“MULA-MULA pegang kerajaan pun sudah nampak Pak Lah (PM sekarang) tak pandai perintah Malaysia. Sikap fikir singkat dan bebalnya sudah mulai terserlah…” Kata mantan pimpinan Kelab UMNO di sebuah universiti di England.
alastani.multiply
“Apa dia?” Kami tanya beliau dalam satu majlis ucapan dan analisis mengenai ‘Malaysia Sepintas Lalu Di Bawah Pak Lah’, anjuran Grop Universiti Hulu Klang disebuah restoran di Batu Caves baru-baru ini..
“Pertama: Pak Lah membatalkan banyak projek-projek yang telah diluluskan dan direstui oleh pemimpin-pemimpin sebelum itu, contohnya projek jambatan bengkok Singapura-Johor, jutaan RM wang rakyat dicurahkan ke laut Selat Terberau itu. Bukan senang Dr Mahathir nak dapatkan persetujuan Singapura hingga terpaksa keluarkan perbelanjaan sebelah pihak (Pihak Malaysia) sahaja. Bila Singapura setuju, baru Dr Mahathir bentangkan jambatan bengkok itu. Rupanya, memang menguntungkan Malaysia, apabila kapal boleh lalu merentasi Selat Terberau.
Hal ini amat membimbangkan Singapura, dan boleh menjejaskan pelabuhannya. Itu satu manfaat tersirat bagi Malaysia, yang Pak Lah tak mahu ambil tahu!”
Sambung beliau lagi, “Pada saya ada lagi yang lebih besar manfaatnya… Kita tahu Singapura ikut strategi Israel dalam banyak bidang, termasuk ketenteraan. Strategi menyerang sebelum diserang, menawan sebelum ditawan seperti yang dilakukan ke atas negeri-negeri jirannya, negara Arab. Mereka (Singapura) sedang membeli banyak kereta-kereta kebal sekarang. Paip air bekalan kita kepada mereka pun dikawal oleh tentera. Kalau terjadi hal-hal tidak diingini seperti di negara-negara Arab itu, maka di sinilah perlunya jambatan bengkok seperti rancangan Dr M itu…”
“Apa pandangan tuan mengenai cara nak atasi masalah kenaikan harga barang? Contohnya harga minyak?” Kami tanya lagi.
Kedua;.. Sambung beliau. “Sebelum melihat masalah minyak, kita kena tahu, bahawa sistem ekonomi kita adalah berdasarkan ekonomi kapitalis. Ringkasnya sistem membesarkan yang gemuk dan menguruskan yang kerdil. Tiada kebajikan, dan tiada tolong menolong dalam bisnes. Contohnya mengapa harga gula tidak dapat diturunkan? Jawabnya, kerana cuma 2 saja pemegang lesen import gula, iaitu Robert Koh dan Felda, menyebabkan harga gula terletak di tangan mereka. Itu sebab Robert Koh jadi lebih kaya dan menunjukkan keuntungan yang tinggi tiap tahun.
Begitu juga lesen-lesen import lain seperti kereta, daging lembu, susu dan lain-lain, juga monopoli puak-puak tertentu sahaja. Kalau kita lihat di zaman Mahathir waktu harga simen naik, beliau bukakan lesen import simen seluas-luasnya, hingga harga simen dapat dikawal sampai sekarang. Berbalik kepada bagaimana nak turunkan atau kekalkan harga minyak?? Malaysia adalah negara kaya. Kalau Swizerland, yang tiada apa-apa sumber asli boleh jadi maju, kawal ekonominya, mengapa Malaysia tidak boleh?
Apa susah sangat, sedangkan Malaysia ada minyak, bijih, getah, sawit dan gas asli, contohnya. Kalau kita galakkan rakyat gunakan gas sebagai alternatif, bersaing dengan minyak, sudah tentu harga minyak akan turun atau boleh dikekalkan. Ini tidak, teksi-teksi yang gunakan gas terpaksa menunggu berjam-jam berbaris di KL kerana kedai bahan api tersebut tak cukup. Bahkan di bandar-bandar seperti Ipoh pun dilaporkan tiada satupun kedai bahan api itu.
Apakah hal ini berlaku semata-mata kerana hendak mengekalkan keuntungan besar kepada syarikat-syarikat minyak seperti Petronas? Begitu juga TNB, Indah Water dan sejenisnya.. Itulah dasar ekonomi kapitalis, tiada belas kasihan dalam bisnis.” (Sila lihat juga pandangan penulis ‘ Catatan Santai Ibnu Hasyim: Harga Barang Naik… Atasi Dengan Nuklear’ dalam blog penulis Mei 2007)
Ketiga: “Saya bimbang Orang Melayu akan menjadi manusia kelas 3 di tanahairnya sendiri. Apa tidaknya? Di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), harga rumah-rumah melambung naik. Jelas rata-rata orang Melayu tidak mampu membelinya. Orang-orang luar dibenarkan memilikinya. Orang-orang Cina dari Singapura akan mencurah-mencurah memilikinya, walau mereka sudah ‘black list’ di institusi kewangan di negara mereka. Bahkan dikatakan ada yang didalangi oleh bangsa-bangsa Yahudi Israel, yang bersedia merampas tanah orang Islam melalui proses undang-undang pula.
