KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 12, 2008

ALI RUSTAM ADA DUA BLOG ... hebat



2 blog, artikel sama, kandungan sama. Satu wordpress dan satu lagi blogspot ...... Aku tak paham. Ada sesiapa yang boleh fikirkan logik akal tujuan kelahiran kedua dua blog ni? Title blognya ...."DARI KACAMATA". Dua kaca, dua mata, dan Ali Rustam perlu dua blog yang sama.

HINDRAF’s P.Uthayakumar being Tortured by UMNO led Government

Makalvoice

HINDRAF’s P. Uthayakumar was admitted to Taiping hospital on Monday for his diabetic complications. One imperative thing to perceive is that, he was deprived from medications for the past one month even after his family members had handed the needed medication to a prison officer Chief Inspector Ayob. When asked, they were told those medicines “went missing”. A report was lodged to the Taiping Prisons director Mr.Yasuhimi but to no avail. Is UMNO behind all this? Who could it be if it is not them?

Interview with SUAKAM and P. Uthayakumar’s Wife

Even after going through such thrash about in ISA, he’s still very focused with his objective which is to fight for Indian Rights. He mentioned that ”Our struggle must go on. I am happy to make this sacrifice. We all must be prepared to make sacrifice for our future” Oh man, what a great soul he his!!! I am flawless with this guy. more...

Dr M going for broke to crush Abdullah

Malaysianinsider - (...) Dr Mahathir’s fight to remove Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and preserve whatever remains of his legacy is nearing the end. He has been bruised and battered in the spat, with many Malaysians believing that while he can rightly claim to be the leader who put Malaysia on the fast track to development, he also destroyed some of its institutions and laid the seed of excesses and arrogance now overflowing in Umno.

His calls for Abdullah to step down and his re-emergence in the political sphere has also meant that his legacy of 22 years in power is being re-examined in less favourable light than it was in October 2003 when he handed over power to Abdullah.
Still, for the former PM it would be a price worth paying. Because he would have attained his primary goal of bringing down the man he despises and the secondary goal of becoming a voice of influence once again in Umno and Malaysia.

Without a doubt, he carries some weight among Umno members. That is why party veterans Datuk Zainuddin Mydin and Tan Sri Muhyiddin Yasin noted that his view on the party leadership was also a factor in how Umno members voted in the polls. more...

RADIO SELANGOR FM AKAN DIARAH KELUAR - Shabery Cheek

 Bernama - Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan mengarahkan Radio Selangor FM yang dikendalikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya segera keluar dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam berikutan kata dua dari Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita akan dapatkan tempat lain yang sesuai untuk menempatkan Radio Selangor FM. Yang pasti kita akan terus menghampiri hati rakyat negeri Selangor menerusi siaran Radio Selangor FM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa Abdul Khalid telah meminta stesen radio berkenaan agar tidak lagi beroperasi di bangunan tersebut sekiranya tidak mahu menyiarkan visi dan program kerajaan negeri itu yang kini diperintah pembangkang.

Abdul Khalid dilaporkan berkata beliau mahu menggunakan siaran radio tersebut untuk berhubung dengan rakyat, tetapi permohonan beliau itu belum mendapat maklum balas dari RTM.

"Saya rasa terkilan di atas kata dua yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor yang bersifat mengugut dan mengancam. Ini mencerminkan satu hubungan yang tidak baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Saya sudah berbincang dengan pegawai saya dan saya akan mengeluarkan arahan supaya Radio Selangor FM keluar daripada bangunan itu," kata Ahmad Shabery.

No2umnO - Diskriminasi di dalam penyiaran. Menghalang kerajaan baru buat kenyataan. Rujuk kenyataan sebelum ini oleh TS Khalid Ibrahim, RADIO SELANGOR FM HALANG MB BUAT PENJELASAN.

ALU RUSTAM DI BELASAH PELAYAR

Dari Kacamata Mohd Ali Rustam
Wak pada mulanya malas nak baca artikel yang disiarkan oleh Ali Rustam. Kebiasaannya, wak perhatikan bahagian komen kerana sebelum ini, tiada komen yang diluluskan. Menarik hari ini, sudah ada komen yang tersiar, lalu wak klik pada bahagian tersebut dan selepas membaca kesemuanya, wak baru berminat nak tahu apa sebenarnya kandungan yang terdapat di dalam artikel beliau, sehingga para pelayar membelasah kenyataan beliau itu.

Ladang ternakan babi hadiah pilihan raya

Dari kacamata
TAHNIAH kepada kerajaan Selangor kerana meluluskan cadangan untuk membina ladang ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan baru gabungan PKR, DAP dan Pas ini adalah sebagai hadiah kepada para pengundi yang menyokong parti mereka, termasuk para pengundi beragama Islam pada pilihan raya umum lalu.

Isu babi telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport. Oleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang bersikap degil dan terus menternak babi di luar kawasan Paya Mengkuang manakala jumlahnya sehingga mencapai ratusan ribu ekor yang menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara di kawasan berkenaan. Hal ini sudah pasti tidak disenangi oleh kaum Melayu yang tinggal di kawasan tersebut sejak sekian lama. Oleh sebab itu, pada tahun lalu kerajaan negeri telah mengadakan usaha untuk mengurangkan kandang babi yang tidak memenuhi syarat. Walaupun pada awalnya ia mendapat bantahan di kalangan pengusaha, namun hasil pemuafakatan yang tebal dan sebati dalam kerajaan BN, maka ia berjaya diselesaikan menjelang pilihan raya umum lalu.more...

Disiarkan pada 11 April (Semalam) dan merujuk pada hari ini 12 April jam 8.41pm sudah ada 37 komen yang tersiar dan hampir kesemuanya mengkritik artikel beliau. Kesian pun ada, tapi bagus juga dibelasah secukup rasa kerana seorang Ketua Menteri yang sebelum ini dibabitkan dengan isu babi di Melaka, kononnya menyatakan dirinya sudah selesai dari kemelut dan mengkritik isu babi di Selangor pulak. Hehehe....ni yang tak syok jadi blogger ni. Kalau blogger bodoh macam wak tak per, tapi kalau dah jadi KM, artikel kena ada klas. Kalau blog nak main belasah je.....tak payah jadi KM, jadi macam Radenjowo je.

CTOS is hurting the reputation of the public

CTOS is hurting the reputation of the public and should be deregistered

Malaysiatoday
(...)
What I would like to highlight to you are cases which plight the local small businessmen, especially from SMEs, and also normal working people like myself. We have been indebted to business partners when the business was down immediate after the 1997 crisis, and the cases were brought to court. The proceedings were recorded without our knowledge to some private credit rating agencies, one of them is CTOS. The record, in turn was sold to financial institutions, what ensued was that the future loan applications were denied based on the ground that our credit worthiness was dented.

The debt was finally settled, and the creditor has allowed and issued a release letter stating that I was released for good. In order to clear the name and ensure future loan applications, I sent a letter (the release letter from the creditor) to CTOS, to inform that the debt has been cleared and therefore the name should be erased from the record. This is to ensure that a small businessman like me, and some of my partners, could “survive” again.

However, the request has been turned down, through a letter issued by CTOS, stating that the record will not be erased from the databank. The excuse is that the record will be referred again and again by future referrers, as this is a better way than without any record at all (it means without CTOS, there is never a credit record book). When pressed further, it is revealed that the record was taken from local newspaper, whenever there is a proceeding, and then sold to the private financial institutions.

Our concern is that, even with the debt settled, we are still burdened with our poor credit rating, and therefore, we are still not eligible for the loans, or the names are forever branded as poor rated debtors and are not entitled to apply for fresh loan. more...

