KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 23, 2008

Pegawai MB S'gor digantung tugas?

malaysiakini - [...] Seorang pegawai kanan menteri besar Selangor, yang sedang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya, akan digantung tugasnya esok.

"Ya, kemungkinan besar esok beliau akan dikenakan tindakan penggantungan," kata satu sumber dekat dengan pentadbiran kerajaan negeri kepada Malaysiakini awal malam ini.

Sumber-sumber lain pula berkata, tindakan itu telah diketahui oleh pegawai terbabit dan beliau mula memanggil mesyuarat dengan beberapa lagi rakannya dalam PKR.

Satu pertemuan dengan pengikutnya telah diadakan hari ini di pejabat pegawai terbabit di Gombak, kata sumber-sumber itu lagi, dan kemungkinan satu perhimpunan bantahan diadakan jika penggantungan tugas diteruskan.

Difahamkan, kira-kira 100 pengikut pegawai terbabit berkumpul di luar pejabatnya di Gombak lewat petang tadi.

Satu sumber lain memberitahu Malaysiakini, beliau tidak pasti sama ada pegawai kanan itu akan digantung atau dipecat daripada pejabat menteri besar.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive