KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 12, 2008

INNALLILLAH - Ketua Umno Tanah Merah meninggal

Kelantankini - Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Dato’ Hashim Safin, 60, meninggal dunia jam 2.55 petang ini akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Beliau meninggal dunia selepas koma sejak 25 hari lalu akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 18 Mac lalu selepas terjatuh ketika berada di pejabat Umno Bahagian Tanah Merah.

Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail, berkata Hashim menghembus nafas terakhirnya di hadapan tiga isterinya terdiri Datin Wan Zainab Wan Yusof, 55; Zaiton Mohd Zain, 47 dan Rozian Yusof, 29 serta 12 anak-anaknya yang berusia antara enam hingga 30 tahun.

“Jenazah Allahyarham dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sat, Tanah Merah,” katanya.

Beliau mengetuai Umno bahagian Tanah Merah sejak 1990 dan pernah menjadi Ahli Parlimen Tanah Merah selama sepenggal mulai 1986.

“Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Ipoh selama sepenggal mulai 2004 dan gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum lalu apabila tewas kepada calon PAS, Wan Yusof Mustafa dengan majoriti 1,663 undi,” katanya.

Tambah Ahmad, Hashim, bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob dimasukkan ke HUSM pada 19 Mac lalu selepas mengalami serangan jantung.

“Keadaan Allahyarham bertambah kritikal malam tadi,” katanya.

Innalillah wainna ilaihi raaji’uun.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive