Polis Kenal Pasti Lapan Negeri 'Panas'
bernama.com
ALOR STAR, 19 Feb (Bernama) -- Polis mengenal pasti lapan negeri "panas" yang memerlukan tumpuan yang lebih pada Pilihan Raya Umum ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan. Musa yang enggan mendedahkan negeri-negeri berkenaan, berkata Kedah adalah antara negeri panas terbabit, tetapi tidak menyebut sama ada Kelantan dan Terengganu, antara negeri yang disifatkan kubu kuat pembangkang, antara negeri panas.
"Kita tahu...serah kepada polis...kita akan ambil tindakan sewajarnya bila perlu. Polis akan tetap menjalankan tugas dengan tegas, adil dan berhemah," katanya selepas melawat Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah dan mendengar taklimat mengenai persiapan polis Kedah menghadapi pilihan raya oleh Ketua Polis Negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.
Katanya beliau telah mengarahkan pengarah-pengarah Jabatan di Bukit Aman supaya membantu Ketua-ketua Polis Negeri memantau keadaan sepanjang pilihan raya berlangsung.
Musa meminta parti-parti yang bertanding memohon permit ceramah dengan menyenaraikan tempat, kawasan dan nama penceramah, pada hari penamaan calon.
"Saya harap mereka tidak memohonnya pada saat akhir. Buatlah awal kerana mereka mengetahui tempat hendak mengadakan cermah supaya polis juga dapat mengambil tindakan sewajarnya."
"Cubalah elak daripada menimbulkan masalah yang akan mengakibatkan berlaku insiden tidak baik kerana kita semua mengharapkan pilihan raya berjalan lancar dan menjadi yang terbaik," kata Musa.
Beliau berkata polis akan memantau setiap ceramah mengikut kemampuan yang ada dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang dan peraturan.
Menurut Musa polis mempunyai anggota yang mencukupi dan akan menggerakkan anggota tambahan sekiranya perlu.
Mengenai lawatan kerjanya ke Kedah, Musa berkata beliau berpuas hati dengan persiapan yang dibuat oleh Polis Kedah bagi mengahadapi pilihan raya.
Katanya Polis Kedah akan menggerakkan 4,200 pegawai dan anggotanya, tidak termasuk anggota pasukan sokongan seperti Unit Simpanan Persekutuan.
Mengenai kes Sharlinie, beliau berkata sehingga hari ini belum ada petunjuk baru yang dapat membantu mengesan kanak-kanak itu yang hilang 42 hari lepas.
No2umnO - Panas ... apa maksudnya? Bila masa polis bertindak adil? Semuanya penuh dengan angguk dan geleng geleng. Aku berharap sangat kalau BN kalah dan hilangkan kuasa 'remote' kepada polis.
0 comments:
Post a Comment