harakahdaily - [...] Baru-baru ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, sebarang usul perlu melalui Peraturan Mesyuarat yang dibenarkan oleh Speaker.
Rabu lalu, Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadapnya.
SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan ahli parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun. Mereka mengesahkan akan bertindak mengikut arahan parti.
Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi.
Dr Abdul Aziz berkata, tidak timbul notis 14 hari dikemukakan sebelum sesuatu usul dibentang pada persidangan parlimen sebagaimana difahami banyak pihak sebelum ini.
Menurutnya ada jalan pintas yang boleh dibuat tanpa melalui notis usul sekiranya ada kekuatan untuk menumbangkan kerajaan BN yang ada sekarang.
Lagi pun katanya, dalam banyak keadaan kerajaan jarang mengikut sepenuhnya undang-undang biar pun secara jelas termaktub dalam perlembagaan negara.
Beliau juga berkata, keberkesanan segala janji-janji Pakatan Rakyat hanya dapat ditunaikan sepenuhnya apabila dapat menguasai kerajaan persekutuan.
Oleh itu peluang yang ada hanya datang sekali. Ahli-ahli politik perlu berani mengambil risiko sekiranya mahu kepemimpinan negara bertukar dalam tempoh yang lebih singkat tanpa perlu menunggu 16 September depan, ujarnya. ... selanjutnya.
Jun 23, 2008
Notis usul tidak perlu 14 hari - Prof Dr Aziz Bari
Labels: SAPP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment