Disiarkan di dalam Star, dipetik oleh KLPOS. Dikomen oleh pembaca.... memang menarik
"Tolonglah percaya kami - kami adalah kerajaan anda" Pak Lah
klpos.com
Oleh The Star
Selasa, 19 Februari 2008
PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaannya tiada sebab untuk berbohong kepada rakyat negara itu.
'Tolonglah percaya kami - kami adalah kerajaan anda,' ujarnya.'
Jika anda lihat pada ekonomi kita, ia baik. Fakta itu dibuktikan dengan perangkaan. Tapi, rakyat masih mendakwa sebaliknya kerana kenaikan harga barangan. Ini satu cara yang terlalu mudah untuk menganalisis ekonomi,' jelasnya lagi.
Menurutnya, persoalannya sekarang ialah 'bukan bagaimana hendak menurunkan harga tetapi bagaimana hendak membantu rakyat sanggup bertahan'.
Menurutnya, usah bandingkan ekonomi Singapura dengan ekonomi Malaysia.
Ia bagai membandingkan 'anggur kelas satu (Singapura) dengan epal kelas satu (Malaysia)', beliau semasa berucap kepada masyarakat Cina dalam satu sesi dialog di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kelmarin.
'Kita mempunyai jumlah penduduk lebih 20 juta dan kita diletak pada tempat kelapan di dunia dari segi daya saing kita.
'Ini bukan perangkaan kerajaan dan saya tidak berbohong kepada anda. Ini statistik daripada tinjauan antarabangsa,' katanya .
'Jika saya kata statistik dari tinjauan kami sendiri, anda tidak akan percayakan kami. Di semua tempat saya pergi, masyarakat peniaga memberitahu saya bahawa prestasi (ekonomi) Malaysia baik. Mereka orang yang pandai. Anda tak boleh memperbodohkan mereka kerana mereka banyak membaca,' tegas beliau.
Komen 1
Bagaimana nak percaya kan anda,dulu anda kata,anda mengikut kemahuan rakyat sebab itu jambatan bengkok dibatalkan,terlalu byk la klentong anda nak sebut pun buat letih je,ye anda ada menyebutnya kami menonton siaran TV3 dgn bangga anda kata'mereka dtg kepada saya dan kata ekonomi anda begitu baik sekali'tak ingat lah siapa yg kata tapi tu pemikir antara bangsa dan anda kata dihadapan masyarakat cina,bagi saya pada anda ekonomi mmg bagus tetapi ekonomi siapa? Satu kelompok ekonomi bagus dan satu kelompok yg besar lagi hidup pada sekadar cukup atau kena cukupkan atau adayg lbh parah lagi.Kami juga membaca dan kami bknlah blh diperbodohkan lagi,sebab kami kata,rakan2 kami kata,saudara mara kami juga kata,jiran2 dan adik beradik juga kata, bahawa untuk bangsa sendiri anda tiada insiatif untk memajukan ekonomi bangsa!Yg b'niaga kecil2an anda perambat,rampas,yg b'niaga sederhana anda tak beri peluang, yg anda beri pinjam 'TEKUN' untk org umno,keluarkan gerai untk umno,lesen untk umno.Sila lah ke kota d'sara sek 6 dan sek 7,sampai skrg gerai dah siap tapi masih blm lagi ada penyewa,buat gerai pun layak untuk jual goreng pisang,beri kat ahli umno nanti yg b'niaga rakyat asing pula,sama lah mcm gerai2 yg kat chow kit tu.Cekaplah tu...
.
Komen 2
Nak pecaya kat hang mcm mana pak lah woii.. hang asyik dok bohong ja..
yg aku tau zaman hang merintah..
1. Barang semua naik..
2. Tol naik menggila
3. Minyak naik menggila juga..
4. Cukai tanah naik menggila gak..
5. Cukai pintu pun naik menggila juga
6. Singapore juga naik tocang.. seronok depa bila hang batalkan jambatan bengko tu.. singapora samapai khiamat pun tak akan setuju tambak johor diganti dgn jambatan sebab dia ada kepentingan pelabihan/perairan dia.. tak kan tu pun hang tak tau.. hah..
7. Singapore naik tocang lg bila WPI yg hang bangunkan bagi keistimewaan kat rakyat S'pore.. katanya tak yah pakai paspot.. tul ke..
... byk lagi dah kalau nak senarai kat sini.. biar pembaca lain tambah lagi lak..
pendek kata... aku sampai mati pun dah tak percaya kat hang...
0 comments:
Post a Comment