Malaysia berada dalam keadaan selamat walaupun ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas urusan ke luar negara. - BharianKenyataan itu menjawab persoalan yang di bakgkitkan oleh Lim Kit Siang ... baru baru ini . RUjuk berita berikut..
Eksklusif: Keluar Negara Pada Masa Yang Sama, Pak Lah Dan Najib Sengaja Langgar Peraturan !!
Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mempertikaikan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam negara pada dua hari yang sama dalam minggu ini kerana menghadiri lawatan rasmi di luar negara. Lim berkata, mengikut kedudukan peraturan sejak 30 tahun lalu, Perdana Menteri dan timbalannya tidak boleh meninggalkan negara pada masa yang sama. Beliau berkata demikian berikutan Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi empat hari yang turut disertai oleh dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Abdullah hanya akan kembali bertugas pada Jumaat ini...selanjutnya