KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 19, 2008

BUKTI KEJAYAAN BARISAN NASIONAL

Tidak berdosakah undi Barisan Nasional?
penarikbeca.blogspot.com

Bangga sungguh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi menyatakan, Barisan Nasional (BN) ada banyak bukti kejayaan. Memang banyak. Antaranya ialah:

1. Harga barang naik mendera rakyat

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 28 Februari 2006 menyebabkan kenaikan harga barang bertambah buruk.

Polis mengganasi rakyat yang memprotes harga minyak (Ihsan Malaysiakini)

Tindakan itu berpunca dari sifat kedekut untuk membelanjakan subsidi minyak RM4.4 bilion setahun demi kepentingan rakyat. Pada masa yang sama, kerajaan begitu bermurah hati membelanjakan RM 6.7 bilion setahun untuk memberikan subsidi gas kepada kapitalis-kapitalis kaya raya yang memiliki Independent Power Producers (IPP). Menambahkan lagi pembaziran wang rakyat, tenaga elektrik yang dijanakan oleh IPP hampir tidak digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebaik sahaja harga minyak dinaikkan, kadar inflasi melambung hingga 4.8 peratus di dalam bulan Mac 2006, yang paling tinggi dalam enam tahun. Pakar ekonomi di Affin Securities, Suhaimi Ilias pada waktu itu berkata, kenaikan harga minyak dan tarif elektrik memburukkan lagi inflasi.

2. Jenayah menjadi-jadi hingga Tun Hanif Omar pun rasa tidak selamat

Dalam masa empat tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri, jenayah meningkat sehingga 45 peratus. Memburukkan keadaan, Abdullah sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri membuktikan beliau tidak tahu apa-apa pun apabila bertanya "Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?"


(Ihsan Malaysiakini)

Dalam tulisan bertajuk bertajuk "Crime and quality of life" dalam ruangannya "Point of View" dalam Sunday Star, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menyatakan, "Saya dan keluarga saya tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di Kuala Lumpur".

Perdana Menteri tidak pernah menafikan dakwaan Malaysia Today bahawa beliau takut kepada gabungan "unholy trinity" iaitu Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR. "Unholy trinity" pula digambarkan oleh laman berita itu sebagai diikat habis tengkuk mereka oleh BK Tan, kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

3. Dr M gambarkan BN penuh dengan tunggul mati yang korup

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan BN dipenuhi pemimpin "korup dan tunggul mati" apabila Malaysiakini melaporkan mengenai misi beliau dalam pilihan raya umum iaitu 'membersihkan' kerajaan BN, khususnya parti tulang belakangnya, Umno.

Sambil menyatakan BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri, Dr Mahathir menyeru para penyokong BN supaya jangan undi calon-calon yang korup dan tidak cekap kerana "inilah cara kita dapat bersihkan... BN dan Umno".

Beliau juga berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.

4. Dr M kata kerajaan BN jadikan Malaysia lembik dan bacul


(Ihsan Maverick SM)


Dr Mahathir pernah menyifatkan Perdana Menteri menggadaikan maruah negara dan, seperti yang dilaporkan NST 2 Mei 2006, negara dijadikannya lembik dan bacul (half-past-six country which has no guts).

5. Dr M kata PM suka bohong, kaki tidur, tak jujur, tak bijak

"Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong," tegas Dr Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain, Amerika Syarikat dan Australia.


Bukan setakat itu sahaja, Dr Mahathir juga menyifatkan penggantinya itu kaki tidur waktu kerja.

"Tempoh tumpuannya (Abdullah) sangat singkat dan semua orang memberitahu saya ... bahawa beliau tidur, walaupun ketika pelbagai perkara dibentangkan kepadanya ... Beliau suka membiarkan pembantu-pembantunya memberitahu beliau apa yang hendak dilakukan," kata Dr Mahathir. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive