KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Rasuah Parah. Show all posts
Showing posts with label Rasuah Parah. Show all posts

Oct 25, 2008

Rasuah politik perwakilan Umno cecah RM20,000?

Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.

Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: "Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000."

"Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.

"Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa,
" kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.

JAWATAN DITENDER

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.

Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.... seterusnya.

May 26, 2008

Corruption the main stumbling block

Star - ''Corrupt practices in the civil service will become the main obstacle preventing the Government from providing effective and efficient services to the people,'' he added Monday at a ''Corruption prevention, financial management and security'' seminar at Wisma Bapa Malaysia here.

State Housing Minister Datuk Abang Johari Tun Openg opened the event for community leaders and village development and security (JKKK) officials in the Kuching Division.

Dandot said the seminar was to make participants more aware of the danger of ''Ah Long'' and the threat of corruption.

He urged community leaders, including Temenggongs, Penghulus, Pemancas, Kapitans and JKKK officials to be the eyes and ears of the Anti-Corruption Agency (ACA) and police to help check corrupt practices.... selanjutnya.

May 21, 2008

Rasuah: Bekas penguat kuasa MBSA dipenjara 4 bulan

utusmeloya - Seorang bekas pembantu penguat kuasa Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah memperoleh rasuah RM150 daripada seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dianggap olehnya telah berkelakuan tidak senonoh.

Hakim Azimah Omar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ramdzan Abd. Rahim, 33, yang ketika kejadian bertugas di Unit Taman MBSA. Sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan, tertuduh akan dipenjarakan selama enam bulan lagi.

Ramdzan didapati telah secara rasuah memperoleh suapan tersebut daripada Mohd. Khairol Khelmi Mat Jani untuk tidak mengambil tindakan ke atas dirinya dan rakannya, Puteri Nur Hazwani Megat Mohd. Fauzi.

Suapan tersebut sebagai dorongan kononnya untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang dikatakan oleh tertuduh telah berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Ramdzan didapati memperoleh suapan tersebut pada pukul 3.55 petang, 9 Mei 2004 di restoran KFC di tingkat bawah, Kompleks PKNS di sini.

... selanjutnya.

May 15, 2008

NGO chief nabbed for graft

thestar - [...] A 57-year-old chairman of a non-governmental organisation here has been detained for allegedly demanding and accepting bribes to “settle” a civil case in the Kuala Lumpur High Court.

It is learnt that the suspect, who is also a businessman and well-known figure here, was arrested by Anti-Corruption Agency (ACA) officers at a club in Jalan Kapar at 4pm on Wednesday after receiving a cheque from a man.

He is said to have asked for RM1mil to “settle” a civil suit on behalf of a businessman accused of murdering a teenager in Ampang a few years ago.

The suspect was taken to a magistrate’s court here yesterday and remanded until May 20 for further investigation.>> selanjutnya

Sogok ahli Parlimen: Laporkan pada BPR

roslansms - [...] Dalam akhbar THE STAR hari ini ahli Parlimen Kota Belud (Umno-BN) Rahman Dahlan mendedahkan bahawa ada pihak-pihak yang telah menawarkan beliau "big sum" atau sejumlah besar wang untuk melompat ke Parti Keadilan Rakyat, PKR.

Kata beliau pihak tersebut telah dua kali menghampirinya iaitu sekali minggu lepas dan sekali lagi pada minggu ini. Beliau tidak menyebut jumlah wang yang kononnya ditawarkan kepada beliau itu tetapi ianya jika diterima, konon-kononnya boleh menyenangkan dua ke tiga jenerasi kaum keluarganya.

Boleh atau tidak BPR bertindak ke atas ahli Parlimen ini?

Beliau mendakwa dirinya telah disogok, tetapi tidak pula membuat laporan BPR atau polis, mengapa BPR tidak sibuk-sibuk meminta beliau membuat laporan atau mengenakan tindakan kepada beliau di bawah Seksyen 17 akta yang dimaksudkan?
>> selanjutnya

May 14, 2008

Saya tahu rasuah tetapi tidak tahu sehebat ini - Ronnie Liu

siasah - "Saya tahu kerajaan BN sebelum ini memang banyak melakukan rasuah tetapi tidak sehebat ini," kata Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu dalam majlis PAS bersama media malam tadi.

Kira-kira 200 wartawan dan blogger serta pemimpin PAS menyertai majlis di sebuah hotel itu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai pemimpin PAS menemui para pengamal media untuk menyatakan terima kasih kepada mereka.

Ini kerana, dengan sokongan mereka, PAS dan lain-lain parti Pakatan Rakyat menang besar dalam pilihan raya lalu.

Menurut Ronnie, secara umumnya beliau memang tahu rasuah berlaku dalam kerajaan negeri Selangor sebelum menjadi Exco lagi tetapi apabila menjadi Exco kerajaan negeri beliau terkejut gejala rasuah yang terlalu parah di negeri itu.

Ronnie sebelum ini membuat beberapa laporan polis atas beberapa isu rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

May 12, 2008

202 tuduhan dipenjara 31 tahun

Utusmeloya - Seorang bekas eksekutif kewangan Maybank Berhad, cawangan Sri Gombak, dihukum penjara berjumlah 31 tahun tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas 202 pertuduhan melakukan pecah amanah dan menjalankan pengubahan wang haram melibatkan RM1.34 juta, akaun milik seorang profesor di sebuah universiti di New York.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dalam penghakimannya turut memerintahkan supaya Mohd. Faizal Hussin, 35, membayar penalti RM939,255.21 dan sekiranya gagal berbuat demikian akan dihukum penjara selama 15 bulan lagi.

Selain itu, Zabariah turut memerintahkan sebuah kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran WLA 8957 yang dibeli menggunakan wang tersebut dilucut hak kepada Kerajaan Persekutuan
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Prominent Sabah corporate figure picked up for graft

thestar - [...] A single mother claimed trial at Sessions Court here for attempting to bribe a government officer from Putrajaya to avoid action against her business premise.

Chu Mui Ling, 35, was charged Monday for offering RM8,000 to Hashim Mohd Daud, an assistant enforcement officer of the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry, as an inducement not to take action against her during a check at her business premise.

Chu, who was involved in the sale of DVDs, is accused of offering the bribe when the officer checked her premises at Lot E16, 6th Floor, CPS Tower, and Centre Point Sabah at about 5.35pm on Feb 1, this year.

Deputy Public prosecutor Joyce Blasius did not object to the accused being granted bail but suggested for RM8,000 bail with one surety.

However, her counsel Zahir Shah Hussein asked that the bail amount be reduced to RM5,000 with one surety as Chu, a local, is the mother of three school-going children.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 9, 2008

Pegawai kanan terima rasuah RM36, 000 ditahan

MStar - Seorang pegawai kanan Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM36,000.

Ibu Pejabat BPR dalam kenyataan hari ini berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada 6 petang kerana disyaki menerima rasuah dalam bentuk wang tunai berjumlah RM6,000 dan barang-barang bernilai RM30,000 bulan lepas.

Suapan itu dipercayai sebagai habuan daripada kontrator-kontraktor berkaitan dengan pemberian kerja mengorek, mendalam dan melebarkan Sungai Lubok Temiang, Sungai Lada dan Sungai Sembilang, kata kenyataan itu.

Suspek ditahan reman bermula hari ini sehingga 16 Mei untuk siasatan lanjut.

Dia disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara mandatori tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

May 8, 2008

Corruption tops complaints against Puspakom

NST - Corruption forms the bulk of 392 public complaints lodged against the Computerised Vehicle Inspection Centre (Puspakom) from 2001 to 2007, the Dewan Rakyat heard today.
Transport Minister Datuk Ong Tee Keat said other than corruption, the public were also unhappy that they had to queue up for long hours to get services.

He also told Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) that the Puspakom staff implicated had been warned or sacked.

He said Puspakom had also grown over the years from 31 branches in 1994 to 64 branches currently.

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Corruption tops complaints against Puspakom

NST - Corruption forms the bulk of 392 public complaints lodged against the Computerised Vehicle Inspection Centre (Puspakom) from 2001 to 2007, the Dewan Rakyat heard today.
Transport Minister Datuk Ong Tee Keat said other than corruption, the public were also unhappy that they had to queue up for long hours to get services.

He also told Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) that the Puspakom staff implicated had been warned or sacked.

He said Puspakom had also grown over the years from 31 branches in 1994 to 64 branches currently.

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 3, 2008

Ketua Pendakwa Syarie PERAK tidak mengaku rasuah

Kosmo - Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Shahrunnazri Abdul Samad (gambar) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat tuduhan rasuah berkaitan kes khalwat membabitkan seorang anggota polis pada tahun lepas.

Bagi tuduhan pertama, Shahrunnazri, 39, didakwa meminta suapan berjumlah RM5,000 sebagai dorongan tidak mendakwa anggota polis berkenaan, Mohamad Asri Bakar kira-kira pukul 11 pagi di Restoran Capati Medan Gopeng, No. 41 dan 43, Medan Gopeng 1, Ipoh.

Dia dituduh mengikut Seksyen 10 (a) (bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan. more...

May 2, 2008

INTERESTING NEWS TODAY

Ketua Pendakwa Syarie Perak didakwa atas tuduhan rasuah
Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Shahrunnazri Abdul Samad, 39, didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam, atas empat tuduhan rasuah berjumlah RM5,000.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu yang berkaitan kes khalwat membabitkan anggota polis, Jun tahun lalu.

Bagi tuduhan pertama, Shahrunnazri didakwa meminta suapan berjumlah RM5,000 sebagai dorongan tidak mendakwa anggota polis berkenaan, kira-kira jam 11 pagi di Restoran Capati Medan Gopeng, No 41 dan 43, Medan Gopeng 1, Ipoh. - more at Bharian

AND

Police sergeant charged with molesting woman
A policeman was charged at the magistrate’s court today with molesting a 23-year-old woman. Sergeant Ismail Mohd Sirat, 46, was alleged to have committed the offence in an office at Kompleks Belia Wanis Umusalamah DBKL, in Jalan Jelawat 1, Cheras, at about 11.30am on Nov 28, last year.
He was alleged to have hugged the victim, a general worker, by rubbing his body against her back and buttocks and kissed her forehead. Ismail, from Ulu Langat, claimed trial to the charge. more at NST

Apr 28, 2008

BPR sahkan pegawai kanan kementerian ditahan

UTusanmeloya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sarawak hari ini mengesahkan seorang pegawai kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Sarawak ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung pemberian suapan oleh pengedar CD, VCD, dan DVD cetak rompak.

Pengarah BPR, Yusof Akop berkata, pegawai itu ditahan reman empat hari hingga esok bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997.

"BPR masih menjalankan siasatan... Saya tidak mahu mendedahkan butiran lanjut kerana ia boleh menjejaskan proses siasatan," katanya. more...

Apr 9, 2008

80 % motosikal di Pulau Rupat guna plat Melaka

Percayakah anda bahawa 80 peratus motosikal yang digunakan oleh penduduk di Pulau Rupat, Riau dekat Sumatera, Indonesia menggunakan plat pendaftaran Melaka?

Motosikal-motosikal yang dipercayai kenderaan curi itu dibeli oleh penduduk tempatan dengan harga RM200 hingga RM300 dan mereka masih mengekalkan nombor plat Melaka bermula huruf M.

Kesemuanya dipercayai diseludup oleh sindiket yang mengangkutnya dari Melaka ke pulau itu menggunakan bot dan dipercayai turut melibatkan motosikal curi dari negeri lain.

Ia terbongkar ekoran Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kasim yang melihat sendiri banyak motosikal yang bernombor plat Melaka, bebas bergerak di jalan-jalan di Pulau Rupat dalam lawatannya ke pulau itu Disember lalu.

Zainal Abidin memberitahu, berikutan itu beliau mengarahkan empat pegawai pergi ke Pulau Rupat untuk menjalankan siasatan mengenainya.

Menurutnya, hasil siasatan melalui bukti-bukti gambar yang dirakamkan oleh pegawai terbabit mendapati 80 peratus motosikal di pulau itu menggunakan nombor pendaftaran Melaka.

“Motosikal curi itu dibawa masuk ke Pulau Rupat oleh sindiket melalui kawasan belukar di Jeti Kuala Linggi, Alor Gajah. Kami telah tangkap empat orang baru-baru ini dan selesaikan banyak kes curi motosikal,” katanya di sini semalam. - Utusan loyar

No2umnO - Mudahnya. Adakah pembabitan orang dalam di dalam hal ini? Bila rasuah jadi budaya, apa apa pun boleh jadi. Dari daratan ke tepian pantai dan sekarang motor Malaysia sudah barada di luar negara.....Itu motor dan tak mustahil anak dara kita pun akan kesana selepas ini. Mungkin sudah ada pun ......

Mar 25, 2008

Isu Rasuah di KPM: Sifu Jawab Kritikan Pembaca


universitipts

Dalam chatbox UNIKA ini, terdapat kritikan yang tidak bersetuju apabila Sifu menulis tentang pelbagai perkara yang tidak betul yang dikaitkan dengan campur tangan menteri pelajaran dalam urusan pembelian alat-alat bantuan mengajar. Menurut mereka yang mengkritik itu, UNIKA ini sepatutnya menulis tentang buku sahaja, kerana itulah matlamat asal blog ini dibuka.

Tuan-tuan dan puan-puan, para pembaca setia blog UNIKA,

Isu projek F1, LEGO dan DEPCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan buku. Apabila kementerian menggunakan produk-produk dari luar negara untuk mengajarkan mata pelajaran rekacipta, apakah lagi peranan penulis buku-buku di negara kita? Ilek!

Bandingkan jika kementerian pelajaran kita ikut model kementerian pendidikan Jepun. Di negara itu, salah satu pelajaran wajib dalam kelas reka cipta adalah belajar seni origami. Justeru, banyaklah buku-buku panduan teknik rekacipta origami ditulis oleh pengarang-pengarang Jepun bagi membantu guru-guru dan para pelajar.

Apabila menteri membeli gajet-gajet F1 dan LEGO, akan turut dibeli dan dibekalkan ke sekolah-sekolah adalah buku-buku user-manual produk-produk itu. Pengarang dan penerbit tempatan terkulat-kulat sahaja... macam cicak tergigit kapur, dibuat oleh menteri.

Feb 5, 2008

Penyelewengan di bank tempatan

Penyelewengan di bank tempatan, bekas pegawai bank serah bukti pada BPR
Salmiyah Harun
harakahdaily

PUTRAJAYA, 5 Feb (Hrkh) - Bekas Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam, Norhayati Abdullah, 48, menyerahkan bukti-bukti penyelewengan dan rasuah yang membabitkan sebuah bank tempatan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Norhayati yang ditemani Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Rasuah (Gerak) Mohd Ezam Mohd Nor, tampil kepada BPR untuk menyatakan komitmen beliau memperbetulkan kepincangan yang berlaku.

Menurut beliau, penyelewengan yang berlaku termasuklah rasuah dan pecah amanah yang melibatkan sejumlah wang mencecah jutaan ringgit oleh pegawai tinggi sebuah bank.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan jumlah wang yang disalahgunakan sebaliknya menyerahkan kepada BPR untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes itu berlaku sejak 2004 dan sehingga kini melibatkan pegawai yang masih bertugas dan sudah berhenti.

Ditanya mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk melaporkan kepada BPR, beliau menegaskan bukti yang diperlukan tidak mencukupi waktu itu membuatkan beliau menunggu selama dua tahun.

"Saya menunggu selama dua tahun untuk dapatkan bukti ini," katanya kepada media selepas membuat laporan kepada BPR di Putrajaya.

Beliau pernah membuat laporan kepada Bank Negara dan BPR pada Oktober 2005, tetapi tidak ada siasatan daripada mereka.

"Laporan pada 2005 dan hari ini adalah dokumen yang sama, sama ada kepada Bank Negara ataupun BPR, saya mempunyai cukup bukti," tegas beliau.

Beliau juga menafikan penyerahan bukti penyelewengan ini kepada BPR ada kaitan dengan pilihan raya.

"Kalau ada kaitan dengan pilihan raya saya tidak pergi kepada Gerak sebab Gerak adalah sebuah NGO,"katanya.

Norhayati mula berkhidmat di bank terbabit sejak 1993 sehingga 2005 kemudian beliau dipecat kerana cuba menghalang penyelewengan yang berlaku dalam bank berkenaan sebaliknya beliau yang disabitkan bersalah.

Kemudian beliau membuat laporan polis dan membawa perkara ini ke Mahkamah Industri pada 2006. Kini, beliau bekerja sambilan sebagai penterjemah dan penyunting.

Sementara itu, Gerak turut membuat laporan kepada Pengerusi PAC kerana ia akan mencemarkan institusi dan sistem perbankan di Malaysia.

"Kita merasakan satu keperluan untuk sistem yang telus dalam sistem perbankan dan kewangan dalam negara ini," kata Ezam.

Katanya, daripada maklumat yang diperolehi banyak usaha yang dilakukan untuk menutup kes membabitkan pihak berkuasa.

Merujuk kes Norhayati, Ezam berkata, beliau dipecat untuk mengelak daripada kes membabitkan pegawai yang lebih tinggi terbongkar.

Beliau menyerahkan dokumen rasuah itu kepada Ketua Siasatan BPR iaitu Hj Atan dan Alias. - mks.

Jan 30, 2008

Komisen kapal selam, pesawat Sukhoi dan skandal Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang…kita ada bukti - Anwar

DSAI
jiwokelate

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencabar Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri agar tidak memutar belit fakta-fakta berhubung pelbagai dakwaannya ke atas kerajaan Umno/BN kini.

DSAI Anwar mengalu-alukan untuk dinilai prestasinya sewaktu mejawat Menteri Kewangan selama lapan tahun secara terbuka.

Anwar yang mengadakan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya semalam berkata beliau tidak takut dengan kenyataan Najib itu malah mencabar secara terbuka.

“Saya tidak ada masalah kalau dia (Najib) nak nilai, dia boleh nilai, saya sebagai Menteri Kewangan lapan tahun dia boleh nilai, kita tak ada masalah,” ujarnya.

Anwar mempunyai bukti untuk mengaitkan dakwaan dakwaannya terhadap kerajaan termasuk isu yang membabitkan Najib.

“Dia kata saya tak ada asas.Saya sebut soal harga barang, negara hilang daya saing dulu nombopr 17 (1997) kini 23.Indeks korupsi kita dan semakin teruk. Isu korupsi kita ada bukti termasuk komisen kapal selam, Pesawat Sukhoi dan skandal Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ),”
tegasnya.

“Apa asas yang dimahukannya lagi?.Saya tak ada halangan, tetapi ini jangan seperti yang dibuat oleh Umno sebar dakwan kata KeADILan pro-yahudi Cina dan Hindu, sebar di Permatang Pauh, burukkan saya.Ini tak ada etika dalam kempen,” katanya.

Jika Umno atau Najib ada bukti mengenai dakwaannya itu, Anwar mencabar mereka secara terbuka menjelaskan bukti-bukti.

“Dia tak boleh jawab tentang isu ekonomi, isu kenaikan harga barang, masalah jenayah yang sangat tinggi sejak merdeka, rasuah dan, mereka tak boleh nafikan hal ini,” ujar Anwar lagi.

Sebelum ini, Najib dalam beberapa siri jelajah kempen pilihan raya mengecam tindakan Anwar melemparkan tuduhan mengenai rasuah, masalah ekonomi dan kemelut jenayah negara.

Najib menyatakan bahawa apa yang didakwa Anwar dan pembangkang sebagai tidak berasas dan mahukan awam menilai prestasi seseorang pemimpin itu ketika berhadapan dengan krisis.

Projek kuari tanah merah Bukit Palang: Penduduk lapor BPR

Jika JAS baru tahu hal ini sambungnya, bagaimana boleh seorang pegawai yang bertanggungjawab terhadap daerah di sini memberitahu projek berkenaan telah diluluskan pada 2003 lagi dan permit mengeluarkan tanah dibolehkan pada Januari 2008.

"JAS sendiri hairan macam mana isu ini boleh terjadi sedangkan pihaknya juga wajar menilai adakah ia mendapatkan kesan pada manusia atau eko sistem alam sekitar," jelasnya.

Selain BPR seorang penduduk, Abu Rahim Embi membuat lapuran polis di Balai Polis Serdang pada 28 Januari lepas.

Mohd Sabri Said
.harakahdaily

SERDANG, KEDAH, 30 Jan (Hrkh) - Penduduk Kampung Padang, Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu, Kedah mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sungai Petani menyiasat bagaimana kebenaran diperolehi oleh Pegawai Tadbir Tanah Kulim Bandar Baharu sehingga membolehkan pengusaha kuari tanah merah di Bukit Palang dilaksanakan sedangkan jawapan dari Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Cawangan Kulim, Mohd Helmi Ahmad mendakwa aktiviti pengorekan tanah yang dijalankan di situ tidak sesuai.

Semuanya terbukti semasa pertemuan antara penduduk dan pegawai berkenaan pada 23 Disember 2007. Manakala surat daripada JAS dikeluarkan pada 15 Januari 2008.


Aktivis masyarakat, Dr. Abdullah Muda ketika mengetuai rombongan ke BPR semalam berkata, pandangan JAS itu membuktikan mereka baru mengetahui isu ini apabila meminta dipanjangkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Bandar Baharu sebagai tindakan lanjut mengikut mana-mana peruntukan di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Daerah. more...

Jan 23, 2008

Balak Haram: Ada pegawai tutup mata?

Mstar

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hutan Terengganu sedang menyiasat satu laporan berhubung kegiatan pembalakan haram yang didakwa berlaku di luar kawasan dibenarkan di kawasan Hutan Simpan Bukit Bauk Dungun.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Na'aman Jaafar berkata pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu pada 15 Jan lepas.

"Sebaik menerima laporan, pada hari yang sama kita telah menghantar pegawai hutan daerah untuk menyiasat dan memang berlaku pembalakan di luar kawasan yang dibenarkan," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Bagaimanapun, katanya ketika serbuan itu dilakukan yang tinggal hanya tunggultunggul pokok balak dan tiada sebarang jentera berat mahupun kayu balak yang telah ditebang ditemui.

Difahamkan sebelum ini sebuah syarikat pembalakan tempatan diberikan lesen untuk menjalankan pembalakan di kawasan itu untuk tujuan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan dipercayai melakukan kerja pembalakan melebihi daripada kawasan yang dibenarkan.

Na'aman, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya tentang jumlah kawasan terlibat dalam pembalakan di luar kawasan itu serta anggaran jumlah kerugian.

"Kita telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian ini, dan jabatan tidak akan terag-akagak untuk mengambil tindakan keras jika siasatan mendapati ada orang dalam (kakitangan) yang menutup mata melihat perbuatan yang dilakukan oleh syarikat terbabit," katanya.

Mengikut prosedur, Na'aman berkata seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah sepatutnya mengawasi kerjakerja pembalakan yang dilakukan apabila sesebuah syarikat diberikan lesen untuk menebang balak bagi mengelakkan berlakunya pembalakan melebihi kawasan yang dibenarkan.

Posting terkini

Blog Archive