Daerah Kuala Selangor.
- Di MDKS terbukti penyalahgunaan kuasa oleh YDP MDKS begitu berleluasa dalam pengagihan kerja-kerja hanya tertumpu kepada sekumpulan orang tertentu tertentu tanpa mengikut prosedur yang telus. Terdapat beberapa orang yang mengusai terlalu banyak projek-projek MDKS.
- Perbelanjaan yang tidak terancang meruncingkan kewangan Majlis sehinggakan kepentingan yang perlu didahulukan atau diberi keutamaan, dipinggirkan. Sebaliknya perkara yang tidak penting didahulukan seperti lawatan ke luar negara.
- Baru-baru ini seorang Pegawai MDKS membuat lawatan ke luar negeri atas alasan promosi pelancungan Kuala Selangor.
- Lawatan seperti ini seperti menjadi keseronokan sedangkan jika dilihat peningkatan pelancungan masih ditahap lama.
- Pegawai Perhubungan Awam dan Pelancungan MDKS membazirkan wang rakyat melalui lawatan sedangkan kebajikan pengayuh sampan dipusat pelancungan kelip-kelip tidak dipelihara.
- Penubuhan Pusat Khidmat Ahli Majlis sepertimana diumumkan oleh kerajaan negeri tidak dilaksanakan dengan alasan kekurangan peruntukan.
- Namun projek pemeliharaan ikan air tawar dan reptilia yang membazir terus dilaksanakan dengan peruntukan yang banyak.
- Saya yakin, banyak penyelewengan akan berlaku dalam urus tadbir kewangan MDKS 2009 ini. Inilah kemungkinan mengapa YDP MDKS enggan menyentuh belanjawan 2008/2009 untuk dibincangkan. Kemungkinan ada agenda tersembunyi berbaur politik oleh YDP MDKS.
- Sejak kebelakangan ini beberapa berita berkaitan disiplin segelintir penjawat di MDKS amat rendah. Berlakunya beberapa skandal yang amat memalukan melibatkan pekerja MDKS. Ini menunjukkan YDP MDKS gagal membentuk warga kerja Majlis yang berdisiplin serta berhemah tinggi dan bebas rasuah.
- Justeru, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco PBT YB. Ronnie Liu supaya mengkaji semula dasar kerajaan negeri dalam PBT.
- Satu proses "penjanaan semula" perlu diusahakan segera, jika tidak segala manifesto kerajaan Pakatan Rakyat yang diwar-warkan semasa PRU 12 akan hanya menjadi igaun ngeri kepada rakyat dan pembayar cukai serta pendokong-pendokong kerajaan PR Selangor di Pilihanraya akan datang.
- Saya juga amat yakin melalui perhubungan dengan rakan sejawat di PBT-PBT lain seluruh Selangor, keadaan yang sama berlaku dimana sebilangan besar YDP-YDP bermaharajalela dan membelakangkan hasrat kerajaan negeri dan masih terikat dengan mentaliti jumud kerajaan lama.
- Kepada YDP MDKS, saya ingin memberi ingatan tegas bahawa rakyat sentiasa memerhati tingkah laku anda. Saya juga meminta kepada YDP MDKS, jika mahu bermain politik sila letak jawatan.
MB kena buka mata sikit. Cukup la tidur tu. Jangan di biarkan terlepas mangkuk mangkuk YDP dan DAtuk Bandar yang teruskan budaya UMNO.
4 comments:
Selamat Selangor !!
Kesimpulan yang bersimpul2 ni kalau kita kaji dalam2 adalah berpunca dari Ketua Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri.
Kalau kelemahan sayrikat terletak pada Pengarah Urusan atau CEO, kelemahan negara pada PM.
Kelemahan pentadbiran dan kecelaruan yang berlaku kini adalah kerana sikap sombong yang keterlaluan MB Selangor yang ada sekarang.
Diberitakan, MB ni tak mesra langsung kepada Ahli2 PKR sendiri baik di peringkat bahagian,AMK mahupun wanitanya.
Kalau main ragbi, dia ni digelar Kerbau Sondol atau Bull Dozer..Pandai main tapi pakai sondol je. Bila sondol mata tutup. Last2 tersondol lutut lawan atau tiang gol....hahahahahahahaaaaaa.
Kalau dah dengan ahli parti sendiri pun dia tak mesra, ini lagi dengan rakyat Selangor!!!! Lu fikirlah Sendiri...!!!!##$$**&&^^@@
Bak kata Nabil Raja Lawakkkkkkk....
Dulu masuk SUK tak basuh dulu, doa selamat pun tak buat, baca yassin jauh sekali...itulah pasal...
hantu hantu toyol keluar semua...
Sugah cukup masa yg.di berikan kepada ahli ahli UMNO yang masih berkuasa di Mana Mana Agensi Kerajaan Selangor.
Jika mereka tidak mau berubah dan masih meneruskan sikap tinggalan Iblis dan Syaitan maka tindakan tegas Mesti di ambil dgn memberhentikan mereka.
Kalau selama ini mereka hidup menyara anak bini dgn duit Haram,mana akan datang hidayah dari Allah.
Maka dulu kini dan selamalama nya mereka akan hidup dalam Kemurkaannya.
CUKUP !!Kita sudah muak dgn telatah mereka .
Bila belum berkuasa gila nak kuasa, bila dah dapat kuasa, tak tahu nak guna kuasa.
Apa ke jenis manusia!
Post a Comment