Lebih pelik lagi bila ada pemimpin-pemimpin UMNO yang berbangga kerana nilai hartanah di situ sudah naik berkali-kali ganda. Maka tinggallah orang-orang Melayu di luar WPI, di Parit itu dan Parit ini, sedangkan di luar parit dimiliki oleh orang-oraang asing. Kerana mereka tidak mampu membelinya, walaupun nama mereka tidak di’black list’ di negara sendiri. Apakah Melayu hanya layak tinggal dalam parit saja?
Maka jadilah orang Cina yang kebanyakannya kapitalis-kapitalis tempatan jadi manusia kelas 1. Orang India, manusia kelas 2; kerana tuntutan-tuntutannya sedang dilayan baik oleh kerajaan sekarang, dan orang Melayu bakal jadi bangsa Red Indian di Amerika kerana hak-hak istimewanya sudah mulai ditarik seperti sistem biasiswa, pelajaran atau lain-lain, hanyut di kelas 3.”
Keempat: Kami tanya beliau lagi mengenai Negara Kebajikan’ yang diperjuangkan oleh PAS.
Kata beliau, “Walaupun saya masih ahli UMNO, tetapi eloklah dalam PRU 12 kali ini, Kelantan diberi kepada PAS, kerana itulah satu-satunya lagi negeri benteng Melayu-Islam terakhir di negara ini. Kita lihat Pulau Pinang, walaupun di bawah kerajaan Malaysia, tetapi projek jambatan Pulau Pinang ke 2 baru-baru pun ini akan diberi kepada Negeri Cina. ‘Malaysia Boleh’ ape ke bende ni??
Di Iceland atau England, tiap anak-anak dilahirkan, kerajaannya akan membayar elaun. Bahkan kalau sampai 3 anak, elaunnya sudah melebihi pendapatan seorang ibu biasa yang berkerja. Kalau ibu itu nak berhenti kerja, nak tumpukan kepada penjagaan anak-anak pun sudah berbaloi. Begitu juga dengan elaun kepada penganggor dan sebagainya. Baru-baru ini dalam suatu rancangan agama malam Jumaat (14-2-07) di tv Malaysia, beberapa penceramah agama tak ada kerja lain jadi alat bodek, mengampu dan penjilat kerajaan.
Antaranya mengkritik, ‘kerajaan kebajikan’ kononnya kerajaan yang menyuruh rakyatnya malas bekerja, menyuruh rakyatnya tadah tangan meminta sedekah… Apakah Islam suruh membantu orang susah sama seperti menyuruh orang Islam jadi peminta sedekah? Fasal apa kepala otak penceramah tu bengap sangat? Tak mengaji agama ke? Patutlah kerajaan Malaysia tidak mahu buat kebajikan kepada rakyat, sebab cara berfikir mereka begitu. Rakyat saja yang disuruh buat kebajikan kepada kerajaan. Tetapi kerajaan beri subsidi atau bantuan cuma kepada kapitalis-kapitalis luar negeri!!”
“Ada ke bantuan kepada kapitalis-kapitalis atau konglomerat-komglomerat luar negara?” Seorang dari kami bertanya.
“Apa tidaknya? Konsep FTZ (Free Trade Zone), benarkan buka kilang tanpa cukai satu sen pun, bukankah itu pemberian subsidi juga? Kita nak berniaga goreng pisang tepi jalanpun kena bayar lesen! Konsep WPI sebenarnya adalah FTZ yang dibesarkan, bapa FTZ. Bahkan bangunan pun boleh dimiliki terus oleh orang luar melalui WPI. Begitu juga syarikat-syarikat yang dibayar subsidi awal billion RM untuk mulai operasi. Projek nak beli air Pahang untuk kegunaan rakyat Selangor, apakah tak ada jalan singkat yang menjimatkan kos? Projek beralasan nak naikkan harga air, beri subsidi pada kapitalis dengan menindas rakyat!
Berapa sangatlah bantuan pada rakyat susah… bantuan anak yatim, waga emas, orang kurang upaya, bencana, sakit kronik, pelajaran percuma, ibu tunggal dan lain-lain. Takkan waktu muda dan sihat kamu kerok tenaga mereka habis-habisan, cukai sana sini, bila tua jadi hampas kamu nak tinggalkan begitu saja? Buang sepah sesudah madu dihisap habis? Sebenarnya itu adalah tugas kerajaan melindungi hak rakyat. Kerajaan pimpinan orang kafir pun pandai membuat kebajikan pada rakyat. Tidak seperti kerajaan BN yang tidak bertanggung jawab!!”
Insya Allah Grop Universiti Hulu Klang, akan menjemput pengucap dan penganalisis yang lain pula. Wassalam.
Feb 19, 2008
MESTI BACA: Bagaimana Negara Kebajikan Nak Sekat Harga Barang Naik?
Labels: Lapuran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment