KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 21, 2008

Selangor Baru 22 Jun

tranungkite - [...] Kalangan pengundi, penyokong Pakatan Rakyat, dan rakyat pendukung PKR, khususnya, pula mahu melihat perubahan yang dijanjikan semasa kempen PRU-12.

Menurut Haji Mohd Yahya Sahri, pegawai khas Tan Sri Khalid, lebih 20 item dalam manifesto PR bakal dinikmati rakyat Selangor, menjelang 2012. Yakni, secara berperingkat!

Menurut Tan Sri Khalid selaku MB, mulai Jun ini, rakyat Selangor mendapat air bersih percuma bagi kegunaan sehingga 20 meter padu setiap bulan, bersamaan RM11.40.

Para pelajar yang mendapat tempat belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta, bakal menerima bantuan khas sehingga RM1000.

"Bagaimana pula dengan pertukaran ketua-ketua jabatan dan bo-bos syarikat milik kerajaan negeri, yang "diragui" tindak tanduk mereka, atau kini masih "memihak" kepada Dr. Khir Toyo dan geng Umno?" Tanya penyokong, petugas, pemerhati @peminat PR.
Dr. Khir Toyo menerusi blog sendiri, dan Senator Tan Sri Muhamad Taib, menerusi media arus perdana, terus berusaha meneropong, mengkritik dan 'mengambil berat' terhadap pentadbiran negeri Selangor yang diterajui Tan Sri Khalid@PKR.
"Bila lagi Tan Sri Khalid nak bertindak, tukar itu, ubah ini, buat itu...Mengapa lambat sangat?" Tanya penyokong, petugas, pemerhati@peminat PR.
Mungkin selepas 100 hari pertama. Tunggu tarikh 22 Jun 2008. Era Selangor baharu, mesti dimulakan. Kita yakin, Tan Sri Khalid (dan barisan kepemimpinan PR) tentu sudah sedia dengan senarai pelan tindakan konkrit yang bakal direalisasikan mulai tarikh tersebut.
"Kita harap ketua-ketua jabatan atau bos-bos syarikat milik kerajaan negeri, yang berasa diri mereka bakal "diganti" selepas 100 hari PR mentadbir Selangor, segeralah undur secara terhormat, atau 'dihapuskan'". Tegas kumpulan 'advocat' PKR.
"Tan Sri Khalid dan barisan kepemimpinan PR Selangor, pasti sudah menyediakan sejumlah pakar dan korporat yang lebih profesional, berpengalaman, tidak rasuah, berjiwa rakyat, jujur, amanah, dan tekun bekerja, yakni lebih hebat daripada tinggalan MB Selangor terdahulu. ... selanjutnya.

No2umnO - Kekadang kita kena jadi RAKUS seperti UMNO. Kalau tak, rakyat tak paham.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive