KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 19, 2008

TG NIK AZIZ MEMANG HEBAT

Allah kata, orang yang tolak Islam itu binatang: Nik Aziz
mstar.com

KOTA BARU: "Saya cakap yang betul." Begitulah kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya sama ada beliau akan menarik balik panggilan "Orang Utan" yang dilemparkannya kepada Umno baru-baru ini.

Mengukuhkan pendiriannya itu, Nik Aziz berkata: "Islam itu dari langit untuk manusia bukan untuk haiwan. Maka orang yang tolak Islam itu serupa dengan makhluk haiwan."

Menurutnya, sekurang-kurangnya beliau tidak menggunakan perkataan haiwan, ungkapan yang lebih kesat, terhadap orang Umno, hanya Orang Utan.

"Orang putih guna perkataan 'animal'. saya guna 'Orang Utan' tidak 'animal'. Saya minta saudara saya dalam Umno fikir. Jangan cepat melenting kerana sekali sekala kita nasihat, sekali sekala kita rotan," katanya dalam temubual khas di sini.

Katanya, sama seperti apabila berhadapan dengan anak sendiri yang kadang-kala di nasihat, dan kadang-kala dirotan pula, begitulah juga PAS apabila berhadapan dengan parti lawannya.

Apabila dianjurkan bahawa bahasa yang digunakan itu mungkin kasar, Menteri Besar Kelantan itu menjawab:

"Tidak bahasa kasar. Sekali sekala kasar perlu digunakan. Allah Taala dalam Quran sebut, orang tolak Islam macam binatang. Itu Allah Taala guna."

Nik Aziz yang digelar ramai pihak sebagai Tok Guru berkata, beliau tidak terus melemparkan perkataaan binatang kepada orang Umno, tetapi menggunakan perkataan yang mengandungi ungkapan 'orang', makanya beliau mengatakan orang Umno seperti 'Orang Utan'. (Memang ....ada kelas)


Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf dan memberi penjelasan terhadap kenyataan itu seperti yang dituntut banyak pihak beliau berkata tidak ada sebab beliau perlu berbuat demikian kerana beliau bukannya tersilap.

"Nak minta maaf macam mana kerana sengaja saya kata begitu," ujarnya.

No2umnO - memang wak ubah sedikit sedikit berita dari Mstar tu kerana bahasa yang digunakan di dalam MSTAR tidak betul dan berat sebelah. Maka versi berita di atas adalah versi untuk pembangkang....tapi apa apa pun, memang tabik hormat kepada TG Nik Aziz dengan jawapannya itu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive