KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 23, 2008

Bekas pengarah bersalah rasuah


B. Hairan

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Muzium Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolonel Zainal Mohamed Ali, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 14 tuduhan rasuah membabitkan RM207,100, lapan tahun lalu.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Akhtar Tahir, berkata selepas meneliti keterangan pihak pembelaan, beliau mendapati ada banyak percanggahan dan disebabkan itu beliau memilih untuk tidak mempercayai keterangan tertuduh.

“Tertuduh gagal untuk membuktikan keraguan munasabah terhadap semua tuduhan itu, jadi mahkamah memutuskan tertuduh disabitkan bersalah dengan setiap tuduhan dihadapinya,” katanya.

Beliau kemudian menetapkan 5 Februari ini untuk menjatuhkan hukuman bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan masing-masing untuk menentukan sama ada hukuman denda diperuntukkan mengikut seksyen itu perlu dikenakan atau tidak.

Zainal, 49, menghadapi lapan tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM154,600 iaitu dengan meminta pemilik syarikat Shura Trading, Anuar @ Mohamed Annuar Abdul, yang diberikan kerja senggaraan dan pembaikan Muzium ATM oleh Kementerian Pertahanan, menyerahkan sebahagian daripada tugas itu kepada Suhani Enterprise yang isterinya Noraini Abdul Rahman mempunyai kepentingan.

Zainal juga menghadapi lima tuduhan lain iaitu memperoleh secara rasuah untuk dirinya cek bernilai RM33,000 daripada Anuar sebagai dorongan kerana memberi kerja senggaraan dan pembaikan serta perkhidmatan lain untuk muzium ATM kepada Shura Trading. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive