harakah | Dato' Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) hari ini mempersoalkan tindakan pihak polis yang dilihat seolah-olah berat sebelah dalam memilih aduan-aduan tertentu untuk disiasat dengan kadar segera.Jawab ... jangan tak jawab.
Beliau ketika bangkit mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat mempersoalkan siapa sebenarnya menentukan sesuatu aduan itu disiasat ataupun tidak.
"Bagi setiap aduan yang dibuat, siapakah sebenarnya yang menentukan sama ada aduan itu akan disiasat ataupun tidak? Adakah OCPD itu sendiri mempunyai kuasa atau pilih berdasarkan aduan tertentu, yang mana dia rasakan ada kepentingan untuk siasat aduan tersebut?" soal beliau dalam sesi soal jawab, hari ini.
Beliau juga berkata, pihaknya mendapati terdapat aduan yang membabitkan pihak-pihak tertentu akan segera disiasat, sedangkan ada aduan orang ramai mengambil masa untuk disiasat. ... selanjutnya.
Nov 18, 2008
Siapa tentukan siasatan di buat atau tidak?
Labels: Belit Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment