Radenjowo
Musa Hassan berkata siasatan akan dibuat terhadap kenyataan bersumpah Raja Petra melibatkan 3 individu di dalam kes berkaitan Altantuya yang tersiar buat PERTAMA KALI nya di dalam laman blog bigdogdotcom .... Pastinya ramai antara kita semua sudah baca lapuran tersebut di dalam internet ....
Pada masa yang sama, berita tersebut berjaya mendapat perhatian ramai pihak termasuk DS Anwar Ibrahim. Setelah menghubungi Peguam, DS Anwar telah menyampaikan kenyataan beliau di dalam blog nya ....
Agak sukar kita memberikan pandangan selain desakan agar siasatan polis rapi dan secara profesional. Pet pastinya telah merenung hal tersebut dengan teliti, punyai bukti mempertahankan tuduhannya. Saya mendoakan keselamatan Pet dan kagum dengan keberaniannya! - anwaribrahim blog
Menjadi persoalannya, sehingga sekarang, Raja Petra tidak memberikan sebarang kenyataan baik di dalam blognya atau media media lain ....Yang terkandung di dalam Malaysia today adalah kenyataan yang diambil dari
bigdogdotcom, sila rujuk artikel beliau,
Rosmah at murder scene.Artikel itu telah mengundang 337 komen sehingga hari ini dan akan terus bertambah.
Merujuk kepada perkara itu, kini pihak berkuasa menyatakan kesanggupannya untuk menyiasat kes tersebut. Walaupun ia merupakan satu kenyataan yang sukar di peracayai, tapi sila nyatakan pendapat anda tentang kenyataan ini ....
Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said the three individuals named in the document filed at the High Court here on June 18 would also be called up. - TheSTar
Samaada di panggil atau tidak, ia tidak menjadi isu kerana kita tidak dapat merancang apa yang berlaku. Kalau mengikut sejarah ketelusan tugas PDRM, ia nya mungkin tidak akan dipanggil atau di siasat. Dalam berani berani polis, mereka ni sebenarnya penakut juga. Maklumlah, fail Musa Hassan pun sudah berada di laci peringkat tertinggi. Maknanya, apa yang di lakukan oleh Polis ada kena mengena dengan fail yang tersimpan itu. Lehernya di ikat...buat dan aku bongkar.
Tindakan apa pula yang bakal di buat oleh pasukan Rosmah terhadap Raja Petra? Mereka pun sebenarnya turut keliru ....
"Kami sedang meneliti perkara ini. Akuan bersumpah itu memang membingungkan dan mengelirukan," kata seorang pembantu Najib kepada Malaysiakini hari ini. - Malaysiakini
Keliru dengan kenyataan atau keliru untuk mengambil tindakan. Kalau mengikut undang undang, tidak salah seseorang untuk membuat sebarang lapuran bersumpah. Malah ia merujuk kepada apa yang TELAH DILAPURAKAN kepada beliau dan tuduhan bukan dari beliau sendiri. Ia dilakukan bertujuan semata mata untuk mendesak pihak berkuasa untuk membuat siasatan dari apa yang diberitahu.
Dalam pada itu, secara sedar atau tidak, beberapa nama baru telah berjaya di masukkan ke dalam senaraian asal pembunuhan ALtantuya, antaranya ...
- Colonel Aziz Buyong
- Norhayati [isteri colonel Aziz Buyong]
- Rosmah Mansor
- Najib Tun Razak
- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
- Khairy Jamaluddin
Dalam pada itu, Raja Petra yang enggan memberitahu nama pemberi maklumat tersebut terus membingungkan pelbagai pihak.
Lapuran bersumpah ini dibuat selepas kira kira sebulan setengah selepas beliau di penjarakan di Sungai Buloh, yakni pada
7hb May 2008. Maka apa kah tujuan sebenar kenyataan bersumpah itu dibuat dan dari siapakah maklumat itu di perolehi? Adakah individu penting di dalam kerajaan atau mereka yang sekarang berada di penjara. Rujuk : [
sini]
Apa apa pun, wak turut mendoakan keselamatan Pet dan kagum dengan keberaniannya!