Tahniah Pemuda PAS Dungun!!
tranungkite
oleh amdang81
"Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Aku terima satu call dari seorang forumer TKO kira-kira jam 5.00 petang. Sahabat yang berasal dari Kuala Terengganu itu dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kerana terdapat sedikit urusan keluarga di sini. Dia yang ketika itu melalui Dungun menelefon aku kerana mahu kepastian bilamana melihat banyak bendera UMNO dan BN patah dan berselerak di tepi jalan.
Aku membiarkan persoalan sahabat itu berlalu kerana mungkin nanti ada maklumat lain dari sahabat-sahabat dari Dungun yang akan melaporkan kepada TKO.
Kebetulan pula, ketika itu aku sedang dalam mood kerja yang cukup tinggi. Bukan selalu dapat fokus pada kerja dengan baik. Apatah lagi dalam suasana PRU ini yang memaksa bekerja dengan lebih pantas bagi membolehkan kerja-kerja membantu parti dapat dilakukan sehabis waktu pejabat.
Selepas selesai 'kerja-kerja sesi malam', aku segera menelefon seorang sahabat di Dungun. Semuanya kerana mahu mendengar sendiri apa sebenarnya yang berlaku di Dungun itu. Aku kira orang yang aku hubungi itu cukup bermaklumat untuk memberikan sedikit ulasan berkaitan apa yang telah disiarkan oleh TV3 malam tadi. Akhirnya aku senyum puas. Suatu kebangaan pula lahir dalam hati aku kepada pemuda Dungun.
Sekadar Hiasan. (Pemuda Batu 6 memasang bendera di Bulatan Batu 6)
Memang Pemuda PAS yang cabut bendera UMNO/BN tu. Itu reaksi awal yang sahabat tadi maklumkan. Aku yang pada mulanya menyangka ianya merupakan suatu provokasi UMNO agak sedikit kecewa. Namun, aku tetap pasti pemuda PAS tidak bertindak tanpa sebab. Mesti ada sesuatu menyebabkan bendera UMNO/ BN itu dicabut.
Beberapa malam sudah, seperti di tempat-tempat lain juga, Pemuda PAS Dungun sudah memulakan operasi memasang bendera di tempat-tempat strategik di sekitar Bandar Dungun. Malangnya, bendera itu selalu tidak kekal lama kerana Majlis Daerah Dungun (MDD) amat cekap dalam menurunkan Bendera PAS. Semua itu sudah tentu kerana mereka mendapat arahan dari pihak UMNO Dungun sendiri yang tidak senang melihat bendera PAS berkibar di Dungun. Apatah lagi YDP MDD juga merupakan seorang 'gedebe' yang kuat menyokong perjuangan parti yang memisahkan agama dan politik itu.
Namun, atas rasa memastikan syiar berkibar, pemuda Dungun terus cekal dan tabah meneruskan usaha memasang bendera di sekitar Bandar Dungun walaupun menerima risiko bendera mereka akan dicabut oleh MDD. Apa yang menjadi persoalan adalah, mengapa hanya bendera PAS yang diganggu, sedangkan bendera BN dibiarkan tanpa sebarang ancaman. Perbincangan dengan MDD bagi memastikan bendera PAS dibenarkan berkibar, namun alasan 'arahan orang atasan' selalu digunakan. Maka, ada lagi bendera PAS menjadi mangsa.
Petang tadi, Deris Jusoh dijadualkan akan merasmikan suatu program belia di Padang Astaka Dungun. Jadi, sebagai suatu rasa protes dan marah dengan tindakan MDD yang selalu mencabut bendera PAS, suatu keputusan tegas dan berani telah diambil Pemuda Dungun bagi memastikan kedatangan Deris Jusoh akan disambut dengan bendera PAS sepanjang jalan ke Astaka. Tempat yang paling strategik dan menarik pemasangan bendera adalah Jambatan Dungun. Maka, malam tadi lebih 500 petugas PAS berkumpul bagi memasang bendera dan berkawal bagi memastikan bendera PAS tidak diganggu.
Pemuda PAS juga telah mengeluarkan peringatan kepada pihak MDD supaya tiada satupun bendera PAS yang akan dicabut dan diganggu. Amaran tindakan balas mencabut semua bendera akan dilakukan sekiranya ada bendera PAS yang diganggu.
Seawal jam 8.00 pagi, beberapa batang bendera PAS telah diusik dan dicabut oleh MDD. Bagi mengotakan janji dan bagi memberikan tekanan kepada MDD yang dilihat mencabar pemuda, maka suatu gerakan besar-besaran telah dilakukan oleh Pemuda PAS Dungun dengan mencabut semua bendera yang ada di sekitar Bandar Dungun tanpa mengira Bendera PAS mahupun UMNO/BN.
Pada aku, tindakan Pemuda PAS Dungun itu suatu tindakan tepat dan cukup berhikmah bila berdepan dengan pihak berkuasa yang berat sebelah itu. Tindakan yang tepat pada masa yang amat sesuai itu sudah tentu tidak akan disenangi oleh musuh-musuh yang selamanya membenci kepada kebenaran dan keadilan.
Sesekali perlu jengilkan mata sekiranya dehem sudah tidak difahami. Tahniah Pemuda PAS Dungun!! Anda memulakan suatu tindakan yang mungkin boleh dijadikan jalan bagi pemuda di tempat-tempat yang lain.
Mungkin ada yang mempersoalkan tiada hikmah tindakan itu bilamana TV3 dan Deris Jusoh melabel PAS dengan pelbagai label buruk di media mereka, maka perlu kita fahami mereka itu golongan yang tidak akan meredhai kita selagi mana kita tidak mengikut mereka.
Tahniah!! Pemuda PAS Dungun.
Feb 19, 2008
MESTI BACA: PENJELASAN TENTANG 4,000 BENDERA BN PATAH
Labels: Belit BN, Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment