KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 23, 2008

30% .... Macamana dia kira?

“Kami sedar banyak rungutan konon kami tidak menjalankan tugas, tak ada tindakan keras, tak ada siasatan, tetapi pada ketika kami mahu memenuhi kehendak ramai ini, kami ada tanggungjawab besar iaitu memastikan keadilan dicapai walaupun ia akan mengambil masa,” katanya.

Mohd. Hafarizam yang juga anggota lembaga disiplin itu serta penasihat undang-undang UMNO berkata, badan itu berpendapat adalah lebih baik orang yang bersalah terlepas daripada menghukum orang yang tidak bersalah.

“Menerusi penelitian saya, daripada sejumlah aduan yang kita terima, 30 peratus adalah berunsur fitnah atau `frame up’ iaitu orang yang kalah nak aniaya calon yang menang dan sebagainya,” kata beliau.

Justeru itu kata Mohd. Hafarizam, lembaga mengambil masa untuk menyiasat dan bertindak terhadap setiap aduan salah laku yang diterima, bagi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya. ... more.
Beberapa hari lalu .. lapuran nya DI SINI
Beliau berkata, daripada 900 aduan yang diterimanya, kira-kira 40 hingga 45 peratus melibatkan politik wang manakala selebihnya adalah kes-kes salah laku pada mesyuarat-mesyuarat cawangan dan bahagian.
Dari jumlah tersebut .... 40 ke 45% dari 900 aduan bermakna ... 405 lapuran
dan kalau 70% dari jumlah lapuran tu, bermakna yang betul lapuran tentang rasuah berjumlah 283.5 lapuran.
Banyak tu !!!!!
Macamana mamat tu klasifikasikan antara sahih atau fitnah? Wekakakakkakkaka .... nak sembunyi yo?

3 comments:

Putra IJ80 said...

Kita bole bersetuju dgn ayat ,lebih baik orang yg.bersalah terlepas daripada menghukum orang yg.tidak bersalah.

Memang dalam Alquraan di saran berbuat demikian sebaik baiknya.

Tetapi dalam banyak perkara UMNO tidak menggunakan terjemahan ayat ini atau menggunakan saranan ini,malah dalam setengah setengah kes ada pihak yg.Jelas tidak bersalah mereka mengada adakan
bukti supaya orang yg.di tuduh kelihatan bersalah,.

Kita sudah terlalu banyak belajar dari sejarah UMNO,Dulu kini dan selama lama nya Menipu.

Unknown said...

Dia lawyer hanya pakar belit tapi tidak pakar dalam math.

Anonymous said...

begitulah,
orang mukmin merasakan dosa itu (biarpun kecil)seolah gunung yg nak menghempap kepala.
manakala,
orang fasiq merasakan dosa itu (biarpun besar)umpama lalat yg hinggap dipipi,dikipas atau tidak,sekejap lagi berlalu lah ia.

rasuah itu haram,jika sedekah menolak bala,
maka rasuah pula menempah dan mendekatkan bala & murka Allah.

rasuah itu melenyapkan segala efficiency,effectiveness,competetiveness.
maka naiklah kos.lemahlah pengurusan,hilang daya saing.
dan larilah golongan professional dan cerdik pandai dari mereka.

begitulah ruginya kumpulan berrasuah tersebut.

Posting terkini

Blog Archive