malaysiakini - Komentar pengunjung di akhir artikel tersebut gagal diluluskan oleh Blogger.com.
Dalam notis kepada pengunjung yang dimuatkan di Chedet.com jam 11:09 malam ini, walaupun sudah beberapa kali usaha menghubungi Blogger.com dibuat, syarikat penyedia khidmat tersebut masih lagi "mengunci" Chedet.com.Penyedia khidmat itu akan mengunci sesebuah blog yang dibantah oleh pengunjungnya sehingga "bahan-bahan yang dipertikaikan" itu dibuang atau setelah disiasat sendiri olehnya tidak seperti bantahan.
Blogger.com menyediakan khidmat tersebut di butang sebelah penjuru kiri atas, atau dikenali "butang bendera", bagi bahan-bahan yang dianggap "berpotensi dipertikaikan" kerana dianggap "melanggar undang-undang atau ofensif" kepada pembaca lain.
Blog "spam" dianggap kegiatan yang tidak mengikut undang-undang.
Tidak jelas kenapa blog tersebut mengalami masalah ini, tetapi artikelnya berhubung isu perkauman dipercayai mendorong pengunjung menekan butang bendera itu berulang kali - sehingga dianggap Blogger.com sebagai blog yang "tidak disenaraikan" dalam perkhidmatannya dan oleh itu tidak dibenarkan dikemaskini.... selanjutnya.
Jun 23, 2008
Blog Chedet di gantung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment