Shahidan Kassim Nak Tanding Naib Presiden Umno
msomelayu - (...) Katanya beliau juga layak dan sesuai untuk memegang jawatan itu kerana kini tidak lagi sibuk dengan tugas-tugas sebagai menteri besar.
"Saya sudah tidak menjadi MB lagi jadi bolehlah saya berkhidmat kepada parti sepenuhnya," demikian kata Shahidan.
Tambahnya lagi dalam keadaan parti Umno agak lemah kini eloklah kalau orang-orang yang tidak terbabit dengan tanggungjawab pentadbiran memberi tumpuan kepada parti.
Shahidan membayang itu ketika sedang makan dalam satu majlis makan tengah hari di Sabah baru-baru ini.
Shahidan tidak dilantik semula menjadi menteri besar Parlis apabila watikah yang diberikan oleh Perdana Menteri tidak 'laku', bila mana tidak dihiraukan oleh Raja Perlis.
Raja Perlis telah berkenan melantik Mohd Isa Sabu sebagai meteri besar menggantikan Shahidan Kassim dan sekaligus mengenepikan watikah yang dikeluarkan Abdullah Ahmad Badawi.
Jawatan Naib Presiden kini disandang oleh Muhyuddin Mohd Yassin, Ali Rustam. Mohd Isa Samad yang memenangi jawatan itu dalam pertandingan tahun 2004 digugurkan apabila didapati terlibat dengan politik wang. more...Manakala .....seorang lagi,
Rahim tawar pimpin Pemuda
Malaysiakini - Bekas ketua pemuda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bersedia memimpin semula pergerakan itu jika anggota-anggotanya bersedia menerima beliau.
Beliau yang menang jawatan itu pada 1993 tidak sempat memimpin pergerakan itu susulan dakwaan skandal dengan gadis bawah umur dan jawatan itu kemudian dipangku oleh Datuk Seri Nazri Aziz, kini menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Selain menganggotai Majlis Tertinggi (MT) Umno, bekas ketua menteri Melaka itu kini pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).
"Seorang ketua Pemuda haruslah tidak mempunyai jawatan dalam kabinet untuk membolehkan mereka menegur pemimpin-pemimpin parti komponen BN," katanya kepada Malaysiakini sebelum menyertai pertemuan Gabem di bangunan PWTC petang ini.
Apr 12, 2008
PENYAKIT UMNO YANG TAK BOLEH SEMBUH
Labels: UMNO gila kuasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Wa setuju sangat TS Rahim Tamby jd KeTua peMuda Umno. Tapi pada masa tu, Puteri Umno kena hati2 lah....
Post a Comment