Radenjowo
Hebat.....orang politik, memang hebat. Bukan semua tapi tak ramai. Tak selalu tapi kadang kadang. Yang betul kita puji tapi yang melencong, kita kritik. Kritik membina bukan kritik membabi buta. Bimbang kalau kalau terlanjur, susah nak berundur. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah nanti membawa padah. Jangan dah ngandung, baru nak pakai baju kebaya. Jangan dah botak, baru nak pakai tudung.
Artikel yang wak baru cerita sebelum ini berkenaan dengan bekas Ketua AMK, Johor, merangkap bekas orang kuat Ezam, yang Pulang ke kampung halaman, Sungai Besar nak cipta kuasa. [rujuk: Gila talak dalam politik]
Bukan tak boleh ..... boleh, tapi kena ingatlah, sebelum ini dia dah letak jawatan dan tinggalkan parti, alih alih nak kembali rebut kuasa. Itu kata orang disana.
Ada kemenangan yang membawa berkat dan ada yang membawa mudarat.
Pekan Sungai Besar bukan lah pekan besar. Nama nya saja Besar, tapi kalau duduk disana, semua kenal antara satu sama lain. 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan sebulan kalau kalau ada yang nak cuba jalan kaki.
Pekan kecil itu membolehkan kita Alik alik jumpa muka yang sama. Ke kanan pun dia, ke kiri pun dia. Keluar pagi jumpa si polan, malam pun boleh jumpa muka yang sama. Kalau yang kaki mengeteh (minum teh di kedai) pula, asyik asyik sembang dengan orang yang sama. Kalau tak bertemu satu hari, mereka akan kirimkan berita. Begitu lah perihatinnya orang sana.
Cuma kita kene ingat, Mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut orang ..... lebih besar kalahkan mulut tempayan.
Kali ni wak nak cerita tentang seteru Nasir Tasrip, bernama Bakhtiar. Menyandang gelaran Ketua AMK Bahagian Sungai besar. Bukan YB tapi cuma ketua AMK. Sebelum pilihanraya tempoh hari, dia dan van buruknya kesana kemari. Membawa penuh dengan muatan poster poster pilihanraya untuk ditampal. Macam macam gambar poster yang diusung, termasuklah gambar DS ANwar Ibrahim dan Ustaz Badrul Amin. Perjuangan contoh kepada rakyat setempat.
Ada ahli PAS yang merungut kerana tidak dibenarkan membantu. Tak tahu kenapa, tapi sejak itu, penyokong PAS tidak mahu bertanya soal poster dan masing masing dengan operasi tampal masing masing. Selepas selesai pilihanraya, banyak poster masih berada di dalam Vannya.
Sebelum ini, Bakhtiar memang aktif dengan pasukan kompang dan aktiviti kemasyarakatan. Maklumlah, kuasa belum ada, kerja pun kurang. Kalau nak tengok Bakhtiar menebeng di kedai kopi dan majlis rakyat, pasti ada muka dia. Jolokan mesra alam memang sesuai untuk dia kerana ketika itu Alam pun mesra dengannya.
Pernah sebelum pilihanraya yang lepas, mahu kan namanya menjadi calun pilihanraya, tidak cukup syarat syarat, maka PAS mengambil peluang pencalunan. Tak per la, kerana Bakhtiar pun masih muda dan mungkin pada PRU 13 nanti, akan ada peluang.
Itu Bakhtiar dulu, Bakhtiar sekarang lain pulak ceritanya..... Selepas bekerja keras bersama VAN buruknya ketika pilihanraya, kini Bakhtiar sudah tukar kenderaan. VOLVO S80, baru tu beb..... Waduhhhh tijah, hebatnya. Banggalah penduduk kampung dengan kejayaan anak bangsa. Buat contoh pada jenerasi akan datang ..... atas mana yang baik aje.
Bagaimana dia dapat kereta itu? Itu kena tanya dia beb......gua tak mau cerita, takut tohmah pulak. Bagaimana, siapa dan bila dia mendapat kereta itu bukan wak punya tanggung jawab. Itu adalah tanggung jawab masyarakat dan kepimpinan untuk tanya sendiri. Kalau tak betul..... diingat ingatkan. Kalau melencong....dibimbing bimbingkan. Pada yang tak bertanya sesat jalan. Jalan tak der papan tanda pun boleh buat orang sesat.
Dcngar cerita, Bakhtiar dah tak campur penduduk kampung lagi. Maklumlah, tanggung jawab besar, kerja banyak dan jadual pun penuh. Macam macam nak rancang untuk persedian PRU13 akan datang. Hah..... orang kampung jangan tak tau. Tapi kesian gak orang kampung, duduk tepi kedai ..... vooooossshshhh pemimpin lalu depan dengan kereta yang berkilat belum berkarat.
Cuma tanggung jawab wak adalah mengingatkan kepada para pemimpin agar, jangan lepas geram. Berubah perangai selepas menang. Banyak cerita tentang PKR ni, tapi takut dedah banyak banyak ..... usaha tutup UMNO tergendela pulak. Tapi dalam usaha, kena ingat. Nanti orang kata No2umnO belasah satu pihak aje.
Wak ingat lagi pesan DS Anwar Ibrahim ketika awal tempoh kemenangan dulu, agar jangan belanja pada yang bukan bukan. Sedangkan Exco Selangor sendiri di larang menggunakan rumah banglo EXCO di Shah Alam dan menukar kenderaan baru. Tapi DS Anwar tak boleh kawal semua.
Kalau boleh yang di atas jaga di bawah. Di bawah jaga di dasar dan di dasar jaga akar. Baru lah semua berjaga jaga. Ada mata tengok, ada telinga dengar, ada hidung cium, ada perut ... tapi jangan kembong.
Hai Yeob....buat sabor sabor le....baghu 3 bulan. Mate oghang kampung terbeliak tu yeop.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment