KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 23, 2008

Desakan MB Selangor letak jawatan!

nnora75reform - [...] Ini SMS yang Nora terima.

Semua AJK, Ahli AMK, penyokong parti dan aktivis reformasi , sila berkumpul di DIAMOND SQUARE GOMBAK jam 5pm hari ini, kita akan luahkan perasaan pada Yahya Saari, semua bahagian seluruh Selangor sila ambil tindakan/sebarkan segera dan bawa sepanduk.

Ini nyata berlainan. Ini perhimpunan yang mendesak MB Selangor untuk meletak jawatan. MB Selangor dikatakan bertindak untuk kroni baru sahaja dan mereka yang berjuang lama tidak diendahkan seolah-olah perjuangan hanya perlu ikhlas bagi mereka yang tercakar dan tercalar kehidupan menuntut reformasi sebelum ini tetapi tidak perlu ikhlas untuk mereka yang selama ini berpeluk tubuh tetapi penuh hipokrasi untuk mencelah dan mendapat habuan hasil dari pengorbanan orang lain. Adil ke macam itu. Kita bercerita mengenai keadilan bukan mempersoalkan apa yang kita dapat dan apa yang orang lain dapat. Kita selalu bercakap mengenai keadilan tetapi kita lupa mereka yang berkorban pun perlu menikmati keadilan yang mereka perjuangkan.

Amat terkejut sekali apabila ada yang berani bersumpah mengenai kenyataan MB Selangor yang berbunyi :

Kalau tidak kukuh kewangan jangan berjuang, minyak tak de, kereta rosak dan macam-macam lagi. Kalau kewangan tidak kukuh – kukuhkan dahulu lepas itu berjuang
Amat berbeza sewaktu kita mula-mula terpanggil untuk reformasi. Anwar Ibrahim dalam laungannya menjemput semua rakyat Malaysia, tidak kira siapa – pemandu teksi dan bas, nelayan dan penoreh getah, petani dan buruh termasuk mereka dari golongan profesional untuk sama-sama memperjuangkan keadilan dan memperjuangkan hak rakyat. Laungan suara rakyat suara keramat adalah laungan. Namun hari ini, MB Selangor didakwa mengatakan – orang miskin jangan berjuang. Tidak ke kurang ajar namanya! Namun ini bukan pertama kali Nora dengar MB Selangor ini dikritik. Banyak lagi suara lain seperti “ kalau nak duit pergi jual t-shirt dan topi keadilan dan mereka yang ada wang sahaja ada kuasa. Tuhan saja yang tahu mengenai kenyataan TS Khalid.
... selanjutnya.
no2umno - korang check berita ni klpos dan korang check pulak berita ini .... malaysiakini.
Wak di beritahu, Yahaya Shaari ni cukup baik dengan bekas Ketua AMK Selangor, Halimey. Pada awal dulu, bila jawatan Halimey [Ketua AMK Selangor] di ambil alih oleh Khairul [Jonah], keadaan kecoh yang serupa berlaku. Kini Yahaya Shaari diberitakan menerima penggantungan jawatan selama 2 bulan dan masalah serta kaedah yang sama pun berlaku. Huhuhu .. satu kapal, satu cara nampaknya. Disebabkan ini semua ... habis diungkit semua cerita. Aduhhhhh....... Wak tengok je.

2 comments:

Anonymous said...

Hallo..!
Apa semua ....!
Baru je menyambut 100 hari dah jadi cam ni.
Apa yang gua nak kata ngan org2 kampung.
buat malu lah PKR macam ni.
Sia2 je suruh org 2 kampung pangkah barisan rakyat
tapi jadi cam ni.
Tak Ada Muafakat lansung
berapa lu orang kena bayar aaaaaa!

Putra IJ80 said...

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,jangan kerana sorang dua yg.gagal dapat habuan,kita ikut meracau macam die.

Pejuang yang ikhlas tak pernah tanya apa dapat untuk die,melainkan,kepada Allah diharapkan balasan kebaikan untuk smue.

Pls!lah, buka mata, buka minda.

Posting terkini

Blog Archive