Malay Newspapers Play Up Pig Issue


Sincewdaily - Since the Pakatan Rakyat Selangor government announced the approval to set up a RM100 million modern pig farm in Tumbuk, the two main Malay newspapers Utusan Malaysia and Berita Harian have been playing the issue up by giving extensive coverage of objections by Malays to the move.

Utusan Malaysia gave it headline treatment “The Public, NGOs Oppose The Plan Of The Selangor Government – Pig Farm Plan Continue Its Implementation”.

Its cover photo showed residents of Sepang Kampung Tunbuk pointing to sewage drains with one hand, while another hand clutching their noses as if offended by the smell of some pig waste.

Beside that, Utusan Malaysia used Page 4 and Page 5 to report the issue collectively. Page 4 focuses on the view of the local residents, with the title “Residents: Selangor Government Is Greedy”.

Page 5 quoted the conversation of the former Selangor MB Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. This UMNO leader denied his approval of up to RM100 million for the pig farm project. The incumbent Selangor MB Tan Sri Khalid Ibrahim said Tuesday (8 Apr) that the former BN state government and exco meeting led by Khir Toyo, approved the proposal in 30 Jan 2008. more...

KHIR TOYO BERI ALASAN


"Bukan pemodenan ladang babi yang dibantah" Khir Toyo

klpos - (...) Penjelasan ini juga bertujuan mengingatkan kerajaan Selangor hari ini bahawa kelulusan pada 30 Januari tersebut hanyalah untuk sistem yang akan digunakan dan proses mengenalpasti tanah atau kawasan bukannya kelulusan projek.

Justeru adalah tidak adil untuk kerajaan Selangor meneruskan projek ini dengan alasan keseluruhan projek ini diluluskan oleh kerajaan pimpinan saya sebelum ini.

Saya khuatir jika projek ini dijalankan secara terburu-buru, kelak BN akan dipersalahkan jika berlaku sebarang masalah.

Rakan saya, Datuk Tang See Hang, turut membuat penjelasan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Saya harap penjelasan tambahan ini dapat menjernihkan keadaan dan memberi persepsi yang jelas kepada umum mengenai apa yang telah diluluskan dan apa yang belum.

Akhir sekali, terdapat beberapa komen yang memohon supaya BN tidak mengkritik kerajaan Selangor hari ini bagi memberi peluang kepada mereka. Saudara/i perlu faham, saya dan rakan-rakan BN Selangor bukan mengkritik dengan niat jahat.

BN sebagai pembangkang turut bertanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan negeri. Jika kita berniat untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata, pasti kita tunggu bila hampir pilihan raya untuk mengkritik.

Sebaliknya kita mengkritik sekarang kerana mahukan keputusan yang dibuat kerajaan negeri memberi kebaikan kepada rakyat dan negeri. more...

No2umnO - Apa yang wak faham di dalam tulisan khir toyo, beliau tidak mahu projek pemodenan diteruskan (rujuk perenggan 1) kerana bimbang BN di persalahkan dan kemudian selepas BN kalah teruk di Selangor baru lah menyatakan BN turut bertanggung jawab kepada kepentingan rakyat ini (rujuk perenggan 2), sedangkan tahun tahun sebelum ini apa usaha kerajaan pada soal babi? Korang fikirkan sendiri dan berikan pendapat masing masing.

"Penjelasan Isu Ladang Babi Mega"
Di dalam penjelasan Khir Toyo bertajuk diatas, terdapat satu kritikan menarik dari seorang pelayar yang dikenali sebagai rizdiahk_nahraf said......

Dr Khir,
Anda cuba memanipulasikan fakta.

Singapura menghentikan ternakan babi kerana kekurangan tanah dan sumber air.Ini dilakukan pada 1987 kerana ingin melakukan pembangunan yang lebih menguntungkan.

Hong Kong pula bukan tidak membenarkan ternakan babi, tetapi sekadar mengurangkan bilangan ladang serta menyatukan semua ladang untuk menjaga alam sekitar dengan teknologi yang lebih baik dalam menguruskan sisanya.Langkah ini diambil kerana kepesatan Hong Kong kini dan terdapat 265 ladang (330,000 babi) yang berada dalam keadaan tidak strategik.Langkah kerajaan mereka dengan memperkenalkan skim bayaran kepada peladang bernilai USD 121 juta juga memainkan peranan untuk menyatukan ladang babi ini.

Di Taiwan lebih menarik,kewangan mereka digunakan untuk mengkaji babi sehingga berjaya menghasilkan babi glow-in-the-dark.

Sebenarnya,kerajaan selangor kini mengikuti langkah Hong Kong dalam menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan menguruskan ladang babi dengan lebih efisyen disamping memilih tempat yang strategik.Sudah banyak pencemaran berlaku sebelum ini kerana tidak wujud satu mekanisme khusus untuk menjaga ladang2 babi ini.

PENYAKIT UMNO YANG TAK BOLEH SEMBUH

Shahidan Kassim Nak Tanding Naib Presiden Umno

msomelayu - (...) Katanya beliau juga layak dan sesuai untuk memegang jawatan itu kerana kini tidak lagi sibuk dengan tugas-tugas sebagai menteri besar.

"Saya sudah tidak menjadi MB lagi jadi bolehlah saya berkhidmat kepada parti sepenuhnya," demikian kata Shahidan.

Tambahnya lagi dalam keadaan parti Umno agak lemah kini eloklah kalau orang-orang yang tidak terbabit dengan tanggungjawab pentadbiran memberi tumpuan kepada parti.

Shahidan membayang itu ketika sedang makan dalam satu majlis makan tengah hari di Sabah baru-baru ini.

Shahidan tidak dilantik semula menjadi menteri besar Parlis apabila watikah yang diberikan oleh Perdana Menteri tidak 'laku', bila mana tidak dihiraukan oleh Raja Perlis.

Raja Perlis telah berkenan melantik Mohd Isa Sabu sebagai meteri besar menggantikan Shahidan Kassim dan sekaligus mengenepikan watikah yang dikeluarkan Abdullah Ahmad Badawi.

Jawatan Naib Presiden kini disandang oleh Muhyuddin Mohd Yassin, Ali Rustam. Mohd Isa Samad yang memenangi jawatan itu dalam pertandingan tahun 2004 digugurkan apabila didapati terlibat dengan politik wang. more...

Manakala .....seorang lagi,
Rahim tawar pimpin Pemuda

Malaysiakini - Bekas ketua pemuda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bersedia memimpin semula pergerakan itu jika anggota-anggotanya bersedia menerima beliau.

Beliau yang menang jawatan itu pada 1993 tidak sempat memimpin pergerakan itu susulan dakwaan skandal dengan gadis bawah umur dan jawatan itu kemudian dipangku oleh Datuk Seri Nazri Aziz, kini menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selain menganggotai Majlis Tertinggi (MT) Umno, bekas ketua menteri Melaka itu kini pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).

"Seorang ketua Pemuda haruslah tidak mempunyai jawatan dalam kabinet untuk membolehkan mereka menegur pemimpin-pemimpin parti komponen BN," katanya kepada Malaysiakini sebelum menyertai pertemuan Gabem di bangunan PWTC petang ini.

I know what’s umno really want

They dont want this ......
http://www.gan.ca/images/hooks/pigs.bmp

But they like this .... so much .....
http://www.animalsanctuary.org/animals/assets/rosie.jpg

Penyokong UMNO totok hari ini sibuk menghantar sms gangguan nyamuk ke dalam handphone kenalan kenalan mereka. Diantara sms yang beredaran adalah,
Kerajaan Selangor pentingkan BABI dari manusia. DAP, PKR dan PAS bersekongkol untuk ternak babi. Inilah kerajaan yang d katakan jiwa rakyat? Mereka adalah Hipokrit.
Untuk pengetahuan orang orang UMNO, kita di Selangor dah masak dengan tektik UMNO yang terdesak. Bukan isu ternak babi, tapi isu hilang kuasa. Apa ada peluang, pasti digunakan. Yang untung adalah MAXIS, CELCOM dan lain lain. Yang rugi, mereka yang hantar sms dan yang terlepas projek dari kerajaan baru. Wak ...... tengok kan je. Sampai bila mereka berupaya menghasut. Selesaikan isu BABI di Melaka dulu, baru cerita tentang BABI di Selangor. Kalau tidak ..... lebih baik saje tutup mulut tu dan buat kerja masing masing.

Rujukan berkaitan
Selangor Dapatkan Khidmat Luar Kaji Projek Ladang Ternakan Babi Moden

STAR INTERVIEWED ANWAR



Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who is cementing the Pakatan Rakyat coalition of PKR, DAP and PAS sat down recently with The Star for an interview and spoke on a wide range of issues. These are some of the excerpts. more...

video
Part 1
Part 2
Part 3

P Uthayakumar dinafikan hak rawatan

Malaysiakini - P Uthayakumar, pesakit kencing manis yang didakwa dinafikan hak mendapat rawatan di kem tahanan ISA, mengalami masalah jantung, kata abangnya dan pengerusi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Waythamoorthy.

Doktor yang membuat pemeriksaan terhadapnya di hospital Taiping mengesyaki dia mengalami kerosakan otot jantung dan sedang menderitai serangan jantung secara senyap-senyap akibat dinafikan rawatan kencing selama lebih sebulan,” katanya hari ini.

“Keluarga saya mengesahkan dia mengadu pandangannya yang makin kabur, pening-pening, rasa tidak bermaya dan tidak selesa di bahagian jantung."more...

Tiada Lagi Tender Secara Rundingan Terus, Kata Abdul Khalid

Bernama - Kerajaan negeri akan menghapuskan pemberian tender yang dijalankan secara rundingan terus kepada kontraktor Bumiputera bagi mengelakkan tender terbabit dimonopoli oleh satu pihak tertentu sahaja.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan itu dibuat selepas mendapati sebanyak 98 peratus projek di bawah biayaan kerajaan negeri Selangor ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, diperoleh dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu.

"Saya menganalisa semua dan ada projek di negeri ini tertumpu kepada kumpulan tertentu. Walaupun nama syarikat berbeza tapi pemegang saham dalam syarikat itu tetap sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-22 Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) di sini hari ini.
Katanya senarai nama kontraktor yang telah diberikan projek kerajaan negeri itu akan dihebahkan tetapi memerlukan masa kerana perlu mendapat izin daripada pihak tertentu terlebih dahulu yang didakwa mempunyai kaitan dengan pemberian tender itu.

Beliau turut memberi jaminan syarikat kontraktor yang banyak mendapat kontrak kerajaan negeri menerusi kaedah rundingan terus itu tidak akan disenaraihitamkan kecuali jika kontraktor terbabit gagal melaksanakan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan.

"Kita hanya akan senarai hitamkan mereka sekiranya tidak menunjukkan prestasi yang baik. Kita kena ada alasan yang rasional untuk bertindak demikian. Kita juga akan lihat dan kaji nilai projek yang telah diberikan kepada kontraktor terbabit," katanya. more...

Isu babi: AMARAN DEDAH DOKUMEN

Harakahdaily - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memutarbelitkan isu projek pembinaan ladang babi, di Ladang Tumbuk, Hulu Langat.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak mendedahkan dokumen rasmi kerajaan negeri berhubung projek yang telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008.

Tidak teragak-agak dedah dokumen

"Kami tidak teragak-agak mendedahkan dokumen ini, yang telah diluluskan kerajaan negeri BN sehingga sampai ke peringkat pengambilan tanah, walaupun ia merupakan dokumen rasmi kerajaan dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)," tegas beliau ketika temu bual eksklusif bersama Harakahdaily, di pejabatnya, di SUK, semalam.
Beliau menegaskan, atas persetujuan Exco negeri dokumen tersebut boleh dihebahkan walaupun ia merupakan dokumen OSA.

"Kita boleh menjadikan dokumen itu bukan dokumen OSA," katanya sambil menunjukkan dokumen tersebut. more....

Khairy gets support from an unlikely source

Anwar says PM's son-in-law being made a scapegoat for Umno's poor poll showing

Malaysianinsider - Khairy Jamaludin has received support from an unlikely source — Datuk Seri Anwar Ibrahim.

The beleaguered son-in-law of the Prime Minister has attracted blame for Umno’s poor performance in the recent general election and has reached a level of toxicity in party circles that he was not considered for a position in the government and looks set to play a peripheral role in the party polls in December.

But the man who he has attacked savagely in the past came to his defence in an interview with The Star.

Anwar said: “I don’t share this very personal venom and viciousness that is thrown towards him by many others.

“I follow Umno politics quite closely but I don’t share this personal venom against him. It’s not a popular thing to say these days. It may be perceived as my defending him, but I am not defending him. But I don’t share the view that people are attributing the entire blame for the disastrous defeat on him. I think people either over-generalise or apportion blame. more...

Tuah Sang Kelembai

Detikdaily

Zaharin menanya saya, ‘ Mahaguru, adakah salah bagi saya (Zaharin) memeluk sesama Muslim dan berdamai dengan seseorang yang diasak kiri dan kanan oleh semua?’

Demikian pertanyaan Sang Kelembai yang seolah-olah mahu cuba menyakinkan dirinya sendiri bahawa sikap berdamainya terhadap Abdullah itu adalah ‘’betul’ dan menepati tuntutan Islam.Tapi Islam yang mana satu? Hanya Sang Kelembai yang lebih memahaminya!

Betapa beruntungnya Sang Kelembai mendapat peluang keemasan dihari itu kerana Allah menganugerahkan kepadanya kesempatan bersejarah dan sangat berharga , dapat mencium penuh ratapan syahdu tangan Abdullah -- Imam Islam Hadari itu ! More...

Politik Babi Dulu, Kini dan ...

 Detikdaily
(...) Kegiatan penternakan babi ini telah menjadikan kedua-dua kawasan bersempadan ini tercemar teruk terutama sungai-sungai utama yang terdapat di sana seperti Sungai Sepang dan Sungai Pelek. Para pencinta alam sekitar telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan pencemaran kegiatan penternakan babi ini sejak sekian lama dahulu, tetapi sedikit sangat mendapat perhatian media massa pro Umno.

Kalaulah tiada berlakunya wabak yang disebabkan oleh virus Nipah di kedua-dua kawasan ini, mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa bilangan babi di kawasan ini melebihi jumlah manusia yang mendiami kawasan yang sama. Namun tidak kedengaran pula penduduk-penduduk dari kawasan tersebut membuat rombongan bantahan ke Pejabat Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan membantah kegiatan penternakan babi ketika itu. Tiada pula liputan besar-besaran tentang tahap pencemaran darat, air dan udara di kedua-dua kawasan bersempadan. Dengan perkataan lain babi di sana mendapat hak sebagai warga negeri di Selangor dan Negeri Sembilan.

Sehingga kini tidak diketahui adakah kegiatan penternakan babi itu mempunyai permit yang sah atau tidak. Sekiranya tidak mempunyai permit yang sah maka siapakan yag mengeluarkan permitnya dan siapakah pula yang meluluskan EIAnya? Sudah tentulah yang mengeluarkan permit bukan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana beliau baru genap sebulan menerajui negeri Selangor. Sekiranya kegiatan itu tiada permit sehingga dapat dilihat tidak langsung terurus, maka mengapa pihak berwajib tidak mengambil tindakan. Sekali lagi pihak berwajib yang tidak mengambil tindakan itu, bukanlah Tan Sri Khalid. Kesemua peristiwa berkaitan dengan kegiatan penternakan babi ini tidak langsung menjadi isu yang besar sebelum ini. more...

PINJAM RM100 JUTA, UNISEL DAPAT CUMA RM15 JUTA

 Tranungkite - " Khir Toyo (kerajaan Selangor dahulu) telah meminjam RM100 juta untuk diberikan kepada unisel tapi unisel hanya dapat RM15 juta. Khir Toyo perlu jawab!

Beberapa minggu selepas pilihanraya umum lalu, PAS dan PKR kawasan Machang, Kelantan telah mengadakan majlis kesyukuran dan ceramah atas kemenangan PAS/PKR. Penceramah pada majlis tersebut antaranya ialah YB Saifuddin Nasution, ahli Parlimen Machang, Kelantan.

Dalam ceramah tersebut, YB Saifuddin Nasution telah mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah Khir Toyo telah membuat pinjaman sebanyak RM100 juta dengan Affin Bank. Alasannya ialah untuk diberikan kepada Universiti Perindustrian Selangor iaitu universiti milik kerajaan negeri Selangor. Tetapi malangnya Khir Toyo menyerahkan hanya RM15 juta sahaja kepada Universiti Industri Selangor. Persolannya, ke manakah perginya RM85 juta lagi? Hanya Khir Toyo sahaja yang tahu. more...

RADIO SELANGOR FM HALANG MB BUAT PENJELASAN

“Mereka mengambil masa dua setengah tahun, melawat negara-negara Eropah, saya tengok gambar-gambarnya. Selepas dua setengah tahun masih belum dapat buat keputusan? Mereka sudah luluskan projek itu.”
Kelantankini
(...)
Melalui siaran berkenaan beliau turut berhasrat membetulkan kaedah pemberitaan berat sebelah oleh pihak media terutama berkaitan projek ternakan babi bersepadu yang disensasikan pihak media.

Katanya beliau telah menunggu selama dua setengah minggu untuk merealisasikan hasratnya itu namun tidak diendahkan oleh pihak berkenaan.

“Malangnya kaedah pemberitaan berat sebelah itu tidak dapat diperbetulkan.

“Saya berhasrat ke udara sejam seminggu untuk ditemu ramah di radio supaya saya boleh beritahu rakyat apa visi dan program saya untuk Selangor. Saya juga mencadangkan kepada mereka supaya membuka program kepada penyertaan rakyat Selangor,” katanya.
“Sudah dua minggu setengah, jika mereka masih enggan komited, saya tidak mahu mereka berada di pejabat Selangor (bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri). Pejabat Selangor FM ada di sana dan mereka gelar diri sebagai Radio Selangor. Jika mereka gelarkan diri ‘Radio Non-Selangor’, mereka boleh cari pejabat di tempat lain, itu pandangan saya,” tambahnya.
Sementara itu Abdul Khalid meminta belia berumur antara 21 dan 35 tahun yang tidak melanjutkan pelajaran supaya mendaftar diri dengan kerajaan negeri untuk diberikan pekerjaan.

Beliau berkata di Selangor terdapat 18 pusat latihan kemahiran yang tidak berapa aktif dan beliau mahu sebanyak mungkin belia mendaftar dan diberi latihan.

Abdul Khalid berkata pensyarah dari dalam dan luar negara akan dipanggil bagi merangka modul-modul latihan yang sesuai dan diminati golongan tersebut. more...

10 JUTA UNTUK JADI MENTERI?

Active Image
Berapa Harga Kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar?

Malaysiatoday
Antara kita

(...)Menurut seorang menteri, Muhammad Taib membayar 'kemasukannya' semula dalam Umno itu dengan harga yang mahal. Beliau dikatakan telah menderma kepada Umno sebanyak RM10 juta. Selepas beliau bermurah itulah beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan, kemudian diikuti dengan Senator. Dalam erti kata lain jawatan dan kedudukan yang dimiliki hari ini dibeli.

Sekiranya turur menteri wanita berkenaan benar, berapakah pula Muhamamd Taib derma untuk mendapat kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang diterimanya kelmarin. Kalau untuk jawatan Ketua Penerangan bernilai RM10 juta mungkin kerusi menteri 10 kali ganda daripada itu. Soal wang tidak menjadi masalah kepada Muhammad Taib.

Kalau beliau boleh membayar denda mutaah kepada bekas isterinya Tengku Zahariah (Ku Yah) sebanyak RM16, apalah sangat wang sebanyak RM100 juta sedangkan dengan jawatan yang dibeli itu beliau boleh membina super kilang wang yang baru.

Daripada sinerio itu maka jelaslah bahawa sesiapa yang memiliki wang banyak, mereka boleh membeli dna membidal apa saja kedudukan didalam Umno. Bukan saja setakat artis, model, bintang filem, atau jawtaan menteri, tetapi jawatan Perdana Menteri juga boleh dibeli.

Wang kini menjadi kuasa utama dalam Umno bukannya undi daripada ahli. Suara ahli sudah lama dilupuskan oleh kuasa wang atau sistem-sistem pengkuotaan untuk bertanding sesuatu jawatan. Kalau Umno yang ditangani oleh orang seperti Abdullah yang diwar-warkan sebagai cucu ulama, apalah lagi kalau Umno dikuasai oleh orang seperti Najib Razak anak bangsawan yang tidak mempunyai latar belakang ulama, keadaannya tentulah lebih parah. (more...)

MAKAN BABI, ITU HAK MEREKA - PAS

Pas sokong Selangor maju projek ternak babi

Malaysiatoday - (...) Pas menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang dengan alasan orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging babi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau dan dua lagi Exco Pas dalam kerajaan campuran itu menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

"Kita tidak ada masalah, kita (Pas) sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi, tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi, itu hak mereka," katanya.
Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, dua Exco Pas dalam kerajaan campuran itu ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Halimah yang ditemui selepas sidang akhbar sempena kunjungan hormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam, berkata Pas menyokong projek itu kerana ladang berkenaan bakal dibina dengan menepati piawaian antarabangsa.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok, yang mengesahkan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu. more...

ANGKUH UMNO PUNCA BN HILANG UNDI - Mat Tyson

Bernama - Perasaan selesa dan sedikit angkuh yang ditunjukkan sesetengah pemimpin Umno selepas Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum 2004, memberikan mesej yang salah kepada kaum-kaum lain sekaligus menjadi antara penyebab undi BN jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Ketua Penerangan Umno Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sedar atau tidak sesetengah keputusan yang dibuat oleh pemimpin Umno menyakitkan hati kaum lain terutamanya kaum Cina dan India di Semenanjung Malaysia.


"Sesetengah pemimpin kita (Umno) bila bercakap -- sini Melayu, sana Melayu, tender Melayu dan hunus keris Melayu. Dekat luar sana bila mereka (kaum lain) tengok pemimpin kita bercakap (jadi) takut mereka tengok kita. Jadi nampak macam kita ini angkuh," katanya pada Majlis Penerangan dan Dialog Umno Petaling Jaya Selatan di sini malam tadi.


Katanya apabila sesuatu isu sensitif yang dipolitikkan menyebabkan perasaan tidak selesa dalam hubungan antara kaum, kaum-kaum lain mudah berubah kepada pembangkang yang dilihat lebih liberal dalam konsep hubungan antara kaum mereka, walaupun agenda mereka kelihatan tidak jelas.

Yang memburukkan lagi keadaan ialah apabila orang Melayu sendiri gagal memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan BN terutamanya di kawasan pengundi majoriti Melayu, kata Muhammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. More...

1/3 Ahli Majlis Bukan dari PKR

Harakahdaily
(...)
"Kita telah bersedia untuk melaksanakan keputusan tersebut dengan melantik satu pertiga daripada kalangan yang bukan daripada anggota parti-parti Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar dalam majlis ramah mesra meraikan kunjungan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat dekat sini semalam.

Menurutnya, tiada masalah untuk memilih sesiapa pun termasuk daripada kalangan pembangkang iaitu BN bagi menganggotai PBT.

"1/3 meliputi kalangan ahli akademik, profesional, badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah pembangkang yakni BN," katanya.

Bahkan ujarnya lagi, kerajaan juga akan mengekalkan mana-mana ahli dalam PBT sebelum ini yang memberikan khidmat serta berperanan dengan baik dalam menjalankan tugas serta tidak memiliki sebarang masalah.

"Sekiranya ahli tersebut merupakan ahli BN sekalipun, tetapi jika sebelum ini beliau menunjukkan prestasi yang baik dalam menjalankan tanggungjawab dan memberikan khidmat kepada rakyat maka tiada sebab mereka tidak dikekalkan," ujarnya. more...

Projek Babi Khir Toyo : Ketua Kampung dijanjikan ufti RM10 Seekor Babi?


Bulanpenuh2012 - Bila Umno jadi pembangkang di Selangor, barulah kita sedar bahawa banyak benda yang boleh dijadikan modal untuk berdemonstrasi. Walaupun pernah menggelarkan demonstrator sebagai beruk, Khairy Jamaludi melalui Khir Toyo sebagai proksinya di Selangor, menyalurkan duit saku dan upah kerja kepada ketua2 cawangan Umno di Selangor yang sanggup untuk berdemo tak kira apa pasal sekalipun.

Leman (bukan nama sebenar), kawan lama saya masa kat UK dulu. Dah lama tak jumpa, no telefon pun entah kemana hilangnya. Tup tup buka TV tengok berita pukul 7 malam semalam (NTV7) muka dia keluar betul2 kat belakang ketua kampung yang tengah merusuh pasal projek ladang babi moden kat Sepang yang Khir Toyo luluskan bulan Januari 2008 dan kini diteruskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI).

Wow! dulu dia ni pemalu betul, lar ni dah pandai demo pulak, mungkin sebab dalam 20 orang ajer pasal tu tak segan sangat.

Cari punya cari jumpa gak nombor dia kat Yellow Pages. Lepas tanya khabar terus saya tanya pasal babi. Rupanya dia AJK Umno kat Langat. Demo babi tu memang bawak rezeki bergolek kat si Leman ni.

RM2,000 untuk hadi dan bertempik ala kadar, RM2,000 lagi untuk buat banner dan poster (bijak gak Leman, beli marker pen ngan manila kad, disuruhnya budak tadika kemas melukis gambar babi, tak banyak kos, lebih Leman sapu). RM1,000 lagi untuk kumpul 15 orang budak motor. Jumlah besar RM5,000. Lumayan beb!

Budak2 motor tu leman bagi RM50 seorang campur saguhati Dunhill 20's sekotak (duit lain pulak). Ketua kampung kau tu dapat berapa, Leman? Kalau aku dah RM5,000, dia paling kurang dapat RM10,000. Berbaloi, kerja tak sampai sejam. Siapa bagi duit? KJ murah hati masa ni, Khir Toyo telefon beritau nak buat demo, cakap ajer berapa nak, mesti duit sampai punya. Siapa hantar duit? Kau bukan tak tau, budak2 JASA sekarang ni dah jadi petugas PosLaju untuk KJ kirim duit.

Rupanya si Leman ni demo nak duit ajer, bukannya ikhlas. Tapi Leman cakap, tok ketua kampung yang muncul kat TV tu memang marah betul kat TSKI.

Khir Toyo dulu dah janji, setiap seekor babi yang keluar hasil, cawangan Umno kat ladang babi tu dapat RM10/=, konon2nya memenuhi tanggungjawab CSR sykt ladang babi tu. Tup tup TSKI dah tau. Lar ni syarikat boleh derma kat tempat lain, bukan bayar cukai kepala per hasil babi kat ketua-ketua kampung yang dilantik Umno kat Selangor. Pasal ni lar ladang2 babi tradisional bersepah2 kat Selangor masa Khir Toyo dulu. Selagi tokey bayar kat ketua kampung, tiada tindakan diambil. more...

No2umnO - wak baru bertemu dengan penduduk di Sepang dan mereka berkata projek tanaman keladi untuk makanan babi dijanjikan kepada pemimpin di sana. Tak mustahillah kalau ada yang menjerit jerit apa bila projek ini dipegang oleh kerajaan baru. Kesian ..... terlepas untuk menjadi jutawan BABI Selangor.

Kerajaan Perak beri peluang penjawat awam kembali ke pangkal jalan

"Kita akan beri anda peluang yang jarang sekali...kita tidak akan panggil mana-mana agensi buat siasatan," katanya pada majlis perhimpunan kakitangan kerajaan peringkat negeri dan persekutuan di sini, Jumaat.

Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak akan memanggil mana-mana pihak luar bagi melakukan penyiasatan untuk mengenal pasti jika wujud sebarang unsur penyelewengan di kalangan penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang lepas.
Mstar - IPOH: Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan bahawa kerajaan pakatan rakyat negeri itu tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penjawat awam yang terbabit dalam penyelewengan semasa di bawah pemerintahan kerajaan lepas. more...

Harga barang naik - rakyat miskin juga yang susah

dari Chua,

Surat MStar - SEKARANG harga barang naik melambung - mee kuning, yee mee kecil, yee mee besar, wantan mee, kulit wantan dan kulit dumpling, koay teow, short laksa noodle, long laksa noodle yang semuanya diperbuat daripada tepung gandum akibat harga pasaran antarabangsa yg naik melambung tinggi mengikut harga antarabangsa bagi bijirin gandum dan lain-lain lagi kenaikan dengan pelbagai chain reaction lagi.

Yang menghadapi keperitan ialah rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana lah. Apa lagi yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tak kurang jumlah ramai nya.

Tetapi mereka yang mewah dengan hasil pendapatan dari sumber rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan berbagai macam hasil sumber yg tidak halal (haram) tidak akan terasa sikit pun akan kenaikan harga barangan seperti yg sedang berlaku. Naik sampai 100% atau 200% atau 500%. mere tidak hairan. Duit sentiasa masuk - duit buta, duit haram (hot money) dari sumber-sumber hasil rasuah dan penyelewengan.

Kalau tak percaya - tanya pemimpin Umno dan kroni-kroni dan kaum puak yang ada link sama dia orang. Tidak lupa juga mereka-mereka yang berkerja makan gaji upahan dengan kerajaan seperti polis, kastam, JPJ dan banyak lagi jabatan kerajaan dan govt link companies.

Tengok saja cara dan gaya hidup mewah mereka - rumah-rumah banglo besar dengan kereta-kereta mewah bersusun mcm koleksi 'toy car' saja.

Dan ada yang lebih ketara lagi mempunyai 'helipad' lagi dikawasan kediaman mereka. Maklum sajalah sampai boleh mempunyai helicopter sendiri, pergi ke kelab golf untuk bermain golf naik helicopter sendiri ni. Bayangkanlah betapa punya kaya, bayangkanlah mereka dapat duit dari mana?

DOL

No2umnO - Terima kaseh saudara Chua....sila emailkan nick dan password anda ke radenjowo@yahoo.com dan kami akan sertakan anda kedalam senarai ahli warung botox. Wasalam

Pemimpin atas pun buat sabotaj - Ismail Ishak

MStar - Ketua Bahagian Umno Seremban dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Datuk Ishak Ismail berkata siasatan terhadap perbuatan mensabotaj parti harus meliputi semua peringkat dan tidak sahaja terhad kepada anggota peringkat bawahan.

Sabotaj terhadap parti juga boleh berlaku pada peringkat tinggi dan tidak terhad di kalangan anggota parti di peringkat cawangan dan bahagian sahaja, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ishak yang tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum lepas juga meminta pemimpinpemimpin tertinggi Umno mengambil kira pandangan dan suara anggota peringkat akar umbi dalam membuat keputusan.

Katanya ramai calon yang berkaliber digantikan dengan orang yang tiada rekod perkhidmatan pada pilihan raya umum lepas dan mereka ditolak oleh pengundi.

"Sudah tiba masanya pemimpin tertinggi mendengar suara orang bawahan dan tidak bergantung sematamata pada kenyataan yang dikeluarkan mereka yang berada di atas dan mempunyai akses kepada media," kata beliau.

"Sekarang apabila Umno hampir kalah...dengan mudah orang menunding jari dan menyalahkan grassroot. Ada sabotaj dari kalangan grassroot," katanya.

Ishak berkata beliau telah menghantar surat kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai rintihan anggota peringkat akar umbi dan akan menyusul dengan laporan mengandungi bukti-bukti tindakan pemimpin peringkat tinggi yang merugikan parti.

Katanya surat sama juga sedang diedar kepada Majlis Tertinggi Umno dan semua ketua bahagian Umno di seluruh negara untuk meminta mereka bersuara supaya pemimpin tertinggi sedar apa sedang berlaku, agar langkahlangkah memperbetulkan Umno dilaksanakan.

Pak Lah Tukar WPI kepada Iskandar Malaysia?

abdullah ahmad badawi pak lah 110907minda-kembara

Pak Lah terlupa agaknya masalah dan ‘problem’ tu sama sahaja. Kehadiran Pak Lah ke Johor hari ini memang mempunyai beberapa agenda yang tersirat dan tersurat. Selain daripada bertujuan untuk mengadakan pertemuan dengan pimpinan UMNO negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian-bahagian (berkempen secara tidak langsung untuk pemilihan parti) Pak Lah juga hadir untuk mengumumkan bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar akan bertukar nama sekali lagi. (Tukar nama lagi???)

Saya ingin mengulas beberapa perkara dalam kunjungan Pak Lah ke Johor khususnya Pak Lah sekarang ini sedang dilanda masalah untuk mengekalkan kedudukan sebagai Presiden UMNO tetapi ketika ini saya ingin menyebut tentang pengumumkan Pak Lah bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar telah diubah namanya, sekali lagi.Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di selatan Johor. Sebelum ini, koridor ini dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor. SJER ditubuhkan pada 30 Julai 2006 dan pada 4 November 2006 koridor ini dinamakan pula WPI bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Hari ini Pak Lah mengumumkan koridor ini ditukarkan nama Iskandar Malaysia (IM).Saya tidak faham kenapa perlu koridor ini ditukar namanya sekali lagi. Adakah Pak Lah beranggapan bahawa dengan menukarkan nama WPI kepada IM akan meningkatkan pelaburan ke koridor tersebut? Saya pasti dengan penukar nama ini akan meningkat lagi kos koridor tersebut.

Jika anda melayari laman web berikut, http://www.idr.com.my/ (laman web untuk WPI) dan http://sjer.com.my/ (laman web untuk SJER) anda akan melihat paparan yang sama kerana kedua-dua laman web ini diwujudkan untuk mempromosikan koridor ini. Adakah selepas ini satu lagi laman web akan diwujudkan lagi sempena nama baru bagi WPI? More...

UMNO DAN BELANDA BERSAMA HINA ISLAM

Jasindaily - Istigfar panjang saya bila membaca kenyataan yang siap sekali dengan gambar di dalam tranungkite berkenaan isu babi yang sengaja diperluaskan oleh media arus perdana. Terkini, puak-puak yang jahil dengan agama secara terang menghina Islam dengan melukis salah satu karikatur seseorang yang siap dengan jubah dan berserban tetapi sudah pastinya orang yang dilukis tersebut mempertontonkan yang beliau beragama Islam sedang baring diatas babi..

Ya Allah, berat sungguh pemandangan yang dilihat pada kali ini. Jika dahulu mereka sanggup berdemo demi menentang sekeras-kerasnya pelukis kartun dari Denmark tetapi sekarang ini perkara ini sudah menjalar di dalam darah daging kepada mereka yang menggilakan dan mengagungkan Bangsa dari Agama...

Kemana letaknya sentimen keislaman mereka selama ini?? Adakah mereka ini dilahirkan di dunia ini dengan hati yang sememangnya hitam atau erti kata 'majal' dan tidak boleh disucikan lagi..more...

Anwar sudah sedia jadi PM

anwaribrahimclub - Ada banyak ramalan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi, hingga ada yang meramalkan enam bulan dari tarikh 8 Mac 2008.

Jika Anwar hendak menjadi PM, beliau mestilah menjadi Ahli Parlimen (MP) yang menang dalam pilihan raya Parlimen.

Tetapi Pilihan Raya Umum ke-12 dipercepatkan, sedangkan Anwar hanya layak bertanding pada bulan April 2008.

Jika hendak ditunggu PRU ke-13, barangkali tahun 2012 atau 2013, agak terlalu lama.

Pada masa itu belum tentu, keputusan sebaik PRU ke-12, 8 Mac lepas boleh berulang kembali.

Mungkin juga boleh mencatatkan keputusan yang lebih baik buat gabungan Pakatan Rakyat.

Apapun menunggu empat atau lima tahun terlalu lama buat Anwar. Tiada jalan lain untuk beliau melainkan bertanding pada pilihan raya kecil.

Pilihan raya boleh diadakan hanya melalui tiga opsyen, iaitu jika Parlimen dibubarkan, anggota Parlimen meletak jawatan (sama ada hilang kelayakan atau tidak berminat menjadi wakil rakyat) dan jika terdapat anggota Parlimen meninggal dunia.

Parlimen hanya boleh dibubarkan jika kerajaan tamat tempoh pemerintahan (setiap lima tahun), atau PM membubarkannya untuk mendapat mandat baru atau berlaku sesuatu krisis yang memaksa ia dibubarkan.

Dalam keadaan sekarang tidak nampak tanda-tanda Parlimen akan dibubarkan.

Manakala opsyen kedua, soal hidup dengan mati, ia adalah ketentuan Allah. Tiada orang tergamak mengharapkan seseorang Ahli Parlimen cepat meninggal dunia semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Maka opsyen hanya ada pada Anwar ialah menanti seseorang Ahli Parlimen meletak jawatan atau hilang kelayakan atas sebab-sebab tertentu.more...

INNALLILLAH - Ketua Umno Tanah Merah meninggal

Kelantankini - Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Dato’ Hashim Safin, 60, meninggal dunia jam 2.55 petang ini akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Beliau meninggal dunia selepas koma sejak 25 hari lalu akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 18 Mac lalu selepas terjatuh ketika berada di pejabat Umno Bahagian Tanah Merah.

Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail, berkata Hashim menghembus nafas terakhirnya di hadapan tiga isterinya terdiri Datin Wan Zainab Wan Yusof, 55; Zaiton Mohd Zain, 47 dan Rozian Yusof, 29 serta 12 anak-anaknya yang berusia antara enam hingga 30 tahun.

“Jenazah Allahyarham dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sat, Tanah Merah,” katanya.

Beliau mengetuai Umno bahagian Tanah Merah sejak 1990 dan pernah menjadi Ahli Parlimen Tanah Merah selama sepenggal mulai 1986.

“Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Ipoh selama sepenggal mulai 2004 dan gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum lalu apabila tewas kepada calon PAS, Wan Yusof Mustafa dengan majoriti 1,663 undi,” katanya.

Tambah Ahmad, Hashim, bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob dimasukkan ke HUSM pada 19 Mac lalu selepas mengalami serangan jantung.

“Keadaan Allahyarham bertambah kritikal malam tadi,” katanya.

Innalillah wainna ilaihi raaji’uun.

Abdullah wajar undur setelah PRU 12 - UMNO PJ Selatan

Bigdogdotcom - Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan (PJS) Kapt. (B) Dato’ Zahar Hashim malam ini mabdullah ahmad badawi pak lah 110907enegaskan bahawa dalam sebuah negara maju, Kepimpinan wajarnya telah meletakan jawatan apabila parti yang dipimpin itu mengalami penyusutan sokongan rakyat dan prestasi menurun dan tidak sebaliknya mendabik dada cuba member alasan yang dikira sebagai ‘memutar belitkan’ maklumat (spin). Yang dimaksudkan ialah kenyataan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah keputusan Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008.

Ahli UMNO PJS telah menyertai dua program melibatkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Ini dijelaskan Kapt. Zahar lagi sebagai hak ahli dan sesekali tidak bermaksud penyertaan ini melambangkan mereka anti PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.

Ini merupakan ucapan pembukaan pertemuan tertutup antara Pengrusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhammad Taib dengan UMNO PJS di Dewan Serbaguna PJS 4. Turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Perhubungan UMNO Selangor Dato’ Raja Idris dan Ketua Wanita UMNO Selangor Datin Paduka Syarifah Noli. 350 orang Ketua Cawangan, Ketua Wanita Cawangan dan AJK Cawangan UMNO seluruh Petaling Jaya Selatan hadir dimajlis ini. more...

Sambutan Black 14 cuba digagalkan...



chegubard - Makin ramai yang panik !!! 11.13 malam ketika membuka email badrul_angkatanmuda@yahoo.com kelihatan singgah email dari seorang yang menggunakan nickname 'kadet pencen' dia telah 'foward' email yang beliau perolehi dari yahoogroup [dunia-politik]. Email dari lonelyladies menyatakan kononya


Berita terbaru, Perhimpunan Black 14 akan ditangguhkan sehingga diberitahu kerana Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai jadual yang padat sepanjang minggu depan. Menurut Angkatan Muda Keadilan (AMK) tarikh baru bagi perhimpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian. Bagi pihak Dato Seri Anwar, beliau memohon maaf diatas kelewatan memaklumkan penangguhan perhimpunan tersebut dan segala kesulitan amat dikesali. Setiap maklumat terkini akan diumukan secepat mungkin bagi merialisasikan Perhimpunan Black14 ini.

itu adalah antara usaha 'sengal' mereka - mereka yang dalam ketakutan. more...

Supporters rally for ill Uthaya

uthayakumar new look taiping hospital 090408Malaysiakini - Some 300 Hindu Rights Action Force (Hindraf) supporters today rallied in protest over alleged denial of medical attention being given to ISA detainee P Uthayakumar.

The placard-armed crowd gathered in front of the Kamunting detention camp in Taiping at about 2pm today and held their peaceful protest while being under the watchful eyes of about 50 police personnel for about 90 minutes.

uthayakumar new look taiping hospital 090408Hindraf coordinator S Thanentheran told Malaysiakini that the crowd were outraged that Uthayakumar - one of the movement’s most recognisable face - was not treated humanely.

“His potassium level is very low. It has caused him to become weak. His diabetic readings are also dangerously high at 15.5. His vision is failing him. More ...

Lapuran lain ...

Supporters of Hindu Rights Action Force (Hindraf) carry placards ...

klpos - Demo oleh penyokong Hindraf di depan Kem Tahanan ISA Kamunting Perak yang diadakan semalam. Gambar Zainal Abd Halim

related news and articles
‘Tindakan kejam’ pada tahanan ISA - MalaysiaKini
Fighting for fair play
No choice - we've to change federal gov't now

JANGAN PERCAYA KABAR ANGIN PERHIMPUNAN TANGGUH



klpos - PENYELARAS program perhimpunan Black 14, Badrul Hisham Shaharin menafikan khabar angin yang tersebar kononnya perhimpunan yang bakal diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada 14 April ini ditangguhkan.

Menurut Badrul, himpunan sambutan rakyat meraikan pembebasan dan kembalinya Anwar Ibrahim ke persada politik secara sah tanpa sekatan undang undang amat dinantikan. Perhimpunan akan diteruskan seperti yang telah diumumkan, sebarang usaha pengumuman batal ialah usaha jahat yang cuba mensabotaj

"Saya baru lepas sertai mesyuarat dengan pemimpin parti, semua pemimpin utama parti tersebut ADUN dan Ahli Parlimen PKR akan hadir pada hari tersebut," katanya. more...

Al-Marhum Ustaz Fadhil Doa Mahathir Dipanjang Umur

 Detikdaily - Dalam perjalanan untuk hadir ke satu majlis pada tahun 2000, Al-Marhum Ustaz Fadhil Nor pernah berkata kepada kami dalam kereta yang dipandu IB sendiri ketika itu, bahawa beliau mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

Apakah kini doa Al-Marhum mantan Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?
Kemusnahan institusi kehakiman, kerosakan akhlak remaja [dan orang-orang tua pun!], kebejatan sosial, rasuah berleluasa, asas ekonomi yang mula goyah sebahagian besarnya ini adalah hasil tangan Mahathir sendiri. Kebanyakan rungutan yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dari Mahathir sendiri. Pak Lah mungkin sebagai perlengkap sahaja.

Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada akhbar dan lain-lain media untuk dihukumkan oleh masyarakat. Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya. Tidak mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau ketika berkuasa selama lebih 22 tahun.

Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara.

Senarai pendakwa raya perbicaraan rakyat Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari [tidak mungkin IB boleh lengkapkan senarai yang kian bertambah itu]. Pak Lah yang sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir kini telah kian lantang membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir.

Walaupun ada yang menyebelahi Mahathir dalam krisis kini untuk menjadi peguam bela namun ramai dari "peguam bela ini sendiri turut terbabit dalam pelbagai kes yang dibongkar itu. Dan mereka ini adalah sebenarnya antara barisan saksi utama dalam "perbicaraan rakyat ini.

Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit - banyak yang kita boleh persoalkan. Sememangnya persaksian orang-orang seperti Mahathir ditolak dalam Al-Qurâan.

Apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya [when you compound a lie, you compounded the consequences]. Dan dia akan terus dengan pembohongan demi pembohongan.

Sekian, IB

Rujuk: ibrahimbaba

Bekas hakim didakwa palsukan dokumen


ZUNAIDAH keluar dari Mahkamah Sesyen Raub
semalam selepas didakwa atas tuduhan memalsukan
dokumen berkaitan satu kes jenayah.


Kosmo - Seorang pegawai tinggi kerajaan semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memalsukan satu dokumen mengenai rekod kes jenayah pada 2005 semasa dia bertugas sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di sini.

Zunaidah Mohd. Idris , 48, yang kini bertugas sebagai pegawai pentadbiran di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Dia dituduh memalsukan dokumen mengenai rekod kes jenayah tangkap bernombor 83-238-2005 yang telah diputuskan dalam kamar oleh Majistret Nurul Mardhiah Redza di Mahkamah Majistret di sini pada 14 September 2005. more...

Satu lagi lakaran ....

Lakaran penjenayah di KLIA siap

“Kita sudah siapkan lakaran penjenayah, tetapi belum bersedia mengedarkan kepada media ketika ini atas beberapa sebab.
“Setakat ini belum ada tangkapan dibuat atau penemuan kenderaan yang digunakan penjenayah, tetapi kita yakin mereka dapat diberkas dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bharian - olis sudah menyiapkan lakaran wajah penjenayah yang menembak lima lelaki, sebelum melarikan beg berisi wang tunai S$1.5 juta (RM3.45 juta) di hadapan Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selasa lalu. More...

Berkaitan
CCTV tak diprogram ketika kejadian'

Lapan ahli Geng Tiger, Geng Monyet diberkas

Bharian - olis melumpuhkan dua kumpulan penjenayah dikenali ‘Geng Tiger’ dan ‘Geng Monyet’ berikutan penahanan lapan anggota kumpulan itu berusia 20 hingga 35 tahun, termasuk dua wanita dalam dua serbuan berasingan di Klang dan ibu negara, semalam dan awal bulan ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat, berkata kedua-dua kumpulan itu dipercayai aktif melakukan jenayah samun bersenjata dan mencuri kereta mewah sejak 2004 di sekitar Lembah Klang.

Dalam kedua-dua serbuan itu, polis merampas dua pistol jenama Colt .45, 11 peluru hidup, tujuh kereta, dua ketulan dadah dipercayai jenis syabu, 23 telefon bimbit, tiga parang dan dua pedang.

“Dalam serbuan pada jam 12.45 tengah hari tadi (semalam), sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menahan lima suspek berusia 20 hingga 34 tahun, termasuk dua wanita di sebuah pangsapuri di Bukit Kuda, Klang. more...

Tiada Agenda Peribadi Selepas 14 April – Anwar

The image “http://buletinonline.net/images/berita/dsaihospital0.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Buletinonline - Agenda dan kepentingan peribadi, seperti bila dan dimana bertanding, bukan menjadi keutamaan selepas 14 April depan. Demikian dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam sidang media yang diadakan selepas menziarahi Presiden PAS dan tazkirah di Ma’ahad Tahfidz Wal Tarbiah,Tok Jiring dekat sini semalam

The image “http://buletinonline.net/images/berita/dsaihospital1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Beliau berkata beliau datang segera ke Kuala Terengganu dalam tempoh yang singkat setelah mendengar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dirawat di hospital Sultanah Nur Zahirah kerana keuzuran.

Beliau datang menziarahi Dato’ Seri Abdul Hadi sebagai seorang sahabat, pemimpin dan mewakili kawan-kawan serta keluarga.

Beliau mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana Dato’ Seri Abdul Hadi telah kembali dan hampir pulih, memerlukan waktu untuk cergas seperti sediakala serta perlu banyak berehat.

Disamping itu beliau sempat berbual dengan Dato’ Seri Abdul Hadi mengenai perkembangan terakhir senario politik tanah air.

Justeru, kata beliau, Dato’ Seri Abd Hadi meminta beliau terus berusaha memantapkan Pakatan Rakyat (Pakatan) kerjasama diantara PAS, PKR dan DAP. more...

Pelan PM letak jawatan disusun

Malaysiakini - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan timbalannya mengenai pelan peralihan kuasa, kata naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini.

Dalam perjumpaan tertutup dengan Umno Johor, kata Muhyiddin, Abdullah menyatakan beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan penggantian kepemimpinan dengan Datuk Seri Najib Razak.

more...

Rujuk: Johor saran pelan pengganti PM

Abdullah wins crucial support from Johor Umno

Malaysianinsider - The expected bashing did not take place. Instead Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi received strong backing from Johor Umno to continue to strengthen the party and the endorsement to defend his position as the number one at the December party polls.

The caveat: he has to state a succession plan after the December elections. These points were made by Menteri Besar Datuk Ghani Othman during the three-hour meeting. Replying, Abdullah said that he did not intend to hang to power too long and would pass the baton to Datuk Seri Najib Tun Razak. Several division chiefs who attended the meeting said that 2010 was bandied about but no definite timeframe was set. more...

Berita angin itu betul rupanya

Utmeloya - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, permintaan dalam kalangan pemimpin UMNO bahagian di Kedah dan Pulau Pinang supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur adalah isu dalaman parti itu.

Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara itu akan diselesaikan secara dalaman.

‘‘Kami akan menguruskan situasi ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan warga Felda di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Beliau mengulas desas-desus bahawa pemimpin UMNO bahagian di Pulau Pinang dan Kedah semalam meminta Jawatankuasa Pengurusan mengubah kepimpinan parti untuk menyelamatkan UMNO ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Mesyuarat tertutup di Kedah dan Pulau Pinang itu semalam dipengerusikan oleh Najib, yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan parti.

Mesyuarat itu adalah yang pertama diadakan sebagai sebahagian langkah post-mortem oleh parti selepas pilihan raya umum.

Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri enggan mengulas lanjut ketika ditanya apakah yang sebenarnya berlaku ketika pertemuan tertutup itu.

Rujuk:
Abdullah akui ada pemimpin Kedah, PP mahu beliau berundur
Don't believe rumours on Umno leadership, says Najib


No2umnO - Pada awal dinasihatkan jangan percaya berita angin ...... dan kini?

Khalid selar media isu babi

Utusanloya - Kerajaan negeri Selangor terus berkeras tidak mahu menangguhkan pelaksanaan projek ternakan babi moden di Sepang walaupun digesa berbuat demikian demi menjaga sensitiviti penduduk beragama Islam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kelulusan oleh kerajaan negeri sebelum ini untuk menggunakan sistem bioteknologi dari Jerman sudah cukup memenuhi setiap kehendak dan syarat diperlukan bagi melaksanakan projek itu.

Menurutnya, proses-proses lain tidak diperlukan kerana ia akan memakan masa yang lebih lama dan ini boleh memburukkan lagi keadaan kawasan itu yang semakin tercemar.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga sudah mengambil-alih tanah di situ untuk projek berkenaan.

"Kalau nak dibuat semula kajian-kajian lain, kita nanti terpaksa menempuh rutin yang sama.

"Teknologi untuk melaksanakan projek ini sudah ada, apa lagi yang perlu dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan dengan belia dari kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok di sini hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan negeri Selangor mencari jalan penyelesaian terbaik sebelum meneruskan projek ladang ternakan babi bernilai RM100 juta dalam kawasan Parlimen Sepang.

Sementara, bekas Exco yang dipertanggungjawab melaksanakan projek tersebut, Datuk Tang See Hang mendedahkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebelum ini hanya meluluskan penggunaan sistem bagi ladang ternakan moden itu.

Kajian-kajian teknikal seperti Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), persetujuan penduduk dan sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjadi syarat-syarat keperluan bagi projek itu belum pernah dibuat.

Abdul Khalid turut menyelar segelintir organisasi media yang tidak melaporkan secara seimbang mengenai isu berkenaan.

"Sesetengah media massa khususnya surat khabar tidak menyiarkan isu ini sepenuhnya, hanya sebahagian saja.

"Surat khabar lebih kepada politik, mungkin mereka ada agenda tersendiri," katanya.

Mufti: Jangan tergesa-gesa

Utusanloya- Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berharap peraturan yang dicadangkan oleh kerajaan untuk mewajibkan mereka yang ingin memeluk agama Islam supaya mengisytiharkan status terkini mereka tidak akan menyukarkan atau mendatangkan kerugian.

Katanya, peraturan itu tidak boleh dilakukan tergesa-gesa sebaliknya perbincangan lanjut perlu diadakan bagi memastikan perkara itu tidak memudaratkan mereka yang terbabit.

"Saya setuju dengan peraturan itu tapi masih perlu perbincangan dilakukan," katanya di sini hari ini.

Mohd. Asri berkata, pengisytiharan memeluk Islam tidak menimbulkan masalah tetapi jika mereka yang terbabit diwajibkan memohon keizinan keluarga, ia akan menimbulkan masalah besar.

"Saya tidak setuju sama sekali jika peraturan itu turut memasukkan perkara yang mewajibkan mereka memohon izin keluarga," katanya.


Beliau berkata, jika keizinan keluarga diwajibkan bermakna hasrat mereka yang terbabit untuk memeluk Islam akan terbantut kerana mereka akan berhadapan dengan tentangan.

"Mana-mana orang yang telah dewasa mempunyai hak untuk memeluk Islam dan tidak perlu memohon keizinan keluarga," katanya.

Posting terkini

Blog Archive