KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 23, 2008

Undi tidak percaya kepada PM, tunggu! - Azmin

harakahdaily - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali (KeADILan Gombak) hanya menyatakan bahawa semua pihak perlu 'tunggu dan lihat' berhubung bila usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semasa ditemui di Dewan Rakyat pagi tadi Azmin bagaimanapun menyatakan soal undi tidak percaya itu telah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan bahawa usul itu perlu mengikut prosedur yang ditetapkan Dewan Rakyat iaitu antaranya melalui proses dengan dua minggu notis atau penggunaan peraturan urusan mesyuarat perkara 18 (1).

Namun semasa ditanya mengenai bila ia akan dibawa ke Dewan Rakyat, beliau menyatakan bahawa 'ini soal strategi'.

"Kita juga boleh guna usul yang dibentang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Shahrir Samad di Dewan Rakyat sebentar tadi boleh menjadi wadah untuk beri isyarat tidak yakin dengan kerajaan ini, kita tunggu sampai pukul 6.00 petang ini, saya tak nak 'speculate', kita nak tunggu," kata Azmin selamba.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive