1426.blogspot- Para ahli totok UMNO sering menyamakan yang UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Sekiranya dilihat dari perlembagaan, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dengan sendirinya UMNO itu Islam.
Begitulah konsep ketuanan Melayu menjadi perjuangan UMNO dulu, kini dan selamanya. Walaupun dari segi perjuangan sebenarnya adalah KETUANAN UMNO di muka bumi tanah Melayu.
Setelah UMNO (original) dikuburkan oleh mahkamah dan UMNO (Baru) dilahirkan, masih sahaja propaganda yang keduanya adalah satu dan sama dicanangkan dengan menyambut ulangtahun UMNO (original) yang sudah tiada di muka bumi.
UMNO bukan agama, malah agama pun ada yang boleh keluar masuk sebagai penganut. UMNO mahu jadi lebih dari agama dan lebih dari Melayu walaupun nama UMNO itu sendiri bukan bahasa Melayu dan tidak semua penganutnya orang Melayu (seperti isteri presiden) dan Islam.
Sehingga dulu, kini dan selamanya menjadi slogan yang sekali pandang memang boleh memesongkan akidah. Masuk kubur nanti tiada pertanyaan, "Apakah nombor keahlian UMNO anda?" ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment