Hentam Kerajaan Dalam Blog Bukan Budaya MalaysiaNo2umnO - Nak jadi blogger kena tengok dada sendiri ke? Alahai Rais Yatim .... kalau nak bodek pun jangan lebih lebih. Awak tu melukut di tepi gantang jer. Bila kerajaan 'block' kebebasan bersuaralah menjadi punca rakyat memilih blog. Goblok betul dia ni. Paling tidak pun kita tahu dia layar blog pembangkang. Kalau tidak mana dia tahu. Yang menarik lagi ..... para jakun UMNO sudah hilang kewarasan bercakap kerana bimbang kebangkitan rakyat tahun ini.
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penulis blog perlu menilai diri sendiri sebelum mahu menghidupkan budaya mencemuh orang lain di negara ini.
Katanya walaupun budaya menghentam kerajaan dalam laman blog adalah antara cabaran yang dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum, ia bukanlah budaya BN dalam berkempen dan memenangi pilihan raya.
"Mereka menghentam Perdana Menteri, menteri dan anggota pentadbiran tetapi yang mereka tak hentam adalah diri mereka sendiri. Dalam peribahasa Melayu kita menunjuk jari telunjuk ke depan, ibu jari menunjuk ke dada.
"Jadi saya nak kata sekarang tengoklah dada sendiri dahulu bagaimana bersih atau tidak jika tidak (bersih) jangan buat blog," katanya kepada pemberita.
"Sekarang ini bukan sahaja penulis blog kepalanya kena block (terganggu) tetapi Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pun kepalanya sudah agak block (kurang waras) juga apabila beliau berkata orang-orang Melayu di dalam BN adalah orang Utan.
Feb 19, 2008
GOBLOK YANG CUBA HENTAM BLOG
Labels: Rais Goblok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment