drmaza | ...Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.
Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung. ... more.
Nov 23, 2008
Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin
Labels: Maksiat, Mufti Asri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
benar,
kemudian ia mesti disusuli dgn penghukuman kpd yg engkar dan menakutkan yg berniat utk engkar.
itulah kehebatan hukum Allah.
satu hukum juga sekaligus sebagai hukuman,pencegahan,menggerunkan(menegah)org yg baru berniat nak buat dosa.
anak tak solat sunnah di rotan,
bapak2 tak solat.?
rujuk lah kitab feqah kpd semua kita yg beriman(org mukmin)
kalau saya sebut..nanti kata saya taliban lak ya.
Post a Comment