KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 19, 2008

KHAIRY CUBA HAPUSKAN LEGASI MAHATHIR

Khairy sekat Mukhriz bertanding di Langkawi?
Harakahdaily
harakahdaily.

Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang didakwa sebilangan anggota Umno mempunyai 'super power' dikhabarkan berusaha menyekat Dato' Mukhriz Mahathir menjadi calon bagi kerusi Parlimen Langkawi.

Semalam Bernama melaporkan Setiausaha Umno Bahagian itu, Mohd Saiful Mustafa mengeluarkan kenyataan menolak Mukhriz yang disifatkan 'calon dari luar'.

Saiful dilaporkan sebagai berkata, Mukhriz, anak bongsu Tun Dr Mahathir Mohamad bukan anak tempatan Langkawi dan tidak menganggotai Jawatankuasa Umno Bahagian itu.

Sebelum ini Mukhriz berkata, jika diberi peluang, beliau sedia bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.

Menurut Bernama, Saiful berkata majoriti masyarakat di Langkawi mahukan penyandang Dato' Paduka Abu Bakar Taib sekali lagi dipilih untuk bertanding bagi kerusi itu berdasarkan kepada prestasi perkhidmatan beliau.

Katanya 85 daripada 91 cawangan Umno di Langkawi menyokong supaya Abu Bakar dikekalkan.

Bagaimanapun ada sumber memberitahu, hanya 24 cawangan sahaja yang menandatangani petisyen yang disediakan oleh Saiful untuk menolak Mukhriz daripada mewakili pulau perlancongan terkemuka tersebut.

Seorang bekas Ketua Bahagian Umno di Kuala Lumpur ketika diajukan persoalan ini mengatakan kekesalannya, kerana orang-orang Umno di Langkawi tidak pernah mengenang budi Mahathir.

"Kalau tak kerana Mahathir siapa yang kenal Langkawi? Depa pun tak boleh cari makan," katanya melepaskan geram. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive