KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 19, 2008

Orang Utan...

qanunfiatdunia


Apabila TG Nik Aziz melabel pemimpin Umno seperti orang utan.. maka berteriaklah pemimpin2 UMNO mengecam TG Nik Aziz. TG mengeluarkan kenyataan sedemekian kerana beliau mengatakan pemimpin2 UMNO menolak agama dan tidak menghormati undang2 tidak ubah seperti orang utan yang hanya mengikut nafsu. Jika diteliti akan kenyataan ini... ianya adalah satu kiasan untuk menunjukkan betapa meluatnya TG Nik Aziz dengan tingkah laku pemimpin2 UMNO.

Namun isu ini harus diteliti kepada apa isi yang dibawa oleh TG Nik Aziz. Label orang utan adalah perkara remeh temeh. Isu yang cuba digunakan untuk menarik undi mereka2 yang berfikiran cetek dan tidak melihat akan masalah yang lebih kronik yang sedang berlaku. Apabila dikatakan bahawa pemimpin Umno menolak agama.. adakah ianya benar?? Jika kita lihat sejak 1990 lagi apabila Pas menang di Kelantan.. mereka telah berusaha untuk melaksanakan hukum hudud bagi orang Islam tetapi telah terang2 ditolak oleh pemimpin Umno. Ceramah2 agama telah disekat. Ustaz2 yang berkaliber namun berucap tentang perkara yang haq dan mengecam dasar2 kerajaan terus dikecam dan digam. Banyak sukatan pelajaran Pendidikan Islam disekolah2 diubah agar tidak terlampau 'ekstrem' kononnya untuk mengelakkan pemikiran sempit. Isu murtad terus dipandang sepi oleh pemimpin2 Umno seolah2 meng'halal'kan ia berlaku. Mat Rempit yang terang terlibat dengan jenayah dan najis dadah diiktiraf hingga diwujudkan satu sayap dalam Umno yang dipanggil Putera untuk mengiktiraf perosak2 bangsa ini. Dilihat pula pada penganjuran konsert2 hiburan yang kadang kala melampau juga di'halal'kan oleh Umno. Permit2 menjual arak diluluskan dengan banyaknya dan hari ini tidak hairanlah jika dilihat anak2 Islam Hadhari Malaysia meminum air kencing syaitan itu dikhalayak ramai tanpa segan silu. Bahkan mereka berbangga dan menunjuk2.(tak percaya pergi ke Hartamas, Bangsar, Subang dan tempat2 seangkatan dengannya) Inilah kejayaan BN dan Umno melahirkan generasi muda Melayu Islam Hadhari yang glokal dan global.

Benarkah pemimpin2 Umno tidak menghormati undang2?? Jika dilihat dalam 4 tahun yang lepas sahaja.. sudah berapa banyak kesalahan pemimpin Umno dibiarkan begitu saja. Tanpa ada sebarang siasatan yang menyeluruh dan terus dibiarkan seolah2 mereka ini lebih berkuasa dari undang-undang. Kes Datuk Z Pelabuhan Klang, dengan berani membina 'mahligai' indah di atas tanah hak rakyat yang diubah status. Tanpa segan silu meletakkan anak dan menantunya di dalam Majlis MPK. Menyalahgunakan kuasa yang ada untuk membina unit perniagaannya sendiri tanpa kelulusan yang sah. Dimanakah etika orang Umno dalam isu ini?? Datuk Z dibiarkan terus melakukan kezaliman dan penganiayaan ke atas hak rakyat. Dimana kah hero rasuah yang berkobar2 ingin menentang rasuah yang bernama Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi??!!! Isu Altantuya yang dibunuh dengan bom dan melibatkan Unit Tindakan Khas yang hanya berkhidmat untuk PM dan TPM tidak disiasat dengan lebih menyeluruh dan mengapa mahkamah tidak memanggil mereka yang sepatutnya bertanggungjawab ke muka pengadilan. Mungkin saya terlupa bahawa Hakim2 di Malaysia ini semuanya sudah dikawal.. Atau lebih molek dikatakan kebanyakkan hakim di Malaysia ini telah buta hati mereka bila disogok dengan wang. Mereka inilah yang kita harapkan untuk membela rakyat tetapi harapkan pagar.. pagar makan padi...

Sampai bila penyelewengan ini akan berterusan.. Ayuh seluruh rakyat Malaysia.. Lakukanlah perubahan.. Janganlah melatah dek isu2 remeh seperti panggilan orang utan ini kerana ada isu2 yang lebih BESAR dan lebih layak mendapat perhatian kita dalam memangkah kertas undi 8 Mac ini..

Ayuh Perubahan
Ubah sebelum PARAH... Ubah demi MARUAH.....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive