Najib, jawablah isu IC tentera ini!
Mohd Hayati
harakahdaily.
Saudara Pengarang,
Saya rasa terkilan dengan Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak yang mendakwa BN tidak menipu dalam pilihan raya. Saya jumpa beberapa perkara yang mungkin menyebabkan beliau menang dalam pilihan raya pada 1999 yang lalu.
Kalau tidak percaya, di sini saya beri contoh dan tuan-tuan boleh semak sendiri di dalam laman sesawang SPR daftar pemilih. Ke mana perginya undi pos yang sering dipertahankan SPR?
Kata orang, anggota tentera tidak boleh mengundi seperti orang luar atau orang awam. Kem tentera juga tidak boleh dipantau oleh para calon. Hanya pegawai tentera sahaja yang boleh pergi.
Cuba bandingkan nombor kad pengenalan tentera dan nombor kad pengenalan awam ni, T 715511, dan A 0624038, serta T 719756 dan A 3170255. Mereka ini orang yang sama tapi alamat mereka berlainan. Mungkinkah mereka ini yang telah memenangkan Najib dahulu pada 1999?
Tarikh lahir dipinda
Yang satunya, tarikh lahir dipinda supaya orang yang memegang kad awam itu boleh mengundi untuk anggota tentera tersebut. Saya secara kebetulan mencari nama tersebut dan terjumpa dua nama ini dan kebetulan ia sama dengan nombor kad pengenalan lama mereka.
Jadi kalau beginilah cara menipu rakyat, jenuh kita buat daftar pemilih dan cula undi. Kemudian mereka akan menambah hantu lagi untuk mengundi. Buat saja kad pengenalan palsu, sudah boleh mengundi atas nama anggota tentera.
Soalan saya, adakah anggota tentera boleh memegang dua kad pengenalan secara serentak, satu kad pengenalan awam dan satu lagi kad pengenalan tentera? Dan, sudah pasti mereka ini boleh mengundi dua kali.
Bukankah ini penipu namanya wahai Mohd Najib Tun Abdul Razak? Jangan sesekali menjadi pembelit seperti mana mereka yang telah dicela Hindraf itu.
0 comments:
Post a Comment