KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 19, 2008

TERPAKSA BERKAWAL

A Pas supporter on guard at the Marang Bridge to prevent BN supporters from putting up 'blue flags'.

KUALA TERENGGANU: PAS terpaksa membina pondok pengawal keselamatan di Jambatan Marang untuk mengelakkan penyokong penyokong BN merosakkan bendera yang mereka pasang.

GOBLOK YANG CUBA HENTAM BLOG

Hentam Kerajaan Dalam Blog Bukan Budaya Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penulis blog perlu menilai diri sendiri sebelum mahu menghidupkan budaya mencemuh orang lain di negara ini.

Katanya walaupun budaya menghentam kerajaan dalam laman blog adalah antara cabaran yang dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum, ia bukanlah budaya BN dalam berkempen dan memenangi pilihan raya.

"Mereka menghentam Perdana Menteri, menteri dan anggota pentadbiran tetapi yang mereka tak hentam adalah diri mereka sendiri. Dalam peribahasa Melayu kita menunjuk jari telunjuk ke depan, ibu jari menunjuk ke dada.

"Jadi saya nak kata sekarang tengoklah dada sendiri dahulu bagaimana bersih atau tidak jika tidak (bersih) jangan buat blog," katanya kepada pemberita.

"Sekarang ini bukan sahaja penulis blog kepalanya kena block (terganggu) tetapi Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pun kepalanya sudah agak block (kurang waras) juga apabila beliau berkata orang-orang Melayu di dalam BN adalah orang Utan.
No2umnO - Nak jadi blogger kena tengok dada sendiri ke? Alahai Rais Yatim .... kalau nak bodek pun jangan lebih lebih. Awak tu melukut di tepi gantang jer. Bila kerajaan 'block' kebebasan bersuaralah menjadi punca rakyat memilih blog. Goblok betul dia ni. Paling tidak pun kita tahu dia layar blog pembangkang. Kalau tidak mana dia tahu. Yang menarik lagi ..... para jakun UMNO sudah hilang kewarasan bercakap kerana bimbang kebangkitan rakyat tahun ini.

RADZI DEDAHKAN SIKAP GILA KUASA ORANG UMNO

Radzi: "Saya seperti jin dalam botol"
MStar

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata beliau menerima banyak panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMs) dan surat daripada ahli parti yang meminta dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 ini.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu berkata tindakan mereka itu seolah-olah menganggap beliau boleh menentukan orang untuk menjadi calon sedangkan beliau sendiri tidak tahu tempatnya di mana dan sama ada dicalonkan atau tidak.

"Sebagai Setiausaha Agung BN, dalam saat-saat menghadapi pilihan raya, banyaklah saya dapat SMS, panggilan telefon, surat, untuk menjadi calon. Semua nak jadi calon, seolah-olah saya boleh menentukan orang untuk menjadi calon.

No2umnO - Secara tidak langsung, Radzi mendedahkan betapa gila kuasa nya puak puak UMNO di dalam politik tanah air. Beliau yang kononnya rapat dengan Dollah Badawi cuba di pergunakan bagi pencalunan pada pilihanraya tahun ini. Kalau sebelum ini kita tidak tahu, sekarang kita sudah tahu. Hakikatnya UMNO dan BN telah menjadikan ramai pemimpin Melayu kaya. Maka dengan itu, ramai antara mereka yang mencalunkan diri sendiri. Sedangkan mereka semua itu tahu bahawa tanggung jawab menjadi calun bukan lah mudah. Itu hakikat sebenar sebagai pemimpin tetapi berlainan dengan UMNO dan BN yang menjadikan ianya sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih kaya. Teringat akan sessi memilih penyanyi oleh Akademi Fantasia dan lain lain rancangan realiti di negara kita. Nyanyi macam katak, tapi teringin nak jadi penyanyi. Bila tidak dipilih, masing masing marah, kononnya pengadil tidak adil sedangkan katak tidak pernah sedar dirinya katak. Cuba melompat tinggi tetapi tetap jatuh ke tanah. Untung katak mati kenyang. Rugi katak mati dilanggar tayar kereta baru aku. Opppsss tayar baru, tapi kereta lama.

HINRDAF 5 WIVES NOT ALLOWED TO MEET ISA DETAINEES

URGENT ANNOUNCEMENT
malaysia-today

Malaysia Today has just received a phone call from Kamunting that the wives of the HINDRAF 5 are stranded outside the gate of the detention camp and are not being allowed in to meet their husbands.

This could be because the authorities want to prevent the wives from handing nomination papers to their husbands to sign. It is believed that at least two of the five ISA detainees will be contesting the coming general election on 8 March 2008 under a DAP ticket.

Malaysians are urged to lodge a protest and raise a fuss and demand that the wives be allowed to see their husbands. Since the matter is EXTREMELY URGENT it is no point writing letters or issuing press statements. Make phone calls and jam the lines of the Ministry of Internal Security and demand that this 'sabotage' end immediately.

According to the law, ISA detainees are allowed to contest the elections since they have never been charged or convicted of any crime. This, in fact, happened after Operasi Lalang in 1988 when many ISA detainees contested the elections and won.

Malaysians, do your bit NOW and demand justice and fairplay.

TINDAKAN PILIH KASIH MBKT BAWA PADAH

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/batu6.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Penyokong PAS kejar penguatkuasa wanita MBKT

MStar

KUALA TERENGGANU: Tindakan sekumpulan 150 pengikut PAS cuba menghalang 40 anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang di tempat larangan di Bulatan Batu Enam di sini nyaris mencetuskan pergaduhan.

Dalam kejadian pada 11 pagi Selasa itu, kumpulan penyokong PAS kelihatan menyerbu anggota penguatkuasa ketika mereka hendak menurunkan bendera parti yang dipasang di tengah-tengah bulatan dan di kerangka besi.

Malah, sebelum itu, enam anggota penguatkuasa wanita dikejar ketika cuba mencabut bendera parti itu menyebabkan mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan menaiki semula kenderaan penguatkuasa.

Keadaan dapat dikawal hasil tindakan pantas sepasukan anggota polis.

Datuk Bandar Datuk Mat Razali Kassim ketika dihubungi berkata bahawa pada 14 Feb lepas, MBKT telahpun mengadakan pertemuan dengan semua parti bagi memaklumkan tentang lokasi-lokasi yang tidak boleh dipasang sebarang bendera dan poster, dan ini termasuk Bulatan Batu Enam, Bulatan Sultan Omar dan Bulatan Ladang kerana dikhuatiri akan mengganggu keselamatan pengguna jala raya.

Katanya mana-mana parti yang telah berbuat demikian diberi tempoh sehingga Isnin malam untuk menurunkan bendera masing-masing tetapi PAS terus berdegil menyebabkan MBKT terpaksa mengambil tindakan.

No2umnO - Menurut berita dari penduduk Terengganu, sebelum ini UMNO sudah pun memasang poster mereka di sana tetapi tiada sebarang tindakan dibuat. Namun setelah PAS memasang poster mereka. MBKT mula buat tindakan. Lantaran itu, penguatkuasa MBKT adakan lari pecut lompat pagar apabila dikejar penyokong PAS. Takbir !!!

Penduduk Flat Sri Kota Kuala Lumpur TOLAK BN !!!


Janji Tinggal Janji, Paklah Menipu, Kami Flat Sri Kota Btr Kuala Lumpur Ditipu Lagi
tranungkite.

Pak Lah dah bagi jadual nak melawat tempat kami kepada DBKL. Dan DBKL telah membuat persiapan rapi untuk kedatangan Pak Lah ketempat kami. Pada awalnya Pak Lah Janji nak datang penghujung bulan Januari , Tapi tak datang sebab kerja keluar negeri. Selepas tu janji nak datang pada 12hb Februari tertipu lagi.

DBKL telah pacak bendera, tar kan jalan masuk dan keluar di Flat Sri kota,Kuala Lumpur,
Siap dengan cadangan menaikan taraf 2 bilik kat Flat menjadi 3 bilik. Cat sana cat sini. .Tanam rumput.

Janji tinggal janji, Kami penduduk di Bandar Tun Razak , Flat Sri Kota di tipu Lagi.

CUCU ULAMA pandai menipu rupanya.

Dalam islam kalau bercakap bohong itu fasik, kalau berjanji tapi tak tepati itu munafik wahai PAKLAH, Apala nak jadi dengan Pak Lah ni. Akhirnya bendera DBKL dibuka lah balik Sudah lah menipu wahai Pak Lah, Duit pembaziran pun dah banyak, upah pasang bendera, cadangan buat bilik ketiga siap dengan replikanya pun terbengkalai. MACAMANA TAK BANGKRAP MALAYASIA kalau punya pemimpin Lanun macam PAK LAH ni. Kalau Pak Lah baca ni mesti datang dan DBKL pun kenalah pasang bendera balik.

TAPI KAMI DAH TAK NAK BN di tempat kami. FLAT SRI KOTA, BANDAR TUN RAZAK KUALA LUMPUR

The Truth About Khairy Jamaluddin

hard-t.blogspot

LAST TWO DAYS I FOUND THIS:

Son of the gun - P Ramlee…Abdullah Ahmad Badawi is legally the fifth Prime Minister of Malaysia, having taken office in November 2003. However, even before he assumed office, it was quite clear that Abdullah Badawi was not his own man – that all his thoughts, actions and deeds were heavily influenced, if not directed by his then 28-year old son-in-law (now 32), Khairy Jamaluddin, and his coterie of friends. While some talked of the three Ks being the power behind Pak Lah, namely Khairy, Kalimullah (the Group Chief Editor of the New Straits Times) and Kak Endon (Datin Paduka Seri Endon Mahmood Ambak, wife of the Prime Minister), there is no doubt that the first K is the most powerful, having appointed the second K to his post and having married the third K’s daughter at a time when the third K was and is fighting breast cancer, an illness that has already claimed the third K’s twin sister.

The signs of discontent are quite clear. The person who perhaps is most wary of Khairy is former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad. While Dr Mahathir himself at first warmed to Khairy and his friends, appointing for example Khairy’s bosom buddy from Oxford, Dr Vincent Lim Kian Teck, as his second Chinese political secretary, he eventually found Khairy an overbearing presence upon Abdullah. But at that time it was already too late. Mahathir had announced his retirement and Abdullah Badawi was the heir-designate. For whatever bad that Mahathir had done, he knew he could not afford to change his mind on the succession after the crippling failure of the removal of Anwar Ibrahim.

Mahathir at last realised that he had stepped down in November 2003, the most powerful man in the country, only to be replaced by a 28-year-old. Khairy is now and for the near future the most powerful man in the country. Even more so than Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak or anyone in the UMNO Supreme Council who are mere tadpoles in Khairy’s big pond.

Here is how he influences decisions that affect you and me.

First, Khairy is the main gatekeeper in Abdullah Badawi’s office. No letter, fax, proposal, document, appeal, communication, correspondence or presentation lands onto Abdullah’s desk without first going through the screening of aides Datuk Wan Farid and Zaki Zahid. Both Wan Farid and Zaki Zahid act as Khairy’s eyes and ears. When any proposal comes through to them, they immediately make copies for Khairy Jamaluddin. Copies are necessary because Khairy is no longer officially with Abdullah’s office. Yet, official or not, he is still the gatekeeper and needs to see all that comes to Abdullah’s office.

Wan Farid and Zaki Zahid together with Khairy also vets the appointment list to see Abdullah. In spite of the existence of the post of Chief Private Secretary held by Dato’ Thajudeen Abd Wahab (a long-time Abdullah Badawi loyalist and civil servant), those appointments made through Dato’ Thajudeen’s office inevitably get copied to Khairy and get vetted by him. Make no mistakes. Though Dato’ Thajudeen is annoyed by this unorthodox arrangement, his long-time friendship with Abdullah is not strong enough to overrule his boss’ son-in-law.

Of course it is not cheap to get an appointment to see Abdullah. The gatekeepers also act as toll-collectors. And UMNO is rife with mutterings of dissatisfaction, due to the high price (some say up to RM50,000) exacted by people close to Abdullah merely to secure an appointment with the Prime Minister. While this “custom” has always existed in varying degrees throughout the rule of all five Prime Ministers of Malaysia, it has never been so thorough and blatant as it is now. This is because payment of RM50,000 alone is not sufficient to secure an audience. There must also be promises of involving some of Khairy’s companies in eventual projects if such audiences are to be successful.

Some may argue why this happens in spite of Abdullah Badawi’s image as Mr Clean. But that image is merely a perception. Compared to other ministers Abdullah is relatively clean, but this was not because of want of trying. Abdullah was in charge of ministries with little “opportunity” to exact “tributes” such as the Ministry of Youth and Sports and the Ministry of Foreign Affairs, and for many years he was out of the government. His political position as a former Tengku Razaleigh–Musa Hitam supporter was always very precarious and Abdullah Badawi was too fearful to drink from the poisoned chalice of corruption.

However the situation has now changed. Abdullah Badawi is all-powerful as Prime Minister and relies on Khairy to prop up that position. Khairy Jamaluddin knows that it is not long before Pak Lah will be challenged by Najib or anyone else backed by Dr Mahathir. Thus he must make hay while the sun shines.

The second method by which Abdullah is controlled by Khairy is through Khairy’s insistence on appointing key personnel at the decision-forming level within Abdullah’s office and also in other powerful ministries. No less than ten of Khairy’s friends from his university days who are all in their late twenties or early thirties currently occupy posts equivalent to chief executive in many of the ministries (more will be detailed in later parts of this report). Abdullah Badawi cannot function if these figures do not function. In other words, he is completely reliant on their actions.

For example, let us say that Abdullah goes for a foreign trip to Venezuela for a trade mission. The person who prepares the itinerary is a Khairy appointee (a fellow ex-student from the UK). He submits the paper to Khazanah’s Director of Investments (another Khairy appointee) for discussion. It is discussed with people from Ethos Consulting (a Khairy-related company) and finally gets approved by a meeting of Foreign Ministry civil servants which willy-nilly is often attended by Khairy himself in spite of him having no official position in government. When Abdullah comes back from Venezuela, discussions with President Hugo Chavez is discussed with the private office of the Prime Minister (headed and made up completely of Khairy’s appointees) and decisions are made by Abdullah Badawi after a night’s discussion at home with Khairy himself. Little wonder that Khairy Jamaluddin has such an extensive control on Abdullah – and this was exactly how the Venezuelan trip of the Prime Minister took place!

Thirdly, Khairy Jamaluddin controls Abdullah Badawi through his insistence on exerting his unofficial role as the Prime Minister’s closest advisor. An incident that took place in the foreign ministry shows it all. A meeting was called by Minister Syed Hamid Albar. It was a top-level meeting, a briefing to the Prime Minister in a closed session. In attendance were the Prime Minister, the Minister, the Deputy Ministers, the Secretary General of the ministry and his deputies – and Khairy Jamaluddin, at that time neither in the Prime Minister’s office nor holding any official post. Syed Hamid insisted that the meeting be closed to Khairy. Abdullah demurred, partly out of fear that if Khairy was not in the room he would be ill-advised. So Khairy stayed. Such a situation shows not only how strong Khairy is, but how weak Abdullah can be.

Therein lies the danger of Khairy Jamaluddin. He is an unelected person within the government, yet his influence outweighs that of the whole cabinet; even that of the Deputy Prime Minister Najib Tun Razak. As long as Abdullah is in power and Khairy is married to his daughter, Khairy Jamaluddin will continue to be the actual ruler of Malaysia. Whether knowingly or not, democracy in Malaysia has been reduced considerably since Khairy Jamaluddin came to the fore and there is no longer any check and balance within the government.
Surely the people of Malaysia should know about the phenomenon of Khairy Jamaluddin since their lives now so much depend on it. Malaysia Today will chronicle the rise of Khairy, how he influences UMNO and the government, name his allies and enemies and how he interacts with them. More importantly, Malaysia Today will try to lay bare the mystery of Khairy and identify the tentacles he uses to reach for power…

700 UNDI POS UNTUK 'USTAZAH CAKAR RIMAU'


700 UNDI POS UNTUK UMNO DI PERMATANG PAUH,USTAZAH NUR BAHIYAH MENENTANG WAN AZIZAH ????.
wrlr.blogspot.com

PERMATANG PAUH 20 FEBRUARI 2008-


Jangan bermain api Ustazah,kerana ianya merosak nama Ustazah di mata masyarakat,cakar rimau pun tak mahu mengaum.



Bahang pilihanraya yang makin hangat di Permatang Pauh, kini dihangatkan lagi dengan berbagai desas desus yang makin menggila. Dengan tinggal lebih kurang 2 minggu lagi, orang ramai tertanya-tanya siapa calon PKR Penanti dan Seberang Jaya, dua kawasan ADUN yang akan di tandingi oleh PKR,dan dua kawasan ini juga PKR menghadapi kekalahan pada pilihanraya yang lepas.

Antara desas desus yang hangat di perkatakan ialah kemasukkan ahli baru UMNO, Ustazah Siti Nor Bahyah yang mengikuti jejak fakir Dr Mashitah. Jika ini berlaku , amat malang buat kerjaya Ustazah Nor Bahyah kerana orang ramai, yakni masyarakat akan hilang rasa hormat masyarakat sebagaimana yang berlaku kepada Dr Mashitah.Manakala Ustaz Firdaus aka Imam duit akan diletakkan di DUN Permatang Pasir menentang YB Hamdan Abdul Rahman.

Walau bagaimana pun , sesiapa sahaja yang menentang dan menjadi calon di Permatang Pauh, masyarakat akan tetap memberi tentangan yang cukup hebat. Lihat sahaja bagaimana yang berlaku kepada Imam masjid negara,Ustaz Firdaus, rasa hormat masyarakat hilang bila bertanding di atas tiket UMNO.Kalau dahulu menjadi Imam masjid negara,mungkin nama beliau akan lebih harum di mata masyarakat berbanding sekarang.Peristiwa menentang tong sampah akan tetap menjadi ingatan kepada seluruh masyarakat , bahawa seorang imam boleh menjadi begitu bebal dengan menendang tong sampah.
Selain itu terdapat juga desas desus bahawa semua kakitangan kerajaan yang bertugas di Bandar Perda khasnya pasukan keselamatan, Bomba dan sebagainya akan diberikan undi pos untuk mengundi di Parlimen Permatang Pauh.maka kerana itulah kemenangan di Permatang Pauh masih lagi menjadi percaturan dan adakah ianya akan terus di pertaruhkan dengan menjadikan SPR sebagai salah satu komponen besar Barisan Nasional.??????

A meet-the-people session turned ugly

thestar.com

IPOH: A meet-the-people session here led by Perak Barisan Nasional chief Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali turned ugly on Sunday night but the cool Mentri Besar slickly turned things around, thanking the hecklers instead for their actions.

The crowd in Buntong jeered the VIPs instead of cheering but Tajol Rosli then thanked a constituent for throwing an egg. That stopped them. The night had started well with 66 non-governmental organisations from the Ipoh Barat constituency gathering but chaos took over as soon as the VIPs took to the rostrum.

At first, only a few jeered the VIPs, including Perak MIC chief Datuk G. Rajoo and incumbent Buntong assemblyman Datuk Yik Phooi Hong, but the taunting soon grew more intense and physical.

Unhappy lot: The residents jeering the VIPs during the meetthe- people session in Buntong on Sunday night.
When Tajol Rosli, Rajoo and Yik were presented with garlands, an egg was hurled onto the stage, missing the VIPs.
At the same time, a man made his way up to the stage and charged towards the VIPs but the policemen managed to remove him.

Thanking the group for the egg and their jeers, Tajol Rosli said: “I was formerly a Youth leader, I’ve been president of the Malaysian Youth Council and Asian Youth Council. So this is nothing new to me, thank you very much.”

Tajol Rosli stressed that there were Malays in Malay-majority areas who were angry with Umno and Chinese in Chinese-majority areas who were also angry with the MCA and Gerakan.

“And of course when we come to an Indian area, there will be Indians who are angry with the MIC. This is because we are moderate parties. We do not only fight for a single race.

“I don’t only fight for the Malays, Yik does not only fight for the Chinese, the same for Rajoo who does not only fight for the Indian community.

“We fight for all races,” added Tajol Rosli, who was later swarmed by squatters handing him letters for their land application.

Tajol Rosli then introduced his two special assistants, telling those who had not given their letters to hand them over to his assistants.

Before leaving the function, Tajol Rosli announced that the Perak exco had, before the dissolution of Parliament, approved more than 40ha in Ulu Johan, Papan, for the relocation of 562 squatters from Buntong, which has the highest number of Indian voters in Perak.

TERENGGANU SEDANG MENGGELEGAK PANAS

Terengganu - Panas

eddyra.

Sehari dua ni TV3 duk focus kat Terengganu, berkenaan dengan kejadian mencabut atau merosakkan bendera BN/UMNO di Dungun pada 17hb Feb 2008. TV3 kata 4000 bendera BN/UMNO dah di tumbangkan oleh penyokong PAS. Aku terbaca dari laman web tranungkite.net yang menceritakan apa yang berlaku di sebalik kejadian tersebut. Kalau menurut lawan web tersebut, memang SAH itu perbuatan penyokong PAS. Bermakna dakwaan TV3 adalah benar bahawa kejadian tersebut di lakukan oleh penyokong PAS.

Namun pada pandangan aku, di ulangi, pada pandangan aku, sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa sebab, dan mesti ada sebabnya. Tak kan penyokong PAS tidak berfikir baik buruk perbuatannya itu akan mendatangkan keburukan pada parti. Mesti ada yang berlaku terlebih dahulu sebelum kejadian itu berlaku.

Kejadian di Kemaman 18hb Feb 2008, location pasar Chukai jam 3.30 petang, aku rasa TV3 tak siar scene ni. Kejadian berlaku sehari selepas MB Terengganu menghadiri majlis MCA di kawasan yang berhampiran dengan pasar tersebut. Dua penyokong parti bertembung iaitu PAS dan UMNO membanjiri kawasan pasar Chukai. Majlis Perbandaran Kemaman telah datang untuk menurunkan bendera parti atas arahan ‘pihak atasan’.

Penyokong PAS naik berang apabila mengetahui hanya bendera PAS sahaja yang akan diturunkan.. hahaha. Maka terdengarlah suara cabar mencabar antara mereka. So pada pandangan aku, kalau nak buang bendera-bendera perang tu, buang ler dua-dua sekali bang, orang pun tak bising. Akhirnya MPK blah cam tu jer, dan keadaan bendera-bendera tersebut kekal cam tu, keadaan kembali aman.

TV3 jam 8.00, 19hb Feb 2008, location Bulatan Batu 6, Kuala Terengganu, dekat kampung aku jer. MBKT menurunkan bendera PAS dan berlakulah kekecohan..

Ini adalah pengamatan aku terhadap beberapa kejadian panas di negeri Terengganu, negeri panas yang masing-masing nak concour, samaada PAS atau BN/UMNO. Setakat ini dah 13 report yang dilaporkan kepada pihak polis berkenaan dengan pilihanraya ke 12.

.. kenapa semua ini berlaku? Mesti ada sebabnya.. think think think.

No2umnO - UMNO memang pasa di Terengganu. Kerana itu lah maka setiap hari akan keluar propaganda kemajuan Terengganu. Rakyat dah tak heran yang penting rakyat Terengganu sudah meluat dengan Idris Jusoh yang kuat bodek Dollah Badawi. Kemajuan ada, rakyat kena bayar. Akhirnya Patrick LIM yang kaya. Rakyat dapat apa?

ANAK SEKOLAH, BAPA PARAH


Member talipon membebel....... aku dengar jer.

HARI YANG MENYAKITKAN

Pulang kerja anak dah mengamuk. Minta baju Tunas Kadet kokurikulum. Aduh....tak per. Anak punya pasal ikut kan juga. Bimbang juga kalau kalau anak kena hentam dek cikgu kat sekolah.

Pergi ke kedai menjual uniform. Topi + baju kemeja + seluar + lencana = RM80.00

Kepala menggelengkan kepala. Kalau dicampur dengan yuran yang KONONnya kurang tu dah masuk berapa ratus? 3 anak sekolah ... terduduk juga.

Aku tak pernah jadi kadet pun, tapi boleh gak berjaya. Bukan lah hebat sangat tapi sekurang kurangnya aku boleh bela keluarga, membalas jasa ibu dan bapa. Tanya menteri menteri kat Malaysia dan ahli perniagaan yang berjaya ... berapa ramai yang masuk kadet ketika sekolah dulu?

Tak tau la. Sudah lah pendapatan semakin kurang, tak lama lagi jadi sifar. Melayan karenah sekolah anak anak pun sudah pening kepala. Kalau begini lah hidup di Malaysia, rasa nak pindah ke Dubai. Susah pun tak per kerana itu negara orang. Kalau dah dinegara sendiri pun dah macam nak pengsan. Nak merompak, tak pernah buat. Nak mencuri, takut berdosa. Nak masuk UMNO, pantang sekali.

Cikgu pun satu hal. Minta hari Isnin, hari Rabu kena pakai uniform. Mungkin cikgu ingat aku ADA kilang DUIT kot. Cikgu memang lah cikgu, tapi yang bersalah kementerian. Rakyat tidak hentam kementerian tapi rakyat hentam guru guru, sedangkan guru guru ikut arahan kerajaan. Yang selamat kementerian, yang kena guru. Menteri duduk kat opis kira berapa juta masuk hari ini. Bagus punya kerja.

Aku tekad, nak jadi apa pun jadilah....kalau tak ubah, keadaan makin meruncing. Mahu berbelanja besar atau mahu pendapatan besar. kalau begini lah bentuk kerajaan, tak payah ada kerajaan pun tak per. Kalau begini lah pemerintahan Barisan Nasional, tak ada pun .... aku tak kisah.

Kali ini aku Undi Barisan Alternatif. Kena ajar sikit UMNO dan BN supaya jangan buat tindakan dan keputusan ikut sedap tekak sendiri dan ikut kemampuan para menteri. Pasti belanja RM80.00 bagi menteri bagaikan dicelah gigi. Tapi dengan RM80.00 aku boleh beli beras untuk 2 bulan sekurang kurangnya.

No2umnO - Nasib baik aku undi Barisan Alternatif dari dulu. Sekurang kurangnya aku tidak bersubahat dengan UMNO dan BN untuk menyusahkan rakyat. Tapi malangnya ... keputusan yang BN buat, aku pun ikut pening. Kalau arahan BN, orang BN saja yang ikut ... tak per gak. Ini, keputusan BN, cukai semua kena bayar, arahan semua kena ikut. Kalau tak buat kena pulak. Demokrasi kononnnnnnn.....

Koleksi terbaru

Koleksi video terbaru : No2umnO Video

TG NIK AZIZ MEMANG HEBAT

Allah kata, orang yang tolak Islam itu binatang: Nik Aziz
mstar.com

KOTA BARU: "Saya cakap yang betul." Begitulah kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya sama ada beliau akan menarik balik panggilan "Orang Utan" yang dilemparkannya kepada Umno baru-baru ini.

Mengukuhkan pendiriannya itu, Nik Aziz berkata: "Islam itu dari langit untuk manusia bukan untuk haiwan. Maka orang yang tolak Islam itu serupa dengan makhluk haiwan."

Menurutnya, sekurang-kurangnya beliau tidak menggunakan perkataan haiwan, ungkapan yang lebih kesat, terhadap orang Umno, hanya Orang Utan.

"Orang putih guna perkataan 'animal'. saya guna 'Orang Utan' tidak 'animal'. Saya minta saudara saya dalam Umno fikir. Jangan cepat melenting kerana sekali sekala kita nasihat, sekali sekala kita rotan," katanya dalam temubual khas di sini.

Katanya, sama seperti apabila berhadapan dengan anak sendiri yang kadang-kala di nasihat, dan kadang-kala dirotan pula, begitulah juga PAS apabila berhadapan dengan parti lawannya.

Apabila dianjurkan bahawa bahasa yang digunakan itu mungkin kasar, Menteri Besar Kelantan itu menjawab:

"Tidak bahasa kasar. Sekali sekala kasar perlu digunakan. Allah Taala dalam Quran sebut, orang tolak Islam macam binatang. Itu Allah Taala guna."

Nik Aziz yang digelar ramai pihak sebagai Tok Guru berkata, beliau tidak terus melemparkan perkataaan binatang kepada orang Umno, tetapi menggunakan perkataan yang mengandungi ungkapan 'orang', makanya beliau mengatakan orang Umno seperti 'Orang Utan'. (Memang ....ada kelas)


Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf dan memberi penjelasan terhadap kenyataan itu seperti yang dituntut banyak pihak beliau berkata tidak ada sebab beliau perlu berbuat demikian kerana beliau bukannya tersilap.

"Nak minta maaf macam mana kerana sengaja saya kata begitu," ujarnya.

No2umnO - memang wak ubah sedikit sedikit berita dari Mstar tu kerana bahasa yang digunakan di dalam MSTAR tidak betul dan berat sebelah. Maka versi berita di atas adalah versi untuk pembangkang....tapi apa apa pun, memang tabik hormat kepada TG Nik Aziz dengan jawapannya itu.

INGAT JASA BN !!!

Inilah hasil kezaliman di Kg Beremban - fikirkan di mana nilai kemanusiaan Khir Toyo

Indian M'sians vent fury on MIC leaders



hindraf.org
K Kabilan | Feb 19, 08 11:01am

Simmering discontent against the MIC has erupted into outbursts at party events, as angry Indian Malaysians demand answers for the community’s woes.

Two events - in Pajam and Kapar - were disrupted last Sunday, a day after S Samy Vellu had to be ‘rescued’ by police. It was the second incident involving him in recent weeks.

In all four cases, the crowd - claiming to represent the community - had surrounded and heckled MIC leaders, wanting them to explain why they have been left behind in terms of development.

In Pajam, Negeri Sembilan, Maika Holdings chairperson S Vel Paari, who is also Samy Vellu’s son, took the brunt of fury. He had been invited to disburse aid to the needy at an event attended by some 500 people.

An eyewitness, S Suresh, said: "He first gave out cash to some school children, and sarees and clothes to adults."

Vel Paari was then said to have given a speech in which he had said that only the MIC could help solve the community’s problems.

"The crowd listened and when he ended his speech, someone stood up and asked him to explain what had happened to the money collected by Maika," said Suresh.

A few others quickly surrounded Vel Paari.

"They were angry. They wanted him to tell them what has MIC done and why the community is still so backward," said Suresh.

Vel Paari’s minders immediately bundled him into his car and whisked him away to safety. In the ensuing melee, some of the minders were hurt.

The Kapar stand-off

In the second incident in Kapar, Selangor, also on Sunday, member of Parliament K Komala Devi was similarly heckled.

Although MIC Brigade members managed to prevent the hecklers from getting near her, a free-for-all followed in which several people were hurt.

Tension has been building since Feb 13, when Samy Vellu - at a foundation-laying ceremony for a Tamil school in Sungai Way, Selangor - was surrounded and heckled by some youths.

Last Saturday night, in Butterworth, Penang, about 60 people blocked his car while he was leaving a function and jeered him for being unable to help the community.

Samy Vellu was stuck in his car for more than 30 minutes and was only ‘rescued’ by a team of police outriders.

‘What is their struggle?’

MIC Information Chief M Saravanan lambasted those involved for their ‘thug-like’ behaviour.

"In all these cases, these people claimed that they are from Hindu Rights Action Force (Hindraf) and that they represent the angry community," he said.

"But tell me since when did Hindraf become such a violent movement. Is this their struggle? To surround, heckle and assault MIC people?"

He said the party and its leaders are not angry with the community over these incidents as "we know the people who do these are doing it for their own gain".

"These are men who have been paid to embarrass the MIC leadership. We know who they are. We are not bothered by them. We will continue to do our duty for the community," added the Federal Territory MIC chief.

He further said Hindraf should be aware that unscrupulous persons are misusing its name.

"If their (Hindraf’s) struggle is to ensure the community’s development, they should stick to that. Don’t let everyone to run loose in the name of changing the community," he said.

Following a Hindraf rally on Nov 25 last year, an unprecedented wave of dissatisfaction has surfaced over the performance of Samy Vellu and MIC as well as issues linked to discrimination and marginalisation of the community.

Many in the grassroots are of the opinion that little is being done to uplift sections of the community that are mired in poverty and low-skill jobs, and physically displaced by development.

The new Member of Parliament for Putrajaya, Azim Zabidi

The evidence is clear. Azim Zabidi works for a Chinaman. Azim Zabidi is just an Ali Baba front. And Azim Zabidi is going to be the next Member of Parliament for Putrajaya while the god-fearing, squeaky-clean opposition candidate is not only going to lose, but will probably lose his deposit as well.

malaysia-today.net

Raja Petra Kamarudin

It seems Tengku Adnan Bin Tengku Mansor is out. The new Member of Parliament for Putrajaya may instead be Azim Zabidi. It is pertinent, therefore, that we get to know our incoming Member of Parliament.

Putrajaya is the Administrative Capital of Malaysia. It really does not need a 'powerful' wakil rakyat to help build bridges, roads, mosques, schools, etc. In fact, Putrajaya may already be 'overbuilt' as it is. Furthermore, with only 5,500 or so voters who are 98% Malays and 97% civil servants, what is there that the wakil rakyat needs to 'fight' for?

What is more important is whether the new wakil rakyat is a slime-ball and scumbag. Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said that the Anti-Corruption Agency, Special Branch, Bankruptcy Office, etc., will vet all proposed candidates to ensure that none of them are carrying any baggage.

Well, in the event the powers-that-be and those who walk in the corridors of power may have overlooked some of the baggage Azim Zabidi may be carrying, allow Malaysia Today, as part of our community service, to assist in providing the necessary evidence to answer the question whether Azim Zabidi is or is not a suitable candidate.

On 9 February 2008, Malaysia Today published in this column an article called A scam, by any other name, smells just as foul. This was what we said then:


On 20 October 2003, Azim was appointed a Director of Transquay Ventures Sdn Bhd. The purpose of appointing him a Director of that company is so that he can help the company with its listing exercise on the Kuala Lumpur Stock Exchange.

However, the company would have to be a Bumiputera company to qualify, said Azim, so half the shares had to be transferred into his name and the balance into the name of another Malay. With the shareholding reflecting 100% Bumiputera equity it would now qualify.

Azim 'paid' Lu Leong Seng for the shares on 5 April 2004 through three RHB Bank cheques. The sale was not a genuine sale of course but just a 'paper' transaction to show that Azim really owned the shares and had paid for them. Lu was supposed to refund the money, but not to Azim, as he did not want the money trail to lead to his door. Instead, Lu was asked to pay the money to Tan Boon Keong, the infamous BK Tan. This was done through four cheques issued through Public Bank Berhad on 8 April 2004. more...

KHAIRY CUBA HAPUSKAN LEGASI MAHATHIR

Khairy sekat Mukhriz bertanding di Langkawi?
Harakahdaily
harakahdaily.

Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang didakwa sebilangan anggota Umno mempunyai 'super power' dikhabarkan berusaha menyekat Dato' Mukhriz Mahathir menjadi calon bagi kerusi Parlimen Langkawi.

Semalam Bernama melaporkan Setiausaha Umno Bahagian itu, Mohd Saiful Mustafa mengeluarkan kenyataan menolak Mukhriz yang disifatkan 'calon dari luar'.

Saiful dilaporkan sebagai berkata, Mukhriz, anak bongsu Tun Dr Mahathir Mohamad bukan anak tempatan Langkawi dan tidak menganggotai Jawatankuasa Umno Bahagian itu.

Sebelum ini Mukhriz berkata, jika diberi peluang, beliau sedia bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.

Menurut Bernama, Saiful berkata majoriti masyarakat di Langkawi mahukan penyandang Dato' Paduka Abu Bakar Taib sekali lagi dipilih untuk bertanding bagi kerusi itu berdasarkan kepada prestasi perkhidmatan beliau.

Katanya 85 daripada 91 cawangan Umno di Langkawi menyokong supaya Abu Bakar dikekalkan.

Bagaimanapun ada sumber memberitahu, hanya 24 cawangan sahaja yang menandatangani petisyen yang disediakan oleh Saiful untuk menolak Mukhriz daripada mewakili pulau perlancongan terkemuka tersebut.

Seorang bekas Ketua Bahagian Umno di Kuala Lumpur ketika diajukan persoalan ini mengatakan kekesalannya, kerana orang-orang Umno di Langkawi tidak pernah mengenang budi Mahathir.

"Kalau tak kerana Mahathir siapa yang kenal Langkawi? Depa pun tak boleh cari makan," katanya melepaskan geram. more...

BUKTI KEJAYAAN BARISAN NASIONAL

Tidak berdosakah undi Barisan Nasional?
penarikbeca.blogspot.com

Bangga sungguh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi menyatakan, Barisan Nasional (BN) ada banyak bukti kejayaan. Memang banyak. Antaranya ialah:

1. Harga barang naik mendera rakyat

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 28 Februari 2006 menyebabkan kenaikan harga barang bertambah buruk.

Polis mengganasi rakyat yang memprotes harga minyak (Ihsan Malaysiakini)

Tindakan itu berpunca dari sifat kedekut untuk membelanjakan subsidi minyak RM4.4 bilion setahun demi kepentingan rakyat. Pada masa yang sama, kerajaan begitu bermurah hati membelanjakan RM 6.7 bilion setahun untuk memberikan subsidi gas kepada kapitalis-kapitalis kaya raya yang memiliki Independent Power Producers (IPP). Menambahkan lagi pembaziran wang rakyat, tenaga elektrik yang dijanakan oleh IPP hampir tidak digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebaik sahaja harga minyak dinaikkan, kadar inflasi melambung hingga 4.8 peratus di dalam bulan Mac 2006, yang paling tinggi dalam enam tahun. Pakar ekonomi di Affin Securities, Suhaimi Ilias pada waktu itu berkata, kenaikan harga minyak dan tarif elektrik memburukkan lagi inflasi.

2. Jenayah menjadi-jadi hingga Tun Hanif Omar pun rasa tidak selamat

Dalam masa empat tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri, jenayah meningkat sehingga 45 peratus. Memburukkan keadaan, Abdullah sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri membuktikan beliau tidak tahu apa-apa pun apabila bertanya "Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?"


(Ihsan Malaysiakini)

Dalam tulisan bertajuk bertajuk "Crime and quality of life" dalam ruangannya "Point of View" dalam Sunday Star, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menyatakan, "Saya dan keluarga saya tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di Kuala Lumpur".

Perdana Menteri tidak pernah menafikan dakwaan Malaysia Today bahawa beliau takut kepada gabungan "unholy trinity" iaitu Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR. "Unholy trinity" pula digambarkan oleh laman berita itu sebagai diikat habis tengkuk mereka oleh BK Tan, kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

3. Dr M gambarkan BN penuh dengan tunggul mati yang korup

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan BN dipenuhi pemimpin "korup dan tunggul mati" apabila Malaysiakini melaporkan mengenai misi beliau dalam pilihan raya umum iaitu 'membersihkan' kerajaan BN, khususnya parti tulang belakangnya, Umno.

Sambil menyatakan BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri, Dr Mahathir menyeru para penyokong BN supaya jangan undi calon-calon yang korup dan tidak cekap kerana "inilah cara kita dapat bersihkan... BN dan Umno".

Beliau juga berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.

4. Dr M kata kerajaan BN jadikan Malaysia lembik dan bacul


(Ihsan Maverick SM)


Dr Mahathir pernah menyifatkan Perdana Menteri menggadaikan maruah negara dan, seperti yang dilaporkan NST 2 Mei 2006, negara dijadikannya lembik dan bacul (half-past-six country which has no guts).

5. Dr M kata PM suka bohong, kaki tidur, tak jujur, tak bijak

"Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong," tegas Dr Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain, Amerika Syarikat dan Australia.


Bukan setakat itu sahaja, Dr Mahathir juga menyifatkan penggantinya itu kaki tidur waktu kerja.

"Tempoh tumpuannya (Abdullah) sangat singkat dan semua orang memberitahu saya ... bahawa beliau tidur, walaupun ketika pelbagai perkara dibentangkan kepadanya ... Beliau suka membiarkan pembantu-pembantunya memberitahu beliau apa yang hendak dilakukan," kata Dr Mahathir. more...

ANWAR DIPERAK ... ALAHAI PENINGNYA UMNO

KeADILan

image-4.jpg

image-5.jpg

image-3.jpg

image-2.jpg


Pembangkang diramal menang besar di Pakistan

Pembangkang diramal menang besar di Pakistan
utusan meloya

ISLAMABAD, Feb. 19 (Reuters) - Para penentang Presiden Pakistan Pervez Musharraf diramal memenangi pilihan raya negara ini selepas para pengundi menolak parti sekutunya, sekali gus menimbulkan persoalan tentang masa depannya sekutu kuat AS itu yang memerintah sejak tahun 1999.

Tiada parti yang dijangka memenangi majoriti dalam perebutan menguasai 342 kerusi Dewan Perhimpunan Kebangsaan tetapi parti pembangkang bekas Perdana menteri Benazir Bhutto dan seorang lagi bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, dijangka menang besar.

-Reuters
No2umnO - Rakyat Malaysia mungkin tunggu negara kita menjadi seperti negara PAKISTAN, baru mahu berubah kerajaan. Bila orang ramai penuhi jalan dan ruang, sampah sarap penuhi jalan dan longkang. Keadaan rakyat daif dan memilukan dan pemimpin yang bertukar ganti terdiri dari musang yang berbulu ayam. Bila harta sudah dibalun pergi, harta negara dan sumbangan luar di manipulasi pemimpin. Ramai antara kita tidak sedar betapa Malaysia menuju kearah yang sama.

Was was dan ragu ragu kerana penjelasan tidak boleh dilakukan. Bukti sudah ada tetapi tidak dibawa ke mahkamah. Ada pihak yang mahu perkara begini di tutup akibatnya ramai rakyat yang bodoh tidak tahu perkara sebenar. Tanggung jawab kita menyebarkan semua salah laku pemimpin Barisan Nasional kepada mereka mereka yang tidak tahu.

Bukti dan Kenyataan apa lagi kita mau? Pemimpin Pakistan dan Malaysia tidak jauh berbeza. Tamak kuasa, gila, ego dan sombong. Sujud pada rakyat mohon sokongan bila pilihanraya tiba. Ego dan sombongnya akan kembali setelah menang pilihanraya. Berapa kali lagi mahu kena tipu? Mahu tunggu anak dan isteri tidak makan?

Semangat Perubahan!

Anwaribrahimclub

Pagi Ahad 17 Februari 2008 diserikan dengan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina di pejabat Datuk Sri Anwar Ibrahim di Seksyen 16 Petaling Jaya. Kehadiran tetamu yang membanjiri perkarangan pejabat tersebut seawat jam 9 pagi lagi menggambarkan sokongan kuat masyarakat Cina kepada Ketua Parti Keadilan Rakyat itu.

Suasana perpaduan hormani jelas terpancar di majlis rumah terbuka Anwar Ibrahim, apakah lagi bila rakyat berbilang kaum berjabat tangan dan beramah mesra tanda ukhwah persahabatan.

Jamuan makan yang dijadualkan bermula jam 10 pagi dan berakhir kira kira jam 2 petang turut juga diselitkan dengan ucapan Datuk Sri Anwar Ibrahim. Tetamu yang hadir bukan sekadar terdiri dari pimpinan dan ahli PKR, tetapi juga tokoh-tokoh masyarakat Cina, ahli Pas dan DAP. Lebih mengujakan lagi dengan kehadiran Loh Mui Fah dan anaknya yang turut hadir sama memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Antara juadah disediakan adalah meehun goreng dan satay serta makanan tradisi Gong Xi Fa Cai, Yee Sang.

Seterusnya, program Anwar Ibrahim diteruskan mengikut perancangan seperti biasa. Dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim disambut bagai raja setibanya beliau di Program Pandu Putri Brickfields, sekitar jam 6 petang. Kehadiran rakyat berbilang kaum melimpahi kawasan tersebut dan berakhir sekitar jam 7 malam.

Bahang kian terasa apabila program ceramah diteruskan pada jam 8 malam di perkarangan Flat Taman Kerinchi, Kuala Lumpur. Turut bersama ialah Puteri Reformasi, anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar Ibrahim. Ceramah yang disambut lebih 1000 rakyat jelata sudah bisa menghangatkan lagi bahang pilihanraya yang akan tiba.

Kira kira jam 9.45 malam, lawatan dari Kampung Kerinchi beralih ke Bandar Tun Razak dengan di kerumuni 3000 rakyat jelata yang juga tidak jemu jemu melaungkan REFORMASI tatkala Anwar Ibrahim mula melangkah ke gelanggang ceramah. Ceramah yang tidak putus-putus menggesa rakyat melihat penipuan dan kemunduran sejagat sering mendapat tepukan gemuruh oleh penonton. Biarpun lewat jam telah mencecah angka 12.02 tgh malam, penonton masih tidak berganjak dan terus memberikan perhatian sepenuhnya terhadap ceramah yang disampaikan dalam penuh semangat.

Segalanya berakhir dengan harapan Anwar Ibrahim agar pilihanraya kali ini rakyat harus melakukan perubahan dan berikan sokongan penuh kepada Barisan Alternatif. Majlis ceramah Bandar Tun Razak berakhir jam 12.20 tengah malam

UBAH KERAJAAN MAMPU UBAH NASIB KAUM INDIA

Hanya perubahan politik mampu ubah nasib kaum India
harakahdaily.net

(Harakah) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan, masalah yang melanda kaum India di Malaysia hanya boleh diselesaikan dengan melakukan perubahan politik.

Menurutnya, bila perubahan politik berlaku pastinya, masalah yang dihadapi sekian lama akan terhurai bahkan dapat menjalin perpaduan yang lebih kukuh di bawah pentadbiran baru.

Image"Tiada cara lain untuk membaiki atau mencari titik penyelesaian berhubung masalah kaum India bahkan Cina dan Melayu di Malaysia. Jika Barisan Nasional (BN) berkuasa semula nescaya ia bertambah kusut maka ia perlukan perubahan di semua peringkat bagi menjamin kesejahteraan semula, " jelasnya ketika pertemuan dengan masyarakat India di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu semalam.

Menurut beliau, Hindraf banyak membantu membuka mata masyarakat India itu sendiri kerana MIC, PPP atau IPF yang kononnya mewakili suara keturunan India gagal menjadi penyelamat sebaliknya menambah kesengsaraan masa depan mereka terutamanya golongan sederhana dan daif.

Hindraf sambungnya, bukan memberontak tetapi sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada Kerajaan British tetapi lain pula yang terjadi sehingga berlaku peristiwa yang memalukan negara apabila ada yang dipukul, ditangkap dan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang adil jangan bertindak sebegitu. Terima saja memorandum dan sampaikan kepada Kerajaan British bukan bertindak seolah Malaysia sebahagian daripada negara itu. Tapi, kita tahu British pun takkan bersikap kasar umpama Malaysia, " tegasnya.

Tambahnya, bukan sahaja Hindraf tetapi turut menerima kesannya ialah orang Cina dan Melayu apabila terlibat dengan kumpulan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) dan mereka juga dipukul dan ditahan semata-mata mahu menegakkan demokrasi agar terpelihara kembali.

Begitu juga 'Kempen Kenaikan Harga Barang' (Protes) mereka juga dibelasah tanpa budi bicara sedangkan mereka hanya mengadakan perhimpunan aman.

Oleh itu, jatuhkan BN menjadi agenda semua kaum di Malaysia masa kini seandainya mahukan kestabilan negara dikembalikan.

Umno dan BN ujar Dato' Seri Abdul Hadi, sengaja mahu melihat negara kacau bilau untuk berkuasa semula. Contohnya, masa 13 Mei 1969 ia digemburkan ke seluruh negara walhal kejadian itu hanya berlaku di Kuala Lumpur tidak di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

"Bila Umno dan BN terdesak mereka cuba provokasi menerusi polis supaya rakyat menilai kembali berada di bawah naungan kerajaan sedia ada kerana kerajaan milik pembangkang belum terjamin, " tambah beliau.

Maka sebab itu, PAS menerusi manifestonya meletakkan tawaran 'Negara Berkebajikan' dan 'PAS Untuk Semua' semata-mata mahukan perubahan dalam pentadbiran.

Katanya, dari tawaran itu rakyat boleh menikmati kebahagian, keharmonian serta hidup aman damai jauh dari unsur-unsur jenayah dan perlakuan seks sebagaimana sekarang.

Semasa pertemuan dengan kaum India semalam, Dato' Seri Abdul Hadi menyerahkan bendera berlambangkan bulan purnama kepada mereka sebagai kenangan.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut dihadiri oleh Yang DiPertuanya, Ustaz Khalid Man; Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus; Setiausaha Perhubungan, Fadzil Kemi dan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin.

DOLLAH MERAYU MINTA RAKYAT PERCAYA

Disiarkan di dalam Star, dipetik oleh KLPOS. Dikomen oleh pembaca.... memang menarik

"Tolonglah percaya kami - kami adalah kerajaan anda" Pak Lah
klpos.com

Oleh The Star
Selasa, 19 Februari 2008

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaannya tiada sebab untuk berbohong kepada rakyat negara itu.

'Tolonglah percaya kami - kami adalah kerajaan anda,' ujarnya.'

Jika anda lihat pada ekonomi kita, ia baik. Fakta itu dibuktikan dengan perangkaan. Tapi, rakyat masih mendakwa sebaliknya kerana kenaikan harga barangan. Ini satu cara yang terlalu mudah untuk menganalisis ekonomi,' jelasnya lagi.

Menurutnya, persoalannya sekarang ialah 'bukan bagaimana hendak menurunkan harga tetapi bagaimana hendak membantu rakyat sanggup bertahan'.

Menurutnya, usah bandingkan ekonomi Singapura dengan ekonomi Malaysia.

Ia bagai membandingkan 'anggur kelas satu (Singapura) dengan epal kelas satu (Malaysia)', beliau semasa berucap kepada masyarakat Cina dalam satu sesi dialog di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kelmarin.

'Kita mempunyai jumlah penduduk lebih 20 juta dan kita diletak pada tempat kelapan di dunia dari segi daya saing kita.

'Ini bukan perangkaan kerajaan dan saya tidak berbohong kepada anda. Ini statistik daripada tinjauan antarabangsa,' katanya .

'Jika saya kata statistik dari tinjauan kami sendiri, anda tidak akan percayakan kami. Di semua tempat saya pergi, masyarakat peniaga memberitahu saya bahawa prestasi (ekonomi) Malaysia baik. Mereka orang yang pandai. Anda tak boleh memperbodohkan mereka kerana mereka banyak membaca,' tegas beliau.


Komen 1
Bagaimana nak percaya kan anda,dulu anda kata,anda mengikut kemahuan rakyat sebab itu jambatan bengkok dibatalkan,terlalu byk la klentong anda nak sebut pun buat letih je,ye anda ada menyebutnya kami menonton siaran TV3 dgn bangga anda kata'mereka dtg kepada saya dan kata ekonomi anda begitu baik sekali'tak ingat lah siapa yg kata tapi tu pemikir antara bangsa dan anda kata dihadapan masyarakat cina,bagi saya pada anda ekonomi mmg bagus tetapi ekonomi siapa? Satu kelompok ekonomi bagus dan satu kelompok yg besar lagi hidup pada sekadar cukup atau kena cukupkan atau adayg lbh parah lagi.Kami juga membaca dan kami bknlah blh diperbodohkan lagi,sebab kami kata,rakan2 kami kata,saudara mara kami juga kata,jiran2 dan adik beradik juga kata, bahawa untuk bangsa sendiri anda tiada insiatif untk memajukan ekonomi bangsa!Yg b'niaga kecil2an anda perambat,rampas,yg b'niaga sederhana anda tak beri peluang, yg anda beri pinjam 'TEKUN' untk org umno,keluarkan gerai untk umno,lesen untk umno.Sila lah ke kota d'sara sek 6 dan sek 7,sampai skrg gerai dah siap tapi masih blm lagi ada penyewa,buat gerai pun layak untuk jual goreng pisang,beri kat ahli umno nanti yg b'niaga rakyat asing pula,sama lah mcm gerai2 yg kat chow kit tu.Cekaplah tu...
.
Komen 2
Nak pecaya kat hang mcm mana pak lah woii.. hang asyik dok bohong ja..

yg aku tau zaman hang merintah..

1. Barang semua naik..
2. Tol naik menggila
3. Minyak naik menggila juga..
4. Cukai tanah naik menggila gak..
5. Cukai pintu pun naik menggila juga
6. Singapore juga naik tocang.. seronok depa bila hang batalkan jambatan bengko tu.. singapora samapai khiamat pun tak akan setuju tambak johor diganti dgn jambatan sebab dia ada kepentingan pelabihan/perairan dia.. tak kan tu pun hang tak tau.. hah..
7. Singapore naik tocang lg bila WPI yg hang bangunkan bagi keistimewaan kat rakyat S'pore.. katanya tak yah pakai paspot.. tul ke..
... byk lagi dah kalau nak senarai kat sini.. biar pembaca lain tambah lagi lak..

pendek kata... aku sampai mati pun dah tak percaya kat hang...

Untuk pengundi2 ADUN Sindumin

dunsindumin

Untuk pengatahuan bakal pengundi-pengundi DUN Sindumin -terutama sekali kepada bakal pengundi2 yang belum berkesempetan bertemu dengan saya dimana-mana ceramah di Sipitang

Saya terangkan secara ringkas bersiri dalam blog ini antara sebab-sebab yang mendorong saya menawarkan diri menjadi calon PKR pada pilihana raya kali ke 12 ini.

Banyak isu-isu yang harus diketenggahkan; saya akan bermula dari sini.

* Isu-isu kepimpinan

* Isu salah guna kuasa

* Isu keterampilan pemimpin

Isu-isu ini mempunyai hubung kait secara langsung dalam kontek tempatan seperti DUN Sindumin.Kegagalan membuat penilaian bijak, akan meneruskan dan memanjangkan masa pemimpin yang ada sekarang. Mereka akan terus menyalahgunakuasa dan akan terus mengaburi mata rakyat terutma sekali penduduk kampong yang kurang terdadah, dan sentiasa dipaksa oleh pemimpin dan wakil-wakilmereka supaya mempercayai bahawa kempimpinan mereka sahaja yang betul dan harus diikut, kalau tidak kemudahan yang diberi oleh kerajaan akan di tarik balik.

Ini bukan demokrasi mengikut perlembagaan Negara kita. Di negara kita tiada siapa yang lebih berkuasa, yang lebih tinggi kedudukannya selain dari yang disebutkan dalam perlembagaan. Apa yang dilakukan oleh pemimpin kita akhir-akhir ini banyak bertentangan dengan undang-undang negara. Perbuatan seperti ini merosakan berbagai bidang yang dulunya dipuja dan dipuji.

Di Sipitang ini sebenarnya banyak lagi pemimpin-pemimpin yang layak, mampu, berdaya saing, berilmu dan berakal lebih mulia dari pemimpin Barisan Nasional BN Sipitang, terutmanya dari parti UMNO.

Kalau kita tidak cabar pemimpin2 Sipitang yang mediocre dan stereotype ini kelihatan mundar mandir tanpa haluan ianya akan berterusan, entah kemana generasi kita suatu hari nanti...

Sipitang memerlukan pemimpin yang dynamik dan down to earth dengan rakyat, kita dalam era yang mencabar, kalau sekadar jaguh kampong jangan cerita mau jadi jaguh global, sebab selama ini kita tidak nampak pun keterampilan seperti yang diperlukan oleh dunia masakini.

Slogan berkhidmat untuk rakyat sebenarnya rakyat berkhidmat untuk wakil rakyat. Ada pemimpin kita betul-betul turun padang? Ada cerita apa-apa hasil turun Dewan naik Dewan? Ada dengar wakil kita bahas masaalah rakyat dalam Dewan seperti yang diamanahkan?

Senyum dan limbai tidak akan mengubah nasib orang-orang Sipitang. Sudah tiga panggal, cukup panjang untuk kita melihat keberkersanan mereka.

Bersambung…

MESTI BACA: Bagaimana Negara Kebajikan Nak Sekat Harga Barang Naik?

“MULA-MULA pegang kerajaan pun sudah nampak Pak Lah (PM sekarang) tak pandai perintah Malaysia. Sikap fikir singkat dan bebalnya sudah mulai terserlah…” Kata mantan pimpinan Kelab UMNO di sebuah universiti di England.

 alastani.multiply

“Apa dia?” Kami tanya beliau dalam satu majlis ucapan dan analisis mengenai ‘Malaysia Sepintas Lalu Di Bawah Pak Lah’, anjuran Grop Universiti Hulu Klang disebuah restoran di Batu Caves baru-baru ini..


Pertama: Pak Lah membatalkan banyak projek-projek yang telah diluluskan dan direstui oleh pemimpin-pemimpin sebelum itu, contohnya projek jambatan bengkok Singapura-Johor, jutaan RM wang rakyat dicurahkan ke laut Selat Terberau itu. Bukan senang Dr Mahathir nak dapatkan persetujuan Singapura hingga terpaksa keluarkan perbelanjaan sebelah pihak (Pihak Malaysia) sahaja. Bila Singapura setuju, baru Dr Mahathir bentangkan jambatan bengkok itu. Rupanya, memang menguntungkan Malaysia, apabila kapal boleh lalu merentasi Selat Terberau.

Hal ini amat membimbangkan Singapura, dan boleh menjejaskan pelabuhannya. Itu satu manfaat tersirat bagi Malaysia, yang Pak Lah tak mahu ambil tahu!”

Sambung beliau lagi, “Pada saya ada lagi yang lebih besar manfaatnya… Kita tahu Singapura ikut strategi Israel dalam banyak bidang, termasuk ketenteraan. Strategi menyerang sebelum diserang, menawan sebelum ditawan seperti yang dilakukan ke atas negeri-negeri jirannya, negara Arab. Mereka (Singapura) sedang membeli banyak kereta-kereta kebal sekarang. Paip air bekalan kita kepada mereka pun dikawal oleh tentera. Kalau terjadi hal-hal tidak diingini seperti di negara-negara Arab itu, maka di sinilah perlunya jambatan bengkok seperti rancangan Dr M itu…”

“Apa pandangan tuan mengenai cara nak atasi masalah kenaikan harga barang? Contohnya harga minyak?” Kami tanya lagi.

Kedua;.. Sambung beliau. “Sebelum melihat masalah minyak, kita kena tahu, bahawa sistem ekonomi kita adalah berdasarkan ekonomi kapitalis. Ringkasnya sistem membesarkan yang gemuk dan menguruskan yang kerdil. Tiada kebajikan, dan tiada tolong menolong dalam bisnes. Contohnya mengapa harga gula tidak dapat diturunkan? Jawabnya, kerana cuma 2 saja pemegang lesen import gula, iaitu Robert Koh dan Felda, menyebabkan harga gula terletak di tangan mereka. Itu sebab Robert Koh jadi lebih kaya dan menunjukkan keuntungan yang tinggi tiap tahun.

Begitu juga lesen-lesen import lain seperti kereta, daging lembu, susu dan lain-lain, juga monopoli puak-puak tertentu sahaja. Kalau kita lihat di zaman Mahathir waktu harga simen naik, beliau bukakan lesen import simen seluas-luasnya, hingga harga simen dapat dikawal sampai sekarang. Berbalik kepada bagaimana nak turunkan atau kekalkan harga minyak?? Malaysia adalah negara kaya. Kalau Swizerland, yang tiada apa-apa sumber asli boleh jadi maju, kawal ekonominya, mengapa Malaysia tidak boleh?

Apa susah sangat, sedangkan Malaysia ada minyak, bijih, getah, sawit dan gas asli, contohnya. Kalau kita galakkan rakyat gunakan gas sebagai alternatif, bersaing dengan minyak, sudah tentu harga minyak akan turun atau boleh dikekalkan. Ini tidak, teksi-teksi yang gunakan gas terpaksa menunggu berjam-jam berbaris di KL kerana kedai bahan api tersebut tak cukup. Bahkan di bandar-bandar seperti Ipoh pun dilaporkan tiada satupun kedai bahan api itu.

Apakah hal ini berlaku semata-mata kerana hendak mengekalkan keuntungan besar kepada syarikat-syarikat minyak seperti Petronas? Begitu juga TNB, Indah Water dan sejenisnya.. Itulah dasar ekonomi kapitalis, tiada belas kasihan dalam bisnis.” (Sila lihat juga pandangan penulis ‘ Catatan Santai Ibnu Hasyim: Harga Barang Naik… Atasi Dengan Nuklear’ dalam blog penulis Mei 2007)

Ketiga: “Saya bimbang Orang Melayu akan menjadi manusia kelas 3 di tanahairnya sendiri. Apa tidaknya? Di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), harga rumah-rumah melambung naik. Jelas rata-rata orang Melayu tidak mampu membelinya. Orang-orang luar dibenarkan memilikinya. Orang-orang Cina dari Singapura akan mencurah-mencurah memilikinya, walau mereka sudah ‘black list’ di institusi kewangan di negara mereka. Bahkan dikatakan ada yang didalangi oleh bangsa-bangsa Yahudi Israel, yang bersedia merampas tanah orang Islam melalui proses undang-undang pula.

Lebih pelik lagi bila ada pemimpin-pemimpin UMNO yang berbangga kerana nilai hartanah di situ sudah naik berkali-kali ganda. Maka tinggallah orang-orang Melayu di luar WPI, di Parit itu dan Parit ini, sedangkan di luar parit dimiliki oleh orang-oraang asing. Kerana mereka tidak mampu membelinya, walaupun nama mereka tidak di’black list’ di negara sendiri. Apakah Melayu hanya layak tinggal dalam parit saja?

Maka jadilah orang Cina yang kebanyakannya kapitalis-kapitalis tempatan jadi manusia kelas 1. Orang India, manusia kelas 2; kerana tuntutan-tuntutannya sedang dilayan baik oleh kerajaan sekarang, dan orang Melayu bakal jadi bangsa Red Indian di Amerika kerana hak-hak istimewanya sudah mulai ditarik seperti sistem biasiswa, pelajaran atau lain-lain, hanyut di kelas 3.”

Keempat: Kami tanya beliau lagi mengenai Negara Kebajikan’ yang diperjuangkan oleh PAS.
Kata beliau, “Walaupun saya masih ahli UMNO, tetapi eloklah dalam PRU 12 kali ini, Kelantan diberi kepada PAS, kerana itulah satu-satunya lagi negeri benteng Melayu-Islam terakhir di negara ini. Kita lihat Pulau Pinang, walaupun di bawah kerajaan Malaysia, tetapi projek jambatan Pulau Pinang ke 2 baru-baru pun ini akan diberi kepada Negeri Cina. ‘Malaysia Boleh’ ape ke bende ni??

Di Iceland atau England, tiap anak-anak dilahirkan, kerajaannya akan membayar elaun. Bahkan kalau sampai 3 anak, elaunnya sudah melebihi pendapatan seorang ibu biasa yang berkerja. Kalau ibu itu nak berhenti kerja, nak tumpukan kepada penjagaan anak-anak pun sudah berbaloi. Begitu juga dengan elaun kepada penganggor dan sebagainya. Baru-baru ini dalam suatu rancangan agama malam Jumaat (14-2-07) di tv Malaysia, beberapa penceramah agama tak ada kerja lain jadi alat bodek, mengampu dan penjilat kerajaan.

Antaranya mengkritik, ‘kerajaan kebajikan’ kononnya kerajaan yang menyuruh rakyatnya malas bekerja, menyuruh rakyatnya tadah tangan meminta sedekah… Apakah Islam suruh membantu orang susah sama seperti menyuruh orang Islam jadi peminta sedekah? Fasal apa kepala otak penceramah tu bengap sangat? Tak mengaji agama ke? Patutlah kerajaan Malaysia tidak mahu buat kebajikan kepada rakyat, sebab cara berfikir mereka begitu. Rakyat saja yang disuruh buat kebajikan kepada kerajaan. Tetapi kerajaan beri subsidi atau bantuan cuma kepada kapitalis-kapitalis luar negeri!!”

“Ada ke bantuan kepada kapitalis-kapitalis atau konglomerat-komglomerat luar negara?” Seorang dari kami bertanya.

“Apa tidaknya? Konsep FTZ (Free Trade Zone), benarkan buka kilang tanpa cukai satu sen pun, bukankah itu pemberian subsidi juga? Kita nak berniaga goreng pisang tepi jalanpun kena bayar lesen! Konsep WPI sebenarnya adalah FTZ yang dibesarkan, bapa FTZ. Bahkan bangunan pun boleh dimiliki terus oleh orang luar melalui WPI. Begitu juga syarikat-syarikat yang dibayar subsidi awal billion RM untuk mulai operasi. Projek nak beli air Pahang untuk kegunaan rakyat Selangor, apakah tak ada jalan singkat yang menjimatkan kos? Projek beralasan nak naikkan harga air, beri subsidi pada kapitalis dengan menindas rakyat!

Berapa sangatlah bantuan pada rakyat susah… bantuan anak yatim, waga emas, orang kurang upaya, bencana, sakit kronik, pelajaran percuma, ibu tunggal dan lain-lain. Takkan waktu muda dan sihat kamu kerok tenaga mereka habis-habisan, cukai sana sini, bila tua jadi hampas kamu nak tinggalkan begitu saja? Buang sepah sesudah madu dihisap habis? Sebenarnya itu adalah tugas kerajaan melindungi hak rakyat. Kerajaan pimpinan orang kafir pun pandai membuat kebajikan pada rakyat. Tidak seperti kerajaan BN yang tidak bertanggung jawab!!”

Insya Allah Grop Universiti Hulu Klang, akan menjemput pengucap dan penganalisis yang lain pula. Wassalam.

50 tahun... pade doh!

tangisansangpenyu

UMNO! majority of them come up to the media with, "i will contest if the president wants me to" haaaaa, bodek! bodek!

Paklah himself, as if orang-orang Kepala Batas want him again! muahaahahahah. and typical Paklah response was, "saya akan tengok senarai calon. saya tak boleh nak kata apa, senarai pon saya tak tengok lagi"

i cant really understand, persatuan politik yg baru ditubuhkan, i cant even remember their name, something got to do with "mahasiswa" is it? want to contest in Kepala Batas to mean that they want to challenge Mr Prime Minister. and these 2-3 days, message mereka seperti mereka mahu the other opposition to stand down. are they for real? Tok Pa who give them clearance to contest, and yet they plan to beat Tok Pa in Jeli.

and talking about mahasiswa, i got few friends in UPSI. and some of them tukar address. ke mana? Ke J*** kata mereka. "upahnya apa?" laung mereka, "posting ikut suka beb!" "kalau nak buat repot polis, ko berani tak?" "gilo ko apo. posting guarantee, ikut suka aku pilih mana, sape tanak?" aku? "tak boleh nak kata apa!" I'm not naming any MP, any candidate. your guess? hehehhe. if any of them who go against this thing, do you really thinks this budak hingusan came up to the police and repot all these salah laku? of course, NO! they are not some rich guy who can hire some lawyer like VK Lingam.

UMNO, they had Malaysia for 50++ years, pade doh.. bak kata khairy!

MUSA PUN NAK BERLAWOK

Polis Kenal Pasti Lapan Negeri 'Panas'
bernama.com

ALOR STAR, 19 Feb (Bernama) -- Polis mengenal pasti lapan negeri "panas" yang memerlukan tumpuan yang lebih pada Pilihan Raya Umum ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan. Musa yang enggan mendedahkan negeri-negeri berkenaan, berkata Kedah adalah antara negeri panas terbabit, tetapi tidak menyebut sama ada Kelantan dan Terengganu, antara negeri yang disifatkan kubu kuat pembangkang, antara negeri panas.

"Kita tahu...serah kepada polis...kita akan ambil tindakan sewajarnya bila perlu. Polis akan tetap menjalankan tugas dengan tegas, adil dan berhemah," katanya selepas melawat Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah dan mendengar taklimat mengenai persiapan polis Kedah menghadapi pilihan raya oleh Ketua Polis Negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Katanya beliau telah mengarahkan pengarah-pengarah Jabatan di Bukit Aman supaya membantu Ketua-ketua Polis Negeri memantau keadaan sepanjang pilihan raya berlangsung.

Musa meminta parti-parti yang bertanding memohon permit ceramah dengan menyenaraikan tempat, kawasan dan nama penceramah, pada hari penamaan calon.

"Saya harap mereka tidak memohonnya pada saat akhir. Buatlah awal kerana mereka mengetahui tempat hendak mengadakan cermah supaya polis juga dapat mengambil tindakan sewajarnya."

"Cubalah elak daripada menimbulkan masalah yang akan mengakibatkan berlaku insiden tidak baik kerana kita semua mengharapkan pilihan raya berjalan lancar dan menjadi yang terbaik," kata Musa.

Beliau berkata polis akan memantau setiap ceramah mengikut kemampuan yang ada dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang dan peraturan.

Menurut Musa polis mempunyai anggota yang mencukupi dan akan menggerakkan anggota tambahan sekiranya perlu.

Mengenai lawatan kerjanya ke Kedah, Musa berkata beliau berpuas hati dengan persiapan yang dibuat oleh Polis Kedah bagi mengahadapi pilihan raya.

Katanya Polis Kedah akan menggerakkan 4,200 pegawai dan anggotanya, tidak termasuk anggota pasukan sokongan seperti Unit Simpanan Persekutuan.

Mengenai kes Sharlinie, beliau berkata sehingga hari ini belum ada petunjuk baru yang dapat membantu mengesan kanak-kanak itu yang hilang 42 hari lepas.

No2umnO - Panas ... apa maksudnya? Bila masa polis bertindak adil? Semuanya penuh dengan angguk dan geleng geleng. Aku berharap sangat kalau BN kalah dan hilangkan kuasa 'remote' kepada polis.

Najib baru hari ini mahu bantu pelajar miskin di MRSM

n32.blogspot.com

Bunyi sahaja PAS memperkenalkan manifesto dengan tema Negara Berkebajikan, Umno dan BN mula tidak senang duduk. Berbagai serangan dan kritikkan dilancarkan terhadap manifesto yang sebenarnya belum pun dilancarkan secara rasmi oleh PAS. Menurut jadualnya Presiden PAS akan melancarkan Manifesto: Kerajaan Beramanah, adil dan bersih - Menuju Negara Berkebajikan pada hari Khamis ini 21 Febuari jam 2.30 petang di Lobi Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, KL.

Bagaimana Umno dan BN menyerang sesuatu yang belum pun dilancarkan? Bermakna mereka bagaikan bertumbuk di dalam gelap, tidak tahu mana arah musuh dan ke mana perginya penumbuk mereka!

Semalam semasa di Parit, Perak Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak mengisytiharkan kerajaan akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan golongan pelajar miskin yang menuntut di MRSM menerusi program Bantuan Khas mulai tahun ini. Mereka yang layak adalah pelajar yang dari keluarga yang berpendapatan di bawah RM650 sebulan.

Bermkana selama berpuluh tahun kerajaan Umno/BN memerintah dan sejak penubuhan MRSM, baru hari ini kerajaan mahu membantu pelajar miskin di MRSM, itupun bagi mereka yng dari keluarga miskin tegar. Mengapa RM650, mereka tidak RM1,000 atau RM1,500 yang sebenarnya juga susah dan menghadapi kesulitan hidup dalam negara "Barang Naik" (BN) ini.

Kerana itulah Negara Berkebajikan yang mahu dipelopori oleh PAS itu penting. Saya yakin jika PAS tidak melambung-lambungkan idea ini, pasti kes pelajar di MRSM ini tidak berbangkit. Di sinilah kita mesti bijak membuat perhitungan. Dalam manifesto PAS, bukan sekadar peljara yang berkenaan sahaja yang akan dibantu, malah digariskan bahawa pendidikan di semua peringkat sehinggakan ke IPTA akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Bermakna pendidikan di Malaysia akan menjadi "percuma" di bawah Negara Berkebajikan PAS!

Apa gunanya kita megah dengan pembangunan fizikal, dengan pelancaran koridor disetiap ceruk negara, tetapi kos pendidikan bagi membina dan melatih anak-anak kita dibebankan ke atas ibu-bapa sehingga menyempitkan kos hidup mereka.

Disinilah keutamaan Negara Berkebajikan PAS ternyata berbeza dengan keutamaan Negara Kapitalis/ Kronis dan Opportunis Umno/BN

Beringat-ingatlah kita jangan biarkan diri dan keluarga kita terus terkena.

UTUSAN MELOYA SENGAJA MEMBURUKKAN PAS

PAS Pahang gesa Utusan Malaysia tarik balik berita
Basiron Abdul Wahab
harakahdaily.net

TEMERLOH, 19 Feb (Hrkh) – PAS Pahang menggesa Utusan Malaysia menarik balik berita bertajuk 'PKR Cabar Najib di Pekan' yang disiar akhbar itu hari ini.

Ketua Peneranganya, Syed Abdul Rahman Al Khareed berkata, pengarang akhbar berkenaan berniat jahat dan sengaja menyiarkan berita propaganda untuk memburukkan imej Psuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

"wartawan berkenaan didapati berniat jahat dan terlalu ghairah memburuk-burukkan PAS, begitu juga penyunting dan pengarangnya. Mereka melakukan kesalahan fakta yang nyata.

"Kita menyifatkan ia bukan kesalahan tetapi memang disengajakan oleh penulis, penyunting dan pengarangnya yang membenarkan pembohongan fakta di dalam akhbarnya," katanya.

Hari ini akhbar berkenaan menyebutkan "Pada pilihan raya umum 2004, Najib menang mudah mengalah calon PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan majoriti 22.922 undi'.

"Pernyataan itu adalah tidak benar, bohong dan berniat jahat kerana Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bukanlah calon yang bertanding di kawasan Parlimen Pekan. Malah calon yang bertanding menentang Najib di Pekan bukanlah calon PAS," katanya.

Hanya pada piliahn raya umum 1999, kata Syed Abdul Rahman, calon PAS bertanding dengan Dato Seri Mohd Najib, Najib menang dengan majoriti 241 sahaja. - mns

Blah la Samy !!!


"Sekarangpun saya sedia berundur" kata Samy Vellu
mstar

KUALA LUMPUR: "Sekarangpun saya sedia berundur," jika masyarakat India tidak lagi memerlukan, kata Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu Selasa.

Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya bagaimanapun menegaskan bahawa sebagai pemimpin masyarakat India, keputusan mestilah dibuat oleh masyarakat kaum itu dan bukan orang luar.

"Jika masyarakat India memutuskan mereka tidak lagi memerlukan saya... saya sedia berundur, malah sekarang pun saya sudah bersedia," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya, selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Seluruh Komanwel mengenai Profesional Perkhidmatan Perdagangan, di sini.

Samy Vellu yang merupakan menteri kabinet tunggal kaum India, berkata pilihan raya umum kali ini mungkin pemilihan terakhir buatnya.

"Saya mungkin tidak (bertanding pada pilihan raya umum) penggal depan," katanya yang sudah menjadi anggota Parlimen Sungai Siput selama lapan penggal.
more...


No2umnO - Dasar politik BN. Tidak sedar diri. Orang dah tak mahu, masih berdalih dalih. Kononnya orang tak mahu, tapi tak angkat kaki. Berikan alasan lagi. Deyyyy.....Samy dan pemimpin BN. Sudah lah !!!!

OrangUtan is now the Monkey's new dilemma

maverickysm.blogspot

They call their party an Islamist party, but Islam does not teach people to call others 'orang utans'. The orang utan is an animal, and calling people animals is far from what the religion preaches,” UMNO Wanita chief Datuk Seri Rafidah Aziz said.

Calling people animals is unIslamic? Puzzled!!!

So, Khairy must be unIslamic, for he called the bloggers Monyet, i.e. Monkeys; and monkey is similar to OrangUtan; and OrangUtan is monkey.

Information Minister Zainuddin called bloggers Goblok; if calling people orangutan is unIslamic, what about calling human such other names?

Oh, we should also refer to the Hansard and read what the other UMNO MPs had called the other human beings, and how they talk about and make fun of women, their mothers, and the leaking once a month. Is that Islamic because those words came from UMNO's representatives' mouth?

What then is Islamic? Is corruption Islamic? Is asking the custom officers to close-one-eye to the crimes committed, Islamic? Is crony capitalism Islamic? Zainuddin said the Malays, who by default are Muslims, thrives on crony capitalism, that is, materialism of this world, not the heavenly riches as pronounced by the Holy Prophet.

Is money politics Islamic? Mahathir had evidence that the UMNO members of Kubang Pasu were given RM200 each so as to ensure that he was not elected as an UMNO delegate to the general assembly. That must be Islamic, according to UMNO's definition and vocab.

Is borrowing RM9 million by a Muslim who said he didn't have the money, but was tempted to buy ECM-LIbra shares to make some profit, Islamic? Islam says you must live within your means, and not live extravagantly; isn't this extravagant? And he is jobless, and unpaid, unsalaried man who is 30 years of age, but why wouldn't he go get a job to feed his family instread of living on charity and donations?

I wish the Muslims will define what is Islamic in reference to the empirical evidences and facts.

UMNO tiada keupayaan membela hak dan nasib orang Melayu

hasnol.wordpress


Huh!! I guess so much for what’s been said and done! Well, all I can say is… No matter how NICE and straight the person on TOP could be, the reason for their DOWNFALL is always because of the PEOPLE that SURROUNDS them… the SUCKERS of all mother SUCKERS….

Your leader maybe a Mr. NICE guy but do you think those people behind him are? I really feel WASTED for being apart of them at one point of time… SIGH! NEVER change… d’ohhh…

UMNO tiada keupayaan membela hak dan nasib orang Melayu
Tarikh : Monday, February 18 @ 19:15:14 MYT
Topik : Pendapat

UMNOSebagai bumiputera orang-orang melayu mempunyai hak istimewa di dalam negara ini. http://www.marhaen.org/v1/images02/jangan_undi_bn.gifLebih-lebih lagi negara kita ialah negara yang kaya. Hasil kelapa sawit, minyak dan gas serta lain-lain hasil bumi seperti kayu dan galian, sebenarnya lebih dari mencukupi untuk menunaikan hak orang-orang melayu.
Sebaliknya kini nasib orang melayu ibarat menumpang di rumah sendiri. Jelas orang melayu semakin terpinggir di dalam arus pembangunan negara, sedangkan pihak-pihak lain bebas meragut kekayaan negara malahan turut disokong dengan berbagai keistimewaan. Ini berpunca daripada sikap orang-orang melayu sendiri termasuklah para pemimpin melayu yang seba-serbi lemah serta mementingkan diri dalam pejuangan hidup.

Orang-orang melayu sepatutnya mendapat pembelaan hak sejak dari dalam kandungan ibu sehingga ke akhir hayat. Dengan cara ini orang melayu akan dapat berbagai kejayaan dengan cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Di antara tertuntut hak yang boleh dilaksanakan untuk membela nasib orang melayu :-
1 . Ibu-ibu melayu yang mengandung dibekalkan dengan makanan berkhasiat.
2. Bayi-bayi melayu mendapat caruman kewangan Tabung Simpanan sehingga mereka berdikari.
3. Kos persekolahan murid melayu adalah percuma.
4. Kos pengajian tinggi penuntut melayu adalah percuma.
5. Ibu tunggal melayu diberi elaun sara hidup.
6. Warga emas melayu diberikan elaun sara hidup.
7. Penempatan orang melayu di naik taraf ke kelas pertama.
8. Tanah rezab melayu di dalam kawasan Bandar dimajukan dengan segala kemudahan dan keistimewaan.
9. Orang melayu yang harta mereka terlibat dengan pembangunan hendaklah diberi faedah di dalam pembangunan berkenaan melalui penubuhan koperasi.
10. Kemudahan dan tempat perniagaan untuk orang melayu perlu di tambah dan dipertingkatkan.
11. Daya usha orang melayu hendaklah diberi nilai sewajarnya dan diberi perhatian dan layanan yang sempurna.
12. Golongan miskin melayu mesti diberikan bantuan dengan secukupnya.
Dasar Ekonomi Baru yang memperjuangkan 30% equiti orang melayu di dalam ekonomi negara kini sudah tiada lagi kedengaran, ibarat berita lapuk. Sudah tiba masanya bagi orang-orang melayu merenung nasib anak cucu dikemudian hari, jangan hanya mementingkan diri sendiri semata-mata.

In matters of conscience, the law of the majority has no place-Mahatma

Posting terkini

Blog Archive