UMNO SEMAKIN TERDESAK, PENGUNDI SEMAKIN SUKAR DIRAMAL
kamarulz.blogspot
UMNO/BN semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat terhadap parti itu. Pelbagai tindakan kotor digunakan bagi memastikan mereka terus meraih kemenangan besar pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Walaupun penulis tidak menafikan BN mempunyai sokongan yang agak besar dikalangan rakyat tetapi pihak pembangkang juga mampu meraih sokongan besar rakyat terutamanya dikalangan pengundi atas pagar.
Terlalu banyak isu yang bisa merubah undi rakyat pada PRU kali ini. 'Turning Point' tidak mustahil akan terjadi khususnya di kalangan pengundi di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Lembah Klang. Peluang pembangkang menang juga agak besar di beberapa kerusi panas. Sebagai contoh di Gombak, Ampang Jaya, Selayang, Shah Alam dan Klang yang mempunyai pengundi Melayu bandar yang ramai dan juga pengundi Cina. Di Kelantan pula, PAS dijangka akan menang besar pada PRU kali ini.
Berikut adalah 1 perkara yang mengejutkan Najib Tun Razak; Di tanah rancangan FELDA, berkibar banyak bendera PAS/PKR. Walhal BN telah merasuah dengan begitu gila para peneroka FELDA dengan pelbagai janji manis dan gula-gula pilihanraya.
Rakyat Malaysia wajib menafikan kerusi 2/3 BN di dalam Parlimen bagi memastikan BN tidak sesuka hati memerintah negara ini dengan nafsu mereka. Dengan mempunyai suara pembangkang yang kuat, negara akan ditadbir dengan baik dan BN akan takut untuk bertindak sesuka hati dan mengetepikan undang-undang dan hak rakyat. BN juga tidak akan sewenang-wenangnya menaikan harga minyak, barang keperluan, harga rumah, tol dan sebagainya.
Tetapi tindakan yang paling baik adalah menukar pemerintah yang sedia ada sekarang bagi memberikan masa depan yang lebih gemilang buat negara Malaysia tercinta ini. Pemerintah sekarang sudah tidak releven lagi untuk memerintah kerana dipenuhi dengan masalah rasuah, integriti, salah guna kuasa, masalah akhlak dan keperibadian, penipuan, kronisme, nepotisme dan mementingkan orang kaya daripada rakyat jelata.
Seharusnya rakyat menilai peluang yang ingin diberikan oleh Barisan Alternatif. Berikut adalah janji Barisan Alternatif kepada rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya :
1. memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
2. menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
3. menghentikan projek-projek membazir dan rugi
4. memastikan ketelusan pentadbiran negeri
5. menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan
6. melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan
BA Selangor menjamin sosial dan kebajikan rakyat seperti;
1. membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
2. memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
3. memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
4. memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
5. memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
6. memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
7. membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
8. mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
9. memberi elaun ibu tunggal yang layak
10. memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
11. membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
12. mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam
Kesihatan Rakyat
1. memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
2. memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
3. memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
4. menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas
Ekonomi rakyat
1. menyediakan premis perniagaan yang cukup
2. memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
3. memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
4. mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus
5. memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan
6. menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayanmendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan
Keselamatan rakyat
1. menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir
2. menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
3. mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.
Wallahualam...
Feb 19, 2008
PAS MENGASAK, UMNO TERDESAK
Labels: UMNO pening
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment