utusmeloya - Seorang bekas pembantu penguat kuasa Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah memperoleh rasuah RM150 daripada seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dianggap olehnya telah berkelakuan tidak senonoh.
Hakim Azimah Omar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ramdzan Abd. Rahim, 33, yang ketika kejadian bertugas di Unit Taman MBSA. Sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan, tertuduh akan dipenjarakan selama enam bulan lagi.
Ramdzan didapati telah secara rasuah memperoleh suapan tersebut daripada Mohd. Khairol Khelmi Mat Jani untuk tidak mengambil tindakan ke atas dirinya dan rakannya, Puteri Nur Hazwani Megat Mohd. Fauzi.
Suapan tersebut sebagai dorongan kononnya untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang dikatakan oleh tertuduh telah berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Ramdzan didapati memperoleh suapan tersebut pada pukul 3.55 petang, 9 Mei 2004 di restoran KFC di tingkat bawah, Kompleks PKNS di sini.
... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment