KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 19, 2008

TERENGGANU SEDANG MENGGELEGAK PANAS

Terengganu - Panas

eddyra.

Sehari dua ni TV3 duk focus kat Terengganu, berkenaan dengan kejadian mencabut atau merosakkan bendera BN/UMNO di Dungun pada 17hb Feb 2008. TV3 kata 4000 bendera BN/UMNO dah di tumbangkan oleh penyokong PAS. Aku terbaca dari laman web tranungkite.net yang menceritakan apa yang berlaku di sebalik kejadian tersebut. Kalau menurut lawan web tersebut, memang SAH itu perbuatan penyokong PAS. Bermakna dakwaan TV3 adalah benar bahawa kejadian tersebut di lakukan oleh penyokong PAS.

Namun pada pandangan aku, di ulangi, pada pandangan aku, sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa sebab, dan mesti ada sebabnya. Tak kan penyokong PAS tidak berfikir baik buruk perbuatannya itu akan mendatangkan keburukan pada parti. Mesti ada yang berlaku terlebih dahulu sebelum kejadian itu berlaku.

Kejadian di Kemaman 18hb Feb 2008, location pasar Chukai jam 3.30 petang, aku rasa TV3 tak siar scene ni. Kejadian berlaku sehari selepas MB Terengganu menghadiri majlis MCA di kawasan yang berhampiran dengan pasar tersebut. Dua penyokong parti bertembung iaitu PAS dan UMNO membanjiri kawasan pasar Chukai. Majlis Perbandaran Kemaman telah datang untuk menurunkan bendera parti atas arahan ‘pihak atasan’.

Penyokong PAS naik berang apabila mengetahui hanya bendera PAS sahaja yang akan diturunkan.. hahaha. Maka terdengarlah suara cabar mencabar antara mereka. So pada pandangan aku, kalau nak buang bendera-bendera perang tu, buang ler dua-dua sekali bang, orang pun tak bising. Akhirnya MPK blah cam tu jer, dan keadaan bendera-bendera tersebut kekal cam tu, keadaan kembali aman.

TV3 jam 8.00, 19hb Feb 2008, location Bulatan Batu 6, Kuala Terengganu, dekat kampung aku jer. MBKT menurunkan bendera PAS dan berlakulah kekecohan..

Ini adalah pengamatan aku terhadap beberapa kejadian panas di negeri Terengganu, negeri panas yang masing-masing nak concour, samaada PAS atau BN/UMNO. Setakat ini dah 13 report yang dilaporkan kepada pihak polis berkenaan dengan pilihanraya ke 12.

.. kenapa semua ini berlaku? Mesti ada sebabnya.. think think think.

No2umnO - UMNO memang pasa di Terengganu. Kerana itu lah maka setiap hari akan keluar propaganda kemajuan Terengganu. Rakyat dah tak heran yang penting rakyat Terengganu sudah meluat dengan Idris Jusoh yang kuat bodek Dollah Badawi. Kemajuan ada, rakyat kena bayar. Akhirnya Patrick LIM yang kaya. Rakyat dapat apa?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive