Radenjowo
Ezam Mohd Nor of GERAK on BN Corruption
RASUAH MUSUH NO.1 NEGARA!
Great and emotional speech by Ezam Mohd Nor, the Chairman of Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK), after the defeat of PKR's candidate at Ijok by-election in April, 2007. Will you vote for this kind of mis-government? God please save our country! Open the eyes of those who are still deceived by the mass propaganda from the mainstream media in our beloved country Malaysia. BN has more than enough phantom votes (undi hantu) already. We Malaysians, as people of integrity must unite our powers to vote for opposition this time. DAP, PKR, PAS sama saja, as long as they can catch the big sharks that are threatening us and defend our most fundamental rights. - thenivek
Great and emotional speech by Ezam .... perrrrgggghhhhh !!! Caya lahhhh Ezam.....
Rakyat kebulur, terbunuh, kecewa, berbalah, bergaduh, maki hamun, sengketa .... semua gara gara politik. Politik yang dimainkan oleh beberapa orang pemimpin yang menghasut, fitnah dan sengaja bakar semangat kearah tujuan yang kita sendiri keliru. Mulut kata lain, hati kata 'dan lain lain lagi'. Yang baik, maka baik lah ia. Yang jahat akan merosakkan negara dan bangsa.
Penyokong ...sifatnya menyokong. Disuruh ke darat, maka ke darat lah dia. Disuruh kelaut, maka berbondong bondong lah kelaut pergi ke mereka. Yang lucu, tak ajak pun ikut serta kerana Takut tertinggal kereta.
"Kita kerumah penghulu !!!" kata ketua. Jom !! Penyokong bersorak gembira. Semua bersatu bergerak, genggam kayu belantan, junjung mangkuk, besen, lesung, terung dan semua benda yang sempat di capai. Sampai di sana, penduduk kampung mengadu masalah pada penghulu....menangis, meronta dan meraban raban. Tapi ketua, jeling si Milah, anak penghulu, si dara sunti ....... tubuh 28, 24, 32. "Ohhhh....kau lah bakal isteri ku." Siapa tahu ...?
Bila terlalu taksub, Pemimpin melompat....semua pun lompat. Pemimpin keluar .... semua pun keluar. Pemimpin terjun bergayut pada para, tapi penyokong melompat ... jatuh bergelempang, bedebuk ke tanah. Patah kaki, hilang tangan, mulut koyak, telinga rabak, mata pun terjojol keuar tergolek golek, bersedia untuk dimasukkan balik. Pemimpin ketawa ... dia kata, "aku tak ajak suruh pun korang lompat".
Dua tiga hari ni bukan main panas telinga aku. Semua orang cerita tentang Ezam. Semuanya macam tahu.
Ada yang kata, Ezam di hantar dek Anwar untuk rosakkan UMNO, jatuhkah penyokong Mahathir dan bongkar semua salahguna kuasa. Ada yang kata, Ezam murtad (gandadua) memasuki UMNO untuk kuat kan UMNO dan kukuhkan bangsa. Ada yang kata, Ezam mencelupkan diri ke UMNO untuk kekalkan kuasa Pak Lah dan bersekongkol dengan Khairy. Isu Mahathir keluar parti terus terhenti.
Permainan catur di teruskan ...... Semua jeling jeling tapi yang tahu rahsia dan muslihat hanya pemain catur itu sendiri. Tukang sorak tunggu langkah. Kemana pun pergi .... penyokong tetap bersorak. Yang bangang pun ikut angkat tangan.
Siapa pemimpin UMNO yang tidak pernah dikenakan oleh Ezam? Habis semua di telanjangkan untuk membongkar semua isi perut UMNO semata mata mengikut rentak tujuan Gerak ditubuhkan...
antaranya .....
- 4 surat perjanjian air Singapore malaysia
- Sokong dakwa Mahathir - Gerak Demokrasi dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak), menyokong supaya siasatan dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1998.
- Rasuah Menteri Besar ... 8/2/2008
- Siasat Ketua Menteri Sabah
- Gerak dakwa BPR, Nazri cuba alih isu
- Dedah rasuah babitkan MB Negeri Sembilan
Itu antaranya dan banyak lagi beb..... orang yang pernah menyerang mahu kembali di tatang. Dulu musuh, sekarang kawan. Beberapa pemimpin UMNO sudah mula bertanya, kerana ada hidung untuk bau, ada telinga mendengar, ada mata melihat, ada otak berfikir. Kemana haluan dan rancangan Ezam? Semua bimbang, semua gusar. Takut kawan makan kawan. Takut pendatang ditatang, anak sendiri mati kelaparan.
Dari gila kuasa, kini perosak UMNO bersatu. Bersiap sedia untuk bersilat sepak terajang. Mahu serang Ezam .... atau Ezam serang mereka. Di dalam PKR pun sudah mula bimbang. Bimbang kawan menjadi lawan.
Ehhhhh....aku tengok aje. Ezam keluar atau masuk, aku peduli apa. Aku tak der kepentingan apatah lagi manafaat. Aku mahu tengok jalut jalut berkejaran. Mahu tahu akhir cerita. Ezam rasuk UMNO atau UMNO rasuk EZAM untuk kembali khianati bangsa?
Pada penyokong yang lompat bersama .... "Kalian sebenarnya mahu apa?!!!" Ezam adalah kuda catur yang larinya bercelaru untuk jadikan UMNO haru biru, Bila UMNO hilang fokus, mudah untuk menyerang terus.