EPF juga tertinggi..apa yang rendah?
anjunglarik
Semalam berita TV3 (Tengok TV3, walaupun Datuk Zainuddin kata RTM lagi bermutu dan popular...betul kah Datuk...?) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pemberian dividen tahun lalu sebanyak 5.8 peratus, yang katanya tertinggi sejak 2001 dan akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum pada 1 Mac ini.
Agak nya kenapa pihak KWSP, hanya sebut setakat tahun 2001. Sebab nya mereka tidak berani hendak membandingkan kadar- tersebut dengan kadar di tahun-tahun cemerlang sebelum tahun 2001. Pasti mereka akan hilang peluang untuk mengwar-warkan kalimat hikmat yang selalu pihak kerajaan pakai sejak akhir-akhir ini iaitu "tertinggi" yang sama juga tujuannya dengan kalimat "terkaya", "teruntung", "tebaik", "terbesar" dan sebagai nya termasuk yang ini. Ini semua bagi menunjukkan betapa berwibawa nya kerajaan sekarang menangani Kerajaan Malaysia dan seterusnya layak untuk bertanding dan terpilih untuk pilihanraya umum (PRU) yang akan datang kelak....Mungkinkah...?
Umpama Kata Paklah "kita mampu dan ada duit lebih sikit, kita bagi la pada pencarum.. ". Tapi saya takut realitinya macam lari dari maksud yang sebenar umpama, Petronas untung, tapi minyak naik juga atau TNB untung "gila babi" (kesian babi ni, gila), tapi caj letrik naik juga...
Hairan juga sekejap cakap mampu. sekejap tidak mampu, tapi apapun kesan nya pasti tidak mampu juga kepada kita semua....
Paklah kata "Ini bukan duit election,tapi depa kata duit election pula," betul juga apa yang dikata, kalau Paklah Cakap ini semua sempena election, nanti kena tuduh guna wang rakyat untuk untuk kepentingan parti pula....Apapun yang pasti, inilah yang dikatakan "serampang dua mata", "sambil menyelam minum air"..ialah "sambil kerajaan beri untung, sambil itu parti dapat nama" ala-ala "lembu punya susu, sapi dapat nama"...bijak-bijak.... betul-betul mengamalkan "Budi bahasa, Budaya Kita". Ialah hendak seribu daya, taknak seribu dalih, hati rakyat mesti diraih apapun tujuan nya adalah untuk meraih sokongan.
Yang tersangat pasti tarikh pilihanraya dah dekat sangat, kursus pengurusan SPR pun dah dibuat, malah kursus buang duit.."pilihanraya olok-olok" pun dah berlansung.......Jentera parti pun sudah bergerak..Ramai yang sudah sibuk, menabur budi . Banyak jalan berlubang dah di tar hingga ke depan rumah...Yang tak pernah nampak muka, tiba-tiba boleh tersenyum sumbing, menghulur bantuan. Yang jarang menegur sapa, kini mesra tak sudah-sudah, Yang tak berpersatuan, sibuk pula mengatur majlis tahlil dan doa selamat. Mesej SMS takpayah ceritalah, dok bertalu-talu masuk ke dalam telefon bimbit, hingga pening nak "mendeletekan" nya......
Apapun terima kasih juga kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sanggup mengumumkan pemberian dividen yang "tinggi" ini.....Hanya ucapan terima kasih kepada Pak Lah atas semua ketinggian ini, saya tak mampu nak beri Rose dan bermain dengan propaganda ,sebab saya sangat sibuk mencari rezeki untuk membayar duit minyak, tol, yuran sekolah dan lain-lain, yang tidak kalah juga ketinggian nya..... Selamat berpilihan raya....
p/s: Dah lama tidak merasa dividen 8.5% seperti di era 80an................