"Bukan pemodenan ladang babi yang dibantah" Khir Toyo
klpos - (...) Penjelasan ini juga bertujuan mengingatkan kerajaan Selangor hari ini bahawa kelulusan pada 30 Januari tersebut hanyalah untuk sistem yang akan digunakan dan proses mengenalpasti tanah atau kawasan bukannya kelulusan projek.
Justeru adalah tidak adil untuk kerajaan Selangor meneruskan projek ini dengan alasan keseluruhan projek ini diluluskan oleh kerajaan pimpinan saya sebelum ini.
Saya khuatir jika projek ini dijalankan secara terburu-buru, kelak BN akan dipersalahkan jika berlaku sebarang masalah.
Rakan saya, Datuk Tang See Hang, turut membuat penjelasan dalam Utusan Malaysia hari ini.
Saya harap penjelasan tambahan ini dapat menjernihkan keadaan dan memberi persepsi yang jelas kepada umum mengenai apa yang telah diluluskan dan apa yang belum.
Akhir sekali, terdapat beberapa komen yang memohon supaya BN tidak mengkritik kerajaan Selangor hari ini bagi memberi peluang kepada mereka. Saudara/i perlu faham, saya dan rakan-rakan BN Selangor bukan mengkritik dengan niat jahat.
BN sebagai pembangkang turut bertanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan negeri. Jika kita berniat untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata, pasti kita tunggu bila hampir pilihan raya untuk mengkritik.
Sebaliknya kita mengkritik sekarang kerana mahukan keputusan yang dibuat kerajaan negeri memberi kebaikan kepada rakyat dan negeri. more...
No2umnO - Apa yang wak faham di dalam tulisan khir toyo, beliau tidak mahu projek pemodenan diteruskan (rujuk perenggan 1) kerana bimbang BN di persalahkan dan kemudian selepas BN kalah teruk di Selangor baru lah menyatakan BN turut bertanggung jawab kepada kepentingan rakyat ini (rujuk perenggan 2), sedangkan tahun tahun sebelum ini apa usaha kerajaan pada soal babi? Korang fikirkan sendiri dan berikan pendapat masing masing."Penjelasan Isu Ladang Babi Mega"
Di dalam penjelasan Khir Toyo bertajuk diatas, terdapat satu kritikan menarik dari seorang pelayar yang dikenali sebagai rizdiahk_nahraf said......
Dr Khir,
Anda cuba memanipulasikan fakta.
Singapura menghentikan ternakan babi kerana kekurangan tanah dan sumber air.Ini dilakukan pada 1987 kerana ingin melakukan pembangunan yang lebih menguntungkan.
Hong Kong pula bukan tidak membenarkan ternakan babi, tetapi sekadar mengurangkan bilangan ladang serta menyatukan semua ladang untuk menjaga alam sekitar dengan teknologi yang lebih baik dalam menguruskan sisanya.Langkah ini diambil kerana kepesatan Hong Kong kini dan terdapat 265 ladang (330,000 babi) yang berada dalam keadaan tidak strategik.Langkah kerajaan mereka dengan memperkenalkan skim bayaran kepada peladang bernilai USD 121 juta juga memainkan peranan untuk menyatukan ladang babi ini.
Di Taiwan lebih menarik,kewangan mereka digunakan untuk mengkaji babi sehingga berjaya menghasilkan babi glow-in-the-dark.
Sebenarnya,kerajaan selangor kini mengikuti langkah Hong Kong dalam menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan menguruskan ladang babi dengan lebih efisyen disamping memilih tempat yang strategik.Sudah banyak pencemaran berlaku sebelum ini kerana tidak wujud satu mekanisme khusus untuk menjaga ladang2 babi ini.
0 comments:
Post a Comment