Tidak ikut jejak Dr M: Anggota Parlimen Jerlun dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir bersama penyokong-penyokongnya selepas sidang media di Hotel Seri Pacific hari ini.
MStar - "Saya akan tetap setia sebagai ahli Umno dan akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti".
Demikian pendirian Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir selepas lebih 24 jam ayahnya memutuskan untuk keluar Umno.
Mukhriz yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno bagaimanapun sependapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad - terus mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sipaya meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Mukhriz mengumumkan pendiriannya di Hotel Seri Pacific di sini kira-kira pukul 5.30 petang dengan dikerumuni sebahagian penyokongnya.
Laporan wartawan mStar Online, Zanariah Abd. Mutalib dari Parlimen menyebut, malam tadi (Isnin) Mukhriz telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di kediaman Hishammuddin.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment